www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-01-13

PENJARA SEUMUR HIDUP VS PENJARA SEUMUR HAYAT



PENJARA SEUMUR HIDUP VS PENJARA SEUMUR HAYAT | Ramai orang keliru antara PENJARA SEUMUR HIDUP dan PENJARA SEUMUR HAYAT. Penjara seumur hidup ni bukanlah penjara sampai mati. Ia cuma 30 tahunsaja. Selalunya akan kurang lagi daripada tempoh tersebut jika si banduan ni berkelakuan baik dan sebagainya.

Penjara seumur hayat itu yang kita boleh anggap dia duduk dalam tu selagi bernyawa. Actually istilah paling tepat penjara seumur hayat ini adalah banduan yang TIADA TARIKH BEBAS. So pepaham sendirilah.

Tapi ada satu lagi yang orang tak tahu atau jarang dengar - TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG. Banduan dalam kategori ini ialah mereka yang dijatuhkan hukuman mati, tetapi masih di bawah umur (juvana). Ataupun mereka yang dijatuhkan hukuman mati tetapi ditakrifkan tidak siuman oleh pihak perubatan. So mereka ini juga tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.

Masa aku jadi wartawan dulu, banduan yang kena penjara seumur hayat ini tak silap aku seluruh Malaysia ada kira-kira 80 orang. Pun begitu mereka masih ada peluang merayu. Setiap empat tahun Jabatan Penjara akan buat laporan pasal diaorang.Banduan tu pun sendiri boleh buat rayuan dekat Lembaga Pengampunan Negeri.

Tapi kata orang yang paling 'seksa' adalah penjara cinta. Senang masuk, susah nak keluar. Kata oranglah.

SUMBER sepenuhnya. Cik en bukan wartawan ye :). Ada berlaku salah faham pulak.

10 comments:

Farhana Zukri said... [Reply]

haah selalu keliru dua terms tu, penjara seumur hidup ngan seumur hayat. ingatkan sama je. amboi sempat lagi penjara cinta tu hehe :p thanks sharing kak :)

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

oo baru anum faham

Asha Lya said... [Reply]

Owhh mcm tu...mcm lbh kurang plak kan

LYAfrina said... [Reply]

hahaha..betul dah tu..kalo penjara cinta, ada juga blh buat badan merana...

sya mimie said... [Reply]

Tq atas info. Sllu pikir slgi hidup, dduk la dlm tu. Hee

iryanty ismail said... [Reply]

Oo cik en peneh jadi wartawan ye..baru tahu..jauh larinya tu ke bidang viterinar...ermnn

YieN said... [Reply]

Owh ye ke? Baru tau ni, hehe~

eima said... [Reply]

nice sharing ....

Uncle Zuan said... [Reply]

owh ingatkan sama je. hehe terima kasih cik wartawan

adianiez AIDA said... [Reply]

sedih tgk pic tu, cik EN.
sayu...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads