www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2014-04-28

Lelaki Umpama Gelang Getah dan Perempuan Ibarat Ombak



Assalamualaikum dan salam sejahtera
kembali cik en menulis entry hasil pembacaan cik en. kali ini cik en membaca dari buku motivasi bertajuk Bintang Timur, Bintang Barat. Hasil pengalihan kepada buku bahasa melayu daripada buku bahasa inggeris iaitu "Men Are From Mars, Women Are From Venus". Penulis asal JOHN GRAY dan edisi bahasa melayu dari PTS Profesional. Hasil penulisan agak panjang dan dalam entry ini cik en cuba mengarabkan dengan cara penulisan cik en. Buku ini khas untuk panduan praktikal bagi memperbaiki komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Pemilihan tajuk ini adalah salah satu motivasi yang penting untuk setiap pasangan yang am nya melibatkan lelaki dan perempuan. untuk pasangan kekasih, suami isteri, sahabat dan lain lain
Lelaki Umpama Gelang Getah dan Perempuan Ibarat Ombak
Cik en akna terangkan satu persatu dan kita akan ambik untuk 2 kenyataan itu :-



LELAKI UMPAMA GELANG GETAH
Lelaki ibarat gelang getah. Apabila mereka menjauhkan diri kerana hendak menyendiri, mereka tidak akan pergi jauh dan akan perlu kembali semula. Gelang getah adalah metafora ( masa sek menengah kelas BM dah diajar apa maksudnya, jangan nak buat lupa) yang paling sesuai untuk memahami kitaran keintiman kaum lelaki. Kitaran ini dibahagikan kepada 3 fasa :-
1. intim
2. Menjauhkan diri
3. Merapatkan diri kembali
Apabila lelaki mencintai dan menyayangi seorang perempuan, terdapat masa-masa dia perlu menarik diri bagi menyendiri sebelum menjadi lebih intim semula. Ia dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan contoh yang cik en akan cerita disini
Encik Syahmi dan Puan Adriana merupakan suami isteri yang baru 6 bulan melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia. Segala perhatian dicurahkan sesama mereka. masuk bulan ke 7, Syahmi mula menjauhi daripada Adriana dengan menonton TV sehingga ke pagi ( menonton Bola Sepak Piala Dunia) atau perbualan antara menjadi satu hala. Oleh kerana itu, Adriana merasakan suaminya mula menjauhkan diri dan berlakulah petengkaran dan bermasam muka. Sedangkan ia merupakan kitaran normal bagi seorang lelaki. Apabila mencapai kepuasan dan kebahagian maksimun, lelaki akan mula menjauhkan diri/ menyendiri kerana mereka merasakan sedikit kehilangan dan lupa akan identiti dan keperluan dirinya sendiri. Apabila sudah lama dikelilingi dan merasai keperluan, masalah, permintaan dan emosi isterinya. Dengan cara ini, lelaki memenuhi keperluannya dengan kebebasan dan autonomi atau cik en namakan sebagai refresh. Tapi Adriana tidak memahami konsep ini dan mula meluahkan ketidakpuasan. Ini menjadi punca pergaduhan. Sedangkan apa yang Syahmi perlukan sedikit masa bersendiri. Sebab bila syahmi dah rasa dirinya refresh sepenuhnya, dia akan mula merindui adriana isterinya semula dan perhatian yang akan dicurahkan sama seperti diawal tadi
Dalam keadaan ini, Adriana perlu memahami konsep

"LELAKI UMPAMA GELANG GETAH"

Tindakan yang patut Adriana lakukan adalah :
1. Memberi ruang dan masa untuk Syahmi bersendiri
2. Ambik masa untuk diri sendiri menyibukkan dengan kerja kerja yang bertangguh
Tindakan yang TIDAK patut Adriana lakukakan adalah :
1. Memaksa berbual
2. Mendesak untuk kembali intim
3. Cuba menyalahkan diri menyatakan dirinya membuat kesilapan penyebab Syahmi mendiamkan diri
4. Jangan mem"betul"kan keadaan. Biarkan
5. Jangan sesekali memikirkan Syahmi tidak lagi menyayangi dirinya lagi
Apabila semua kembali normal, Adriana bolehlah berbincang dengan suaminya bagi menjernihkan suasana dan mendapat penjelasan lanjut. Itu lebih memuaskan hati Adriana.
Kebaikan yang boleh Adriana dapat adalah dengan mengrefresh semula dirinya dengan "hangout" dengan kawan-kawan, ambik masa ke spa, salon, shopping atau buat sesuatu yang menyeronokkan seperti membaca, bermain game, dan lakukan hobi sendiri
Enjoykan diri..

PEREMPUAN IBARAT OMBAK
Kaum perempuan ibarat ombak. Apabila merasakan diri mereka disayangi dan dikasihi, maka semangat dan harga diri mereka turun dan naik persis alunan ombak. Apabila mereka merasa seronok, mereka akan mencapai tahap kemuncak, dan kemudian tiba tiba mood mereka dapat berubah dan harga diri mereka jatuh seperti pukulan ombak. Walaubagaimanapun, menjunamnya mood mereka ini bersifat sementara sahaja. Apabila mencapai tahap terendah , ia akan naik semula dan akan happy. Seperti istilah moody. dan secaranya automatik, ombaknya akan naik semula. Bila ombak tinggi, diri mereka penuh dengan kasih sayang dan cinta tetapi bila surut, dia akan merasakan dirinya kosong dan ketandusan cinta.  So dengan kenyataan ini, korang akan tahu kenapa banyak posting luahan hati banyak di wall perempuan. Ehhehe. Sama seperti konsep lelaki, cik en samakan proses ini sebagai REFRESH.
Jika lelaki menarik diri dan menyendiri sebelum menjadi lebih intim, sama juga perempuan yang naik turun dalam kebolehan mereka menyayangi diri mereka sendiri dan juga orang lain. Kita akan ambik contoh pasangan Syahmi dan Adriana cuma keadaan berlawanan. Sama tindakan Adriana tadi, Syahmi jangan cuba membetulkan atau membaiki keadaan sebab ia akan menyebabkan perang yang besar. Tapi Syahmi tidak perlu menjauhi atau meninggalkan Adriana. Tindakannya adalah memberi sokongan. Sekali lagi cik en katakan SOKONGAN bukan MEMBAIKI
Apabila merasakan diri menjunam. Adriana akan merasakan berasa di dalam perigi. Apabila Adriana di dalam perigi, isu isu yang terpendam akan timbul semula dan sebab itu, Adriana akan mengungkit isu isu yang di anggap selesai oleh Syahmi. Ini kerana mungkin isu yang belum sembuh sepenuhnya dan terjadilah ungkitan yang mana akan memburukkan keadaan jika Syahmi melawan.
Syahmi yang berada dalam perigi bersama Adriana dan Adriana akan mengungkit kisah lama. Syahmi yang tidak memahami akan mengeluarkan ayat –ayat seperti berikut :
1.    Saya dah dengar semua ini
2.    Bukankah kita dah selesaikan perkara ini
3.    Bila nak lupakan kisah itu
Ayat begini akan menyebabkan keadaan lebih tegang. Apa yang perlu Syahmi lakukan adalah cuba duduk dengan Adriana yang berada di dalam perigi dan memberi sokongan dan ia adalah sebuah pemberian istimewa yang sangat dihargai oleh Adriana. Antara pilihan yang Syahmi boleh kata
1.    Saya sentiasa sayangkan awak
2.    Saya sentiasa disisi awak
3.    Saya ada untuk awak
Dan dengan kata kata itu, Adriana akan lebih baik TAPI ia akan berulang lagi dan Syahmi jangan sesekali kecewa dengan mengatakan Adriana tidak mempercayai kata katanya sebelum ini. Ingat semula perempuan ibarat apa.ya.. OMBAK. Dan ia akan berulang semula. Tapi ada 3 realisasi yang menyakinkan iaitu :-
1.    Sokongan dan kasih sayang Syahmi tidak mampu selesaikan secara langsung isu isu Adriana tapi akan membuat Adriana berasa lebih selamat meneroka lebih jauh ke dalam perigi. Ingat konsep tadi. Perempuan perlu jatuh paling bawah untuk dia semangat semula
2.    Adriana masuk dalam perigi bukan kerana kesalahan Syahmi. Dengan beri sokongan dan dorongan dapat membantu melalui waktu sukar Adriana itu
3.    Adriana mempunyai keupayaan naik semula dengan sendiri selepas sampai ke tahap terendah. Sebab itu Syahmi tidak perlu perbaikinya. Adriana hanya perlukan kasih sayang, kesabaran, dan pemahaman Syahmi.
Syahmi kena pastikan masa Adriana mengalami keadaan ini, Adriana selamat. Kalau tidak ia akan pendam perasaan negative itu. Apabila perasaan negative dipendam, perasaan positif akan dipendam juga. Begitu juga, cinta dan kasih sayang akan pudar.. Be Careful.
Jangan ingat wanita yang gagah, berkerjaya dan kuat tidak mengalami keadaan ini. Malah golongan ini lebih banyak terdedah dengan stress.
Kesimpulan yang cik en boleh nyatakan:-

Lelaki memerlukan masa dan ruang untuk bersendiri bagi meng”refresh” semula emosi dan spirit. Perempuan pula memerlukan sokongan dan kasih sayang dari lelaki untuk meng”refresh” emosi dan fikiran. Sebenarnya lelaki dan perempuan perlu bergantungan satu sama lain. Untuk menjadikan mereka lebih bahagia.

Untuk entry akan datang cik en akan cuba singkap pula apabila dalam jangka masa yang sama perempuan berada di perigi manakala lelaki berasa di gua (bersendirian)

p/s : harap sangat dapat membantu pasangan di luar sana lebih memahami pasangan masing masing.



Photobucket

4 comments:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

great entry

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

nice entry kak =)

Cik Itah@RRP said... [Reply]

salam. nice sharing :)
btw menabung nuffnang : libresse 2x :)

amanina nasuha said... [Reply]

Ermmm best kata2 tu cik en...aii mestilahh ingat cik enn..hehhehe

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads