www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2012-06-08

TIP PENJIMATAN MINYAK KERETA



Harga bahan bakar kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan. 


Tip di bawah ini jika diamalkan akan membawa perubahan terhadap penggunaan minyak petrol kenderaan anda:
Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.
Kurangkan Berat/Bebanan Kereta

Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

Tayar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul

Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak ertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak.Tekanan tayar yang kurang menyebabkan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Lakukan Penyelengaraan Dan Servis Berkala
Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
Kurangkan Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan(dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda. 
Bijak Dalam Penggunaan Gear
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod `ekonomi' jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual, membolehkan anda menjimatkan minyak.
Membrek Pada Jarak Yang Selamat
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.
Rancang Perjalanan
Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.
Panaskan Enjin Sebelum Memulakan Perjalanan
Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.
Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah menaiki motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.
Gunakan Saiz Tayar Dan Sport Rim Yang Sesuai
Saiz tauat dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus.
Isi Petrol pada Waktu Yang Sesuai
Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas. Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbun "klik".
Barang yang Perlu Dibawa
Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5 peratus.
Kesimpulan
Jika anda mendapati penggunaan minyak kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca daripada keadaan teknikal kereta atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli sebarang alat bantuan penggunaan minyak, di pasaran eloklah anda mengamalkan tip-tip yang dinyatakan di atas dan lihat perubahannya.
sumber : SINI


Photobucket

6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

byk tu..

Aida Omar said... [Reply]

wah!! tips yang bagus nie cik ein.. tq for sharing :)

Yumida said... [Reply]

yup! betul tu cik en..keta my hb dgn woofer yg besar gedabak..bt berat jer

MamaEma said... [Reply]

owh...macam tu yer..

Masz Sidek said... [Reply]

teringat waktu kelas memandu dulu...
ada cikgu tu bagi peringatan...
E tu Empty bukan Enough
dan
F pulak Full bukan Finish...
hehehehe

Deq's Qienz said... [Reply]

nice sharing..hehee

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads