www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-12-08

Penjagaan Anak Kucing Yang Ketiadaan Ibu


Penjagaan Anak Kucing | Entri ini cik en buat khas untuk info untuk pemilik kucing yang mempunyai kucing yang bunting, kucing yang mempunyai anak dan anak kucing yang ketiadaan ibu. Jika anak kucing mempunyai ibu, ianya tidaklah serumit untuk menjaga yang ketiadaan ibu. Ini kerana segala ibu kucing akan menguruskan anak anaknya. Tapi disini cik en akan kongsi penjagaan anak kucing yang mempunyai ibu dan ketiadaan ibu.

Penjagaan peringkat anak
  • Dilahirkan selepas lebih kurang 63 hari dalam kandungan ibu.
  • Mata masih tertutup dari 1 hari hingga 10 hari
  • Umur 2 minggu hingga 7 minggu keadaan anak kucing bertambah kuat, koordinasibertambah baik. Mula menerokai alam luar. Mula belajar tentang kebersihan diri dan bermain.
  • Umur 2 ½ bulan hingga 3 bulan mula cerai susu ibu
  • Mulai belajar makan makanan ‘ solid ‘ yang lembut ( soft canned food ) dan pelahan-pelahan bertukar kepada makanan berbentuk biskut.
  • Umur 3 bulan hingga 6 bulan, anak kucing mula membesar dengan cepat dan lebih bertenaga dan aktif. Gemar bermain dan meneroka alam luar.
  • Peringkat umur 1 tahun – sudah menjadi seekor kucing dewasa .


Anak kucing yang tiada ibu :
  • Perhatian dan penjagaan yang lebih rapi di perlukan sejak umur 1 hari hinggalah 1 bulan.
  • Penyusuan melalui botol di perlukan bagi setiap 3 hingga 4 jam.
  • Pemberian susu suam dan mesti sentiasa kenyang.
  • Tempat kediaman yang bersuhu bilik, sentiasa kering dan bersih.
  • Mudah terkena penyakit. Pastikan kebersihan anak kucing di jaga. Tahi mata hendaklah sentiasa dibersih.
  • Pastikan anak kucing tiada jangkitan seperti :
    • berak cair
    • muntah
    • kutu/ pijat
    • conjuctivitis
  • Pastikan anak misti berkeadaan sihat dan berselera.
  • Umur meningkat 3 bulan boleh lah dibawa berjumpa Doktor untuk pemeriksaan kesihatan, suntikan vaksin dan ubat cacing.

5 comments:

Nieyl said... [Reply]

nieyl penah jaga sekor anak kucing kampung..dlu laaa...
dia xde mak...kebetulan pulak nieyl ada anak kucing parsi yg sebaya dgn diaa..
elok je dieorg berkawan...tapi skrg nie kucing kampung tu dah bebaskan daaa...
ntah mana ntah dia pegi mencari haluan..

PeRdU cINta said... [Reply]

cik en nak tanya..bila ibu kucing bunting lagi sedangkan masih menyusukan anak..itu salah satu faktor ibu kucing keguguran ke..sebab pernah terjadi pada kucing PC..lahir anaknya dah cukup sifat tapi lembik..

Amanda Suria said... [Reply]

SA x pandai bab jaga kucing...

anak denesor said... [Reply]

Sis untuk suntikan vaksin berapa bulan sekali ea?

Kira Sakura said... [Reply]

tapi ada jugak kucing yang makan anak bila anak dia dah besar sikit. mcm kucing adik ipar. habis ank dia mak dia makan

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads