www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-03-09

Senarai Peserta Akademi Silat Pendekar Muda Al-Hijrah


Senarai Peserta Akademi Silat Pendekar Muda Al-Hijrah | Akademi Silat Pendekar Muda adalah anjuran TV AL-Hijrah yang akan ditayangkan setiap hari Rabu Jam 9 Malam mulai 9 Mac 2016. Ianya untuk menarik minat orang muda dalam mempelajari seni silat yang berteraskan Islam di samping mengekalkan budaya warisan bangsa. Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama.

Pengetua Akademi Silat Pendekar Muda ini adalah seorang pelakon veteren yang cik en sangat kagumi iaitu dipanggil sebagai Master Ruzaidi


  • Nama: Ruzaidi Bin Hj Abdul Rahman
  • Profesion: Jurulatih Seni Bela diri, Pengamal Perubatan Tradisional, Pengiring VIP, Aktor.
  • Aliran Seni Bela diri: Silat Cemandi, Silat Seni Gayong, Silat Pendekar Bertuah,Silat Abjad,Muay Thai,Boxing,
  • Pencapaian :
    1. Pingat Emas Sea Games 1986
    2. Pingat Emas Kejuaraan Dunia 1990 Holland
    3. Pingat Emas Merdeka Games 1990 Brunei
    4. Pingat Emas Terbuka Antarabangsa 1990 Kl
    5. Pingat Emas Kejuaraan Silat Kebangsaan 3 Kali (1988,1989,1990)
    6. 2005- Mendapat Anugerah The Best Martial Arts Instructor Of The Year Dari World Head Of Family Sokeship Council Di Florida
    7. Pernah Menjadi Jurulatih Kepada Penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor
Pengacara Akademi Silat Pendekar Muda ini pula adalah Jimmly Shanley


Peserta yang berjaya adalah seramai 10 orang anak muda dari pelbagai perkejaan dan negeri


Nama : Ahmad Syahmi Bin Shaari
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pekerjaan : Pereka Dalaman

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk membuktikan bahawa walaupun bekerjaya sebagai pereka dalaman, saya masih menyanjung silat sebagai warisan seni mempertahankan diri.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya menaruh harapan untuk menjadi juara dan semoga program Akademi Silat dapat menarik semula minat anak-anak muda kepada seni silat.


Nama : Mohamad Hafeez Nasri
Umur : 25 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Kerani

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengasah bakat saya supaya lebih mahir dalam seni silat dan dapat mengembangkan silat ke luar negara.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Untuk menjadi ikon silat dan contoh kepada anak-anak muda sekarang.


Nama : Mohammad Amirul Suffi Bin Abd. Rahim
Umur : 21 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Mekanik

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengembalikan semula kegemilangan ilmu persilatan Melayu di Malaysia

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Dapat lebih memahami dan memartabatkan semula seni silat Melayu di serata nusantara.



Nama : Mohammad Syahmi Azri Bin Zaini
Umur : 22 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Guru

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan seni warisan bangsa sendiri iaitu silat

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Berharap agar seni warisan bangsa ini akan terus berkembang di persada dunia.


Nama : Mohd. Syamil Bin Jamal
Umur : 23 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Bekerja sendiri

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengembangkan ilmu silat ke seluruh dunia

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Belajar silat bukan sekadar untuk dipamerkan dan pertahankan diri semata-mata, tetapi juga untuk mempertahankan bangsa dan negara.


Nama : Muhammad Adib Bin Jamaludin
Umur : 22 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Peniaga

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan semula budaya seni silat Melayu.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Semoga seni silat ini dapat dipopularkan semula dan diperluaskan hingga ke luar negara.


Nama : Muhammad Ridhuan Bin Jusof
Umur : 20 tahun
Asal : Pahang
Pekerjaan : Pelajar

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memperbaiki kekurangan, memperkemas serta meningkatkan teknik dan gerakan seni mempertahankan diri saya . Saya juga ingin menaikkan semula seni silat yang semakin pupus dan ditelan zaman.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya berharap agar dapat membantu anak-anak muda dalam menaikkan serta mempertahankan seni silat ini.


Nama : Muhammad Rusydi Bin Rodzaki
Umur : 24 tahun
Asal : Pulau Pinang
Pekerjaan : Peniaga

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memperjuangkan dan memartabatkan seni silat Melayu di Malaysia.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya berharap agar generasi muda dapat memupuk jati diri dalam diri dan mengenali asal usul mereka. Di samping itu, generasi ini juga perlu dipupuk untuk mempelajari seni silat sambil beriman kepada Allah SWT.


Nama : Muhammad Syahmi Bin Shamshuddin
Umur : 23 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Pelajar

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk meningkatkan mutu silat saya di samping memartabatkan seni warisan budaya Melayu ini.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Semoga program ini dapat melahirkan modal insan dan ikon kepada belia-belia dan generasi akan datang.


Nama : Nor Hisyam Bin Hassan
Umur : 20 tahun
Asal : Kedah

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan budaya seni silat melayu

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Berharap agar seni silat ini dapat diperkembangkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut bolehlah klik link di bawah ini

http://akademisilat.com/

https://www.facebook.com/akademisilat/


2 comments:

aRz MoHa said... [Reply]

masternya memang hebat orangnya...bukan sekadar berlakon dalam sebagai seorang yang mempunyai ilmu persilatan tetapi memang pernah menjuarai banyak pingat...


ramai wakil dari kedah....nak kena tonton ni

Siti Yang Menaip said... [Reply]

peeergh.. akademi silat okay !! rare ni..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads