Wanita Yang Merokok Dikatakan Ikut Trend??

salam monday semua!
apa khabar sayang sayang cik en...keh keh
topik kali ini cik en nak share salah satu trend terkini manusia di zaman moden ni...
korang pernah tak tengok seorang atau sekumpulan wanita yang merokok?




pernah? kat mana korang selalu jumpa...

tak apa simpan semua jawapan dalam hati korang masing masing..
yang selalu cik en jumpa wanita wanita yang macam ni selalunya di kedai makan, pub, disco dan kawasan kawasan yang terbuka..
ni yang cik en tengok la...cik en takkan cerita kalau cik en tak tengok
cik en ada kawan kawan yang memang perokok tegar...
ada yang suka suka merokok dan ada yang balance merokoknya...
mula mula nak cete bab rokok ni kota kena tahu definasi rokok itu sendiri...
bawah ni cik en cari di wikipedia




Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

dah faham semua?
ok sekarang kita tengok pula rokok di zaman moden dan khususnya di Malaysia sahaja...tak mau ambik yang luar negara punya..susah nak tengok..betul tak?
merokok di kalangan lelaki boleh dianggap biasa dan selalu kita tengok tak kisah la bandar atau luar bandar
tapi gadis gadis sekarang merokok jarang nampak di luar bandar..golongan ini biasanya dilihat di kawasan bandar...




antara alasan dorang merokok ialah lepasan tekanan, trend, baru cool kalau merokok...
kalau golongan pengkid majoritinya tapi bukan semua akan hisap rokok nusantara atau surya...
chinese girl pulak selalunya akn pilih jenama Marlboro
perempuan melayu selalunya dunhill
kebanyakan perempuan akam memilih light atau mint

light tu macam lembut la rasanya
mint lebih kepada macam rasa chewing ngam yang berangin...
macam mana cik entahu ni?entah entah cik en merokok yek...
isk2 tak baik pk cik en sebegitu...
cik en dulu pernah kerja di 7 eleven...
so cik en tahu la...
dari tak tahu apa apa pasal rokok..sampai la tahu semuanya yang ada di 7 eleven tu...


Cik en tak la pandang sinis terhadap gadis perokok ini..
cik en bukan gadis yang berfikiran di dalam kotak sahaja..
cik en seorang yang terbuka..
cik en tak menghalang dorang dari merokok tapi cik en cuma nasihat mana yang baik...
kalau tak macam mana cik en boleh satu rumah dengan gadis perokok ni..
tapi untuk cik en...
cik en masih belum nak merokok lagi...
sebab apa cik en kata MASIH BELUM tu..sebab perjalanan hidup kita panjang...
kalau kata TAK KAN MEROKOK nampak cam besar diri pulak
tapi Alhamdullilah la...cik en tidak terpengaruh dengan gadis perokok ni
dan cik en akan memelihara sikap macam ni..
sbb cik en tak mudah terpengaruh buat masa sekarang...
buktinya korang boleh tengok pic pic cik en...cik en cuma gadis biasa...yang hanya free hair..
tak mewarnakan rambut..tak bertindik merata rata...tak hisap dadah n bukan seorang perokok...
sebabnya semua tu kebanyakan tidak berfaedah unutk cik en...buat apa membuang masa untuk semua tu kan...duit pun hbs...gigi x cantik..bibir tak merah delima..ehheh...
pasal free hair tu insyaalah..satu hari cik en akan bertudung...


p/s : Merokok tak cool pun...cume kita kena cool la bila dapat tahu penyakit daripada kita merokok tu..keh keh


Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. siyes x suke tgk pompuan yang smoke..
    rase mcm nk lempang je muke dia..
    pakkal anak org...

    =New Entry===
    http://kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/baru.html

    ReplyDelete
Previous Post Next Post