www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-02-11

Badan Ber"Elektrik"

Badan Ber"Elektrik"


Badan Ber"Elektrik" | Kisah ini bermula apabila kawan cik en , Puan Ila mengalami masalah apabila kawan kawan beliau mengadu yang disengat oleh arus elektrik apabila bergesel atau bersentuhan dengan beliau. Oleh kerana itu, cik en mendapat idea untuk mencari kenapa badan beliau mempunyai arus elektrik sehingakan orang sekeliling merasa arus tersebut.

Didalam badan manusia, semestinya kita mempunyai sistem elektrik yang sangat maju canggih dan kompleks berbanding apa yang ada di dunia ini. Hebat ciptaan Allah. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Tapi jika sampai memberi kesan kepada orang sekeliling, ianya mungkin anda berpenyakit! Penjelasan cik en di dalam entri ini merujuk entri dari Kosmo Online. Ada 2 penyebab iaitu suhu dan tabiat atau penyakit.

Suhu atau tabiat
Tabiat suka mengesel di tempat yang sama ada ketika berjalan atau duduk menghasilkan cas negatif. Suhu yang lembab dan sejuk pun boleh dijadikan faktor

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” 

Penyakit

Terdapat beberapa penyakit
  1. sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
  2. sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
  3. Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.
Jadi diharap artikel ini dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah sebegini. Untuk penyakt bolehlah terus ke klinik atau hospital untuk dibuat pemeriksaan lanjut.

10 comments:

Haffizul Iskandar said... [Reply]

erks..saya kadang-kadang tu, rasa macam ada arus elektrik juga. ada masanya, saya pegang besi, rasa macam kena renjatan elektrik! ada masanya, macam boleh dengr bunyi elektrik yang terhasil. And wife selalu juga kena,bila dia dekat je, macam kena elektrik. tapi tak selalulah..ada masanya sahaja.

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

uih.. org selalu gak kena mcm tu.

Akak Kembang said... [Reply]

Kaqlin selalu kalau pegang troller kekadang cam ada renjatan letrik...hehehe

Siti Rohaida Yusof said... [Reply]

kena ambil tahu jugk ni..

Munirah Mustafar said... [Reply]

kadang2 pegang troli tesco terasa renjatan tu..camne?
jemput singgah blog sy tau,sy ada buat GA...
jangan lupe join & support

Ayuni Rafilah said... [Reply]

Menarik...

Fieza Sani said... [Reply]

husband saya pun kategori berbadan elektrik..tak selalu la..kadang2 bila tergesel, ada rasa macam tarikan elektrik..

Zurainny Ismail said... [Reply]

Bunyi mcm x-men pulak... Tapi kesian dia ye, mudah-mudahan masalah tu blh diatasi.

Julia Johari said... [Reply]

Ohhh baru tau yg sebenarnya mmg ada ye golongan mcm ni bila sentuh kita rasa renjatan letrik halus...bagus perkongsian ni dik en...lg satu masa fasa ibu mengandung tu akak selalu kena sgt kt betis...mmg kram gila

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said... [Reply]

Cik ein. Adah selalu juga kena time buka tutup pintu kereta. Orang lain xde. Macam2 lagi la. Ingtkan adah sorang. Rupanya ada juga orang nasib yg sama

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads