www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2015-06-29

Kad Raya Cik EN 2015


Assalamualaikum semua
berkenaan kad raya cik en tahun ini



ada yangbertanyakan macam mana untuk mendapatkannya..
cik en tak yah susah susah untuk buat entry atau like atau follow blog cik en.. dengan hanya pm nama dan alamat di page cik en.. boleh klik SINI
atau boleh terus komen nama dan alamat di entry ini..
komen cik EN awaiting approval.. so cik en tak publishkan nama dan alamat korang.. 
p/s: so tunggu apa.. cepat cepat bagi alamat

Photobucket

2015-06-27

2015-06-25

Berlagak

ada masa, aku sedih tapi berlagak tabah
ada masa, aku rs cemburu tapi aku berlagak tak ada apa apa
ada masa aku rindu tapi aku berlagak kata tak ingat
bukannya aku berlagak nak jadi ego
tapi aku berlagak tuk kuatkan hati jadi sado.
sebab apa yg aku rasa, orang lain takkan faham dan mngerti.
aku pun seorang wanita.. punya hati sama yang lain.. tapi aku masih letak otak melebihi hati.
rasional dari emosi.. tapi lumrahlah wanita.. sedikit sebanyak di hatinya akan menjadi emo juga.

2015-06-23

2015-06-22

Kematian

bila kita sebut pasal mati. macam macam yang akan kita rasa. ketika ini kematian tidak kira usia.. seawal kelahiran, kanak kanak, remaja, dewasa dan orang tua.
sesetengah menanggap kematian itu penyelesaian masalah. ada juga sebagai penghujung cinta tak kesampaian.
sedar kah kita, bila kematian memanggil, takkan sesaat kurang dan sesaat lebih. tiada kata undur yang boleh kita buat.
cukup ke amalan kita menempuh alam kubur tu nanti?
cik en masih tak mampu menempuh alam itu, masih kurang pahala yang cik en nak bawa.. masih banyak dosa yang cik en nak hapuskan.
Wahallahualam..

Perhatian Untuk Gadis


Kesimpulannya
Jagalah aurat, janganlah terdedah sana sini..
kalau kita nak beli barang dikedai pon kita lebih suka ambik yang dah ber"packging" dari yang timbang kilo
Jagalah auratmu adik adik. Walaupun masih tidak sempurna tapi arah kepadanya dah cukup baik. 
Peringatan untuk diri juga

2015-06-21

Pernah Rasa Tidak Dipedulikan?

Assalamualaikum dan salam Ramadan


Pernah tak korang rasa tidka dipedulikan walaupun dari orang yg terasayang?
Bersabarlah, Ada sebab benda itu berlaku, menyuruh kita kembali kepada Yang satu
AllahS.W.T
berbalik kepada yang asal
p/s: Takzirah untuk sendiri juga

2015-06-20

Hormatilah Perasaan Kami

jangan la nak tanye sangat apatah lg menyuruh..
semua org x mintak jodohnya lambat.. 
dah berusaha..
berkawan lelama tapi x jdi.. kt hanya merancang.. siapa kita nak pertikai qadak dan qadar yg Allah tetapkan. 
ingat x pernah sentap ke dengan post engaged, married, pregnant, bersalin, pic anak2 kt fb ni? sentap jiwa dan otak ni nyah! tp awok redho 
sebabnye de bff awok gtau
"de sebab Allah tu x bg u kawen skrg, walaupun u kata dah sedia. tpi Allah tu lebih mengetahui hati u sado ke x nak tempuh alam perkahwinan. Insyallah sampai masa akan tiba jua
jd plz jangan la tanya direct.. gunalah ayat indirect supaya awok2 yg bujang ni x tergores perasaan. kalau nak tanya sesesangatgat.
Dunia ini luas, pelbagai cara untuk bahagia.. 
bagi awok, bahagiakan hati mak abah itu cukup untuk bahagiakan diri ini lani..

2015-06-18

2015-06-17

2015-06-16

Kenapa Vaksin Perlu diberi 3 Kali Pertama Untuk Anak Kucing?


Assalamualaikum dan salam sejahtera , dah lama cik en tak menghapdate untuk info info veterinar tadi semasa cik en godek godek blog cik en terjumpa post cik en yang ini Cat Vaccination Guide jadi cik en nak terangkan lebih lanjut mengenai penvaksinan ini. Penvaksinan itu penting kepada semua tidak kira la manusia atau haiwan. tapi disebabkan cik en ni nurse haiwan cik en nak sembang pasal haiwan sahaja sebelum cik en terangkan lebih lanjut pasal vaksin Cik en akan terangkan apa itu vaksin

Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Ada beberapa jenis vaksin. Namun, apa pun jenisnya tujuannya sama, yaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa menimbulkan penyakit. kiranya sebagai protection awal pada haiwan. Di klinik cik en, pemberian vaksin adalah perkara yang selalu di lakukan, sebelum penvaksinan di lakukan cik en akan bertanya kepada tuan haiwan adakah kucing sihat yakni dari segi selsema, demam, batuk, aktif atau tidak atau memang mempunyai rekod penyakit. Jika tiada, penerangan akan dibuat. penvaksinan pada kali pertama perlulah disusuli untuk kali kedua dan ketiga kenapa perlu 3 kali divaksin? mari kita rujuk gambar di bawah ini





dari gambar ini cik en akan terangkan serba sedikit bagi korang faham.

1st shot adalah penvaksinan kali pertama. jalur biru adalah protection atau vaksin yang telah diberi. pemberian vaksin kali pertama akan menurun dan ianya perlu divaksin sekali lagi untuk menaikan graf protection. Protection akan naik dan akan turun semula dan perlulah suntikan vaksin kali ketiga. Jarak setiap vaksin adalah sebulan

Contohnya kalau hari ini 16/6/2015 divaksin kali pertama, vaksin kali ke2 perlu di beri 16/7/2015, dan vaksin ke3 pada 16/8/2015 dan perlulah divaksin tahunan lebih kurang 3 tahun lagi so korang faham kan penerangan ringkas ini..cukup untuk kali ini.. lepas ini cik en akan share mngenai jenis jenis vaksin yang ada di malaysia untuk kucing dan anjing. Insyalllah

Tambahan : Penvaksinan ini hanya "cover" 60% sahaja. Jadi vaksin bukanlah menjamin yang kucing korang sihat selama lamanya. Dan diingatkan, jika kucing korang tidak sihat atau tanda tanda penyakit, VAKSIN boleh membunuh mereka. Jadi pastikan kucing korang betul betul sihat ye.


2015-06-13

InnerShine Prune Essence Plus Camu Camu

InnerShine Prune Essence Plus Camu Camu | Innershine merupakan satu minuman kesihatan yang popular di bawah Jenama Brands. Penjenama yang terkenal ini bertapak lebih dari 10 buah negara di dunia. Dan satu produk Brands yang menjadi pilihan adalah InnerShine Prune Essence Plus Camu Camu. InnerShine Prune Essence Plus Camu Camu merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C. Pati Prun dan Camu Camu tinggi dalam serat dan juga mengandungi agen pencegah maltodekstrin, sejenis serat larut yang membantu dalma proses pencernaan dan yang penting tiada bahan pengawet. 

2 Tahun dah cik en amalkan. Mulanya nak bekalkan vitamin c pada kulit cik en sebab cik en jenis kulit kering tapi ia menjadikan cik en tenaga extra memandangkan cik en ini kerje lasak. Sebagai pembantu veterinar, kerja di lapangan adalah kerja yang tidak dapat dielakkan. Masa yang terhad juga menyebabkan jadual makanan tidak tetap. Oleh kerana ini, ia akan membuat kulit kusam dan berat badan cik en bertambah. Bermula dengan tawaran diskaun, cik en mencuba dan akhirnya ianya amat serasi dan cik en amat berpuas hati.


Penggunaan selama beberapa bulan menjadikan kulit cik en berseri seperti di bawah ini. Dan juga berat badan cik en mula berkurangan dan ramai yang memuji.

sebelum

selepas

Mungkin banyak produk lain di pasaran, tapi cik en amat berpuas hati hasil rutin harian cik en meminum InnerShine Prune Essence Plus Camu Camu. Dan satu lagi yang cik en puji, harganya yang mampu milik menyebabkan ianya menjadi pilihan golongan sederhana seperti cik en.

2015-06-12

Blogger Application di Android

Assalamualakum semua
mungkin ada yang tahu application blogger di goggleplay dan kerap menggunakannya..
tapi cik en baru sahaja mengetahuinya dan baru menggunakannya.. so xperlu tggu pc untuk berblog..
untuk sesiapa yang tak tahu boleh search "blogger" di googleplay android korang..

kelemahan yang cik en nampak
Cik en x dpt cari comment!!!

Klinik Veterinar Kerajaan dan Swasta di Perak





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Memandangkan ada yang bertanya kepada cik en senarai klinik haiwan atau veterinar kerajaan dan swasta di Perak dengan gigihnya cik en akan membuat senarai senarai yang cik en cari (secara goggle). Diantara klinik kerajaan di bawah ini, mungkin akan ada berjumpe dengan cik en. Ini sebagai rujukan dan akan dikemaskini mengikut pertambahan.Jika ada yang tahu di kalangan daerah sekitar perak mengenai klinik swasta boleh komen disini. Ini senarai klinik haiwan di perak


KLINIK VETERINAR KERAJAAN DI NEGERI PERAK 


KLINIK VETERINAR SWASTA DI NEGERI PERAK

Tambahan di kawasan bidor, ada klinik veterinar yang baru dibuka, boleh klik link dibawah
No 3, Jalan Chegar Mewah 1, Taman Chegar Mewah, 355000 Bidor Perak 

Diharap sedikit sebanyak dapat membantu korang.

p/s : Hanya 1 daerah sahaja yang list klinik swastanya penuh.. ini disebabkan itu daerah cik en.. :) wink wink

UPDATE : Nombor Dr. Inderjeet Kaur sudah bertukar. 

Harap Maklum, segala nombor telefon doktor veterinar di dalam ini diambil dari laman web jabatan perkhidmatan veterinar negeri perak. 

Kad Raya Cik EN 2015


Assalamualaikum 
Ramadhan nak menjelma dan cik en nak mengucapkan salam Ramadhan tahun 2015 ini..
seperti sebelum ini, cik en war warkan sesiapa yang nak kad raya dari cik en kan?



so untuk sesiapa yang berminat boleh komen di entry ni atau pm cik en di 

nyatakan nama dan alamat hokey..

2015-06-11

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads