www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-01-19

Sumbangan Diperlukan Untuk Asrama Sekolah Agama Terbakar


Dengkil: Sebuah asrama pelajar sekolah agama pondok di Kampung Dato’ Haji Ahmad Rozali, Dengkil di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, asrama pelajar berkeluasan 93 meter persegi yang terletak di tingkat satu bangunan dua tingkat musnah seratus peratus.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu selain turut memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9 malam sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Tiga pegawai dan 13 anggota serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi.


Tabung Bantuan Kecemasan untuk anak2 pelajar tahfiz Madrasah Ar-Ridzuan 
Kg Dato Ahmad Razali telah dilancarkan. 
Jika ada sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai 
bolehlah disalurkan ke 

akaun Masjid As-Sharif Kg Ahmad Razali (8600789800 - CIMB) 
atau hubungi Setiausaha Masjid Tuan Haji Khairi Ibrahim 012-2152471


  3 comments:

  1. Assalamualaikum . Ya Allah , semoga Allah tabahkan mereka . Tetiba wani teringat kisah peristiwa pondok pakya dekat kedah .

    ReplyDelete
  2. Kesian pada mangsa.. semoga mereka yabah menghadapi dugaan ini....

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!