www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-03-14

Anda Terkena Sporo?


Anda Terkena Sporo? | Anda mempunyai kucing yang luka dan tidak baik baik? Kemungkinan kucing anda terkena sporo. Boleh semak tanda tanda sporo di entry ini Rawatan Kes Sporo Kucing dan Sporotrichosis. Dan paling menakutkan, anda sendiri boleh terkena sporo ini dan akan menjadi parut yang tidak akan hilang. Jadi perhatikan kucing anda dan pastikan tanda tanda sporo tiada pada mereka. Jika ada, anda mungkin boleh berjangkit dan sila ambil langkah langkah untuk mengelakkan daripada menjadi kronik.

Jika kucing anda ada tanda sporo, sila bawa ke klinik veterinar yang berdekatan dan dapatkan nasihat vet. Atau ikuti langkah langkah di bawah ini
  1. Jika kucing positif sporo, elakkan bersentuh dengan luka kucing secara terus /direct. Gunakan sarung tangan atau glove setiap kali membuat rawatan
  2. Asingkan kucing yag sporo di dalam sangkar dan selalu bersihkan sangkar. Sekurang kurangnya sehari sekali.
  3. Jika dicakar atau tersentuh luka, cari iodin, dettol atau antiseptik dan cuci di tempat terkena
  4. Jika ada tanda gatal gatal, bengkak atau tidak normal, silalah ke klinik secepat mungkin.
  5. Jika lambat ianya tidak membawa kematian tapi kulit anda akan mempunyai parut yang memburukkan.
Jangan ambil mudah sakit sporo ini. Walaupun bukan wabak atau virus, penyakit fungas ini boleh buat kucing anda mati dan berjangkit serta anda akan berparut. Harap, dengan penerangan ini, jangan ambil mudah kebersihan diri selepas bermain dengan kucing anda. 

3 comments:

dayah sanif said... [Reply]

wooooo bahaya tu

Julia Johari said... [Reply]

Terima kasih sebab kongsikan mengenai penyakit ni, huhhh takut dengan penyakit sekarang bawaan dari haiwan...apa2 pun kena hati2

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

kesian kcg yg kena sporo.. truk atau x ja pnykit tu.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads