Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ?

Wajib Tak Waris Bayar Hutang Arwah ? | Artikel ini cik en tulis dari pengalaman cik en sendiri. Ramai yang tahu, tanggal 1 Mac 2021, abah cik en pergi meninggalkan kami sekeluarga. Diakui, cik en tak pernah kehilangan orang terdekat. Jadi ilmu cik en mengenai selepas arwah tiada sangatlah nipis. Jadi, cik en banyak habiskan masa dengan mencari info dan ilmu sahih mengenai banyak perkara seperti apa tanggungjawab waris, bab menguruskan kubur arwah dan lain lain lagi. Pembacaan dan ilmu ini, cik en simpan dalam blog ini untuk rujukan cik en nanti dan berkongsi dengan pembaca cik en. Kali ini cik en nak berkongsi mengenai HUTANG. Perkara yang boleh menyebabkan roh simati tersangkut diantara langit dan bumi. Masih merujuk kepada pejabat mufti untuk cik en siapkan artikel ini. 


Apa Itu Dabbah

Apa Itu Dabbah | Alhamdulillah, masuk sudah Bulan Ramadan 2021. Pertama kali cik en berpuasa tanpa Abah kali ini. Tapi cik en tetap redha. Ajal, jodoh, maut dan rezeki semuanya rahsia Allah kan? Tapi Allah tak berahsia mengenai tanda tanda Hari Kiamat. Dabbah adalah salah satu haiwan yang akan muncul di akhir zaman dan merupakan tanda tanda besar hari kiamat. Dabbah juga dipanggil Jassasah bagi sebilangan manusia. Tapi haiwan apakah Dabbah ini? Bagaimana rupanya dan dari mana pula datangnya? Merbahayakah dia pada manusia dan katanya Dabbah ini akan melawat setiap manusia di bumi nanti. Jom cik en kongsikan mengenai Dabbah. Info ini adalah sahih yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti


Hukum Menyiram Air Atas Kubur

Hukum Menyiram Air Atas Kubur | Tengah scrool TikTok, cik en tertengok satu video mengenai Hukum Menyiram Air Atas Kubur. Sebelum ini cik en tak pernah ambil tahu memandangkan tiada orang terdekat yang 'pergi'. Tapi bila abah cik en pergi, cik en rajin mencari ilmu ilmu agama dan sampailah video Hukum Menyiram Air Atas Kubur ini. Cik en pun nak simpan di blog ini untuk panduan cik en dan semua pembaca cik en. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua.

Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh

Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh | Lama juga cik en tidak menginap di mana mana hotel sepanjang wabak pandemik melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, cik en terpaksa melupakan hobi travel dan vacation. Tapi apabila keadaan semakin reda dan bertambah baik, cik en terpaksa melepaskan gian untuk menginap di hotel. Tapi bukannya main pilih sahaja hotel tapi cik en akan memastikan segala SOP yang ditetapkan diamalkan. Cari punya cari, cik en terjumpa Travelodge Ipoh yang dikatakan masih baru di Ipoh. Dan cik en pun mencari maklumat yang Travelodge Ipoh ini mengamalkan SOP yang ketat bagi memastikan keselamatan semua pelanggannya. Anyway, cik en bersama sama keluarga kali ini untuk relekskan diri selepas hampir setahun tak dapat bercuti. 

Buffet Ramadan Beserta Solat Terawih di Ipoh 2021 | The Haven Tambun

Buffet Ramadan Beserta Solat Terawih di Ipoh 2021 | The Haven Tambun | Tak lama lagi, kita akan menyambut bulan Ramadan dan nampaknya tahun 2021 ini, Buffet Ramadan di benarkan dengan SOP yang ketat. Cik en berpeluang untuk mencuba preview Buffet Ramadan di The Haven Tambun Ipoh beberapa minggu lepas. Apa yang menarik bagi cik en, pakej yang ditawarkan oleh The Haven sangat memenuhi keperluan umat Islam yang inginkan. Pakej Buffet Ramadan yang lengkap termasuk solat tarawih dan sesiapa inginkan penginapan yang menenangkan, The Haven menawarkan pakej yang menarik untuk korang. Mesti korang nak tahu pakej pakej tersebut kan? So baca entri ini sampai habis dan boleh bersedia untuk buat tempahan awal.