www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2012-12-25

Daging Kita Makan Boleh Membunuh Kita ?




Daging Kita Makan Boleh Membunuh Kita ? | Tiada antibiotik menjelang 2020 dan sebenarnya dari dulu lagi patut ada kawalan antibiotik ini. Antibiotik yang diberikan kepada haiwan sebenarnya beri kesan kepada kita juga tabpa kita sedari ianya adalah salah satu punca kenapa sekarang ini ramai yang sakit seperti barah dan kegagalan organ. 

Cik en seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar rasanya wajib mennyebarkan info ini kerana kemungkinan ramai yang tidak tahu. Korang pengemar makanan sejuk beku berasaskan haiwan atau hasil haiwan seperti nugget, hotdog, ataupun akan shopping setiap minggu di pasaraya untuk membeli makanan basah seperti ayam, daging, susu, dan sebaginya? Pernah ke korang tengok logo atau label yang tertera? Korang pasti hanya fokuskan logo halal sahaja kan? 


Pernah sesiapa yang semak logo kat bawah ini?





Kemungkinan ada yang semak tapi konpom la cik en rasa 50% tak tahu logo apa tu. Cik en akan terang lebih ringkas bagi mengelakkan terasa skema bila di baca

Logo diatas adalah dipanggil logo VHM atau Veterinary Health Mark yang mana digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam menjadi panduan untuk penggunaan mengenai produk tersebut yang bebas daripada kesan kesan yang boleh merosakkan kesihatan manusia. Atau dipanggil Keperluan Piawaian Minima "Hygiene and Sanitation", "Quality Assurance dan Food Safety" . DVS akan menekankan proses pemeriksaan loji dengan "Food Safety and Quality System" serta "Good Manufacturing Practice Programs".  Dan sesiapa yang ada logo ini di produk mereka, mereka senang eskport ke luar negara.

Tengok balik kepada video Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebenarnya antibiotik ini memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Bukan sahaja ayam, daging lembu, makanan sejuk beku, susu, telur tidak dijamin ianya bebas dari antibiotik. Antibiotik baik untuk haiwan apabila haiwan sakit, tapi ramai yang tak tahu dos yang diberikan sebenarnya mempunyai period withdraw sendiri. Selalunya antibiotik jenis amoxcylin, terramycin, Gentamycin atau apa apa yang dibawah kelompok drug haiwan tidka boleh disembelih dalam masa 21 hari. Lagi ringan kesan drug, lagi kurang masa harinya. Begitu juga pemerahan susu, ada masanya. 

Tapi kan macamana kita nak tahu semua ini, bukan kita tahu dari mana asalnya ayam dan ternakan semua itu? Inilah peranan DVS dalam memberi panduan kepada pengguna untuk memilih produk apa yang Halal dan bebas daripada sebarang komplikasi terhadap badan sihat kita ini. Logo VHM di atas itulah panduan kita. Halal yang dikeluarakn oleh JAKIM ada speksifikasi terhadap Halal Toyabban tapi VHM akan memeriksa kualiti daging atau produk bebas daripada sebarang drug atau kesan daripada penggunaan ubat ubatan ini. 


update : bila lihat syarikat yang telah menerima logo VHM ini di sini

12 comments:

-meeSUPERGIRL- said... [Reply]

makan daging mmg bahaye .. mee makan skali je dah ase pening

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

oh, mcm tu ea.. selalu nmpk yg halal tu ja..

cweet pinky said... [Reply]

CP pown baru taw pasal loggo nih , memg tak pernah dgr kowt ...

lady scooter said... [Reply]

hi cik en.... aduhai.. saya pernah minta kebenaran utk copy paste entry ini dulu tapi spai sekarang belum berkesempatan nak buat macam tu...

http://skuterlady.blogspot.com/

syiela said... [Reply]

apa2pun logo tu yg di cari dulu

dya bunga said... [Reply]

dya baru tahu pasal logo tu.thanks sudi share

sal ya said... [Reply]

tak pernah tgk pulak.

Ema Blog said... [Reply]

thanks cik en...lain kali shopping barang sejuk beku..kena perhatika dua logo

Ema Blog said... [Reply]

thanks cik en...lain kali shopping barang sejuk beku..kena perhatika dua logo

Nadia Johari said... [Reply]

Baru tau..selalu tgk halal je

sya mimie said... [Reply]

Lpas ni kna perhatikn logo tu la pula kn..

Mud Bahulu D'Qaseh said... [Reply]

ooo baru tahu terima qaseh

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads