www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2014-05-01

Pelajar Sekolah DIbenarkan Berkahwin?



Assalamualaikum dan hye semuafaham tak karitakur diatas. cik en ambik dari oh media
Pendapat yang lain?
bagi  cik en. ni pendapat cik en

Bagi Islam tiada halangan unutk sesiapa yang cukup syarat untuk berkahwin
Ini rukun nikah

Dan tidak ada syarat pelajar sekolah tidak boleh berkahwin. Hanya syarat perkawinan undang undang malaysia ada menegaskan umur untuk berkahwin

Sebelum berkahwin, setiap pasangan mesti memenuhi syarat-syarat asas dalam perkahwinan menurut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah pasangan tersebut mestilah berumur lebih dari lapan belas tahun bagi lelaki dan genap enam belas tahun bagi perempuan menurut seksyen 10 Akta 164 dengan lesen kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21(2) Akta 164. Selain itu, tiap-tiap pihak yang ingin berkahwin mestilah bukan saudara atau tiada tali persaudaraan yang dilarang berkahwin di bawah seksyen 11, orang yang berumur bawah dari dua puluh satu tahun perlu mendapat kebenaran bertulis dalam seksyen 12, pasangan itu mestilah terdiri daripada lelaki dan perempuan dan pihak-pihak yang ingin berkahwin itu mestilah seorang yang masih bujang atau belum berkahwin (monogamous marriage) kerana mengikut seksyen 6 Akta 164, seseorang itu tidak boleh berkahwin lagi pada masa perkahwinannya yang terdahulu masih lagi berterusan. Setelah memenuhi semua syarat asas perkahwinan, seseorang itu perlu melakukan prosedur permulaan perkahwinan, pengupacaraan perkahwinan dan pendaftaran perkahwinan.

tapi pendapat cik en la, kalau boleh biarlah lepas sekolah baru nak berkahwin
Perkahwinan bukan sekadar nafsu semata mata tapi tanggungjawab
Bila dah puas dan mula rimas dengan tanggungjawab akan berlaku penceraian
Penceraian tidak haram tapi dimurkai Allah
jadi apa persoalannya, biarlah belajar bertanggungjawab kepada keluarga dahulu barulah boleh bertanggungjawab kepada keluarga sendiri
tapi cik en tidak menghalang kalau pelajar nak berkahwin, x salah pon, tapi persediaan mental dan fizikal tu diutamakan dulu

Photobucket

3 comments:

nana kimie said... [Reply]

Yup!betul tu..nana setuju..besar tanggungjawab utk jd suami dan isteri...apapun semoga dipermudahkan urusan nana satu hari nanti^^

Mohd Selim Zainal said... [Reply]

Assalammualaikum..

Pada mselim3 ada baik dan buruk nyer.

Baik - dapat kurangkan maksiat dikalangan pelajar.

buruk - pelajar tak matang lagi dalam melayari kehidupan berumahtangga,

mselim3

pls: pandangan aje... masih boleh dipertikaikan.

9n0L4 said... [Reply]

hehehe. zaman dulu mgkin releven la bdk skolah kawen tapi skrg, entah la. pyh nk ckp.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads