www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2012-01-06

Cinta Tanpa Duit..Bahagiakah??

salam 1 blogger semua!
Cinta Tanpa Duit...Bahagiakah??
Seperti dulu dulu, selalu kalau orang bercinta pelbagai ayat manis tercipta seperti


Kau Laksana Bulan
Demi Cinta Gunung Sanggup Didaki Lautan api sanggup direnangi
Hilang Mak Hilang Saudara, Kerana Kasih Aku Turutkan
Terbang Nyawa Dari Badan, Kasih Dihati Takkan Hilang


Ini diantara ayat ayat cinta zaman-zaman mak dan bapak kita dulu dulu....




Antara cerita yang cik en selalu tengok cerita MAK MERTUAKU

apa pekerjaan kau...majistret, lawyer?-nyonya mansor
dia hanya pemuzik-Sabariah


cik en pun tak berapa ingat ayatnya yang lengkap...
tapi cik en pasti ramai yang tengok cerita tu kan?
dalam cerita tu Nyonya Mansor mementingkan harta dan kekayaan daripada perasaan cinta Sabariah terhadap Kassim Selamat....
Sebab Cinta tak akan dapat bahagia kalau tiada wang atau harta...


Inilah realiti kita...
Cinta Memang takkan Bahagia Tanpa Duit...
walaupun agak meterialistik tapi ini kenyataan hidup kita...
kita bukan macam zaman dahulu..
makan ulam, ubi kayu, rumah tak perlu di bayar, elektrik tak ada..hanya guna pelita..air pulak boleh ambik percuma di sungai sungai..
pakaian tak up to date sebab masa tu hiburan tak berleluasa...


sekarang ini rumah, air, elektrik, makan, minum even nak buang air pun perlukan duit...
masa hidup bujang, kos sara hidup rendah...masa tu kita dapat menyimpan dan beli itu ini..
bila berkapel kewangan mula goyah...tapi tak apa, dibantu oleh pasangan masing masing..
bila berkhawin bebanan lagi bertambah sebab anak anak dah lahir
tapi dah sedia maklum, anak pembawa rezeki...
masa tu kita mungkin akan di naik pangkat atau dapat peluang rezeki yang lebih baik


itu kisah pasangan yang bertanggungjawab dengan tugas masing masing..
nampak cukup bahagia dan kata orang
susah sama susah senang sama senang


pernah kita terfikir pasangan yang berlawanan dari pasangan yang cik en kata kat atas tu..
maksud cik en...
sorang pasangan bekerja keras..manakala seorang lagi tidak bekerja malah menghabiskan sumber pendapatan si bekerja untuk benda benda yang tak berfaedah...
bahagiakah hidup?


contoh di sini:


Situasi 1
Sisuami bekerja keras, si isteri tak bekerja...duk kat rumah menghabiskan duit untuk beli barang-barang kemas yang melampau, kain baju sedangkan kat almari tu penuh baju si isteri saja...Rumah tak di uruskan dengan baik..selalu keluar dengan kawan kawan


Situasi 2
Si Isteri bertungkus lumus kerja disebabkan si suami sakit..tapi si suami membantu si isteri buat kerja rumah dan sebagainya


Situasi 3
SiIsteri bertungkus lumus kerja, si suami sihat tubuh badan tidak bekerja langsung dan duk kat rumah...tidur siang malam...rumah tak berkemas..habiskan duit kepada dadah...berhutang keliling pinggang...Duit Siisteri perlu diserahkan kepada suami bila cukup bulan dengan alasan nak bayar duit umah, kereta api dan air...2 bulan lepas tu bil air dan elektrik sampai yang mana smemuanya tertunggak...tuan rumah datang untuk mintak sewa rumah yang mana dah 2 bulan tak berbayar..


Ketiga tiga situasi ini ada satu persamaan..iaitu
CINTA!!


bagi cik en ...Situasi pertama masih boleh diubah sebab si suami bertanggungjawab dengan tanggungjawabnya..cume perlu tegas dengan isteri
Tapi Situasi Kedua... Ketidak mampuan suami bekerja kat luar tapi masih mempunyai tanggungjawab dengan membantu isteri di rumah
dan Situasi ke tiga..Cinta yang akan membawa kesengsaraan terhadap hidup si isteri...


Jadi
kenyataan ini
Cinta Tanpa Duit....Bahagiakah?? 
sebenarnya begitu subjektif...
ada yang cukup susah tapi masing masing tahu peranan masing masing jadi rumahtangga akan bahagia cuma rezeki tiada lagi
tapi kalau hidup susah masih tak memikirkan tanggungjawab sehingga menganiaya satu lagi pihak.. cik en rasa tak perlu diteruskan lagi..
walaupun hati cukup sayang...tapi jangan fikir singkat...fikir masa depan kita dan anak anak kita....
Buatlah keputusan sebaik sebaik...jangan fikirkan hati kita sahaja..fikirkan untuk masa akan datang kita jugak
Photobucket

5 comments:

Anum said... [Reply]

keputusan yang dibuat hendaklah dari hati yang ikhlas

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

bujang leh la cover..tp lau dah bkeluarga sndiri,taula camne t..

bilalah gaji ni nak naik..aiyoyoooo..

pha is said... [Reply]

yg penting, tanggung jawab.. hehe

Bui Junaidi said... [Reply]

KALAU LELAKI DH MENYUSAHKAN HIDUP BAIK TAK PAYAH BERCINTA DGN DIA..CINTA TU KITA NAK BAHAGIA BUKAN DERITA..DUIT BOLEH DICARI TP CINTA SEJATI SUSAH NAK DPT..

eintan nurfuzie said... [Reply]

@BUI betul 2..tp kalau hati masih syg cmne nk tinggalkan..takut hukum karma yang dtg....

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads