www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2014-11-05

2014-10-23

2014-08-13

Semak "Version" Android Anda


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jom kita semak Version Android korang 



Macam mana nak check version android korang?
guna step ini

1. Buka setting phone
2. About Device
3. Check version android
4. Klik beberapa kali di bahagian version walaupun nampak tidak boleh diklik.
5. Akan keluar icon dan korang boleh semak di atas.

untuk detail boleh rujuk di bawah

2014-07-27

2014-05-03

2014-05-02

Widget Terbaru - Random Entry


Assalamualaikum 
beberapa hari yang lepas cik enmencuba satu widget terbaru dan hasilnya menarik pulak
andai dah pemes, cik en mintak maaf la sebab cik en baru terjumpa tutorial ini dari SINI

korang boleh tengok kat sidebar cik en
bila klik dia akan randomkan entry untuk kita.. best pulak.
so cik nak share untuk kenkorang ye..
just buat
add a widget - HTML/ JAVA Script dan pastekan html bawah ini

2014-05-01

Pelajar Sekolah DIbenarkan Berkahwin?



Assalamualaikum dan hye semuafaham tak karitakur diatas. cik en ambik dari oh media
Pendapat yang lain?
bagi  cik en. ni pendapat cik en

Bagi Islam tiada halangan unutk sesiapa yang cukup syarat untuk berkahwin
Ini rukun nikah

Dan tidak ada syarat pelajar sekolah tidak boleh berkahwin. Hanya syarat perkawinan undang undang malaysia ada menegaskan umur untuk berkahwin

2014-04-30

Dia Hargai Pemberian Cik EN




Assalamualaikum dan salam sejahtera
hari ini cik en berkesempatan untuk jenguk semula kawan2 yang pernah menang dalam pencarian cik en satu masa dulu..
jalan punya jalan dan sapa punya sapa cik en masuk blog ini
dan cik en terkejut, hasil pemberian cik en kepadanya masih di guna pakai.
tak percaya.. meh tengok entry ini
dari tahun 2011 sehingga sekarang 2014
ahahah... kemungkinan en naser ni x sempat nak tukar tapi bila terpandang.. terasa nak mengedit blog semula

Photobucket

2014-04-29

Cabaran diterima

Assalamualaikum dan salam sejahtera
cik en dah terima cabaran dari blogger pemes ini
yang mana dia mencabar semua pembaca dia dientry ini
dan cik en dah terima cabara dan uat test disini
dan keputusannya adalah ini



xla pantas sangat sebab cik en bukan sepantas yang lain. hehehehe

p/s : kalau ambik ujian menaip konpom kalah.. hehehehe

Photobucket

2014-04-28

Lelaki Umpama Gelang Getah dan Perempuan Ibarat Ombak



Assalamualaikum dan salam sejahtera
kembali cik en menulis entry hasil pembacaan cik en. kali ini cik en membaca dari buku motivasi bertajuk Bintang Timur, Bintang Barat. Hasil pengalihan kepada buku bahasa melayu daripada buku bahasa inggeris iaitu "Men Are From Mars, Women Are From Venus". Penulis asal JOHN GRAY dan edisi bahasa melayu dari PTS Profesional. Hasil penulisan agak panjang dan dalam entry ini cik en cuba mengarabkan dengan cara penulisan cik en. Buku ini khas untuk panduan praktikal bagi memperbaiki komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Pemilihan tajuk ini adalah salah satu motivasi yang penting untuk setiap pasangan yang am nya melibatkan lelaki dan perempuan. untuk pasangan kekasih, suami isteri, sahabat dan lain lain
Lelaki Umpama Gelang Getah dan Perempuan Ibarat Ombak
Cik en akna terangkan satu persatu dan kita akan ambik untuk 2 kenyataan itu :-



LELAKI UMPAMA GELANG GETAH

2014-04-26

2014-04-25

Kerjaya dan Pendapatan Isteri lebih dari Suami



Assalamualakium dan salam sejahtera kepada pembaca blog cik en
Alhamdullilah rasanya masih lagi dapat menaip dan share sesuatu untuk semua
Diharap topik kali ini dapat membantu insan yang bernama suami dan isteri di luar sana, nasihat untuk diri sendiri dan persediaan yang belum lagi berumah tangga
masih mengekalkan sumber rujukan dari sini
cik en cuba menulis menggunakan cara dan fahaman cik en
Mengikut statistik penuntut wanita melebihi penuntut lelaki di IPTA, IPTS dan institut pengajian
setiap tahun lambakan pelajar wanita meningkat dan kerajaan dan badan swasta mula menghargai wanita dalam bidang kerjaya.
dari serendah rendah jawatan sehingga setinggi jawatan lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama dalam kerjaya
Kerjaya yang baik menjamin kehidupan akan datang
persoalan yang cik en cuma nak bawa ke dalam entry ini adalah apabila wanita berkahwin dan suami kita mempunyai kerjaya atau sumber pendapatan yang berkurang dengan isterinya.
Realitinya ia adalah normal dan zaman sekarang tidak mementingkan semua itu, tapi lumrah bagi wanita akan mula merasa sombongdan kurang menghormati suami bila perbelanjaan rumah dimonopoli oleh pendapatan si isteri
bukan semua tapi ada  yang begitu
tahukah anda sebagai isteri yang semua ini mengundang kemurkaan ALLAH
Harta, pangkat dan wang ringgit serta ibadahnya tidak langsung dipandang dan dinilai oleh ALLAH sehingga suaminya redha dengannya
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda terdapat 3 golongan yang solatnya (ibadahnya) tidak terangkat walaupun senjengkal ke sisi Allah dan salah satunya ialah ;

وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ
'Isteri yang tidur (atau bermalam) dalam keadaan suaminya marah kepadanya.' 

[Riwayat Ibn. Majah]

Kamu, isteri isteri harus ingat, pangkat dan kedudukan hanyalah perhiasan di dunia semata mata untuk kita berjaya dan diredhai di dunia dan akhirat, 
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata,

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

'Pernah ditanyakan kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam, 


“Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab Baginda,

2014-04-23

Hukum Bersalin Dirumah ( Home Birth)


Hukum Bersalin Dirumah ( Home Birth) |tajuk cik en hari ini cik en buat bila terbaca mengenai HOME BIRTH di salah satu blog ustaz, orang dulu dulu kebanyakkan bersalin di rumah kerana tiada hospital dan kalau ada pun jarak antara rumah dan hospital sangatlah jauh/


oleh itu, wujudlah bidan bidan kampung daripada orang tua di kampung tersebut. Dan pada masa itu, risiko seperti penyakit, susah nak beranak, kebersihan dan sebaginya di tanggung oleh mereka. Sebab itu, pada zaman dulu Ibu yang bersalin sentiasa berisiko tinggi dengan kematian. Tapi masih dipakai kerana tiada cara yang lain. Disini cik en memetik satu hadis yang di guna pakai zaman bersalin di rumah dahulu

”Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu semua."
[Riwayat Muslim]

dan persoalannya sekarang apakah hukumnya seseorang wanita bersalin dirumah sedangkan sekarang kelengkapan dan hospital ada di mana mana sebelum cik en terangkan kita rujuk kepada hadis ini

"Tidak boleh mendedahkan diri kepada mudharat dan melakukan kemudharatan."
[Riwayat Malik, Ibn Majah dll]

Bila kerajaan menubuhkan hospital dan klinik, kebanyakkan akan bersalin di hospital yang mana kelengkapan, kebersihan dan kepakaran yang lengkap.Dan tahun demi tahun bersalin di rumah amat jarang di temui atas sebab diatas. Merujuk kepada hadis di atas, jika berlaku masalah bila bersalin di rumah, ia seperti terjadinya kemudharatan adalah seperti membunuh diri TAPI ia boleh jadi harus jika ada pengetahuan asas bagi mengelakkan risiko bahaya, mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Tetapi sebaik-baiknya ialah menghantar isteri atau ibu mengandung ke hospital kerana hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT; 

“Bertanyalah kepada ahli ilmu jika engkau tidak tahu."
[An-Nahl: 43] 

Tapi masih ada yang nak bersalin dirumah atas faktor AURAT . isu doktor lelaki merawat isteri boleh diatasi dan lebih ringan mudharatnya berbanding maslahat nyawa. Bahkan mempercayai kononnya beranak dirumah adalah lebih beragama kerana mencontohi Maryam AS adalah tidak benar. Ini kerana kejadian yang berlaku dizaman dahulu adalah sesuai dengan keadaan umatnya. jadi sebelum diakhiri baginda salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;
Permudahkan dan jangan persusahkan.'
[Riwayat al-Bukhari]

Islam ini agama yang mudah, jangan menyusahkan diri dalam hal yang tak disuruh oleh agama. 


2014-04-15

Patut ke Nak PTS (Put To Sleep)?


Assalamualakum semua
apa khabar?
sihat?
hari ini cik en nak share satu kejadian di klinik cik en

kaki kucing ini dah luka dan dirawat beberapa kali di klinik cik en
oleh kerana tak baik baik, tuannya minta kami PUT TO SLEEP (PTS)
korang tengok la.. kucingnya sihat cergas dan nak di PTS sebab kakinya yang membusuk dan luka
itu alasan yang di bagi
puas kami memujuk tapi tuannya tetap dengan keputusannya
akhirnya kami voluntee untuk menjaga kerana tak sanggup nak menjalakan proses PTS
akhirnya kucing dikurung di sangkar klinik sementara baik.
tapi nampak dari kaca mata dia ada kebasahan di bulunya.
MENANGIS? ya.. mybe menangis

2014-04-10

2014-04-09

Cat Vaccination Guide


salam semua
kali ini cik en nak share ini untuk pencinta kucing


ini untuk kebaikan kucing anda
sila rujuk klinik kerajaan dan swasta untuk lebih lanjut

p/s : boleh juga rujuk pada cik en di page cik en

Photobucket

2014-04-08

Kiss My Ass


Assalamualaikum dan hye semua!
Tajuk gempak kan?
Jangan kata cik en nak melucah lucah ye.. baca entry ini sampai habis sebelum nak mengata bukan bukan.
1stly tengok pic bawah ini


ini semua adalah sticker kenderaan.
bahasa, gambar dan pengaruh tak baik yang semakin berleluasa dalam diam
dan agak terkejut caption dari pemilik pic ini


Cantik? 
Tang mana yang cantik adik oi.. 
Astafirullahalazim yang mampu cik en ucapkan.
bukan nak mengaibkan pemunya pic ini tapi ini teguran dari akak yang masih belajar ini
bukankah lebih baik sticker baik baik diletakkan..
kenapa perlu sticker begini..
kalau tak mahu tak payah letak terus
hilang identiti ketimuran.
Jangan la lupa asal kita.
tak ada faedah dengan sticker ini
kenapa la tak ada pihak yang memantau semua ini yek

p/s : diharap anak cucu cicit cik en tidak terpesong jauh dari jati orang melayu dan agama Islam

Photobucket

2014-04-04

Sayang Separuh Jiwa


Assalamualkum sahabat sahabat cik en?
sihat? adakah tempat korang tengah hujan?
kawasan cik en dalam suasana sejuk je.. baru lepas hujan
topik yang cik en nak share hasil dari buah fikiran cik hari ini mengenai
Sayang Separuh Jiwa


Apa yang korang nampak dari pic ini?
nampak x? jelas x?
tak??
moh scroll tengok yang bawah ini

2014-04-02

2014-04-01

3 Syarat Dari Wanita ini Pilih Suami


Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahhukan seorg suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat:

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari


Tak ada seorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"
Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"

Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."
Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.
Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"
dia terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas.. 


p/s : kisah ini cik en dengar semasa tazkirah bulan RAMDHAN lalu dan cik en copy paste dari FB
Photobucket

2014-03-31

Good Job DS Hishammudin Hussein


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
gambar diatas adalah gambar dari page FB Frinds Of Barisan Nasional
Disini bukan cik en nak bercerita mengenai politik atau yang berkaitan dengannya
tapi kesungguhan DS Hishamuddin Hussein dalam menangani kehilangan MH370
antara menteri paling sibuk untuk 2 tahun berturut-turut
tahun lepas kes di Lahad Dato dan tahun ini perihal MH370 ini
walaupun pelbagai komen positif dan NEGATIF mengenai statement ini, cik en memang tabik spring kepada DS. Disaat orang lain mencemuh kerajaan, menyalahkan kerajaan, menjadikan kes MH370 agenda politik masing masing, DS tetap tidak putus asa dalam menyelesaikan kes ini
kata kata yang cik en dapat berikan ialah

kepada DS,
 saya cik en merupakan rakyat malaysia berbangsa melayu dan beragama Islam amat berbangga dengan krebiliti DS dalam menangani isu MH370
Persetankan cakap cakap mereka
yang penting tanggungjawab dan amanat yang telah diberi DS jalankan dengan ikhlas dan tabah
Kes yang paling rumit dalam sejarah Malaysia dan x salah cik en katakan sejarah dunia dalam jangka masa yang agak panjang
Pada saat ini, tanggungjawab kepada keluarga dijadikan kepentingan ke 2 bagi DS.
Diharap keluarga DS terutama isteri DS tabah dan memahami situasi DS dan dapat memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dan cik en sebagai rakyat yang mempunyai perasaan kemanusian akan menyokong penuh DS
diharap segala misteri dapat diungkai dengan izin-NYA
Ya Allah, Kau permudahkan segala usaha hamba hambamu ini... AMIINN

p/s : MengenangMH370
Photobucket

2014-03-30

2014-03-29

2014-03-06

2014-03-03

How to become an advance badminton player


Salam semua
masih dalam mood berbadminton dan cik en nak share info ini

1. Learn the basic
2. Repeat, Repeat
3. Be Positive
4. DO Extra Training
5. why you are going to be the winner
6. NO emotion, NO Fear, Be as Calm as a deep lake
7. Pride
8. Believe in your self
9. Quality is the Key


sumber disini

p/s : mencuba dan terus mencuba
Photobucket

2014-02-28

The five important things in badminton


salam kepada semua
agak berminggu cik en tak update blog cik en
ini kerana sibuk dengan kerja dan latihan badminton
alhamdullilah cik en terpilih untuk mengikuti mix double badminton untuk JPVPK yang akan berlangsung di Terengganu 21- 25 Mac 2014 ini
disamping ada masa terluang cik en nak share sedikit ilmu badminton yang cik en dapat dari youtube channel coachingbadminton

1. Right Attitude
2. The Grip
3. Posture
4. Hitting Technique
5. Movement



p/s : masih dalam latihan MD.. selalu bermain double sahaja.. ehehehehe
Photobucket

2014-02-03

Adab Di Masjid


Salam semua
entry ini antara draf dalam list cik en
hanya menaipkan tajuk dan hari ini masa sesuai untuk cik en membahas adab di Masjid
entry ini bukan lah menghina atau mengutuk sesiapa hanyalah teguran dari hamba Allah yang mempunyai pengalaman sebelum ini
entry ini dapat idea dari salah satu pengalaman cik en menghadiri majlis agama sempena Maulidurrasul
Semenjak kecil cik en dah didedahkan dengan suasana masjid.
Ibu dan Ayah Saudara cik en yang banyak memngajar cik en
semenjak cik en berusia 7 tahun bersamaan tahun 1, cik e ditempatkan di sekolah kebangsaan Bintong Perlis
pada masa ini, universiti yang pemes di sana belum wujud lagi, Ibu saudara cik en yang cik en panggil mak we` adalah pengajar Al-Quran dan Mukaddam di masjid di Kampung Wang Ulu
Setiap hari kami akan berjemaah maghrib, membaca Al-Quran dan isyak.
jadi cik en belajar dari pengalaman
Bila dan meninggalkan Perlis dan berpindah, amalam cik en ke Masjid mulai berkurang dan seterusnya tidak bertandang ke rumah Allah
Penghijrahan cik en telah membawa cik en kembali bertandang ke Rumah Allah
Cik en bukannya nak berlagak pandai tapi ini antara yang cik pelajari dulu
Majlis Agama cik en hadiri tidak lama dulu telah menyebabkan hati cik en sedih.
kerana ada yang tidak menghormati majlis agama yang di anjurkan
Ada yang bercakap semasa penceramah bercerita, ada yang menluahkan perasaan BOSAN dan MENGANTUK sambil menGUAP dengan kuat, Ada yang tidur, ada yang bergosip, ada yang bermain telefon dan majlis tersebut macam majlis biasa biasa
ASTAFIRUALLAH sahaja yang mampu cik en ungkapkan
Ada juga penceramah yang mencampur adukkan masalah politik dalam ceramahnya
itu satu bab, ada satu bab yang cik en kesalkan
semasa solat berjemaah, saf tidak diisi dengan rapat dengan alasan nanti bersempit sempit.
Anda tahu tak, dalam kubur lagi sempit. ini semasa solat pun itu adalah satu masalah






Cik en masih dalam proses belajar dan diharap entry ini dapat cik en luahkan kekecewaan cik en, nak ditegur orang tua, tak ditegur rasa bersalah
apa perlu cik en lakukan dan ini antara pilihan yang cik en dapat lakukan

p/s : peringatan untuk diri sendiri juga


Photobucket

2014-02-02

Domain Cik EN hanya RM35.00 sahaja?


salam kepada semua 
hari ini cik en nak keluarkan entry yang cik en rasa perlu dipublish minggu lepas, teteapi disebabkan kekurangan masa cik en sempat nak menaip entry hari ini. kebetulan rumah kampung cik en de wifi

Seperti yang sedia maklum, cik en dah menggunakan domain sendiri hampir 2 tahun.
berakhir 10/2 setiap tahun cik en perlu menunaikan payment renew sebelum tarikh berkenaan
murah sahaja.. rm35.00 setiap setahun
dan cik en boleh berbangga cik en mempunya domain tersendiri
cik en hanya memilih domain tapi hosting masih di bawah blogger.com
boleh rujuk entry ini untuk entry penggunaan domain cik en 

setiap tahun akan ada diberi invoice dan di cop UNPAID

settle je pembayaran x sampai 24 jam akan dapat invoice cop PAID

apa itu domain cik en?
apa itu hosting pulak?
untuk penerangan lanjut sila klik entry ini

anda berminat?
murah sahaja rm35 itu dan kalau ada yang nak usha2 pakej yang ada boleh klik
sini
atau klink saja iklan atas entry2 cik en

p/s : alhamdullah, settle tanggungjawab tahunan untuk blog kesayangan cik en ini
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads