Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: viral

Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf)


Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) | Niat Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) dan panduan rakaat 



0

Leonardo DiCaprio Menang Pelakon Terbaik di Oscar 2016


Leonardo DiCaprio Menang Pelakon Terbaik di Oscar 2016 | Ini merupakan kemenangan pertama setelah tercalon sebanyak 6 kali di Oscar. Ianya menjadi viral di media sosial dan nampaknya usaha Leonardo DiCarpio berjaya walaupun ianya menjadi kejutan ramai. Ia menang dalam The Revenant dan sekaligus menghapuskan sumpahan terhadapnya.

3

Cara Buat Aiskrim Sumi

Cara Buat Aiskrim Sumi
Cara Buat Aiskrim Sumi | Ais krim Sumi menjadi viral di media sosial kerana ianya nampak menarik dan mengembalikan nostalgia zaman ais krim malaysia ini. Cara membuat aiskrim sumi ialah

  1. 1 Tin Susu Pekat
  2. 1 Tin Susu Cair
  3. 4 Tin Air 
  4. 2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
  5. Sedikit Garam
  6. Plastik aiskrim

Cara-cara

  1. Sumi dipotong 4 atau lebih
  2. Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
  3. Sejukkan
  4. Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi
  5. Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
  6. Setelah beku boleh la makan
Cik en baru buat dan masih menunggu aiskrim sumi cik en membeku. 
21

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh | Movie Animation Park Studios Meru, Ipoh Malaysia atau MAPS adalah yang pertama di Asia. Dijangka akan di buka pada bulan Julai 2016 ini telah melancarkan pelbagai promosi. Dan sekarang ini, anda boleh dapatkan harga promosi untuk mendapatkan tiket masuk ke Movie Animation Park Studios Meru Ipoh ini. 

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh yang dinyatakan ini adalah bermula 1 Mac 2016 

Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Pass Sehari (Daily Pass) Tanpa Mykad
Dewasa : RM 155
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 125

Pass Sehari (Daily Pass) Dengan Mykad
Dewasa : RM 133
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 103

Tempahan Atas Talian (On-Line)

Pass Sehari (Daily Pass)
Dewasa : RM 128
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 98

Pass Sehari (Daily Pass)
Tempahan untuk 10 orang keatas
Dewasa : RM 123
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 93

Pass Setahun (Annual Pass) 
Dewasa : RM 280
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 250

Keistimewaan bagi Perakain dengan menggunakan kad pengenalan perak (limited edition)

Perak Pass
Warga Perak (IC Perak)
Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Dewasa : RM 180
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 150

atau boleh dapatkan info di sini

Apa yang menarik di Movie Animation Park Studios Meru ini adalah

ANIMATION SQUARE
Visit the Home of BoBoiBoy, featuring BoBoiBoy 4D Adventure, BoBoiBoy Hero Academy, Tok Aba Kokotiam and more.



BLAST OFF ZONE
Enjoy the ultimate dining and retail experience designed for space enthusiasts.



DREAMWORKS ADVENTURE ZONE
Be dazzled by Mr. Peabody & Sherman’s Time Adventure, Megamind Megadrop, Casper‘s Birthday Blast and more.




FANTASY FOREST ZONE
Explore enchanted adventures in the realm of fantasyland.



STUNT LEGENDS SHOW
Experience thrilling moves and awe-inspiring performances in South-East Asia’s First Car & Bike LIVE Stunt Show.



THE SMURFS
Watch Smurftastic LIVE show with special CGI effects and more.


Untuk maklumat lanjut boleh didapati di bawah ini

Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Persiaran Meru Raya 3,Bandar Meru Raya 3,30020 Ipoh, Perak,Malaysia
4.665471 N , 101.082866 E
IPOH OFFICE
Level 8, Perak Techno-Trade CentreBandar Meru Raya,Off Jalan Jelapang,30020 Ipoh, Perak,Malaysia
T: +605 529 1301 or +605 527 2141

KL OFFICE
D-16-02 Menara MitralandNo. 13A, Jalan PJU 5/1,Kota Damansara PJU 5, Petaling Jaya,47810, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
T: +603 7499 0092

Cara ke Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Kereta
2-hour drive from Kuala Lumpur or Penang. Take the Jelapang Toll Exit on North-South Expressway.

Bas
Stop at Ipoh Amanjaya Bus Terminal. Take a 2-minute ride to MAPS.

Kereta Api
Arrive at Ipoh Railway Station via ETS Train. Take a 15-minute ride to MAPS.

17

Eina Azman Selamat Melahirkan Anak Kembar


Eina Azman Selamat Melahirkan Anak Kembar | Alhamdulillah, penantian Eina Azman dan suaminya Dato Paduka Kaiser berakhir apabila Eina Azman selamat melahirkan anak kembar  lebih kurang pukul 7 malam 19 Februari 2016. Eina Azman dan bayi bayinya selamat dan dalam keadaan sihat. Info daripada Instagram Dato Paduka Kaiser sendiri. Tahniah diucapkan



9

BMW Mydin Viral Di Facebook


BMW Mydin Viral Di Facebook | Bermula pada seorang lelaki yang upload gambar resit MYDIN dengan stereng BMW, ianya menjadi viral di facebook dengan masing masing memuat naik stereng kereta masing masing dan caption mydin. Jom tengok gambar di bawah 










Dan juga ada gambar yang dimuat naik menjadi bahan lawak dan jenaka seperti di bawah ini 




Dan cik en pun hendak sertai dengan caption mydin dan gambar stereng kereta cik en. 



Tidak sangka ianya menjadi viral dalam sehari dua ini. 





9

Tips Tanggalkan Road Tax Tanpa Kesan


Tips Tanggalkan Road Tax Tanpa Kesan | Entri ini wujud kerana ianya menjadi trending di Facebook. Selepas JPJ memperkenalkan roadtax atau cukai jalan yang ada tanda hologram ini, ianya menjadi satu masalah kepada pemilik kereta kerana ianya akan meninggalkan kesan apabila ingin menanggal dan menampal roadtax kereta yang baru. Ini antara langkah untuk tanggalkan roadtax tanpa kesan di cermin depan kereta

  1. Rendam kain dengan air panas.
  2. Letakkan kain diluar cermin kereta, betul-betul di hadapan road tax yang nak ditanggalkan.
  3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam cair.
  4. Selepas 5-10 minit, tanggalkan road tax perlahan-lahan.
Atau anda boleh liminate roadtax anda di kedai tinted seperti ini


Jangan pula hantar di kedai liminate buku pula iye, di kawasan cik en, cik en memang akan hantar ke kedai tinted kereta kerana mereka akan membuka dan liminate dengan kemas seperti diatas. Hologram JPJ pun tidak terkoyak atau tercalar. Semenjak pakai kereta, cik en akan liminate sahaja dan tiada masalah roadtax melekat dan menjadi comot di cermin depan kereta. Cik en baru sahaja menukar roadtax 13 Februari yang lalu. Jadi setiap tahun akan sambut hari Valentine dengan Mr Barney cik en ini la. 
1

Yeop Tapah Si Harimau Malaya


Yeop Tapah Si Harimau Malaya | Tertumpu kepada penemuan seekor harimau belang jantan yang cedera di kaki kerana terkena perangka khinzir di Ladang Eden Batu Sepuluh, Jalan Pahang Tapah dikhabarkan telah stabil setelah menerima rawatan di Sungkai. Harimau Jantan ini diberi naa YEOP TAPAH bersempena panggilan untuk lelaki di dala loghat Negeri Perak adalah Yeop. Manakala Tapah pula tempat terjumpai harimau ini. 


5

Tiada Lesen Bagi Kucing Hutan


Tiada Lesen Bagi Kucing Hutan | Jabatan Perhilitan Malaysia telah mengeluarkan senarai haiwan sebagai haiwan terlindung dibawah Akta 716. Antara yang popular kucing hutan, kucing batu, kucing dahan(terdapat di hutan sumatera dan kalimantan) dan kucing tulap. Mungkin ada yang diwar warkan menyatakan memiliki kucing hutan memerlukan lesen tapi sebenarnya tiada pengeluaran lesen bagi haiwan tersebut. Kucing hutan, kucing batu adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Sesiapa yang memiliki perlu diserahkan terus ke Jabatan Perhilitan Negeri yang berhampiran.




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pejabat perhilitan yang berhampiran dengan anda

rupa asal kucing hutan pure
p/s: gamabr pertama bukan rupa kucing hutan pure

13

Kenapa Perlu Memandulkan Kucing?


Kenapa Perlu Memandulkan Kucing? | Kucing adalah haiwan kesayangan nabi dan menjadi belaan kesayangan bagi manusia. Pelbagai baka kucing dan ada yang dibela dan ada yang liar. Berbalik kepada tajuk kali ini mengenai PEMANDULAN. Cik en kerap kali ditanya oleh pelanggan klinik mengenai PEMANDULAN / NEUTAR / KASI / SPAYING / SUNAT dan pelbagai nama lain. Boleh rujuk entry INI.

Kenapa perlu dimandulkan
Bayangkan seekor kucing boleh melahirkan 4 ekor anak betina dalam satu satu masa. Dan anak tersebut bila dah dewasa bunting dan melahirkan 4 ekor setiap anak. Rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas

Oleh kerana hal tersebut, dari pendapat peribadi cik en sebagai seorang pembantu veterinar dan pemilik kucing, cik en menyokong pemandulan kucing kerana :

  1. Ini untuk menjaga kebajikan haiwan tersebut. 
  2. Membantu mengawal populasi kucing daripada dilanggar, dipukul atau dibuang
  3. Lebih baik memandulkan dari kita melihat anak yang dilahirkan menjadi mangsa kekejaman manusia atau haiwan.
  4. Merancang kewangan jika tuan kucing berpendapatan sederhana
  5. Merancang kerana faktor kediaman. (Apartment, Pangsapuri, Flat, Rumah teres yang mempunyai ruang terhad)
Tapi bagi cik en, biarlah kucing tu pernah biang dan mendapatkan pasangan sekali atau beranak sekali. Ini untuk tidak menafikan hak mereka. 

Tapi cik en tidak menyokong kalau :
  1. Berkepentingan sendiri
  2. Untuk menyeksa kucing tersebut

Hukum Pemandulan Menurut Islam 

Merujuk laman web e-FATWA hukum memandulkan adalah


atau boleh rujuk sini http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-mengembirikan-kucing-betina.

Ada seorang blogger yang menyokong pemandulan ini dan boleh lihat semua artikel pemandulan kucing beliau di SINI

Sebagai seorang pembantu veterinar, cik en menerima pendapat setiap orang mengenai pemandulan. Selain pemandulan ada jua sesetengah menggunakan pil atau suntikan perancang. Tapi ada keburukanya jika penggunaan yang berterusan, Boleh rujuk artikel Info Veterinar | Ubat Perancang Kucing. Kita manusia dikurniakan akal, jadi buatlah pilihan yang betul apabila berdepan masalah masalah populasi kucing atau anjing sekarang ini.


10

Kisah Sedih Abamboy Kucing Istimewa


Abamboy Kucing Istimewa | Abamboy berusia 6 tahun hanya mampu hidup normal selama 1 tahun sahaja. Dijaga oleh tatak, Fatirah Daemi 27 tahun menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan penuh kasih sayang walaupun setiap hari menggunakan pampers. Abamboy lumpuh pada usia lebih kurang setahun. Puncanya tidak dikenal pasti tapi menurut tatak, abamboy berkemungkinan jatuh dari tingkat 3 atau dipukul oleh budak budak. Abamboy mengalami lumpuh kerana kecederaan tulang belakang. Cik en rasa hampir 2 atau 3 tahun mengikuti perkembangan Abam. Menurut tatak, setiap tahun, Abamboy diuji dengan masalah kesihatan :

  • 2011 = Lumpuh
  • 2012 = Anu reput n putus(operation..sekarang pee pakai tiub)
  • 2013 = Nazak(jangkitan pundi kencing)
  • 2014 = Masalah usus(operation)
  • 2015 = Buah pinggang rosak(dialisis)
  • 2016 = Masalah urine(bergantung dengan antibiotic spenuhnya)
Ini merupakan kisah dari tatak mengenai abamboy


Abamboy tatak bela dari kecik. ayah jumpa dia dan adik dia "tomel" di tepi balai..berdekatan jalan besar..susu botolkan dia..jaga macamana kucing kucing lain yang kawan kawan jaga..sampailah masa umur 1 tahun..
Tatak balik kampung..minta kawan tolong jagakan di rumah..dia datang bagi makan..bukak lampu dan balik..tengahari dapat SMS kata abamboy hilang..minta dia cari dalam rumah dan bawah blok..tapi dia tidak jumpa..dan dia kata petang dia cuba cari lagi..dan kebetulan juga petang itu tatak balik..sampai sampai di rumah..buka pintu kereta nampak seekor kucing terbaring lemah..tapi nampak gemuk..dalam hati memang fikir..bukan abamboy..bila tengok dekat dekat..tengok kolar memang abamboy..
Terpaksa tunggu esok untuk bawa ke klinik..1 malam abamboy tak tidor..mengerang sakit..
Esoknya bawa ke vet..Dan x-ray..doc sahkan tulang belakang abamboy patah..tatak tak pasti..samaada abamboy jatuh dari tingkat 3 atau budak budak flat pukul..doc bagi 2 pilihan..pilihan 1 jaga dia..sebab untuk dia pulih sepenuhnya memang tiada harapan.. Pilihan 2..PTS (put to sleep) dia..tatak yang susu botol dia..jaga dari kecil..takkan senang senang nk PTS dia..tatak cakap..takpa..tatak jaga dia..
Bayangkan tanpa pengalaman..tanpa tunjuk ajar mahupun bantuan sesiapa..alhamdullilah..abamboy sihat dan aktif..tapi rupanya kgembiraan itu hanya seketika..

Tahun 2012
Anu aka penis abamboy reput dan putus..disebabkan abamboy memang tak boleh poo (berak) dan pee (kencing) sendiri..pee sentiasa mengalir..kawasan itu sentiasa lembap ditambah dengan urine burn dan tatak sendiri tiada pengalaman kendalikan kucing KKU (Kucing Kurang Upaya) ..2 hari abamboy tidak boleh pee..
Masa itu sudah ada media sosial facebook..ada kawan yang ada kenalan kawan kawan dari group kucing..
Diorang suruh bawa ke vet yang berpengalaman..dekat Hope Penang..doc syorkan boy dioperated memandangkan dah 2-3hari tidak pee..pbedahan itu risikonya 50-50 dan kos mencecah RM2000..
Tatak DOA..andai kata esok hari abamboy terseksa..minta ALLAH amik dia masa operation itu..
Dan pembedahan itu berjaya...cumanya...lepas 6 bulan..lubang yg doc buat itu akan tertutup..dah tiada cara lain..
Abamboy kena dPTS..


Selepas 2 minggu abamboy dalam wad..sebaik saja keluar wad..tatak terus bawa abamboy ke KL..5 vet yang tatak pergi..semua cakap selepas 6 bulan..memang tiada jalan lain..kena PTS..tp itu vet cakap..masih boleh dioperate..salah 1 vet ajar pakai tiub yg untuk kucing batu karang  untuk pee..dari lubang sebesar 10sen..sekarang lubang itu dah besar tiub itu..besar lidi je..

2013
1 hari tiba tiba pee abamboy bercampur darah..doc cakap kena jangkitan pundi kencing.. Selalu bila doc bagi antibiotik..pee abamboy akan ok..tp sehari ke sehari..Abamboy kian tidak bermaya..lemah..dan seterusnya tak mahu makan dan minum..terbaring nazak..masa itu tatak cakap.. "Abamboy kalo dah tak tahan..pergilah..tatak redha..tapi tatak tak habis usaha lagi..tatak tak sanggup tengok abamboy baring saja macam ini".. Esoknya abamboy bangun..kawan kawan mintak tatak ke vet lain.. 1 minggu lepas ditahan wad..abamboy sihat seperti sedia kala.. Kuatnya semangat abamboy hendak hidup

2014
Tiba suatu hari..abamboy tiba tiba tidak aktif..monyok sahaja atas katil..pee ok..poo sahaja kurang..tatak cuba pam saluran najis abamboy..tp tidak apa yang keluar..2 kali tapi tetap sama.. Tatak bawa abamboy ke vet yang buat operation abamboy.. Dia cakap..poo abamboy memang banyak..tapi kenapa tidak keluar..doc cuba pam..bila balik..abamboy muntah..dan warna muntah masa itu..betul  macam poo.. Esoknya bawak balik abamboy ke klinik..doc cakap tiada cara lain.. Abamboy kena operation..sama macam dahulu 50-50..risiko lepas ini..kalo jadi lagi..doc memang tak dapat buat apa apa..kosnya juga  sama..RM2000.. Alhamdullilah pembedahan berjaya lagi..poo abamboy yang tersekat masa itu..memang betul betul besar.. selepas 2 minggu abamboy sihat seperti sediakala..tapi Abamboy makan makanan vet yang khas untuk usus..
Mesti kawan kawan kata tatak banyak duit kan?.. Tatak amik upah mjahit..tak pandai..tp lepasla makan abamboy bulan bulan.. Alhamdullilah kdua-dua pembedahan abamboy atas sumbangan kawan kawan dia..syukur dipermudahkan..

2015

Seperti yang diberitahu..selepas operation tahun 2012..abamboy bergantung dengan tiub untuk pee.. Doc memang dah bagitau..risiko suatu hari nanti bila dah terlampau lama pakai tiub..dah kerosakan 30% buah pinggang abamboy.. dan tiba tiba pee abamboy jadi keruh sekeruhnya..busuk dan pekat nanah.. Abamboy dah mula tak makan dan minum..bayangkan dari berat 6 kg..berat abamboy menyusut 4kg..seterusnya 3kg.. Tatak cuba forcefeed..tapi abamboy muntahkan balik.. Bawa  ke vet semula..lepas discan..buah pinggang abamboy rosak kedua dua belah dengan kerosakkan yang agak teruk.. Terduduk tatak waktu itu.. Masa itu doc bagi pilihan..sama ada bawak balik..atau tinggal wad.. Doc cakap.,kalau tinggal wad..doc akan masuk air dan antibiotik..Menjelang pagi..abamboy mungkin tidak kan dapat btahan..maksudnya..abamboy akan mati.. Kebetulan tatak dengan kawan yang pernah alami kucing sakit buah pinggang.. Dia tanya..ada tak jalan lain selain tinggal kat wad.. Doc cakap..Kita cuba flush air(ala ala dialisis).. Tatak bawak balik..dan keadaan abamboy masa itu memang sangat lemah..nazak..cukup 1 minggu tidak makan dan minum sendiri.. Sekali lagi tatak cakap dengan abamboy.. Kalo abamboy dah tak tahan..abamboy pergilah..tatak tak sanggup tengok Abamboy mcm ini..abamboy diam..dan esoknya Abamboy mula minum air..tak banyak..tp Abamboy minum..syukur seribu syukur.. Dan seterusnya abamboy bangun dan terus bangun..sampailah sekarang..

Doc pon sebenarnya terkejut dengan semangat abamboy..sebab dia kata..tak penah lagi ada kes yg mcm ini..biasa lepas masuk air dan antibiotik ..memang dah tiada harapan dah..doc dah tak berani nak sebut PTS tengok usaha tatak dan kawan kawan waktu itu..dan juga  semangat abamboy.. Sedar tak sedar bill abamboy mencecah RM2000-RM3000 dan tatak cuba pinjam duit kawan kawan..untuk menampung bil itu
Dan sekarang..abamboy terpaksa bergantung dengan antibiotik sebab pee abamboy kena 1 kuman yang memang susah mati..dan kesan jangka panjang yang boleh merosakkan organ organ dalaman abamboy.. Jadi setiap bulan 2 kali Abamboy kena bawak urine untuk test lab..tatak kena stanby rm200 setiap kali ke vet..kadang kadang kurang..kadang kadang cukup..kadang kadang lebih.,bergantung pada ubat abamboy.. Barang barang  utk dialisis pun lebih kurang rm100 1 bulan.. Makanan khas untuk buah pinggang 4kg rm140++..bertahan 1 bulan.. Untuk tiub buang pee..rm40 x 2 1bulan.. Dan kos ditanggung tatak cuba tanggung sendiri..walaupun kadang kadang terpaksa meminjam dan kerah tulang 4 kerat.. Tp kadang kadang ada jugak kawan kawan abamboy yang membantu.. Walau rm10..tatak dengan besar hati terima..kecik bg mereka..tapi besar buat tatak dan abamboy

Semasa tatak pm cik en mengenai kisah diatas, terasa sedih sangat. Kehidupan abamboy yang sentiasa diuji. Tapi cik en lagi kagum pada tatak, sanggup bersusah payah kerana seekor kucing. Untuk pengetahuan semua, tatak pun mempunyai 14 ekor kucing yang lain. Dan tatak tinggal di flat sahaja tapi mampu menjaga kucing sebanyak itu. Hasil dari baby sitter, menjahit, bantuan dari keluarga dan kawan kawan serta sumbangan dari orang awam menampung pelbagai kos penjagaan kucing ini. 

Kadang kadang barang barang dialisis Abamboy ada kawan kawan bantu..Pampers tiap tiap bulan itu..kadang kadang abang tatak belikan 1..kawan kawan lain belikan.. Walaupun kadang kadang..dah mengurang bebanan tatak..alhamdullilah


Jika korang hendak ikuti perkembangan abamboy bila search #abamboy atau #pray4abamboy, Facebook Page Abamboy And Friends atau ke Facebook peribadi tatak, Fatirah Daemi. Jika ada yang ingin hulurkan sumbangan bolehlah pm terus ke facebook peribadi tatak. Mungkin kisah oh my jep dan hamdan karipuley sikucing comot mendapat tempat di kalangan pencinta kucing dan perhatian orang ramai, tapi kisah abamboy ini tidak kurang hebatnya dari kisah 2 kucing selebriti tersebut. 


Update terkini : 11 Februari 2016


13

Wonderfood Museum Penang Awesome!

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Museum Penang Awesome! | Wonderfood Museum Penang merupakan muzium yang menempatkan replika gergasi makanan yang ada di Malaysia amnya dan Penang khususnya. Wonderfood Museum Penang terletak di dalam pekan Georgetown yang berhampiran dengan muzium 3D, Upsidedown Meseum dan kawasan menarik yang lain. Wonderfood Museum Penang menerapkan elemen makanan 1 Malaysia yang terdiri daripada makanan Melayu, Makanan Cina, Makanan India. Pintu masuk ke Wonderfood Museum Penang, anda akan disajikan dengan Cendol yang besar

Wonderfood Meseum Penang

Melangkah sahaja masuk ke ruang kaunter, disajikan dengan telur goreng gergasi yang sangat nyum nyum. Tapi ianya hanyalah replika. Dilarang Sentuh tapi cik en sentuh juga dan ianya awesome sangat kerana nampak sangat real.

Antara blogger perempuan dari team Blogger Utara. Dari kiri Miss ZyarosesCik En , Lady Yana dan YunSing. Pada mula berjumpa, masing masing malu. Tapi bila mula bersembang, semuanya menjadi ramah. 

Wonderfood Meseum Penang

Di bahagian pertama kami memasuki galeri kedai mamak. Terdapat replika teh tarik yang membolehkan pengunjung membuat aksi seperti sedang membuat teh tarik. Gambar diatas merupakan cik en dan kawan kawan sepejabat cik en. Dari kiri cik en, Kak su, Anis dan Ila.

Wonderfood Meseum Penang

Diakui kami mulanya kekok dalam mempamerkan aksi seakan akan real tapi tunjuk ajar dari staf Wonderfood Museum Penang kami berjaya mengambil feel dalam bergambar. Jaga jaga cik en tengah goreng mee ni. Hiah!
Wonderfood Meseum Penang

Blogger Utara yang lain adalah ArzMoha dan Pha Is.

Wonderfood Meseum Penang

Makanan dibawah adalah makanan bagi masyarakat India di Malaysia. Untuk menampak ketelitian terhadap setiap jenis makanan, anda boleh fokuskan dan cik en menggunakan kamera berpixel tinggi.

Wonderfood Meseum Penang

Dibawah ini, makanan tradisi Masyarakat Melayu. Nampak sedap sangat bila tengok

Wonderfood Meseum Penang

Ini pula makanan tradisi Masyarikat Cina di Malaysia

Wonderfood Meseum Penang

Pulau Pinang tempatnya Nasi Kandar. Jadi ini menu lauk nasi kandar. Nampak sama dengan makanan original kan?

Wonderfood Meseum Penang

Siapa yang tidak makan belacan? kuih muih kan? Disini terdapat replika bagi makanan kuih muih, sambal belacan, udang sambal petai dan lain lain

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Colorful Theme

Wonderfood Meseum Penang

Semangat kalau makanan berwarna warni

Big Satey. Sate merupakan makanan kegemaran pelbagai bangsa. Kalau macam ini sate yang dijual di kedai, rasanya satu cucuk pun dah buncit perut.

Wonderfood Meseum Penang

Perhatikan gambar laksa di atas? Adakah nampak seperti replika? TIDAK kan? Inilah hasil yang sangat mengagumi cik en. Bakat dan seni sejati dapat menghasilkan makanan replika yang sama dengan original. Isi ikan nampak sangat jelas. 

Wonderfood Meseum Penang

Laksa Gergasi dengan Geng Blogger Utara. Jemput makan semua.

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Disatu sudut yang meminati aiskrim dan macaron akan terasa seperti ladang manisan.

Wonderfood Meseum Penang

Ini pula mee kari gergasi

Wonderfood Meseum Penang

Argh!

Wonderfood Museum Penang

Ketiau Goreng dari pandangan dekat


Disini terdapat bahagian yang membolehkan kita membezakan 1 kg muscle dan 1 kg fat. Walaupun nilai kg yang sama. Tapi Fat lagi berat dari muscle. Jadi amalakan pemakanan yang baik untuk menghasilkan muscle. 



Mari mari, cik en ada jual ikan masin, beras, mee, sayur sayur, buah buahan dan roti. Semuanya nampak real!


Masyarakat Malaysia sangat mengemari Durian! Lebih besar dari Musang King! Adik comel ini anak kepada blogger ArzMoha 

Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang

Tolong cik en, makanan nak jatuh!

Wonderfood Museum Penang

Mee Tarik. Nyum Nyum


Untuk pengetahuan semua, Wonderfood Meseum Penang mempunyai 1 bilik kebal yang menempatkan makanan yang dicampur dengan emas. Menurut pembacaan cik en sebelum ini, ada yang mencampurkan makanan dengan emas untuk tujuan kecantikan. Dan di dalam bilik ini mempunyai emas bernilai ratusan ribu ringgit.


Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang

Tiba di bahagian kemanisan. Semua nampak manis. Life Is Short, Make It SWEET!


Bertarabur pula meja ini. Kenapa ye?


Rupanya gambar MONALISA


Sup Sirip Ikan Yu (Shark Fin Soup) selalunya di makan oleh kaum cina semasa perayaan Tahun Baru Cina, Keramaian, Kenduri atau Majlis Harijadi Orang berada. Rupanya, mereka menangkap ikan yu dan hanya mengambil Sirip Yu dan melepaskan semula ke laut. Dalam masa 1 minggu, ikan tersebut akan mati kerana berbau darah dan tidak boleh berenang laju apabila dikejar ikan yu yang lain. Jadi hentikan pengambilan Sirip Ikan Yu! Keperimanusian itu sangat penting dari rasa sedapnya sup tersebut. Dan juga ada chef menyatakan sirip ikan yu tidak rasa apa apa dan yang buat ia sedap adalah bahan bahan tambahan yang dicampurkan di dalam sup tersebut. Hukum Makan Ikan Yu







Bahagian ini mempaparkan bilangan gula yang boleh diambil bagi 

Lelaki dewasa : 9 sudu
Wanita Dewasa : 6 sudu
Remaja : 5 sudu
Kanak Kanak : 3 Sudu

Tapi bila melihat mangga. terdapat 5 sudu gula dalam satu biji!


Ini bahagian akhir perjalanan kami

In Every Minute of Every Day, Four children die of hunger
Food Is Precious,
Dont Waste.....




Wonderfood Meseum



Akhirnya kami blogger utara selesaikan tugas bagi review Wonderfood Museum Penang kali ini. Sangat-sangat berbaloi. Anda semua akan terpegun dengan hasil seni yang dipaparkan di meseum ini. Bersempena Tahun Baru Cina Ini, Wonderfood Museum Penang mempunyai 2 menu baru iaitu limau mandarin dan makan besar


Wonderfood Museum Penang

Jika anda berminat untuk merasai dan menjamu mata dengan makanan makanan ini bolehlah pergi ke butiran di bawah ini

Alamat
Wonderfood Museum Penang
49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang
(next to CIMB bank)
04-2519095/ 012-2251968

GPS Wonderfood Meseum Penang
5°25'02.7"N 100°20'31.9"E

Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Dewasa : RM 15 (Mykad) RM 25 (Non IC)
Student/Pelajar : RM10
Kanak Kanak : Percuma

A fun, creative, informative and interactive Food Museum
Open from 9am-6pm 7 days a week

Terima kasih kepada team Wonderfood Museum Penang dan Geng Blogger Utara yang sama sama menjayakan program review ini 31 Januari yang lepas. Geng Blogger Utara yang terlibat adalah Miss ZyarosesCik En , Lady YanaYunSingArzMoha , Pha Is dan Zumal


9