www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2011-07-11

Khinzir Itu Binatang Serba Guna! Kenapa Tuhan Kau Haramkannya??

Pernah satu hari, seorang kawan (non-muslim) datang dan bertanya: "Itu babi binatang serba guna, dari hujung kaki sampai hujung rambut babi tu semua ada kegunaan, ada manfaat. Lemak, kulit, tulang ,daging, isi, bulu babi semua boleh guna (rujuk gambarajah di bawah), tapi kenapa Tuhan kau (Allah) haramkan binatang tu?"

Kalau korang, apa korang jawab?



'Evolusi' HIKMAH pengharaman khinzir:

Dahulu, Selepas Proses pencerahan Renaissance di Eropah, masyakat Islam terpegun dengan kemajuan Barat, salah satu dari kaedah yang mereka gunakan ialah kaedah saintifik yang didasari dengan Method Empirikal. Setiap penilaian baik dan buruk mesti ada bukti saintifik. Dalam menghadapi arus kemajuan ini, umat Islam dengan sifat defensif apologetik (mengambil Islam sebagai pihak tertuduh), setiap hukum syarak cuba diberikan analisakan versi empirikal, berbagai istilah yang digunakan istilah HIKMAH, ada istilah RAHSIA disebalik kefarduan Solat dan sebagainya.

Umat Islam tercari-cari bagaimana untuk menguatkan lagi hujah dihadapan musuh Islam itu berkenaan dengan khinzir, penyelidikan barat digunakan dan didapati Khinzir mengandungi cacing pita, Umat Islam bergembira, maka dicanangkan isu ini seantero dunia, HIKMAH pengharaman babi dek kerana adanya cacing pita, kemudian ada ahli sains barat mendapati dalam lembu juga ada cacing pita. Umat Islam bergerak ke arah lain pula mencari bukti baru, kemudian muncul pula istilah KUMAN BABI, sekali lagi HIKMAH pengharaman khinzir dicanang-canangkan.

Ahli Sains Barat sekali lagi, menerangkan bahawa tidak ada masalah dengan kaedah saintifik kami kami dapat menghindarkan segala aspek cacing pita, kuman babi dan lain-lain lagi . Maka timbul pula cerita daging babi dapat mempengaruhi naluri seksual "ghirah". Besok mungkin barat akan dapat membuktikan secara saintifik, bahawa isu 'ghirah' ini, adalah tidak benar....so kemanakah pula pelarian masalah HIKMAH pengharaman khinzir, selepas ini? Dan jadilah Islam seolah-olah bukan kebenaran Mutlak, maka jadilah Islam sesuai dengan Teori Relativisme (tidak ada kebenaran Mutlak).




Sebab Babi Diharamkan

Babi diharamkan kerana memang Allah haramkan babi. Macam mana hujah saintifik? perlu tapi tidak akan mengubah keharamannya. Bukan kerana tabiatnya dan bukan kerana kekotorannya. Tapi kerana firman Allah, dalam Al-Qur’an dan Sunnah, di antaranya:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.” (QS. Al Baqarah: 173)Firman-Nya:حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (QS. Al Maa’idah: 3)Dan firman-Nya:إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.” (QS. An Nahl: 115)Demikian juga sabda beliau:Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamr dan hasil penjualannya dan mengharamkan bangkai dan hasil penjualannya serta mengharamkan babi dan hasil penjualannya.” (HR. Abu Daud)



Babi diharamkan bukan kandungan kimianya atau bukan kerana tabiatnya yang menghilangkan "ghirah", Tapi kerana babi itu memang diharamkan berdasarkan nas. Selagi kita terikut-ikut rentak kafir menyoal dan menyerang Islam maka selagi itu kita akan terperangkap dengan hujah mereka, jadilah Islam dilentur mengikut kehendak mereka. Menjawab soalan yang bukan jawapannya adalah salah dan berlawanan dengan Islam dan akan mengelirukan lagi penanya berkenaan dengan Islam .Seperkara lagi ialah tentang perkara berdakwah kepada orang kafir. Kita berilah seberapa banyak ataupun seberapa sohih sekalipun dalil2 nakli (ayat Alquran atau Hadith2 sohih),sedangkan kewujudan Allah (sometimes kewujudan TUHAN) pun mereka tidak percaya, masakan mereka akan percaya kepada dalil2 tadi. Apatah lagi jika dalil2 itu datang dari Alquran yg mereka akan anggap tidak lebih dari sebuah buku semata-mata. Dalam AlQuran banyak ayat menyuruh kita berfikir tapi, dalam masalah aqidah...manakala berkenaan dengan hukum syarak kita kena dengar dan taat, dan kalau ada nas menerangkan ada HIKMAH penerapan hukum maka kita ambil. Dalil Aqli khas untuk aqidah dan dalil hukum syarak kita nukil dari Kitab, jadi dalil naqli. Peranan akal dalam aspek aqidah adalah untuk membuktikan kewujudan Tuhan dan KeEsaanNYa, manakala peranan akal dalam aspek hukum syarak, adalah untuk memahami hukum Allah dari nas.Wallahualam.


0 comments:

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads