Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: wanita

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim

Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim | Bahagian intim korang sangat unik dan memerlukan penjagaan yang khas. Bukannya korang boleh guna sebarang sabun untuk mencuci. Cik en sendiri akan gunakan pencuci intim yang serasi dan sesuai. Ada juga kata, kenapa perlu nak gunakan sedangkan di bahagian itu ada bakteria yang baik untuk melawan bakteria jahat. Korang kena faham juga, kadang kadang kita perlu menggunakan pencuci intim seperti yang mempunyai masalah period, yang selalu travel lama sehingga jarang bertukar seluar dalam, bersama dengan suami, masalah keputihan dan lain lain lagi. Jadi cik en akan memilih pencuci intim yang dipercayai dan kali ini cik en nak kongsi dengan korang cik en menggunakan pencuci intim Rahsia Puteri keluaran Pro Care. | Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim



0

Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos

Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos | Mesti korang tertanya adakah cik en yang Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos? Semestinya la belum lagi. Walaupun umur dah menjangkau umur 31 tapi cik en masih ada datang bulan atau haid lagi ye semua. Ini cik en share mengenai Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos untuk mak cik en. Cik en cuba cari Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos apa yang ada di Malaysia yang boleh guna tapi dalam carian google tak ada. Oleh sebab itu cik en share satu Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos ini untuk panduan pembaca blog cik en. 


Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos

Anyway Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos ini masih belum diamalkan oleh mak cik en, tapi untuk membantu pembaca cik en yang bertanya mana nak dapatkan Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos di entri Dilema Wanita : Monopos Atau Putus Haid . Supplemen yang cik en dah cuba cari dan dah beli pun adalah produk jenama Remifemin dengan harga bawah RM50 saja. Tu pun beli di Shoppee


Selain itu korang boleh dapatkan supplemen lain seperti :

  1. Swisse Ultiboost Menopause (RM 90 - RM100)
  2. Now Menopause Support ( RM130 - RM140)
  3. NON-GMO Soy Isoflavones ( RM200 - RM 400)
  4. Sourse Natural Hot Flash Menopause Relief ( RM200 - RM300)
  5. Soloray Female Hormone ( RM180 - RM200)

Ini antara la, ada lagi cuma tak familiar sangat. Mungkin ini boleh bantu korang yang tengah mencari Supplemen Untuk Wanita Mengalami Masalah Kepanasan Badan Selepas Monopos.  Ada beza tau masalah kepanasan badan atau hot flushes dengan demam. Kalau nak tau perbezaan boleh rujuk entri Perbezaan Kepanasan Badan Selepas Monopos dengan demam 

1

Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi

Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi | Kalau ditengok bahan komestik, sabun sabun, syampu, perapi sekarang ini mesti ada kandungan SLS dan Paraben kan? SLS atau Sodium Laureth Suplhate pernah cik en cerita di Pencuci Kawasan Intim Wanita Yang Merbahaya ini yang menghasilkan buih yang banyak. Nampak seronok kan buih buih banyak masa mandi dan bersyampu tapi ianya memberi kesan jangka masa panjang pada badan seseorang itu. Susah nak mencari produk dari bahan bahan semulajadi di pasaran kan? Kadang kadang sebabkan tiada itu menyebabkan kita terpaksa membeli produk produk itu. Tapi korang jangan risau dah, sebabnya Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi 

Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Bahan Dari Bahan Semulajadi


Founder atau pengasas Suzy Honey Herbs ini adalah Kak Suzy secara peribadinya lebih sukakan penjagaan tubuh badan dengan edisi tradisional mengikut amalan nenek moyang melayu kita. ini kerana satu hari melihat ibu mertua beliau yang berusia hampir usia 70 tahun mempunyai 9 orang anak tapi masih boleh panjat pokok diusia sekarang ini serta juga masih bekerja kampung. Jawapan ibunya "berpantang betul betul pantang. Zaman dulu kan siap menyala. Tidur atas salaian. Pantang makan, jaga betul betul. Dan ada resepi resepi khas diamalkan dalam tempoh berpantang " ini la tertubuhnya Suzy Honey Herbs. Suzy Honey Herbs mengeluarkan Produk Herba Alami dan Organik yang berkualiti di pasaran Malaysia. Dan misinya mendidik masyarakat dengan mendedahkan khasiat herba alami Nusatara yang telah mulai pupus di kalangan generasi kita sekarang ini. Tidak seperti founder lain, produk Suzy Honey di buat sendiri secara homemade menggunakan 100% bahan semulajadi di kilang beliau. So Suzy Honey Herbs bukanlah produk produk keluaran kilang yang jenis borong tu ye.. 


Kalau diikutkan banyak produk keluaran Suzy Honey Herbs ini, ada sabun, syampu, akar kayu, masker, set berpantang, teh herba dan lain lain lagi la. Tapi kali ini cik en nak share dengan korang 2 produk terlaris Suzy Honey iaitu Syampu Rambut Bunga Rose, Perapi Rambut Bunga Rose, Sabun Kopi Scrub, Sabun Aura dan Sabun Neem. Jom kita tengok satu persatu kebaikan produk produk Suzy Honey Herbs ini

Suzy Honey Herbs Syampu Rambut dan Perapi Rambut Bunga Rose 



Cik en sangat cerewet dalam pemilihan syampu dan perapi ini. Sebabnya cik en ini dilahirkan dalam kekeringan. hahahhaha. Rambut dan kulit cik en jenis kering. Kalau nak beli syampu di pasaran, sangat susah. Cik en kena beli syampu khas di salon. Tapi itulah, kandungan dalam syampu khas ini kita tak tahu. Dan kalau cik en pakai perapi, kepala cik en suka sakit. So dah lama lama mencari, cik en diperkenalkan dengan Suzy Honey Herbs Syampu Rambut dan Perapi Rambut Bunga Rose. Bahan semula jadinya cik en harap dapat membantu rambut cik en kembali lembab.

Cik en dah guna hampir seminggu, syampunya tak la berbuih banyak sebabnya tiada SLS dan Paraben. Itu lah yang bagus, sebabnya SLS dan Paraben akan memberi kesan yang tidak baik pada tubuh badan untuk jangka masa yang lama. Tapi bau Syampu Bunga Rose sangat wangi. Cik en sangatlah suka. Selesai bilas, diakui rambut cik en sedikit kering, dan cik en pun gunalah Perapi Rambut Bunga Rose. Kalau perapi lain tak boleh kena akar rambut kan? tapi yang ini cik en guna sampai akar rambut dan tak ada pula cik en sakit kepala macam perapi rambut lain. Selepas bilas, rambut jadi sangat lembut dan wangi. Wangian ini bertahan sampai 2 hari tau! Walaupun bertudung, haruman itu sentiasa ada. Kesegaran dan keharuman rambut itu lama kerana Suzy Honey Herbs menggunakan campuran Pati Essential Oil Premium. Kira puas hati la guna. Korang pun kena juga cuba. Selain itu ianya :

  1. Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut .
  2. Mengelakkan keguguran rambut
  3. Sesuai untuk masalah kelemumur
  4. Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala.
  5. Memberi haruman bauan Bunga Rose yang menyegarkan mengelakkan bauan hapak.
  6. Sesuai untuk rambut nipis dan kering

Kandungan Syampu dan Perapi Rambut Buanga Rose ini adalah Virgin coconut oil, Rosehip oil , Peppermint oil, Kaffirlime EO , Rosemary EO. Harganya RM55 satu set. 1 botol 100ml dan 100% bahan natural.

Suzy Honey Herbs Sabun Aura 



Sampai saja produk Suzy Honey Herbs ini, cik en dah terbau bau bunga yang harum. Rupanya datang dari Sabun Aura ini la. Mesti korang tau, aura sebenarnya berfungsi menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit dan aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. Sebab itulah kalau yang masih tiada jodoh ini, orang tua tua suruh mandi bunga untuk dapatkan aura positif. Selalunya dalam perawatan tradisional, aura banyak dikaitan dengan bunga. 7 jenis bunga yang berlaianan warna dan baru. Oleh kerana itu lah, Suzy Honey Herbs mengadunkan 7 jenis bunga Rose, Iris, Lily, Saffron,Ylang Ylang Melati dan Jasmine serta ditambah dengan Vitamin E dan Vitamin C, Evening primrose oil mengasilkan Sabun Aura ini. Antara kebaikkannya :

  1. Ianya mampu memberikan aura yang menarik , awet muda dan membersihkan diri dari anasir negatif. Menegangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat Vitamin E dan Vitamin C. 
  2. Dapat meredakan stress dan boleh memberikan perasaan emosi yang stabil dan menceriakan . 
  3. Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang. 
  4. Sesuai untuk bakal pengantin dan sesiapa sahaja yang mahu kelihatan segar ceria sepanjang masa.
Sabun Aura berat 60 gram ini dijual RM25 dan ianya mampu bertahan berbulan kalau korang gunakan secara berhemah. Dah tak payah gi spa kan? Kat rumah ini hari hari kita boleh buat. Kosnya tak la semahal di Spa.


Suzy Honey Herbs Sabun Neem



Kalau siapa yang tak tahu daun neem atau semambu ini, meh sikit orang kampung ini nak cerita. Daun ini selalunya orang kampung guna untuk mandi masa demam campak anak anak mereka. Cik en sendiri pun pernah mandi bila kena demam campak masa kecik dulu. Ianya daun berbentuk panjang panjang dan sekarang ditanam di taman taman untuk lanskap. Cik en beruntung juga la, walaupun tak dibesarkan dnegan Starbuck, Secret Recepi dan I Phone ini, cik en tahu serba sikit perawatan tradisional ini. Kalau korang nak tahu, daun neem ini juga bagus untuk masalah cacing pada ternakan tau. Cik en selalu share tips ini dengan peternak di daerah cik en. Ini sebabnya semambu mengandungi anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Bagi manusia ianya bagus untuk mengatasi masalah kulit kita ini seperti

  1. ekzema
  2. alahan kulit
  3. ruam
  4. gatal-gatal
  5. kurap

Kandungan  Sabun Neem ini adalah Glyecerin organic, Essential oil, Vitamin E, Neem Leaves . Menggunakan daun neem sendiri lebih bagus dari patinya. Sebab itu cik en kata, produk Suzy Honey Herbs ini menggunakan 100% bahan semula jadi. Walaupun cik en rasa renyah juga la. Baik gunakan pati yang dijual terus untuk hasilkan produk ini. Tapi bila dah dijadikan pati, khasiat asalnya sudah berkurang. Harga Sabun Neem seberat 60 gram ini RM18.00

Suzy Honey Herbs Sabun Kopi Scrub



Korang mesti pernah tahu, sabun kopi dulu pernah viral dalam memberi kemulusan kulit muka kan? Dijual secara online dan pasar malam dengan bentuk yang sama. Semestinya ianya dikeluarkan di kilang yang besar. Cuma di tambah jenama sendiri je. Asalnya cik en sendiri tak pernah gunakan sabun kopi masa viral dulu sebabnya cik en tak yakin dengan proses pembuatannya. Tapi dengan Suzy Honey Herbs ini, cik en yakin nak mencuba sebabnya ianya diperbuat secara homemade. Lagipun rupa sabunnya tak seperti yang viral sebelum ini. 

Kopi banyak kegunaanya selain daripada jadikan minuman yang berusia beratus ratus tahun ini. Dalam dunia kosmetik, ianya sangat bagus untuk scrub kulit, menghaluskan kulit, meneutralkan kulit dan lain lain lagi. Cik en sendiri dah cuba Sabun Scrub Kopi Suzy Honey ini dan bila mandi, rasa kulit jadi halus dan mulus. Selalunya kalau pakai sabun kopi ini mesti kulit jadi kering kan? Tapi degan adanya Avocado Oil ini berfungsi melembabkan kembali kulit kita. 

Kebaikkanya yang lain adalah : 

  1. Menghaluskan kulit
  2. Menghilangkan bau badan
  3. Menghilangkan selulit 
  4. Menyegarkan tubuh dan menghilangkan penat dengan aroma bauan kopi
  5. Melarutkan lemak dan membentuk tubuh
  6. Menuetralkan kulit yang kering dan jadikan kulit glowing
  7. Menghilangkan bekas jerawat, flek,dan noda hitam pada kulit
  8. Mengangkat sel kulit mati & memperbaiki jaringan kulit yang rosak

Kandungannya Sabun Kopi Scrub adalah Vegetable Glycerin Organic, Kopi Tenom, Chia seeds, Blue poppy seeds, Grapefruit essential oil, Avacado oil dan Vitamin E. Harga Sabun Kopi Scrub ini RM18 seketul yang beratnya 60 gram. 

Korang kena cuba salah satu produk Suzy Honey ini untuk korang tahu, apa yang cik en tulis ni betul atau tak. Lagipun tiada bahan kimia dan halal kerana 100% produk bumiputera Muslim. Lagipun produk mereka produk yang boleh digunakan semua peringkat umur jadi 1 keluarga boleh gunakan. Selain itu, kalau korang dah cuba dan nak menjadi agen Suzy Honey Herbs pon boleh, mereka sedang mencari dropship sebabnya permintaan mereka terlalu tinggi sehinggakan tak menang tangan. Lagipun ianya dapat menambah pendapatan korang kan. Kalau korang berminat bolehlah hubungi meraka di 


Rujukan info :
http://reiki-malaysia.com/aura/
http://khasiatq.blogspot.my/2016/09/6-khasiat-kulit-alpukat-untuk-kecantikan.html

-->
29

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline | Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ini cik en baru cuba around 2 minggu ini. Awalnya cik en cuba untuk ambik foundation dari jenama lain tapi tertarik dengan Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline kerana struktur foundation itu sendiri. Entah la kenapa suka sedangkan niat awal nak memilih jenis liquid atau cecair. Kebetulan cik en ini tengok banyak sangat code Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ini. Selalu cik en tengok 3 code je untuk foundation. Dark, Natural dan light. Tapi Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ada 12 code dan yang cik en tengok masa beli di Watson de 9 code. Banyak kan? Tapi cik en rasa lebih bagus sebab ianya lebih banyak pilihan untuk tone warna kulit kita. 

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline
Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline


Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ada 12 code. 12 Code itu :

  1. Natural Beige
  2. Warm Porcelain
  3. Porcelain Ivory
  4. Ivory
  5. Classic Ivory
  6. Nude
  7. Creamy Natural
  8. Sandy Beige
  9. Pure Beige
  10. Honey Beige
  11. Caremal 
  12. Coconut
Masing masing mempunyai tone warna yang berbeza. Warna korang boleh tengok di bawah ini. Cik en carikan untuk korang 


Pening kan? Cik en sendiri awalnya blur nak pilih warna mana. Last last cik en memilih code 50 Creamy Natural. Asalnya nak pilih Nude tapi tak ada stock pulak. Walaupun Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline Creamy Natural ini pilihan kedua, cik en puas hati jugalah warna dia. Sesuai dengan kulit muka cik en. Cik en dah cuba beberapa kali apply cuma tak sempat buat video sebab masalah teknikal sikit. Tapi cik en tunjuk melalui perbandingan di bawah ini



Nampak smooth kan? Cik en suka dan tahan lama. Buktinya cik en pakai masa Event Traveloka Escape with The Butterfly Project dari subuh sampai ke petang tapi mantain cantik. Hahahha. Puji diri sendiri kan.. ahahhaha.. Harga dia pula mampu milik la. RM45.00 saja. Boleh la golongan sederhana ini nak beli. Kalau korang nak beli online boleh beli kat Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline atau dimana mana kedai kecantikan seperti Watson, Guardian dan lain lain.

Korang pernah try Bio Essence Water Gold? Mungkin korang tak tahu, cik en pengguna setia Bio Essence ini. Review penuh di Bio-Essense 24KBio Gold Water Mahal? Berbaloi Ke Beli?


11

Pengalaman Menggunakan AIR OPTIX Plus HydraGlyde

Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde | Sebelum ini cik en ada beritahu yang cik en penguna tegar contact lens dari zaman sekolah lagi. Cik en mula pakai lens semenjak umur 15 tahun lagi yang mana waktu tu jarang sangat orang nak pakai lens ini. Rasanya dah hampir 15 tahun cik en memakai lens. Dalam 15 tahun itu hanya 2 3 kali cik en rehatkan mata selama sebulan. Tapi semenjak menggunakan produk alcon Air Optix, cik en dah tak ada masalah merah merah sehingga perlu buat rawatan susulan. Dan baru baru ini cik en dapat tau Air Optix ada keluarkan produk terbaru mereka iaitu AIR OPTIX plus HydraGlyde. Nampaknya ada beberapa aspek yang mereka upgrade seiring dengan keadaan semasa. Cik en teringin nak share Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde ini.



Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde

Kisahnya bermula apabila cik en dapat invition untuk menghadiri perlancaran AIR OPTIX plus HydraGlyde yang terbaru ini tapi disebabkan cik en ada kerja yang lebih penting, cik en tak dapat nak join. Dari situ cik en mula tercari cari AIR OPTIX plus HydraGlyde ini. Akhirnya cik en ke optometry atau kedai cermin mata yang biasa cik en dapatkan perkhidmatan nasihat dan pembelian lens serta cermin mata, Hoo Optical di Kuala Kangsar. Hampir 13 tahun cik en menjadi regular customer mereka sebabkan perkhidmatan mereka sangat tip top. Sampaikan kalau cik en boleh order melalui online saja dan perkhidmatan pos percuma pun cik en dapat. 


Macam biasa, cik en pun bertanya lanjut pasal produk AIR OPTIX plus HydraGlyde ini. Apakah kelebihan yang buat ianya berbeza dengan Air Optix yang biasa cik en pakai sebelum ini. AIR OPTIX plus HydraGlyde menggabungkan 2 teknologi eksklusif– SmartShieldTM Technology dan HydraGlyde®Moisture Matrix dan Teknologi kedua HydraGlyde®Moisture Matrix 

Setelah menerima penerangan yang jelas, cik en pun buat pemeriksaan rutin pada mata dan cik en teringin nak mencuba AIR OPTIX plus HydraGlyde ini sendiri. Abaikan gambar gemuk cik en dibawah ini ye! hahhaha



Selepas 3 minggu guna, cik en rasa selesa sangat. Bukanlah kata Air Optix lama tak ok, cuma selepas cik en belajar mekap cik en banyak aplikasi mekap di kawasan mata seperti eyeliner pada bulu mata, mascara, terutama eyeliner bawah mata. Penggunakan semua itu sedikit sebanyak akan memberi kesan pada lens yang cik en pakai. Dah pakai mesti la kita nak guna makeup remover untuk buang mekap kan? Masa ini pun cik en tengok ada perbezaan yang lama. Kalau dulu mesti lens akan jadi kabur dan cik en kena pejam beberapa kali untuk dapatkan penglihatan jelas balik. Tapi dengan  AIR OPTIX plus HydraGlyde ini, tak ada masalah sangat dah. Mungkin ini adalah teknologi SmartShieldTM yang mana membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luaran kanta sentuh. 

Disebabkan cik en seorang kaki jalan dan travel, cik en akan menggunakan lens melebihi masa yang ditetapkan. Bila pakai lama cik en akan mula rasa sedikit kekeringan dan mula lah mencari tempat untuk bukak lens dan pakai cermin mata. Tak best kan? bulu mata pun dah tak nampak bila pakai cermin mata. hahahha. So bila pakai AIR OPTIX plus HydraGlyde ini cik en boleh pakai lebih dari 16 jam. HydraGlyde®Moisture Matrix inilah yang memberi kelembapan lebih 16 jam tu. 


Apa apa pun cik en suka la dengan AIR OPTIX plus HydraGlyde ini, sesuai sangat dengan cik en yang aktif dan suka travel ini. Kalau setakat tak buka lens semalam itu, tak ada masalah pada cik en dah! Cik en boleh enjoy tanpa risau nak buka lens dan pakai cermin mata. Penglihatan sentiasa terang dan takkan buat cik en moody time tengah syok berjalan.

Disini ada sedikit siaran media untuk maklumat lebih lanjut mengenai Air Optix Plus HydraGlyde

PELANCARAN KANTA SENTUH AIR OPTIX®PLUSHYDRAGLYDE®- RAKYAT MALAYSIA DIGALAKKAN SUPAYA TIDAK MENYERAH KEPADA PENGLIHATAN KABUR

AIR OPTIX® plus HydraGlyde®menggabungkan 2 teknologi eksklusif– SmartShieldTM Technology dan HydraGlyde®Moisture Matrix
72% pemakai kanta sentuh di Malaysia menikmati tahap keselesaan yang ketara sehingga penghujung hari apabila menggunakan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®1
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2017 – Alcon, peneraju global dalam penjagaan mata dan sebahagian daripada syarikat Novartis, telah melancarkan produk terbarunya untuk pasaran di Malaysia hari ini. Kanta sentuh pakai buang bulanan, AIR OPTIX® plus HydraGlyde®direka untuk mengurangkan penglihatan yang kabur sepanjang 1 bulan penggunaannya. Dengan menggabungkan dua teknologi terkini, SmartShieldTMTechnology dan HydraGlyde®Moisture Matrix, pengguna kanta sentuh pakai buang bulanan tidak perlu lagi bersabar denganpenglihatan yang kabur atau rasa kering di pertengahan bulan.
Dari semasa ke semasa, deposit protein dan lipid (minyak) berkumpulpada permukaan kanta sentuh bulanan lalu menjadikannya kering dan kabur semasa dipakai. Tambahan pula kesan daripada produk kosmetik seperti maskara, pembayang mata, penanggal mekap mata dan krim sapuan tangan pada kanta sentuh; ia menjejaskan penglihatan dan menyebabkan ketidakselesaan pada kanta sentuh.
SmartShield™ Technology, teknologi eksklusif yang hanya boleh didapati pada kanta sentuh AIR OPTIX®, mengatasi masalah ini dengan membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luaran kanta sentuh yang melindungi pengguna daripada deposit2-3 yang dinyatakan. Dengan itu, pengguna akan menikmati perlindungan daripada gangguan harian2-3 dan menikmati penglihatan jelas yang konsisten4. Tambahan pula, 7 daripada 10 pengguna kanta sentuh di Malaysia bersetuju bahawa mereka selesa memakai AIR OPTIX® plus HydraGlyde®sepanjang satu bulan penggunaannya5.
Teknologi kedua yang terdapat dalam AIR OPTIX® plus HydraGlyde®adalah HydraGlyde®Moisture Matrix, yang membolehkan pengguna mengalami peningkatan kelembapan yang berpanjangan dengan menarik dan mengekalkan kelembapan pada kanta sentuh6-7. Teknologi ini menyelaputi kanta dalam kelembapan dan memberikan penghidratan yang lebih tahan lama selepas 16 jam6-7, justeru memberikan keselesaan kepada individu aktif yang inginkan ketenangan fikiran.
"Apa yang berbeza tentang kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde®adalah keupayaannya untuk menangani dua masalah sekaligus - iaitu pembentukan deposit dan keperluan kelembapan sepanjang hari," kata Sandeep Tewari, Pengurus Besar Negara kepada Alcon Malaysia. "Kami percaya bahawa pengguna kanta sentuh tidak patut berkompromi dengan masalah penglihatan kabur di pertengahan bulan atau penglihatan yang tidak selesa apabila menghampiri penghujung hari. Pengguna kini boleh menikmatipelbagai aktiviti yang disukai, tanpa perlu ‘menyerah kalah’ kepada penglihatan yang tidak jelas dan tidak selesa”.
Pelancaran AIR OPTIX® plus HydraGlyde®turut memperkenalkankempen #NeverSettle (Tidak Menyerah) yang diwakili olehGermaine Yeap, seorang bekas jurubank berusia 32 tahun yang kini merupakan peninju Muay Thai dan pelakon lagak ngeri wanita. Beliau merupakan seorang individu yang menepati saranan Alcon untuk memiliki penglihatan yang jelas pada setiap masa.
Sifat #NeverSettle Germaine mendorong beliau untuk mempunyai gambaran jelas tentang apa yang ingin dicapai, walaupun mustahak atau remeh, dan dia berusaha keras untuk mencapai matlamatnya meskipun mengalami pelbagai cabaran. Begitu juga betapa pentingnya penglihatan jelas bagi Germaine ketika beraksi. Penggunaan kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde®membolehkan Germaine  melihat dengan jelas dan selesa, tanpa gangguan, supaya dia boleh memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik ketika bertinju.
Kisah mengenai bagaimana dia mengekalkan visi yang jelas dalam setiap aspek hidupnya, dari segi penglihatan mahupun kerjaya, adalah motivasi supayaorang ramaitidak mudah menyerah kalahkerana kita layak untuk mendapatkan yang terbaik. Cerita penuh tentang kisah #NeverSettle Germaine boleh didapati di laman Facebook Alcon Malaysia.
Kanta sentuh pakai-buang bulanan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®boleh didapati di seluruh Malaysia. Setiap kotak mengandungi 3 kanta, dengan harga jualan yang disyorkan pada RM86.90 setiap kotak (termasuk GST). Sila dapatkan nasihat lanjut daripada pakar penjagaan mata anda. Layari laman Facebook Alcon Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ahli terbaru keluarga kanta sentuh  AIR OPTIX®.
Germaine Yeap’s #NeverSettle story#NeverSettle Social Experiment videoAIR OPTIX plus HydraGlyde’s Website

Kalau korang yang nak tips memakai kanta lekap boleh baca Tips Penggunaan Kanta Lekap. Okey, jumpa di next entry!
2

Enchanteur Paris Petite Parfum Yang Senang Dibawa Ke Mana Mana

Enchanteur Paris Petite Parfum Yang Senang Dibawa Ke Mana Mana | Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja. Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengahhari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, atau pun temu janji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan. Enchanteur Paris Petite Parfum Yang Senang Dibawa Ke Mana Mana

Enchanteur Paris Petite Parfum Yang Senang Dibawa Ke Mana Mana


ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.

ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli–yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usahasama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.

Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesrapesawatdanmudahdimuatkan di dalam beg kosmetikataubagasibimbitsebagaipenambahwangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.


Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekalanggun di pandangan dan tetap disukai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)

Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda senyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)

Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temu janji pertama mana kala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya. 

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)

Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temu janji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temu janji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan kena di bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.

Selain dari Enchanteur Paris Petite Parfum ini, cik en pun pernha keluarkan artikel mengenai wangian lengkap Echanteur yang lain. Wangian terbaru tersebut mendapat tempat dihati wanita di luar sana termasuklah cik en. Korang boleh baca di Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan Enchanteur Stunning
2

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning | Enchanteur adalah satu jenama yang cik en percaya mempunyai peminatnya sendiri dan selalunya wangian yang mereka keluarkan tidak mengecewakan. Bertahun cik en menggunakan wangian mereka dan yang latest cik en admirer dan suka pakai adalah Celebrate Love. Sampaikan cik en repeat 2 kali membelinya. Ini mai lagi wangian terbaru ENCHANTEUR Stunning. So apa kata Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning pula. 


Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning


“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C 
Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.



ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.



Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.



ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Selain itu korang boleh tengok entri Wangian Enchanteur Menghidupkan Detik Detik Romantis dan juga Misteri Kotak Pink Dari Echanteur untuk ketahui produk wangian yang lain dari Echanteur. Jumpa next entri ya!
2

Bertangas Pada Wanita Bujang

Bertangas Pada Wanita Bujang | Apa itu bertangas? Adakah ianya terhad kepada wanita baru lepas bersalin sahaja? Lelaki boleh bertanggas ke? Kaum lain selain kaum Melayu boleh bertangas ke? Apa kebaikan bertangas? Katanya bertanggas boleh pulihkan dara, betul ke? Bila yang boleh dibuat bertanggas? Berapa lama? Herba apa yang digunakan untuk bertangas? Cik en cuba kumpul maklumat maklumat ini untuk simpanan sendiri dan kalau ianya berguna bolehlah menjadi rujukan pembaca cik en juga. Dan yang penting bolehkah Bertangas Pada Wanita Bujang

Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas adalah adat turun temurun nenek moyang kita untuk menjaga kawasan intim dan rahim wanita selain mengeluarkan peluh untuk buang toksik dalam badan, penyembuhan luka bersalin, kemutan faraj dan rahim, mengelakkan kelesuan badan dan bau badan. Bertangas ini bukan saja untuk ibu baru lepas bersalin tapi untuk anak dara juga yang ada masalah keputihan dan kegatalan di kawasan V ini. Selain dari perempuan, lelaki juga boleh bertanggas tapi bukanlah nak buat kemutan (ahhahaha) tapi kepada mengeluarkan peluh untuk buang toksik dalam badan. Dan adakah ianya boleh pulihkan dara pula ianya masih belum ada kajian spesifik.

Bertangas ini terbahagi kepada 2 iaitu kering dan basah. Kalau bertangas kering atau bertangas herba ini. Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan bersama herba herba terpilih. Dilakukan selepas hari ke 30 selepas bersalin dan dilakukan selam 10 hari berturut-turut. Bagi yang bujang atau tidak bersalin boleh dibuat hari ke-6 selepas habis haid dan dibuat 3 hingga 7 hari. Bertangas basah pula mungkin biasa korang tengok di spa spa tapi dah diubah suai mengikut kesesuaian. Menggunakan rempah ratus yang direbus dan bagi yang lepas bersalin boleh mulakan selepas 40 hari sehingga 100 hari selepas tangas kering. Bagi yang bujang atau tidak bersalin boleh mula selepas darah haid kering. Dikatakan ianya dapat kelembapan kulit.

Cara menyediakan tangas basah

Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas Pada Wanita Bujang


Rebuskan herba herba seperti buah manjakani untuk mengetatkan rahim, asam keping, daun sirih untuk penyembuhan luka, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala untuk buang bau yang tak best serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya ada saja di dapur korang itu. Campur sedikit dengan air untuk mengurangkan kepanasan, kang melecur pula kan? Dan korang masuk bilik air dan tutup tingkap dan pintu untuk wapkan bilik air tersebut. Ambik kerusi lagi bagus kerusi yang ada lubang di tempat duduk dan duduk. Lepas itu gunakan kain batik untuk selubung badan korang. So macam alat mandi wap kanvas yang ada di spa spa kan? Prosesnya dalam 20 hingga 30 minit saja. Boleh buang 2 kali seminggu atau seminggu sekali.

Walaupun ada yang anggap tangas ini old school tapi ianya bagus untuk kesihatan dalaman kita. So kalau korang ada kelapangan mungkin boleh cuba buat sekerap yang boleh. Macam cik en ni, cik en dalam sebulan sekali mesti buat spa. Mesti kata cik en "banyaknya duit cik selalu spa" Tapi sebenarnya cik en gunakan bajet kurang dari RM100. Nak tahu? Korang boleh baca entri Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100 

So kalau korang ada pengalaman bertangas ini, apa kata kongsi di bahagian komen entri ini. Mungkin boleh cik en dapat info info baru.

Info tangas berkaitan : http://miera301.blogspot.my/2014/02/penutup-pantang.html
gambar : google 
11

Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub

Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub | Amalan scrub muka cik en dah amalkan semenjak masuk kerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar lagi. Sebabnya cik en banyak keluar ke lapangan untuk buat rawatan dan program ternakan. So terdedah la dengan kotor dan panas. Dari situ kulit cik en nampak kusam dan berbelak. Disebabkan itu, cik en akan gunakan scrub muka seminggu sekali untuk membuang kekotoran di muka dengan lebih dalam. Sebelum ini cik en menggunakan produk lain dan kebetulan dah habis cik en cuba untuk menggunakan brand baru. So rutin cik en shoppng di Watson 2 minggu sekali buat cik en survey satu brand St. Ives. Lama juga cik en cari info info di internet ini dan kebanyakan puas hati dengan produk ini. So saja la cik en nak buat Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini. 

Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub
Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub 

Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub 


Scrub ini korang jangan pakai hari hari pula ye. Sebabnya scrub ini akan mengeringkan kulit korang. Iyelah, sifat dia buat kekotoran kat muka. So habis semua di removekan. Cukup seminggu sekali je tau. Dulu zaman belajar, duit tak banyak cik en selalu buat scrub DIY dengan menggunakan pencuci muka Safi (yang itu paling murah yang ada) dengan campuran beras yang dah ditumbuk halus. Tapi bila dan bekerja ini, cik en tak sempat nak menumbuk numbuk. Hahaha So beli yang dah siap. Lagipun akan ada beberapa tambahan yang baik untuk kulit muka. 

Untuk brand St. Ives ini cik en suka sebab menggunakan 100% bahan natural untuk mengelupaskan kulit kita secara dalam untuk menghaluskan kulit muka kita. Selain itu St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini tak ada sulfate dan Paraben. Cik en sememangnya mengelakkan produk yang mempunyai SLS atau sodium laureth sulfate sebabnya ianya akan memberi kesan kanser untuk jangka masa panjang. Atau korang boleh baca entri Pencuci Intim Wanita Yang Merbahaya . 

So back balik pada St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini, cik en dah guna sebulan lebih dan pakai lebih dari 5 kali. So sepanjang gunakan ianya the best la. Black dan White Head pon hilang, kulit jadi lembut, warna kulit mula sekata. Dan selepas gunakan St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini korang boleh letak masker atau letakkan Bio Essense 24K Bio Gold Water je. Pap Pap dan kulit kembali segar selepas kusam kena cahaya matahari secara terus. 

So tak salah korang nak cuba. Dan korang boleh beli di Watson dengan harga bawah RM 30.00. Atau pun boleh je beli di Lazada di St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub 170g .
10

FemMist Buat Wanita Lebih Yakin, Segar dan Bersedia


FemMist Buat Wanita Lebih Yakin, Segar dan Bersedia | Kalau travel atau pergi aktiviti yang panjang, semestinya setiap wanita termasuk cik en akan berasa tidak yakin sebabnya cik en akan mula rasa gatal gatal dan tak selesa di bahagian intim. Walaupun dah pakai panty liner, tetap juga tak dapat membantu menghilangkan ketidakselasaan itu. Cik en juga dah cuba memakai pembersih wanita yang lain tapi susahlah, kena ambil masa yang lama dan perlukan air untuk dibilas. Ummmm.. Apa patut cik en buat. I love travel, i love hiking tapi masalah ini buat cik en rasa tidak enjoy dengan aktiviti kegemaran cik en ini. Cik en inginkan pembersih wanita yang ringkas dan boleh digunakan walaupun ketiadaan air seperti aktiviti hiking di dalam hutan.  Ada ke produk sebegini ye?

Wow! Ada rupanya produk yang ringkas dan tidak memerlukan air. Just sembur, sembur, sembur dan siap! Mudahnya, Mulanya cik en rasa macam tak yakin sampailah produk itu cik en gunakan. Rasa mudah, cepat dan segar sangat. So automatik cik en menjadi super yakin, super hebat dan super enjoy dengan aktiviti travel cik en masa travel Phuket Krabi dan travel ke Melaka tahun lepas. Femininine Mist atau FemMist penyelamat cik en. So bila dah pakai dan puas hati, cik en nak kongsi dengan korang. Manatau korang pun mengalami masalah yang sama macam cik en ini. 


Rangkaian produk penjagaan bahagian intim dari Beaute dikenali ramai sebagai produk semulajadi, selamat dan berkesan. First cik en kalau memilih produk bahagian intim ini cik en akan elakkan produk yang menggunakan SLS atau Sodium Laureth Sulfate yang mana ianya memberi kesan jangka panjang pada manusia. SLS ini menghasilkan buih pada satu satu produk. Tapi FemMist ini  pula tidak menggunakan SLS itu. Bahan bahan yang digunakan adalah ekstrak tumbuhan manggis dan manjakani. Selain itu tiada bahan chemicals dan juga menggunakan completely water sebagai based. FemMist ini membantu melawan 
  1. jangkitan bakteria,
  2. fungas
  3. keputihan 
  4. menganjalkan kulit


FemMist ini dirumuskan khas untuk memberikan kesan dengan pantas dan berpanjangan untuk mengembalikan keremajaan dan kesegaran wanita. Dengan penggunaan kali pertama serta merta, korang akan merasai perbezaannya. Kadar prnyerapannya yang tinggi membantu korang kekal kering dan segar sepanjang hari. 


Harganya yang mampu milik dan korang boleh dapatkan secara online atau faramsi terpilih. Tapi order online lagi jimatkan masa. Nak tahu detailnya? Ini dia

Harga FemMist : RM 48.00
Isipadu : 35 ML (300 spray)
Cara Penggunaan : Spray dikawasan intim - biarkan 1 minit - dan bilas menggunakan air atau tisu.

Yakin dengan produk semulajadi untuk kawasan intim korang. Elakkan gunakan produk yang mempunyai chemicals ye! Da... 
1

Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100


Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100 | Status cik en lately ini sememangnya negetif je kan? Sentiasa je status marah marah, stress dan kecewa. Mungkin tekanan kehidupan dan pekerjaan buat cik en rasa serabut hari hari. Cik en mula terfikir untuk ke spa untuk releks kan fikiran dan badan. Tapi bila saja tengok kosnya nilainya beratus ratus juga. Kawan cik en bagi idea untuk buat home spa atau spa sendiri di rumah. Lagipun, kita boleh buat bila bila masa tanpa ada had untuk berendam. 

Semangat la cik en mencari kolam kanak kanak yang paling besar. Satu pekan manjung dan sitiawan cik en cari. Akhirnya dapat juga dengan harga RM70.00 bersaiz 150cm


Kebetulan cik en ada beli produk terbaru dari Ginvera World Spa Swiss Glacer Water & Sea Salts. Nama pun World Spa kan? So try la. Memang best. Sambil tu boleh scrub badan.


Korang boleh juga guna Produk Dherbs Gel Mandian Aura 7 Bunga. Lagi best tapi sebabnya cik en dah kehabisan lama dah, so cik en akan gunakan untuk next spa.. Hahaha


Korang boleh juga beli bunga ros dan taburkan kelopak bunga. Ataupun limau purut. Atau juga boleh taburkan garam bukit. Boleh juga 7 jenis kuntum bunga. Kira buat macam mandi bunga kan? Selain itu, boleh dapatkan essential tuk masukkan dalam air. Air pula kalau boleh cuba buat guna air suam.

Untuk nampakkan lebih tenang, korang beli lilin untuk aroma terapi. Cik en letakkan lilin banyak banyak dan de satu untuk aromaterapi. Buka lah lagu lagu spa yang korang boleh beli di kedai CD atau youtube. Sambil tu boleh aja korang pakai mask muka. Di Watson banyak pilihan dan murah murah saja.

Selain itu, korang boleh potong kuku, buang bulu bulu (bulu kaki dan bulu yang lain lain) dan baring dan lelap seketika untuk releks dan tenang sambil dengar lagu lagu yang mendamaikan hati dan fikiran. Anyway kolam kanak kanak ini muat untuk badan cik en baring dan berkuak lentang. Hahahha

Diikutkan ini total perbelanjaan untuk Home Spa Cik en ini :

Kolam Kanak Kanak : RM 70.00
Ginvera World Spa Swiss Glacer Water & Sea Salts : RM 14.50 (Watson)
Face Mask Watson : RM 6.90
Bunga Ros : RM2.50 Sekuntum
Lilin Aromaterapi / Lilin dan Essential : RM5.30 (Beli di Daiso) / RM10.60 (Daiso)
Lagu Spa :FREE boleh download di Youtube atau 4Shared
Total : 99.20

Ha, baru RM99.20 je spa cik en yang boleh buat kat rumah ini. Dan boleh buat berulang ulang kali sampai jemu. Hahaha. Anyway mungkin korang boleh tambah apa apa yang boleh menaikkan mood spa korang. Walaupun tiada yang mengurut atau membelai korang, rasanya scrub mandian itu pun mampu buat ia mengurut ngurut badan korang. 
6

Misteri Kotak Pink Dari Enchanteur


Misteri Kotak Pink Dari Enchanteur | Parcel yang datang pada masa itu banyak bagi cik en berteka teki. Bila dibuka, bauan nya menusuk di kalbu dan tiba tiba keadaan disekeliling cik en menjadi indah dan bahagia. Diakui, cik en seorang yang obses dengan wangian dari Enchanteur tidak kira la dari minyak wangi, losyen atau deadorant. Sebabnya Enchanteur merupakan produk yang sangat diyakini dan dikenali. Demi menghargai peminat mereka, Enchanteur tampil dengan produk penjagaan peribadi yang diinspirasikan wangian mewah Perancis. 


Rangkaian penjagaan peribadi ENCHANTEUR telah lama diyakini oleh kebanyakan wanita moden masa kini.Bermula dari cream mandian, deodoran atau body mist, losyen badan dan pewangi EDT, melengkapi kelengkapan penjagaan peribadi agar sentiasa yakin dan menyerlah di sepanjang hari. Keharumannya pasti mempersonakan setiap deria insan. Setiap detik ada kisahnya, setiap hari mencipta kenangan pastinya.

Langkah Mudah untuk Hari Penuh Keajaiban

Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun karier. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi; tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Anda mahu tahu rahsianya? 

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu. 

Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.


Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan. Kewangiannya yang kekal pada tubuh sepanjang hari. Buih-buih yang terhasil juga seolah-olah menyerap ke seluruh ruang badan dengan bauan memikat hati sipemakainya sambil memberi keyakinan untuk berada di khalayak umum sepanjang hari.


Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.



Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.


Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan. Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50. 

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .

So apa tunggu lagi, produk Enchanteur ini sangat mudah didapati dan harganya sememangnya mampu milik. Jadilah wangi macam cik en juga! Xoxo
6

Wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne Memukau


Wangian Syahirah Vitalis Memukau | Siapa yang tak kenal dengan produk wangian Syahirah kan? Wangian ia berbau mewah. Dan tak disangka, cik en diberi peluang untuk menggunakan haruman wangian yang terbaru mereka. Disamping itu, syahirah berikan cik en beg yang cantik. Cik en boleh bawa ke majlis majlis makan malam. Mesti vouge. Ditambah pula dengan wangian yang memukau dari Syahirah ini. Anyway cik en sangat tertarik dengan design bottle Syahirah Vitalis Glam Star dan Houte Couture ini. Lain dari yang lain kot. Korang nak tahu lagi details wangian Syahirah yang terbaru ini. Meh cik en nak story sikit.



Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.


Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

1. Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

3.Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

4.Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

Cik en masih menggunakan Syahirah Vitalis saat ini. Membuat hari hari cik en ceria selalu. Walaupun cik en ini kadang kala bekerja di bawah panas dan berpeluh, dengan Wangian Syahirah Vitalis Vitalis Eau De Cologne ini mampu membuat cik en sentiasa wangi. So tak la terikat pakai cologne kalau kerja office je. Bila bila masa kita boleh pakai kan? So apa tunggu lagi. Cepat cepat dapatkan Wangian Syahirah Vitalis Vitalis Eau De Cologne ini. 
1