IP Man 3 bakal Di Tayang 24 Disember 2015

IP Man 3 bakal di tayang 24 Disember 2015

IP Man 3 bakal di tayang 24 Disember 2015 | Cik en diakui minat dengan cerita IP Man dan telah menonton IP Man seri pertama dan kedua. Jadi semestinya tidak akan ketinggalan untuk melihat IP MAN 3 pula. Kali ini Donnie Yen akan berlakon bersama Mike Tyson dan menelan kso RM132.26 juta

Kuala Lumpur: Bintang aksi Hong Kong, Donnie Yen, 52, mendedahkan dia nyaris terkena tumbukan peninju lagenda Mike Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan dalam filem Ip Man 3, beberapa bulan lalu.
Donnie berkata, babak itu antara cabaran dalam filem arahan Wilson Yip itu yang dihadapinya berikutan Tyson tidak biasa berlakon.
"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul.
"Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali," katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri WIng Chun, Yip Man.
Menurutnya, peluang berlakon dengan Tyson sememangnya pengalaman baik dan dia juga peminat peninju terbabit.
"Ketika bertemu dengan Tyson, dia turut memberitahu meminati filem IpMan selepas menonton siri pertama dan kedua," katanya ketika ditemui di sidang media filem berkenaan di sini, petang tadi.
Filem IP Man 3 yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember ini.
Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Lynn Xiong, Karena Ng dan Max Zhang.

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

7 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah ! lama tak tengok... apalah agaknya cerita dia kan...

    tak sabar nak tengok...

    ReplyDelete
  2. Terbaekkk.. wajib tonton nie

    ReplyDelete
  3. WAH! filem kegemaranku... x sabar nak download ( suh kawan jer )

    ReplyDelete
  4. wowwww 132.36 jutaa tuuu movie wajib tengok nanti ni

    ReplyDelete
  5. wowwww 132.36 jutaa tuuu movie wajib tengok nanti ni

    ReplyDelete
  6. asben aida da tgk.
    dia punyer komen, better ip man 1 & ip man 2.
    3rd one ni byk sedih. pasal bini dia tu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post