“Saya Teringin Nak Jumpa Dia Semula” – Syazwan Zulkifli (Apek Juvana)



Syazwan Zulkifli mula meningkat popularitinya apabila memegang watak sebagai Apek dalam drama terbitan Filmscape iaitu, Juvana. Bagaimanapun, seiring dengan populariti, nama pelakon ini mula dihinggapi dengan desas-desus yang kurang enak.
Ada desas-desus yang mendakwa Syazwan ialah kaki perempuan, kerap bertukar-tukar teman wanita. Malah tak kurang juga yang mendakwa Syazwan menggunakan popularitinya untuk ‘memancing’ minat mana-mana wanita.
Dakwaan yang tidak berasas itu diperkuatkan lagi dengan tersebarnya 2 keping gambar mesra yang jelas memaparkan wajah Syazwan berpelukan dan bermesra dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Wartawan OHBULAN! menemubual Syazwan bagi mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai spekulasi tersebut, sebentar tadi. Pada mulanya Syazwan menafikan wanita itu adalah teman wanitanya, tetapi setelah dipujuk oleh wartawan OHBULAN!, dia berkata,
“Ya, wanita itu adalah bekas teman wanita saya dan lelaki dalam gambar itu adalah saya. Gambar ini diambil sekitar 1 tahun lepas, sebelum saya membintangi drama Juvana.”
Dia yang sedang menjalani penggambaran untuk drama slot Akasia TV3 terbaru bertajuk “Sofia” turut menunjukkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui gambar peribadinya tersebar.
“Saya hairan bagaimana gambar peribadi saya boleh tersebar begini. Tetapi saya tidak mengesyaki sesiapa lagi buat masa ini.”
Berhubung perkara ini, dia yang masih belum berpunya berkata, “Saya masih menyayangi dia dan kalau boleh saya teringin nak jumpa dia semula.”
Buat masa ini, dia ingin menumpukan sepenuhnya kerjaya lakonan terlebih dahulu dan berjaya di persada seni.

Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post