Tips Drive Jalan Ipoh -Lumut

salam semua!
apa khabare?
kat sini cik en nak share skit jalan yang cik en jalan hari hari..
Haiway Ipoh Lumut

cik en tahu ramai yang ulang alik jalan ini hari hari cam cik en..
kalau dari rumah cik en ke tempat keje cik en perjalanan ambik masa 1 jam
dan cik en akn menggunakan separuh jalan ipoh lumut tu hari hari.. kalau cik en dari opis di sitiawan nak ke HQ ipoh akan menggunakan sepenuhnya la jalan tu.. jalan lebih kurang 90-100 km mengikut susur keluar kita.
dan untuk pengetahuan semua.. kalau tak ada skil bawak kawasan ini memang kita akan sampai lambat ke lumut atau ke ipoh.. kat sini cik en listkan tips tips drive versi cik en

  • Lampu Isyarat
Untuk pengetahuan yang tak pernah lalu jalan ini.. terdapat banyak traffic light dan kalau kita bernasib baik kita akan dapat semua lampu hijau.. sebenarnya kita kena ikut timing jalan ini.. kalau kita mantain bawak 80-100 km sejam, dari permulaan lampu isyarat hijau INSYALLAH selepas tu akan hijau. Cik en pernah diberitahu seorang pemandu bas jabatan cik en.. kita kena memulakan perjalanan dalam minit yang ganjil.. seperti 8.01 minit atau 8.03 minit (pakai jam antarabangsa atau malaysia ntah la)

  • Jangan sekali Ikut laluan Lori atau bas
Ini lagi satu, selalunya lori atau bas akan ikut jalan kiri, so elakkan tapi kalau nak bersantai xpe la.. duduk la line belakang lori tu

  • Jangan sekali ikut laluan kereta yang mempunyai cc rendah
bukan untuk merenndah kan kancil atau kenderaan yang kecik kecik ini tapi selalunya pickup kereta ini rendah, kira yang nak ikut jadual masa kena la duk di line kereta yang pickup laju

  • Jalan kurang memuaskan
Jalan Ipoh Lumut memang kurang memuaskan. banyak yang tampal tampal dan permukaan tak rata.. ini disebakan sebahagian jalan kat sini merupakan tanah kelapa sawit.. so kalau ada lori berat lalu memang mendpa la jalan nye

  • Stesen minyak
Kalau dari ipoh ke lumut stesen minyak banyak.. area batu gajah ada petronas, bota petronas kemudian di pekan air tawar ada shell, Esso.. Kalau Lumut ke epoh, ada BHP, Petronas, Esso. so korang pilih la stesen minyak yang korang nak.. jarak pun x jauh setiap stesen. Cume dari kampung cik en ke lumut memang x banyak stesen minyak

  • Pekan AIr Tawar Sangat sibuk
Pekan air tawar memang sibuk.. x kira masa.. kat situ pemandu sesuka hati parking tepi jalan dan ada yang melintas sesuka hati ditambah jalan yang kurang memuaskan

itu antara tips tips. mungkin yang dah biasa jalan ini leh tambah tips?

p/s: dah jemu ikut jalan ini...hehehe

Photobucket

12 comments:

Tihara berkata...

hmm dah lama tak balik perak..dedolu tak pasti lau ke tak jalan ni, rasanya tak kut :)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

bgus tips ni bg yg slalu guna.

Che Rosliza Che mat berkata...

Kalau balik perak..selalu pergi lumut hihihi

ayut berkata...

blh guna tips ni klu selalu jalan kat situ.tp aritu lalu gak jalan ni..shell mcm tak byk plak rase.hihi :)

Masz Sidek berkata...

sy baca jer tip ni cik en... hehehehe
rasa nya tip lampu isyarat tu boleh guna kat tempat lain jugakkan...
satu lagi... sy kalau bawa kereta, kalau boleh memang nak elak dr lori dan bas... rase gerun dan kecil jer bila lori dan bas berhampiran kenderaan kita...

BeRRy MuMMie berkata...

save journey dear.
salam kenal, feel free follow me bck

ஜ miss klanika ஜ berkata...

mgkin smbg study di ipoh (:

fieda berkata...

tak pernah sampai ke utara..kg kak fieda kt timur...hhi

Liza Razak berkata...

rumah saya kat titi gantong...tiap2 hari pun lalu jalan ni..hehe

IntaNBerliaN berkata...

jauh jugak cik en keje dr umah yer..

dR.DiRR berkata...

Saya pernah bekerja di Lumut tapi tinggal di Batu Gajah..(rumah tepi jalan, kalau pergi Ipoh dari lumut sebelah kiri..ada nampak Restoran Kari Kepala Ikan Salim,kat situ la kawasan perumahan saya tinggal)..memang tak ada jalan short-cut nak ke Ipoh-Lumut-Ipoh ni..nak tak nak terpaksa redah juga lah jalan traffic lights yang bersepah tu.
cuma ada tips mungkin saya boleh kongsikan disini..
saya masuk kerja (Manjung) pukul 8.tapi saya akan gerak dari rumah seawal pagi 5.30am..perjalanan ambil masa 45-50 minit saja..ada 2 sebab kenapa saya bergerak awal..
pertama: sampai di Manjung dlm jam 6.30am..jadi sempat untuk solat Subuh..
kedua:Jika saya bergerak lewat (katakan la jam 6.30am dari rumah di Batu Gajah) saya akan sampai di pekan Air Tawar pada jam 7.10am-7.15am pada waktu ni kenderaan terlalu banyak dan memungkinkan saya akan terlewat sampai di tempat kerja..
tips lain..selalunya saya akan bawa motor untuk ke tempat kerja..masalah utama bila bawa motor ni..tak tahan sejuk awal pagi.tapi bila nak berulang dengan kereta tak tahan nak keluar duit isi minyak..ini terpulang pada kemampuan masing2..
Masalah utama jalan Ipoh Lumut ni adalah lampu isyarat..dari tempat kerja ke rumah saya ada lebih kurang 25 traffic light..termasuk traffic light untuk U turn..bila dah selalu guna jalan ni..kita akan dapat agak lampu simpang mana yang akan menyala..simpang mana berhenti..(tapi hati2 juga takut t.light rosak masa tu) pada sebelah pagi selalunya saya akan sedikit laju..dan bila nak sampai ke lampu isyarat saya akan perlahankan motor/kereta..cukup hanya lepaskan pedal minyak..jadi bila sampai kat simpang saja lampu dah bertukar hijau..
untuk pengetahuan semua juga..bagi lampu isyarat u turn..lampu tu tak akan bertukar merah selagi tak ada kenderaan yang berada untuk buat pusingan U..
tips kat sini kalau nampak ada kenderaan yang dah masuk jalan untuk buat pusingan U..cepat2 la kita pecut,jgn biar dia sampai dulu kat simpang.nanti lampu isyarat dijalan kita akan bertukar merah..

bila memandu cuba elakkan berada dilorong kiri..cuba berada disebelah kanan jalan(lorong laju)dan jangan memandu terlalu laju dan terlalu perlahan..just still maintain speeding..70-80km/j..bila ada kenderaan dari belakang masuk kiri.. bila dah kosong masuk kanan balik..

Untuk yang memandu seawal pagi seperti saya..bila nak berhenti kat traffic light kena hati2.jika ada bas di belakang..cuba kalau boleh jgn berhenti..selalunya bas2 ni tak berhenti kat traffic light..diorang akan terus je,bayangkan kalau kita berhenti masa tu..selalunya bas2 ni dari Johor Bahru.Singapore..budak UITM Seri Iskandar..UTP biasa naik bas ni..
Apapun sepanjang jalan ke Manjung-Ipoh ni memang memenatkan..bukan kerana jauh..tapi kerana lampu isyarat..kerajaan negeri kena buat persimpangan bertingkat untuk kurangkan masa berhenti yang merugikan masa ni..bayangkan 1minit untuk 25 traffic light..dah 25 minit terbuang begitu saja..sedangkan 25 minit yang berharga ni kita boleh menunaikan solat Subuh berjemaah di surau/masjid..

tips untuk lancarkan perjalanan melalui jalan ni..minyak kereta/motor kalau boleh isi siap2..contohnya bila saya nak ke tempat kerja esok..saya dah isi minyak motor/kereta siap2..dan bila balik rumah isi siap2 juga untuk pergi kerja esok..jadi tak lah tersangkut kat tepi jalan..jgn fikir stesen minyak 24jam ada..kerana kadang2 stesen tu kehabisan minyak atau mengalami gangguan elektrik..tips ni juga berguna untuk mengelakkan orang lain cam yang kita menggunakan jalan tu setiap hari/pagi/petang..penjenayah akan tahu yang kita akan sampai jam berapa..waktu bila..
jadi disini la serba sedikit tentang tips perjalanan saya semasa menggunakan jalan ni dulu..mungkin boleh dijadikan panduan serba sedikit..apapun yang penting kena banyak bersabar..dan biarlah kita awal sedikit sampai ke tempat kerja..atau lewat sikit sampai di rumah..asalkan kita selamat..
terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2013-2014 Eintan Nurfuzie All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie