www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-08-04

Bonjolan Di Perut Kucing ( Hernia )

Assalamualaikum dan salam sejahtera
entry kali ini mengenai info veterinar untuk pencinta kucing yang mengalami masalah benjolan di perut
Sebelum Cik EN cerita panjang lebar, disini Cik EN akan terangkan maksud Hernia.
Dibawah ini contoh yang terjadi kepada kucing, anjing atau haiwan haiwan yang lain


Penerangan

Kulit manusia dan haiwan mempunyai 2 lapisan. Dalam dan Luar. Kes ini terjadi kerana lapisan dalam yang koyak yang menyebabkan usus atau organ dalaman jatuh mengikut tarikan graviti dan menyebabkan benjolan di bahagian lapisan luar.
Sebelum mensyaki ianya adalah Hernia, ada beberapa diagnosis yang boleh anda check di rumah

Diagnosis

1. Terdapat benjolan di bahagian perut atau bawah badan kucing
2. Apabila di tekan, benjolan lembut dan boleh masuk kedalam semula.
3. Kucing atau haiwan tidak merasa kesakitan malah aktif bermain

Punca-Punca 

1. Kucing yang sangat aktif melompat dan terjun dari tempat tinggi
2. Bergaduh atau diperlakukan dengan kasar
Rawatan

Selalunya akan dibuat pembedahan untuk menjahitkan lapisan yang dalam. Dan ada juga yang boleh baik dengan sendirinya. Selalunya pada anak kucing dengan diberi supplemen multivitamin.

Risiko

Jika berlaku kecedaraan di sebelah luar, berkemungkinan, organ dalaman seperti usus akan keluar dan potensi mendapat kecederaan amat tinggi.

Nota Cik EN : Ini hanyalah sebahagian kes yang banyak terjadi di klinik Cik EN. Dan Cik EN menerangkan dengan bahasa yang mudah difahami.

Photobucket

5 comments:

Sheila Adziz said... [Reply]

thanks for sharing cik en.... walaupun xde kucing kt rumah... harus tahu...

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

ala sianyaaaaaaaaaaaaaaa

eima said... [Reply]

menakutkan ......
mcm2 pengalaman cik EN kan

nur anis said... [Reply]

ingatkan orang je ada hernia ni...

ainur nabila said... [Reply]

Assalamualaikum. Berapa kos operation hernia? Klinik kat mana ni

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads