www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-12-18

Gambang Cempaka Sari | Ketahui Cerita Kesultanan Perak

Gambang Cempaka Sari Sungai Perak, Harga Gambang Cempaka Sari Sungai Perak

Gambang Cempaka Sari : Ketahui Cerita Kesultanan Perak

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Sungainya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak... Perak... oh negeriku.

Lirik di atas adalah lirik lagu Perak Oh Negeri yang dicipta oleh Ciptaan M.Shaarif (The Zurah II) pada tahun 1986. Negeri Perak menjadi tempat sejarah yang banyak dan menjadi tumpuan pelancong. Kuala Kangsar kini telah mempunyai Gambang Cempaka Sari yang boleh korang naiki dan belayar di Sungai Perak sambil itu terdapat info menarik mengenai Kesultanan Perak. Gambang Cempaka Sari boleh dinaiki :
Gambang Cempaka Sari

Hari 
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Harga 
RM15 (Dewasa) 
RM10 (kanak kanak, warga emas, OKU) 

Waktu Berlayar (bergantung kepada cuaca)

9.00 pagi - 9.40 pagi
10.00 pagi - 10.40 pagi
11.00 pagi - 11.40 pagi
12.00 tgh - 12.40 tgh
1.00 ptg - 1.40 ptg
2.00 ptg - 2.40 ptg
3.00 ptg - 3.40 ptg
4.00 ptg - 4.40 ptg
5.00 ptg - 5.40 ptg
6.00 ptg - 6.40 ptg

Talian
1-800-22-8772

Laman Web

Jadi sesiapa yang datang ke Kuala Kangsar, jangan lepaskan peluang menaiki Gambang Cempaka Sari yang pernah dinaiki oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak.

5 comments:

NUR RAIHANAH said... [Reply]

Wahhh cambest jee Cik En. Sy bkn org Perak, teringin betul nak travel ke sana. Hahahaa.

najwa zahid said... [Reply]

Wah!!!! bot + khemah istana ke tu

Siti Yang Menaip said... [Reply]

first time tahu tentang tempat ni.. cantik jugak kawasan =)

Nurhuda Ismail said... [Reply]

anteknyaa tempat wajib singgah ni

adianiez AIDA said... [Reply]

tq for sharing.
aida lalu lalang aje perak.
lom pernah holiday dgn famili kat sana.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads