www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2014-04-25

Kerjaya dan Pendapatan Isteri lebih dari Suami



Assalamualakium dan salam sejahtera kepada pembaca blog cik en
Alhamdullilah rasanya masih lagi dapat menaip dan share sesuatu untuk semua
Diharap topik kali ini dapat membantu insan yang bernama suami dan isteri di luar sana, nasihat untuk diri sendiri dan persediaan yang belum lagi berumah tangga
masih mengekalkan sumber rujukan dari sini
cik en cuba menulis menggunakan cara dan fahaman cik en
Mengikut statistik penuntut wanita melebihi penuntut lelaki di IPTA, IPTS dan institut pengajian
setiap tahun lambakan pelajar wanita meningkat dan kerajaan dan badan swasta mula menghargai wanita dalam bidang kerjaya.
dari serendah rendah jawatan sehingga setinggi jawatan lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama dalam kerjaya
Kerjaya yang baik menjamin kehidupan akan datang
persoalan yang cik en cuma nak bawa ke dalam entry ini adalah apabila wanita berkahwin dan suami kita mempunyai kerjaya atau sumber pendapatan yang berkurang dengan isterinya.
Realitinya ia adalah normal dan zaman sekarang tidak mementingkan semua itu, tapi lumrah bagi wanita akan mula merasa sombongdan kurang menghormati suami bila perbelanjaan rumah dimonopoli oleh pendapatan si isteri
bukan semua tapi ada  yang begitu
tahukah anda sebagai isteri yang semua ini mengundang kemurkaan ALLAH
Harta, pangkat dan wang ringgit serta ibadahnya tidak langsung dipandang dan dinilai oleh ALLAH sehingga suaminya redha dengannya
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda terdapat 3 golongan yang solatnya (ibadahnya) tidak terangkat walaupun senjengkal ke sisi Allah dan salah satunya ialah ;

وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ
'Isteri yang tidur (atau bermalam) dalam keadaan suaminya marah kepadanya.' 

[Riwayat Ibn. Majah]

Kamu, isteri isteri harus ingat, pangkat dan kedudukan hanyalah perhiasan di dunia semata mata untuk kita berjaya dan diredhai di dunia dan akhirat, 
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata,

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

'Pernah ditanyakan kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam, 


“Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab Baginda,
“Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.' 
(Riwayat Ahmad dan al-Nasaie)

Syurga itu disediakan Allah hanya untuk isteri yang taat persis isteri yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ;

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ فِي الْجَنَّةِ؟قُلْنَا بَلَى يَا رَسُوْلَ الله كُلُّ وَدُوْدٍ وَلُوْدٍ، إِذَا غَضِبَتْ أَوْ أُسِيْءَ إِلَيْهَا أَوْ غَضِبَ زَوْجُهَا، قَالَتْ: هَذِهِ يَدِيْ فِي يَدِكَ، لاَ أَكْتَحِلُ بِغَمْضٍ حَتَّى تَرْضَى

“Mahukah aku beritahu kamu tentang isteri-isteri kamu di dalam surga?” Mereka menjawab: “Tentu saja wahai Rasulullaah!” Baginda menjawab: "Mereka ialah wanita yang penyayang lagi subur. Apabila dia marah, atau diperlakukan buruk atau suaminya marah kepadanya, dia berkata: “Ini tanganku di atas tanganmu, mataku tidak akan dapat terpejam sehingga engkau redha kepadaku.”

[Riwayat al-Tabarani, disahihkan oleh Syeikh Albani]

oleh itu kamu isteri, wanita, bakal isteri dan anak perempuan haruslah diingatkan satu hal 
Lihat turutan di bawah untuk lebih faham mengenai aturan keutamaan manusia dalam hidup lelaki dan perempuan selepas berkahwin;
Lelaki
  1. Ibu Bapa Kandung
  2. Isteri
  3. Anak-anak
  4. Ibu Bapa Mertua
  5. Adik beradik Kandung/Tiri
  6. Adik Beradik Isteri
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras)
  10. Jiran Tetangga
Perempuan 

  1. Suami
  2. Anak-anak
  3. Ibu bapa kandung
  4. Ibu bapa mertua
  5. Adik beradik kandung / tiri
  6. Adik beradik suami
  7. Datuk/nenek
  8. Anak-anak saudara dekat
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras)
  10. Jiran tetangga
dan disini cik en akan senaraikan tanggungjawab isteri selepas berkahwin

  • Taat dan hormat kepada suami
  • Menjaga maruah suami
  • Memberi layanan yang baik
  • Memuaskan hati suami  dan menyenangkan pada bila-bila masa
  • Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
  • Tidak keluar rumah tanpa izin
  • Tidak mendedahkan kelemahan suami
Tanggungjawab suami  
  • Memberi nafkah zahir dan batin
  • Membayar mas kahwin kepada isteri
  • Memberi layanan yang baik
  • Menjaga maruah isteri
  • Memberi didikan agama
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
  • Menjaga dari sebarang ancaman
  • Adil terhadap semua isteri

Tanggungjawab bersama
  • Mengekalkan kerukunan rumahtangga
  • Memelihara dan menjaga anak-anak
  • Memberi pendidikan yang sempurna
  • Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
  • Menyediakan rawatan dan perubatan
  • Menjamin keselamatan
kesimpulan disini, wanita didalam islam dijaga oleh Allah. Ini kerana semnejak lahir, dipertanggungjawabkan kepada ayah dan abang kemudian bila berkahwin diturunkan tanggungjawab kepada suami. Allah tidak menjadikan wanita itu sunyi.
Jadi kerana itu hormatilah suami kepada yang dah berkahwin
Pangkat dan kekayaan tidak dinilai semasa dihisab nanti-WA
Photobucket

6 comments:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

singgah lagi :)

msredcheesecake said... [Reply]

semuga kita termasuk golongan isteri yg diredhai suami, dan dapat redha Allah

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

berguna sgt ni =)

sal ya said... [Reply]

Dh lm x keje. Xde dpt keizinan.

Cik Anita said... [Reply]

Sukar untuk memahami..sebab mungkin belum berada di situasi itu. Apa pun, harapnya Allah sentiasa ikhlaskan hati menjadi isteri yang taat suatu hari nanti InshaAllah.

:)

suri said... [Reply]

taki kira sama banyak atau kurang tapi itu rezeki pandailah bahagikan dan mafaatkan.kalau jawatan tinggi gaji tinggi tapi keharmonian kurang matap payah gak kans

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads