www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-12-31

Sedu Tanda Membesar?



Sedu Tanda Membesar? | Selalu ke tidak korang sedu? Haaak Haaak Haaak bunyinya. Dan mesti korang rasa rungsing kan. Menganggu korang bersembang atau membuat kerja. Kata orang dulu dulu, itu tanda korang hendak membesar, tapi kalau dah umur 30 an ke atas takkan mahu membesar lagi? Kalau membesarkan badan mungkin la. Menjadi gemuk.
Ada penerangan melalui sains

Sedu selalu dianggap sebagai tanda anak-anak mahu membesar. Benarkah begitu? Menurut ilmu perubatan, sedu atau hiccups merupakan satu kontraksi diafragma (pengecutan otot antara abdomen dengan dada yang bertanggungjawab memaksa udara keluar dan masuk ke dalam paru-paru). Bunyinya berdegung-dengung dan berlaku selama beberapa minit dan kadang-kadang menyebabkan kita terganggu.

Sedu berpunca dari iritasi saraf yang mengawal diafragma akibat makan atau minum dengan terlalu cepat, memakan makanan yang pedas dan berempah, tertelan terlalu banyak udara sehingga perut menjadi kembung, penyakit ulser dan esofagitis

Kaedah tradisional yang boleh digunakan untuk merawat sedu adalah dengan menyedut air perlahan-lahan, menahan nafas beberapa kali dan meletakkan sesuatu yang sejuk di belakang leher.

Ilmu perubatan juga telah mengenal pasti bahawa karbon dioksida mampu menghentikan sedu dengan cara merangsang diafragma untuk berkontraksi secara biasa berbanding secara spasmodik (dipaksa). Semasa sedu, tarik dan tahan nafas anda. Karbon dioksida yang meningkat di tubuh anda boleh melegakan sedu.

Anda boleh melakukan kedah lain untuk meningkatkan aras karbon dioksida dengan cara menyedut dan mengeluarkan udara ke dalam beg sampul kertas yang didekatkan ke hidung beberapa kali. Elakkan menggunakan beg plastik kerana boleh menyebabkan anda lemas kerananya.

Rujukan: Nik Khartina Nik Man, Dewan Kosmik

2 comments:

najwa zahid said... [Reply]

hari tu sedu. ingatkan nak membesar lagi. hehe

Siti Nurzafirah said... [Reply]

hehehe.. tu lah..

bila sedu, kawan cakap nak besar.. cakap ngan dia, aku tak nak besar dah.. cukup dah... haha

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads