www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-03-04

Jangan Bela Kucing Jika Anda Malas


Jangan Bela Kucing Jika Anda Malas | Lagi lagi kalau anda jenis agak malas hendak mengadun atau membersihkan kucing terutama kalau membela kucing jenis "muka kemik" dan berbulu panjang. Kes diatas berlaku terhadap kucing persian berbulu panjang yang datang ke klinik cik en hari ini. Bermula dengan ulat di celah jari kucing dan jari membengkak. Setelah di periksa dengan lebih teliti, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku. 


Kuku kucing ini dan menekan daging dan menembus


Apabila di bawa keluar, Ya Allah panjangnya kuku kucing ini sehingga menembus daging jarinya.

Dalam kes ini, cik en kena trim kuku kucing ini dan kerana itu, barulah cik en tahu kenapa jari jari kucing ini membengkak. Ada yang sudah berulat kerana luka dan jangkitan kuman. Jadi, cik en hendaklah berpesan, jika membela kucing yang berbulu panjang seperti persian, ataupun kucing yang memerlukan penjagaan rapi, tolonglah bersihkan mereka setiap hari. Mereka terkenal dengan sifat pemalas dan senang dapat penyakit. Jika tidak tahu cara untuk bersihkan, youtube dan google ada untuk kita tengok. Dan jangan abaikan kewajipan kepada mereka seperti potong kuku, sikat rambut, bersihkan tahi mata atau semua ini di panggil grooming. Boleh rujuk entry Grooming For Cat



7 comments:

Cik Ash said... [Reply]

kak ekin pero kucing kampung jah... hihihi... nak pero kucing macam xberani takut hahahhahha

Mrs. A said... [Reply]

Alahai... kesiannya kat kucing tu.
Ntah dah berapa lamalah dia merana tahan sakit tu.

Maisarah Humaira said... [Reply]

sy pernah bela persian seekor. memang kena rajin bela. pastu dia hilang pulak..sedihnyaaa

cik en, nak tanya, minyak gamat boleh tak letak kt luka kucing?

Yun Sing said... [Reply]

Huhuhu.. sedihnya kucing tu T-T Mesti sakit...

musadun said... [Reply]

baru tahu jenis kucing macam ni lain cara penjagaannya macam kucing kampung biasa tu..

Mimi Kyumi said... [Reply]

Panjangnya kuku dia..Tuan dia tak reti jaga laa..Aduiii..Mimi ada jgk kucing seekor mcm ni dan Mimi akan potong kuku dia sebulan sekali..hehehehe

adianiez AIDA said... [Reply]

alahai...
sian nyer!

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads