www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-10-29

Nukilan Buat Omey


Omey,
Jam menunjukkan 1:42  pagi 29/10/15
Masuk hari ke 3 omey tinggalkan ma,
Ma sayang kamu
Ma rindu kamu saat ini
Hanya dengan menjadikan memori kamu sebahagian kecil di blog ma ni,
Diharap boleh kurangkan kerinduan ma terhadap kamu


Omey,
Walaupun kamu seekor kucing kampung yang datang ke pejabat ma sambil membusung anak dalam kandungan
Ma jaga kamu masa itu acuh tak acuh
Sehinggalah kamu melahirkan anak comel kamu.
Tapi malangnya anak kamu digeget oleh anjing dan mati.
Kamu seperti meroyan,
Bising setiap hari,
Mungkin mengadu yang kamu rindukan anak anak kamu
Akhirnya ma ambik keputusan memandulkan kamu.

Omey,
selesai memandulkan kamu,
hidup kamu kembali ceria
badan kamu gemuk, sihat dan sangat manja
Sampaikan ma nak masuk bilik air,
kamu sanggup tunggu depan bilik air
tunggu ma,
Kamu mngeow ngeow panggil ma
selagi ma tak menyahut,
kamu takkan berhenti mengeow.

Omey,
kamu hadir dalam hidup ma dalam masa yang tepat
Taktala ma hilang arah tujuan,
ma hilang kasih sayang,
ma hilang kepercayaan diri
kamu ada di atas meja ma mendengar setiap luahan hati ma
setiap kali ma datang pagi pagi,
kamu berlari lari dapatkan ma
sambil tu buat aksi manja kamu tergolek golek
Dimana saja ma ada di pejabat itu, disitu ada kamu
Teman tanpa perlu ma panggil kamu
paksa kamu
kamu akan ada disisi ma walaupun ma tertidur masa buat keje.
Kamu menganggu ma menulis, menaggangu ma maka, minum, sibuk
Hidup ma ceria keranamu, Omey

Tapi
sebulan sebelum kamu sakit teruk
ma nampak perubahan kamu
kamu mula kurang makan sedangkan kamu paling kuat makan
Badan kamu semakin kurus, kurus dan kurus
Ma rawat kamu dengan ubat ubatan yang berkaitan
Tapi kamu masih begitu.

Ma tahu,
setiap kucing yang dibawa ke klinik mempunyai pelbagai penyakit merbahaya
Mungkin dari situ, kamu jadi begini
3 minggu kamu kurus, tak lalu makan dan minum,
akhirnya kamu mula lemah
Jalan terhuyung hayang
Kamu tak kuat
Ma bagi kamu ubat,
Ma drip kamu
Ma paksa kamu makan
Tapi apa dayanya ma
Ma tak dapat selamatkan kamu dah

27/10/15
Jam 8.15 pagi, kamu pergi
Tapi ma terkilan, ma lambat hari tu
Mungkin kamu tunggu ma sebelum kamu mati
Ma sampai kamu dah tak ada.
Walaupun sebelum itu ma pasrah kalau kamu pergi
Ma masih kuat tengok kamu mati
Ma cari cangkul
Ma mencangkul satu bahagian untuk tanamakan jasad kamu
Masa itu, hati ma sedih sangat
Air mata ma mengalir deras,
Ma cuba kuat, tapi tak mampu,
Saat ma letak kamu dalam lubang tu, ma menangis sepuas puasnya
Kamu dah tak ada lepas ini.

Semalam
Hari kedua,
ma terlupa kamu dah tiada
ma panggil kamu
Omey! Omey!
Tapi sunyi je
barulah ma ingat,
kamu dah tiada.
Ma bukak tingkap bilik
Ma semadikan kamu di belakang bilik yang kamu selalu tidur
Ma pandang kubur kamu Omey
Ma terbayang kamu

Omey,
walaupun kamu hanya haiwan,
tapi kamu banyak memahami hati ma
dari manusia manusia di luar sana
Kamu tak pernah nak lukakan hati ma
kecik kan hati ma
sakitkan hati ma
kamu sentiasa jadi penyejuk hati ma..

Omey,
Maafkan ma kerana tak ada disisi kamu masa kamu mati
Tak dapat selamatkan kamu
Ma sayangkan kamu
Ma sangat rindukan kamu di awal pagi ni.
Selamat Berehat Omey
Walaupun kamu tiada macam selalu
Tapi memori kamu
ada dalam ingatan ma,,
Biarlah orang kata ma apa pun,
tapi ma tak boleh nak tipu yang ma terlalu rindukan kamu saat ini

4 comments:

tiga lalat said... [Reply]

siannyer .,

eima said... [Reply]

sedihnya entry cik ein hari ni .... bertabah la cik ein

Bonda Zahra said... [Reply]

tacing:(

Ms. Kejupenyet said... [Reply]

Sedihnya. Baca sampai sebak..
Omey tahu ma sygkan dia..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads