www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2012-12-20

Siapa Lee Min Hu, Pengadil Berat Sebelah Malaysia vs Thailand


Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2
005.

Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.

Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?

Ini database perlawanan yang pernah diadili oleh Lee Min Hu sejak 2008 hingga 16 Mac 2011. Semua perlawanan mesti ada kad. Paling teruk 8 kad kuning dilayangkan dalam perlawanan antara Busan dan Daegu FC pada 19 Julai 2008.

Tidak menghairankan bila pengadil yang sama diberikan peranan, dia memberikan kad kepada Fadhli Shas. Memang dia suka beri kad.

Bagaimana Persatuan Bolasepak Asia boleh membenarkan pengadil sebegini dihantar untuk mengadili pertandingan bolasepak di Asia Tenggara? Terlepas pandang? Sama juga kesnya bila terlepas pandang memberikan padang latihan yang tidak baik kepada Malaysia.-angin perubahan
 

sumber
Photobucket

  4 comments:

  1. npe pilih dia sbb saje la tu nk bikin kontroversi...hahahaha...dislike tau :)

    ReplyDelete
  2. sape yg panggil pengadil tu ehh?..memang hangin tengok cara dia jadi pengadil...tension tgok..

    http://skuterlady.blogspot.com/

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!