“Kali Ini Saya Lebih Ganas Daripada Watak Ayam” – Adam Shah, Juvana



Populariti Adam Shah, 30 makin melonjak naik setelah diberikan kepercayaan memegang watak sebagai Ayam dalam drama terbitan Filmscape, Juvana yang ditayangkan di TV3, tahun ini.
Nama Adam Shah atau gelaran Ayam menjadi sebutan orang ramai sehinggakan setiap dialog yang dituturkan dalam drama Juvana menjadi ikutan penonton. Dalam perkembangannya yang terbaru, Adam Shah diberi kepercayaan sekali lagi untuk memegang watak antagonis dalam dalam drama tv3 yang terbaru berjudul, Cinta Elysa.
“Kali ini saya pegang watak yang lagi ganas daripada ayam, serius bro. Dalam drama Cinta Elysa, saya diberi kepercayaan oleh pengarah untuk memegang watak sebagai Sani, iaitu kawan kepada Aril (Johan Asari) & Joey. Sani ialah budak jahat yang berasal daripada kampung. Disebabkan selalu timbulkan masalah, dia kena pulau satu kampung. Apabila berhijrah ke bandar, Sani makin ekstrem. Dia berkawan dengan ketua gangster & pengedar dadah.

“Di akhir drama, Sani melakukan sesuatu yang dilihat sebagai ‘tikam belakang’ terhadap Aril & Joey. Malah, Elysa (Fasha Sandha) turut terkena dengan rancangan jahat Sani. Apa yang akan Sani lakukan terhadap Elysa, itu rahsia. Saya nak penonton teruja dengan babak lakonan Sani & Elysa dalam Cinta Elysa nanti,” kata Adam Sha yang ditemui di The Curve, Damansara, tengah hari tadi.
Adam Shah turut berkongsi nama-nama pelakon wanita yang diidamkan andai kata ditakdirkan memegang watak sebagai mat jiwang.
“Kalau diberikan watak jiwang, saya teringin sangat nak berlakon dengan Almy Nadia. Pada saya, dia amat menjiwai apa sahaja watak yang diberikan kepadanya. Beri watak komedi, menjadi komedinya. Beri watak cinta, memang terasa cintanya.
“Selain itu, saya ingin berganding dengan Diana Danielle kerana dia bersikap matang walaupun masih berusia muda,” kata Adam Shah yang ingin memegang watak sebagai orang kurang upaya juga.

Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post