www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2014-04-23

Hukum Bersalin Dirumah ( Home Birth)


Hukum Bersalin Dirumah ( Home Birth) |tajuk cik en hari ini cik en buat bila terbaca mengenai HOME BIRTH di salah satu blog ustaz, orang dulu dulu kebanyakkan bersalin di rumah kerana tiada hospital dan kalau ada pun jarak antara rumah dan hospital sangatlah jauh/


oleh itu, wujudlah bidan bidan kampung daripada orang tua di kampung tersebut. Dan pada masa itu, risiko seperti penyakit, susah nak beranak, kebersihan dan sebaginya di tanggung oleh mereka. Sebab itu, pada zaman dulu Ibu yang bersalin sentiasa berisiko tinggi dengan kematian. Tapi masih dipakai kerana tiada cara yang lain. Disini cik en memetik satu hadis yang di guna pakai zaman bersalin di rumah dahulu

”Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu semua."
[Riwayat Muslim]

dan persoalannya sekarang apakah hukumnya seseorang wanita bersalin dirumah sedangkan sekarang kelengkapan dan hospital ada di mana mana sebelum cik en terangkan kita rujuk kepada hadis ini

"Tidak boleh mendedahkan diri kepada mudharat dan melakukan kemudharatan."
[Riwayat Malik, Ibn Majah dll]

Bila kerajaan menubuhkan hospital dan klinik, kebanyakkan akan bersalin di hospital yang mana kelengkapan, kebersihan dan kepakaran yang lengkap.Dan tahun demi tahun bersalin di rumah amat jarang di temui atas sebab diatas. Merujuk kepada hadis di atas, jika berlaku masalah bila bersalin di rumah, ia seperti terjadinya kemudharatan adalah seperti membunuh diri TAPI ia boleh jadi harus jika ada pengetahuan asas bagi mengelakkan risiko bahaya, mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Tetapi sebaik-baiknya ialah menghantar isteri atau ibu mengandung ke hospital kerana hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT; 

“Bertanyalah kepada ahli ilmu jika engkau tidak tahu."
[An-Nahl: 43] 

Tapi masih ada yang nak bersalin dirumah atas faktor AURAT . isu doktor lelaki merawat isteri boleh diatasi dan lebih ringan mudharatnya berbanding maslahat nyawa. Bahkan mempercayai kononnya beranak dirumah adalah lebih beragama kerana mencontohi Maryam AS adalah tidak benar. Ini kerana kejadian yang berlaku dizaman dahulu adalah sesuai dengan keadaan umatnya. jadi sebelum diakhiri baginda salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;
Permudahkan dan jangan persusahkan.'
[Riwayat al-Bukhari]

Islam ini agama yang mudah, jangan menyusahkan diri dalam hal yang tak disuruh oleh agama. 


8 comments:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

BAGUS PERKONGSIAN INI

solehatun husna said... [Reply]

terima kasih untuk perkongsian ilmu baru yang berguna.. =)

Diana Rashid said... [Reply]

bahaya bersalin kat rumah ni.lagi2 kalau anak pertama ada masalah,anak kedua kena berjaga2 la.kena bersalin kat hospital jugak.

Diana Rashid said... [Reply]

bahaya bersalin kat rumah ni.lagi2 kalau anak pertama ada masalah,anak kedua kena berjaga2 la.kena bersalin kat hospital jugak.

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

smua dri diri sndiri nak beranak mcm mna..

Yumida Huda said... [Reply]

nice sharing
zmn skrg jarang dgr org bersalin kat umah
melainkan diorg ada doktor peribadi
aah..mcm gerun gak kan bila perlatan x mencukup..dgn darah yg byk..seram eh..better kat spital. even org selalu complaint nurse garang

Sya Nadia said... [Reply]

owh..sya xpnh lg dgr pasal yg nak tir maryam tu..hmm, manusia,lain cara hidup, lain pandangannya..

Amir said... [Reply]

saya sendiri dilahirkan di rumah :)

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads