Perbezaan Demam Campak (Rubeola) dan Cacar Air (Chicken Pox)

Assalamualaikum 

Entry kali ini cik en keluarkan selepas 2 orang staf di pejabat cik en mendapat Cacar Air (Chicken Pox) secara serentak.Ini menjadikan cik en mengeluarkan entry ini.


Apa Itu Demam Campak atau Rubeola


Merupakan sakit akut yang terjadi kepada kanak kanak disebabkan oleh virus measles. Mengalami jangkitan pernafsan dan disertai ruam di kulit. Merebak melalui titisan cecair dari mulut atau hidung seperti air liur, batuk dan sebagainya. Boleh dicegah melalui vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).

Tanda tanda demam campak
  1. Demam 
  2. Batuk,selsema 
  3. Mata Berair 
  4. Sakit Otot 
  5. Kesan Demam Campak
  6. Jangkitan Kepada Telinga 
  7. Jangkitan Paru Paru (Pnuemonia) 
  8. Jangkitan Pada otak 
  9. Cirit Birit 
  10. Keguguran pada ibu mengandung 
  11. Rawatan Demam Campak
Tiada rawatan khusus. Cuma
  1. Panadol 
  2. Hindari cahaya terang 
  3. Rehat dan minum air secukupnya 

Apa Itu Cacar Air atau Chicken Pox

Merupakan sakit disebabkan virus varicella. Virus yang sama seperti kayap. Biasa berlaku kepada kanak kanak dan senang berjangkit. Berlaku dengan datangnya demam dan ruam yang melepuh. Dan boleh berlaku lebih daripada sekali mengikut tahap imun seseorang

Tanda Tanda Cacar air
  1. Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul. 
  2. Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki. 
  3. Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari). 
  4. Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. 
Kesan Demam Campak
  1. Jangkitan kuman pada kulit. 
  2. Jangkitan pada darah (blood stream infection). 
  3. Radang paru-paru. 
  4. Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”). 
Rawatan Cacar Air

Diberi vaksin semasa bayi. Jika terkena bolehlah
  1. Elakkan berjumpa dengan orang lain 
  2. Paracetomol untuk kurangkan demam 
  3. Pengambilan air putih secukupnya 
  4. Amalakan makanan seimbang 
  5. Sentiasa basuh tangan 
  6. Kalau gatal boleh sapukan losyen Kalamine 
  7. Rawatan Tradisional Cacar Air 
  8. Menyapu baking soda yang dicampur air 
  9. Madu untuk sembuhkan cacar di bahagian gatal 
  10. Mandian oatmeal untuk melegakan kegatalan 
  11. Garam Epsom untuk elak kegatalan 
  12. Bunga Jasmine 
  13. Mandian Halia 

  1. Minum Air kelapa 
  2. Mandian daun semambu 
  3. Asingkan pakaian dan tempat tidur. pakaian direndam dengan air suam/ panas 
  4. Elakkan makanan bergoreng. Makan ikan keli bakar 
  5. Mandi sekerap yang boleh 
  6. Pantang Makan 
  7. Jangan kena hujan 


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

7 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Diana pernah kena cacar ni masa zaman kanak2...

    ReplyDelete
  2. untuk chicken pox dah ada antiviral .... acyclovir .... boleh rujuk pada Dr untuk antiviral ini ....

    ReplyDelete
  3. beza rupanya...itulah air kelapa penawar yg baik

    ReplyDelete
  4. best juga info ni..
    ummi baca yerr... tq

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Terima kasih puan atas tips ini

    ReplyDelete
  6. Sedang survive dari chickenpox huhu,
    Virus ni boleh berjangkit pada kucing tak???

    ReplyDelete
Previous Post Next Post