www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2011-11-08

masa tentera lelaki..bila polis jadi perempuan



GLASGOW - Seorang bekas anggota tentera Britain yang sudah menjalani pembedahan penukaran jantina diterima memasuki perkhidmatan polis sebagai konstabel percubaan wanita.
Bekas askar itu, Ian Hamilton yang kini dikenali sebagai Jan Hamilton meninggalkan perkhidmatan tentera pada 2007 selepas 20 tahun berkhidmat.
Satu sumber memberitahu, Hamilton, 44, lulus cemerlang dalam proses pemilihan selama enam bulan termasuk mendapat markah tinggi dalam beberapa ujian bertulis dan ujian kecergasan.
"Dia berlari sejauh 2.4 kilometer dalam tempoh 11 minit. Calon wanita dibenarkan berlari selama 16 minit," kata sumber.
Kemasukan Hamilton dalam perkhidmatan polis turut mendapat sokongan beberapa pegawai atasan.
Pada 2007, Hamilton mengheret tentera Britain ke tribunal industri kerana didakwa mengamalkan diskriminasi seks setelah enggan mengiktiraf status barunya sebagai wanita.
Hamilton yang pernah berkhidmat di Kenya, Oman, Kuwait, Cyprus, Jerman dan Bosnia berjaya dalam tuntutannya serta menerima surat permohonan maaf daripada pihak tentera. 







Photobucket

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads