www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2011-12-21

Nak kekal Jelita?

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan- angan. 



*Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat Subuh. Jangan tidur di siang hari. 



*Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat. 

*Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. 

*Menjaga kulit. Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun 
yang tidak merosakkan kulit. 

*Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan 
bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. 

*Jangan banyak berangan. 

*Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. 

*Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. 

*Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silang panggung. Jangan mengangkang. 

*Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. 

*Menjaga senyum. Latihlah senyum, jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk 
tujuan baik. 

*Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda. 

*Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta dari izin ibubapa. Pakai pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain. 

Photobucket

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads