www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-12-16

Kes Klinik | Dressing Luka Kucing

Kes Klinik : Dressing Luka Kucing | Luka kucing selalu berlaku lagi lagi daripada kucing jantan yang kuat merayau atau mencari pasangan. Mungkin ada tuan kucing yang mengurung kucing tapi ramai juga yang menggunakan konsep lepas dan malam akan balik tidur di rumah. Apabila sampai masa atau musim mengawan, kucing jantan akan mencari pasangan dan ketika ini, akan berlaku pergaduhan antara kucing kucing jantan ini. 

Selalunya, kalau ada kucing jantan yang berbuka garang dan kesnya adalah luka atau bengkak, cik en akan gelar mereka, ABANG LONG KAWASAN. Dan selalunya pelanggan akan mengiyakan dan akhirnya menjadi suasana di dalam klinik tidak tegang. Ini bagus untuk kucing jantan daripada "stress" melihat suasana baru. 

Selalunya, jika berlaku pergaduhan, kucing akan mengalami luka atau bengkak. Jika luka, hanya rawatan dressing biasa dilakukan, Jika bengkak, cik en akan cuba memicit atau menekan, jika keras, kemungkinan hanya bengkak biasa, tapi jika terasa lembik atau lembut bila di tekan, mungkin ianya nanah, tapi belum cukup "masak" atau matang. Suntikan antibiotik dan ubat bengkak akan diberi. Selalunya cik en akan minta, kucing itu dibawa semula, jika bengkak itu pecah sehingga mengeluarkan nanah. Dan jika ia berlaku, di sarankan untuk dipuasa selama 10 jam sebelum di bawa ke klinik untuk ditidurkan sementara cik en dan kawan cik en melakukan proses "dressing" 

Dan kali ini, cik en berkesempatan untuk berkongsi gambar gambar "dressing" seekor kucing kepunyaan pelanggan cik en MCK SALAMAH. Kucing mck ini adalah kucing jalanan dan selalu menumpang makan di rumah mck. Sebelum ini, pernah diberi rawatan kerana telinga terkoyak, tapi kali ini dia datang kerana bengkak di bahagian leher dan nanah telah keluar.

luka di telinga sebelum ini kembali berdarah 

Nanah yang telah di bawa keluar

Baunya jika tidak biasa akan buat muntah teruk
Untuk pengetahuan semua, nanah perlulah dikeluarkan sehingga kering, jika masih ada saki baki, kemungkinan akan berlaku semula. Pada masa ini, lukanya tidaklah besar mana, jadi kami tidak menjahit(suturing). Dan selepas 2 minggu, lukanya semakin membesar dan memaksa untuk kami jahit. Jadi pada pagi semalam , kami telah menjahit bahagian tersebut dan berharap jahitannya tidak terbuka sehingga kulit dapat dicantumkan. 

Ini antara kes kes yang kerap berlaku di klinik cik en. Insyallah, jika ada lagi kes kes menarik, cik en akan kongsi kepada semua pembaca cik en. Kerja kotor, kerja busuk tapi inilah kehidupan seorang veterinar.

5 comments:

anak denesor said... [Reply]

Abg long kawasan fuyooo hahah

adianiez AIDA said... [Reply]

hadoi! alahai sian...

dear anies said... [Reply]

adoiii sy x bleh tgk kucing luka tp x tau nk ubati mereka

Nor Marshaliza Shaidan said... [Reply]

Hanya yang pakar mcm cik en je yang mampu buat....salute cik en..=)

Nurhuda Ismail said... [Reply]

seriauuuu. hahaa

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads