www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2011-06-20

JPJ Akan Laksana Sistem E-Tukar Pada November

9 Jun, 2011 21:00 PM
JPJ Akan Laksana Sistem E-Tukar Pada November

GENTING HIGHLANDS, 19 Jun (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) dijangka melaksanakan sistem e-Tukar pada November yang
membolehkan orang ramai memeriksa maklumat berkaitan pembelian dan
penjualan kereta secara online.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata maklumat online itu
dibangunkan oleh eAuto Sdn Bhd dan disokong penuh JPJ, akan
membolehkan orang ramai memeriksa maklumat mengenai kereta yang mereka
mahu beli, terutamanya butiran mengenai pemilik asalnya dan butiran
penting yang lain.

Menerusi sistem itu, seseorang boleh mengesan rekod dan status
kewangan pemilik asal dan status kenderaan itu, katanya kepada
pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-33 Persekutuan
Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) 2011 di sini.

"Jika ada sesiapa yang memutuskan untuk menjual kereta mereka kepada
syarikat kereta terpakai, syarikat berkenaan boleh memeriksa butiran
kenderaan itu menerusi sistem e-Tukar sebelum melakukan penukaran
hakmilik sementara.

"Sebaik sahaja kenderaan itu ditukarkan kepada nama syarikat kereta
itu, pelanggan tidak lagi mempunyai hak ke atas kenderaan berkenaan
selepas itu dan tidak sepatutnya berasa tertipu," katanya.

Solah berkata ini akan dapat menyelesaikan masalah saman dan isu
pinjaman kereta apabila seseorang itu memutuskan untuk menjual
keretanya kepada syarikat kereta terpakai.

"JPJ akan memberikan tempoh enam bulan kepada syarikat untuk mencari
pembeli baru. Jika mereka gagal menjual kereta itu dalam tempoh itu,
hakmilik kereta perlu ditukarkan kepada syarikat kereta terpakai itu,"
katanya.

Perkhidmatan e-Khidmat dijalankan secara usaha sama dengan FMCCAM yang
mempunyai 3,000 anggota yang perniagaan teras mereka ialah membeli dan
menjual kereta terpakai, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif eAuto Sdn Bhd Ganesh Kumar
Bangah berkata pelaksanaan perkhidmatan online itu akan dapat membantu
meningkatkan jualan kereta terpakai.

Katanya syarikat itu sedang menjalankan program latihan untuk anggota
FMCCAM di seluruh negara mengenai bagaimana menggunakan perkhidmatan
online itu menerusi protal sehenti di www.eAuto.my.

-- BERNAMA
Photobucket

1 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said... [Reply]

bgos gak ada sistem mcm ni..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads