Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: viral

Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Labun Kucing Yang Mempunyai Kad Matrik Sendiri Dan Masuk Kelas Di UIA

Labun Kucing Yang Mempunyai Kad Matrik Sendiri Dan Masuk Kelas Di UIA | Cik en pun baru saja tahu kewujudan Labun Sikucing yang mempunyai kad matrik dan masuk kelas di UIA dari Astro Awani. Tetiba teringin nak buat entri pasal dia. Dikatakan Labun ini tinggal di Kuliyyah ICT UIA. Berumur 5 tahun dan dijaga oleh 4 orang "mommy" yang rasmi yang mana mereka merupakan pensyarah pensyarah di UIA. Selain itu, Labun juga dijaga oleh pelajar pelajar dan kakitangan di situ. Perangai dia yang suka tidur dalam kelas setelah beberapa minit mendengar pensyarah mengajar yang menjadi titik punca Labun ini tular di media media sosial. Ada seorang pelajar yang kongsi gambar Labun dan dishare oleh ramai akaun media sosial. 

Labun Kucing Yang Mempunyai Kad Matrik Sendiri Dan Masuk Kelas Di UIA
Labun Kucing Yang Mempunyai Kad Matrik Sendiri Dan Masuk Kelas Di UIA

Labun merupakan kucing jalanan dan dijumpai semenjak anak kucing lagi yang mana asalnya dijaga oleh cleaner. Disebabkan cleaner selalu bertukar tukar, "mommy" iaitu pensyarah sanggup take over menjaga Labun. Rutin harian Labun ini adalah merayau rayau difakulti tersebut dan menjadi pemes di kalangan kakitangan dan pelajar. Ada juga memanggil Labun ini dengan nama seperti Tiger, Karpet dan Manja. Tapi nama yang kerap dijadikan sebutan adalah Labun. Labun di beri oleh pensyarah iaitu salah seorang "mommy" Labun Prof Dr Norsaremah Salleh bersempena kucing beliau yang lama. 

Labun pernah dapat penyakit Parvo sebelum ini dan telah berjaya melaluinya. Macam cik en cakap di entri sebelum ini, jika ada kucing yang berjaya tempuh masa masa sakit kerana virus, badan kucing akan imun dengan virus tersebut dan selepas itu kucing tersebut akan kuat dan sihat. Ini adalah Cara Merawat Penyakit Parvo

Labun juga pernah hilang sealma 4 hari dan disebabkan itulah, Labun mempunyai kad matrik yang mana diatas kad matrik mempunyai nama dan siapa yang perlu dihubungi jika merayau di luar kawasan yangbaisa bagi Labun. Labun juga telah dimandulkan untuk mengelakkan dia hilang sekali lagi. Kenapa perlu memandulkan kucing?

Korang boleh ke Asal Kucing Jalanan, Kini Labun Mempunyai Kad Matrik dan Ikuti Kuliah di UIA untuk mengenali kisah Labun ini atau tengok video dari Astro Awani di bawah ini atau terus like Page Labun di LABUN KICT


Gambar dari : Page Labun di LABUN KICT

0

Hasil Kemenangan Bid Di Chilindo

Hasil Kemenangan Bid Di Chilindo | Kegilaan dan ketagihan bid di Chilindo buat cik en rasa lama web Chilindo ini berpuaka dan berhantu. Cik en tak boleh nak lupa pasal chilindo ini setiap hari. Anyway sekrang dah ok sikit la ketagihan itu.  Sebab boleh update blog 2 3 entri ini. So saja nak kongsi barang apa cik en menang bid ini. Jom tengok Hasil Kemenangan Bid Di Chilindo



Hasil Kemenangan Bid Di Chilindo


Cik en mula terjebak dengan Chalindo pada 1 Ogos 2017 walaupun dah pernah dengar pasal ini dari sepupu cik en Along Yati. Masa itu cik en malas nak ambik port sampai la terpengaruh dengan Granny Ayuni Rafilah pula sebab dia asyik tayang kotak Chilindo tu. Dan cik en masuk dah try bid. Dan 2 barang pertama yang cik en bid bernilai dibawah RM10 iaitu Flexible Octopus Tripod For Mobile Phone : Blue / Red ( RM 3.20) dan Phone Holder for Car Steering Wheel (RM1.20) dan ditambah cas penghantaran RM8.00. 


2nd cik en terbid tanpa sedar. Hahahha. dan menang Sports Cam bawah ini dengan nilai RM70 sajeee. 



Tapi "Go Pro" ini bukan cik en punya sebab dah dibook oleh kawan cik en. Jadi cik en mampu tengok dan berhu hu hu je la. Tapi cik en yakin, cik en boleh pinjam balik ini. Hahhaha. Jahat tak. 

So total semuanya 3 barang ini bawah RM100 la. Lani saat entri ini ditaip masih de 5 barang dalm cart cik en tu. Hahha. Anyway untuk next entri cik en nak kongsi tips menang bid di chilindo yang mana cik en da shedule untuk next entri di www.nurfuzie.com
20

Lagu Pen Pineapple Apple Pen Jadi Viral



Lagu PPAP Pen Pineapple Apple Pen Jadi Viral Seluruh Dunia | Dari semalam cik en baca di facebook mengenai lagu ini. Jadi cik en search dan nak dengar apa bestnya lagu ini. Lagu berdurasi 51 saat ini menjadi viral di beberapa buah negara negara. Rasanya Malaysia masih belum lagi viral masa cik en buat entry ini. So kalau sesiapa yang nak dengar lagu ini boleh la play youtube di bawah ini




Lirik  Lagu PPAP Pen Pineapple Apple Pen

PPAP
I have a pen, I have an Apple
Ahh...
Apple Pen
I have a pen, I have an Pineapple
Ah...
Pineapple Pen

Apple Pen Pineapple Pen
ahh..
Pen Pineapple Apple Pen Pineapple pen!
Pen Pineapple Apple Pen Pineapple pen!

Sesekali pandang macam Dato M.Daud Kilau. 2 kali pandang macam Ucop Wilca. Anyway cik en dah buat ringtone di smarphone cik en. Suka rentak lagu yang rancak. Hahha.. 


3

Rio Burger McDonalds Pedas!!!!


Rio Burger McDonalds Pedas!!!! | Rio Burger Brazil adalah keluaran terbaru Mc Donalds dan setelah sekian lama tidak menjejak kaki di Mc Donalds, cik en membawa anak angkat cik en , Mr Cimie dan mamnya yang juga kawan baik cik en untuk mencuba Rio Burger ini. Semangat kesukanan juga la sebab promosinya menarik minat cik en. 

1 set Mc Donalds ini lebih kurang RM 16 (around RM15 lebih sahaja) dilengkapi Rio Burger, kentang dan minuman berkarbonat. So, cik en nak bercerita mengenai burger utama ini. Diperbuat daripada daging dan patty nya memang lebih besar dari roti. Daging di sedikit pedas mungkin diletakkan lada. Sos istimewa dia juga pedas dan roti dia kecil tapi lembut. So cik en yang kurang makan pedas, menitis juga air mata ini menghabiskannya. Memang kenyang sebab patty yang besar. Jadi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah ke Mc Donalds berhampiran .

p/s: Ini entri review tidak berbayar ye..
6

Bergurau Ada Batasnya


Bergurau Ada Batasnya | Dalam sehari dua ini, viral di media sosial mengenai seorang imam muda yang membahaskan isu vaksin, Malaikat Maut, Dosa, Pahala dan sebagainya. Entri ini cik en taip bukanlah untuk menambahkan apa yang tengah panas tapi pendapat dari seorang "bukan ustazah" yang mungkin ilmu agamanya baru 1%. 

Trend rancangan dakwah sememangnya bagus dan sangat digalakkan kerana kekurangan masa untuk ibu bapa, anak anak dan remaja untuk ke Majlis Ilmu. Dan semestinya rancangan dakwah ini akan memilih ustaz atau ustazah yang berlatar belakang agama yang tinggi . Iyelah, nak bagi ilmu pada yang kurang tahu, semestinya ilmu sangat penting. Jika zaman cik en dulu, pembelajaran agak membosankan sebabnya jika di panggil ustaz dan ustazah semestinya garang dan pegang rotan. Tapi, zaman kami tetap pergi ke sekolah agama rakyat sebelah petang dan jarang ponteng kelas. 

Zaman moden ini, pendekatan ilmu sebegitu sememangnya tidak memainkan peranan yang baik untuk menarik minat kanak kanak mahupun orang dewasa. Jadi ramai pendakwah di luar sana menggunakan teknik humor atau lawak serta santai. Alhamdulillah ramai juga yang meminati humor dari Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Bollywood dan ramai lagi dan seterusnya menjadi idola orang ramai. Bagus kan idola kan pendakwah dari retis retis. Satu perkembangan yang sangat positif.

Tapi..... bila humor berlebih lebihan sehingga menyinggung hati dan perasaan orang lain, ianya boleh menjadi kesan yang negatif kepada masyarakat malah agama ISLAM itu sendiri. Selain kes Imam Muda dan Vaksin yang tengah viral, cik en perhatikan seorang lagi Imam Muda yang menjadi pengacara satu rancangan di Astro tidak menjaga adab berkata kata apabila beliau diundang ke satu rancangan hiburan untuk memperkenalkan rancangan beliau. Dengan mudahnya, dia mengeluarkan kata kata yang sentitif terhadap seorang pengacara rancanagn hiburab sehinggakan pengacara tersebut berubah sedikit muka (muka terasa hati). Dan cik en salute juga kepada pengacara hiburan itu, boleh mengawal suasana tanpa disedari oleh orang lain. 

Jadi, teguran dari seorang "bukan ustazah" ini kepada pendakwah di luar sana, bergurau ada batasnya, berkata kata itu, fikir- fikirkanlah sentitiviti orang lain dan sebagai public figure atau berpengaruh, sebelum menaip status atau apa jua kenyataan, fikir kesan dari status itu. Walaupun niat kita betul, tapi penggunaan perkataan yang salah pun boleh menjadi maksud yang berbeza. Cik en pernah terdengar seorang ustaz lama, sebab terlalu banyak humor dalam ceramah menjadikan ceramah tersebut penuh dengan gelak ketawa sehinggakan point yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pendengar. Golongan pendakwah adalah golongan yang dilihat banyak membawa identiti Islam itu sendiri. Apa pula pandangan orang bukan islam terhadap agama Islam nanti banyak isu yang tidak baik. 

p/s : maaf kalau entri ini menyinggung perasaan ustaz, ustazah atau pendakwah di luar sana. Bukan semua sebegini cuma ada segelintir sahaja. 
3

Nasi Lemak Kukus Pak Nan Terbaik Di Pusing Perak



Nasi Lemak Kukus Pak Nan Terbaik Di Pusing Perak | Warung Pak Nan Nasi Lemak Kukus (Beraneka Lauk) adalah antara nasi lemak kukus berlauk paling sedap yang ada di Perak. Ditambah pula nasi lemak di yang berlemak (ada juga nasi lemak tapi rasa nasi putih biasa), lauk pauk yang lebih daripada 30 jenis menjadi tumpuan orang orang disekitar Pusing Perak dan berdekatan dengannya. Cik en kalau dari Manjung ke Ipoh untuk hadiri kursus atau mesyuarat semestinya Warung Pak Nan ini menjadi pilihan. 


Kegemaran cik en semestinya ikan bilis petai, telur dadar dan rendang kerang. Selain itu terdapat ayam goreng, ayam masak merah, kacang bendi, kacang panjang, hati, telur mata kerbau dan sebagainya. Semestinya semua lauk pauk ini menjadi kegemaran pelanggan tetap warung ini. Dan warung ini rasanya sudah sampai ke generasi kedua atau ketiga. Jadi rakan sekerja cik en yang lama bekerja cerita, warung ini dibuka pada zaman 90 an lagi. Jadi kalau dah lama mereka boleh bertahan, maknanya memang nasi lemak kukus ini power!

Jika yang ada disekitar Pusing, Sri Iskandar, Batu gajah, Ipoh, Manjung, Tronoh atau dalam perjalanan highway Ipoh- Lumut waktu pagi, bolehlah merasa kesedapan nasi lemak kukus Pak Nan ini. Ini cik en beri direction ke Warung ini

Warung Pak Nan Nasi Lemak Kukus (Beraneka Lauk)
Jalan Besar, Pusing
Perak


Ini antara gamabr yang cik en screenshot di Foursquare




Cubalah, sedap tau!
11

Tips Buat Suara Best di SMULE


Tips Buat Suara Best di SMULE | Smule satu aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon canggih. Cik pernah keluarkan entri SMULE ini masa zaman Kucing Happy BSN lagi. Masa itu, aplikasi ini tidaklah sefamous kini. Sekarang ini Smule ini digunakan pakai oleh artis sendiri dan ramai yang mempamerkan kehebatan berkaraoke. Tapi ada yang cik en baca di facebook, suara yang dirakam jadi garau, sengau dan macam macam lagi la. Tak sama masa karaoke di pusat karaoke. Kali ini cik en nak kongsi tips buat suara jadi best dengan kajian selama sebulan (ewah..)

  1. Walaupun suara korang sedap didengar apabila karaoke di pusat karaoke tapi semestinya apabila guna SMULE segala cacat cela yang ada akan terkeluar. Sebabnya mikrofon earphone yang kita guna tak ada filter yang ada di dalam mikrofon di pusat karaoke. Suara yang akan dirakam adalah 100% original. 
  2. Jadi kalau rasa suara tidak perfect bolehlah adjust guna apa yang dibekalkan. Kalau nak ala ala studio, better ambik VIP. RM3.50 untuk sebulan.
  3. Sila kenali suara korang jenis lantang atau tidak. Kalau lantang sila jauhkan sikit mikrofon earphone korang semasa menyanyi. Kalau tidak, dekatkan dengan mulut kalau hal yang terlebih halus suara, korang boleh masukkan terus dalam mulut dan dekatkan dengan peti suara. Hahaha..
  4. Gunakan earphone dan mikrofon yang baik
  5. Kalau boleh, dengar lagu yang nak dinyanyikan berulang kali bagi korang masuk timing dengan betul. Walaupun ada lirik tapi tetap salah timing juga.
  6. Cari tempat yang sunyi macam kereta, bilik atau bilik air untuk dapatkan kualiti suara yang baik.
  7. Elakkan menyanyi depan kipas, sebab akan dapat backup suara yang tidak dikehendaki. hahaha
  8. Jika rasa suara masih tidak sedap, terimalah hakikat yang suara korang sebenarnya men"yumbang"kan turunnya hujan. Best juga sebab hujan sudi turun.. Hahaha
Bagi cik en, Smule ini bukanlah nak pamerkan kehebatan siapa suara paling sedap atau best, Tapi lebih kepada hiburan semata mata. Biarlah tak sedap mana pun, asal bila melalak hati kita gumbira. 

P/s: Ada yang create acc Smule hanya untuk dengar kawan kawan menyanyi je.. 
7

Bila Manusia Memilih Keperi'politik'an Dari Keperimanusiaan


Bila Manusia Memilih Keperi'politik'an Dari Keperimanusiaan | Tajuk entri cik en kali ini mungkin ada perkataan yang tidak wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka tapi cik en cuba untuk menyampaikan pendapat terhadap sikap dan tindakan mereka dalam melahirkan sesuatu ayat dalam media sosial. Semua sedia maklum, Malaysia digemparkan dengan helikopter hilang di Sarawak yang membawa 5 penumpang dan seorang juruterbang. Penerbangan dari Betong Ke Kuching dinaiki oleh ahli parlimen dan yang mana salah seorang ahli parlimen di kawasan kampung cik en, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan disenangi oleh rakyat terutama di Kuala Kangsar kerana sifatnya yang ramah dan mudah tersenyum. 

Apa yang cik en kesalkan adalah satu, penerimaan orang ramai yang dikongsi di bahagian komen dan status di media sosial terutama di Facebook. Banyak komen dan status yang nampaknya lari daripada sifat keperimanusiaan. Rasanya jika seseorang ditimba bencana, kita seharusnya mendoakan yang baik baik atau lahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa tapi kebanyakan yang cik en lihat rata rata akan kaitan beberapa perkataan seperti "najib" "BN" dan sebagainya. Kenapa?? Bagaimana kalau yang ditimba musibah itu saudara mara kita dan orang lain berkata begitu? Dimana sensitiviti seorang manusia?? Lemah lembutnya budaya kita?? Belum ditambah menyebarkan berita yang belum sahih atau fitnah. Untuk apa jadi wartawan tidak berbayar? Dimana bukti sahih jika ada yang selamat? ada yang mati? Kehidupan di dunia realiti bukan di dalam drama atau novel yang pengakhirannya indah. Ini dunia sebenar. 

Cik en bukanlah kaki politik. Janganlah kerana ada perkataan Najib dan BN di dalam entri ini, dicopnya cik en ni kipas Najib, orang Najib. Cik en tidak menggunakan keperi'politik'an apabila berhadapan kes kes musibah seperti ini. Jadi cik en ingin menegur, apabila komen, buat status atau share sesuatu baca sekali lagi apa yang ditulis dan fikir baik buruk kesan dari komen komen tersebut. Jangan jadi batu api dan Jangan jadi orang suruhan Dajjal (sebarkan fitnah) tanpa kita sedar. 

Al Fatihah untuk kesemua mangsa. Bagi keluarga Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, cik en anak jati kuala kangsar merngucapkan takziah dan berharap Allah akan mempermudahkan segala urusan yang kita kehendaki. Amin..
3

Ohsem Cafe di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar


Ohsem Cafe di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar | Kuala Kangsar sudah maju berbanding zaman cik en masih bersekolah. Lagi lagi bila kemunculan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah di Chandan, Kuala Kangsar dipenuhi dengan pelajar pelajar yang datang dari pelbagai negeri. Walaupun cik en anak jati Kuala Kangsar, cik en jarang untuk menikmati makanan di cafe di sekitar Kuala Kangsar. Beberapa hari yang lepas, cik en luangkan masa bersama keluarga untuk mencuba cafe yang menyediakan nasi arab tetapi nasi mandy kehabisan kerana sudah lewat, jam 10 malam. Bersebelahan dengannya cik en mencuba makanan di Ohsem Cafe kepunyaan usahawan wanita, Nyna.


Suasana yang santai dan simple tidak ubah seperti cafe yang lain dan nampaknya walaupun hari beransur lewat malam, cafe ini masih dikunjungi ramai pelanggan. Mungkin malam minggu. zjadi seperti biasa cik en mencari chicken chop dan adik cik en spagetti carbonara. 


Chicken Chop diatas ini semestinya pilihan cik en. Ayam digoreng dan berkuah lada hitam, Ayam dia sedap dan seakan akan chicken chop di Thumb Cafe Ipoh. Cik beri rate 4.5/5


Diatas pula nasi goreng udang kepunyaan mak cik en. Biasalah tekak orang veteren ini lebih kepada nasi berbanding western . Nasi dia sedap. mungkin guna teknik nasi basi cik en kot! hahah.. dan cik en beri rate 5/5 .


Yang ini menu tambahan cik en. Salad la apa lagi. Salmon Salad ini cik en puji dengan salmon dan salad yang segar cuma serbuk keju yang ditabur tidak kena dengan tekak cik en. Dan lawaknya tertinggal cherry (cik en rasa tomato kecil) dan dihantar selang beberapa minit selepas itu. Tapi nampak lah jujur kan chef di sini. Cik en beri rate 4/5


Makanan ini kegemaran adik cik en, Spagetti Carbonara dan ada tambahan meatball. Meatball dia sangat sedap. Lembut dan sedap! Nyesal tidak order spagethi ini. Yang ini cik en beri 5/5. Puas Hati !!

Jadi sesiapa yang berada di Kuala Kangsar, selain Rambai Classic bolehlah mencuba di cafe ini. Cafe ini terletak berhampiran Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar. Sebelah kiri sebelum sampai kolej. 

Ohsem Cafe
019-4755830 (Nyna)
niena_2511@yahoo.com
1173, Persiaran Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar Perak
Facebook : Ohsem Cafe
1

Spicy Ramen Challenge Tengah Viral Di Malaysia


Spicy Ramen Challenge Tengah Viral Di Malaysia | Ramen merupakan makanan seperti mee segara yang berasal dari Korea. Dan di Malaysia kini tengah hot mengenai Spicy Ramen Challenge ini. Dikatakan satu bungkus diatas berharga RM4 - RM 5 dan dikatakan juga sangat sangat pedas dan ianya telah viral di Instagram

Adakah korang salah seorang yang sudah menyahut cabaran ini. Boleh klik #spicyramenchallenge untuk lihat video menangis mereka. Dikatakan juga ramen ini boleh didapati di AEON dan supermarket besar.
8

Duit Yang Dipenuhi Dengan Dakwat Adalah Duit Rompakan


Duit Yang Dipenuhi Dengan Dakwat Adalah Duit Rompakan | Untuk pengetahuan semua, jika kita menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti dalam gambar ini tak kiralah di kedai atau dmana-mana harap kita jangan menerimanya, kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM. Semua ATM diseluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut, apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya ia akan secara automatik akan mengeluarkan dakwat ink wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya. Harap semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil.

5

Cara Sejukkan Bilik Tanpa Penghawa Dingin


Cara Sejukkan Bilik Tanpa Penghawa Dingin | Musim panas di Malaysia ini seumpama di negera padang pasir dan bahangnya memaksa ramai memakai penghawa dingin dirumah. Tapi orang bujang seperti cik en ini dan duduk di rumah sewa bujang, membeli penghawa dingin bukan langkah yang bijak jika rumah yang duduk hanya sementara. Jadi disini cik en kongsikan satu cara untuk menyejukkan bilik dan tidak memerlukan sumber elektrik pun. Jimat dan mudah. Idea ini datang dari rakan serumah cik en. Dia praktikkan di dalam bilik dia sendiri. Tapi cik en dah cuba dan nampaknya kepanasan bilik cik en mula berkurang walaupun tidaklah sesejuk penghawa dingin.


Hanya letakkan sebaldi air de bawah katil atau tepi katil. Jangan letak penuh pulak, kang ngigau memalam banjir pula bilik itu. Boleh juga tambah ais bantal atau ais kiub. Boleh biarkan disiang hari semasa pergi kerja dan tambahkan jika air berkurangan. Cuba lah, tidak keluarkan kos pun kan? Kalau hendak lagi cepat cari bekas lebih besar dan rendah. Selamat mencuba
14

Chicken Chop Deep Fry di Thumb's Cafe Ipoh Terbaik!


Chicken Chop Deep Fry di Thumb's Cafe Ipoh Terbaik!| Thumb Cafe yang terletak di Ipoh ini adalah salah satu cafe hipster yang terletak di Greentown Ipoh. Kehadiran cik en disini untuk bersama hangout bersama rakan rakan blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) iaitu Firzz dan Yui . Firzz mencadangkan cafe ini kerana ianya antara cafe yang dia pernah review di blog dia. 

Cik en bersama adik cik en, cik eintan, yui dan syilfia sampai pada pukul 9 malam dan masa ini firzz masih belum sampai. Kawasan cafe ini seperti kawasan rumah dan nampak santai. Bila menu sampai cik en hanya inginkan signature menu di cafe ini. Dan cik en disuggestkan dengan Chicken Chop (Deep Dry) with 3 sauces. Dan dalam nada bergurau " kalau tak sedap, siap!" dan nampaknya pekerjanya sangat yakin yang cik en akan puas hati dengan menu itu. Dan ianya memang sedap, mulanya cik en ingat chicken chop menggunakan serbuk roti untuk digoreng rupanya ianya seperti ayam KFC tapi lagi sedap dan tidak masin. Makan tanpa sos pun dah rasa sedap tau!. Di samping chicken chop dihidangkan sekali dengan 3 jenis sos dan cik en sendiri lupa apa sos itu dan yang cik en ingat blackpaper dan mushroom sahaja. Dan ketiga - tiga sos ini digabung memang meletup! Inilah chicken chop paling simple decoration tapi sedap. Cik en beri 5/5


Adik cik en dan yui memilih Spaghetti Bolagnise Meetball. Dan sempatlah cik en merasa sedikit meatball dan Spaghetti dan ok, sedap. Cik en bukan peminat Bolagnise sebab cik en lebih meminati Carbonara tapi ini kali kedua cik en suka dengan bolagnise. Adik cik en pun kata ianya sedap. Markah 4/5 


Oleh kerana cik en terasa hendak makan salad, cik en memilih salah satu menu salad yang ada iaitu Chef Salad with Homemade Sos


Cik en pun jarang pesan salad dan cuma cik en hendak komen, Salad ini sedap tapi sos nya agak kurang. Kuantiti banyak dan rasa semua salad segar dan kualitinya kira tip top la. Jadi yang ini cik en beri 4/5. 

Berbalik kepada tujuan cik en ke cafe ini untuk berjumpa dengan Firzz dan Yui tercapai. Siapa firzz dan yui tu? 


Sebelah kanan adalah Yui, abang sado ditengah adalah Firzz. Seorang yang sangat happy di group whatsup dan di luar juga. Seorang reporter Perak Today ini memberi kelebihan kepada dia untuk suggest cafe dan tempat makan menarik di sekitar Ipoh. Kalau datang Ipoh sahaja selepas ini, Firzz la yang cik en akan cari kalau hendak suggest tempat makan best. Yui pula seorang blogger yang sangat cintakan kucing dan banyak entri cik en bercerita mengenai Yui. Dan untuk pengetahuan, yui adalah junior cik en semasa belajar di Politeknik Ungku Omar dulu. 


Lupa pula perkenalkan lagi seorang, yang bertudung biru itu junior cik en juga, Syilfia Rahmadona dan keluarga dia mempunyai gerai jualan tudung yang korang boleh terjah di Gerbang Malam di Ipoh. Nampak tak dalam balang sebelah Dona? Itu adalah balang makanan kucing yang memang cik en bawa ke mana mana. Dan sempat juga adik cik en snap gambar kucing tersebut.


Jika sesiapa yang ada di sekitar Ipoh tapi masih belum mencuba cafe ini, bolehlah dapatkan butiran di bawah ini

Thumb's Cafe Ipoh
3

Rambai Classic Tawarkan Western Terbaik


Rambai Classic Tawarkan Western Terbaik | Gambar ini semua diambil bulan januari 2016 dan baru bulan ini sempat untuk upload. Rambai Classic adalah sebuah restoren yang mula meningkat naik di kuala kangsar Perak. Semasa cik en datang haritu, kedai ini masih belum viral lagi. Jadi segala servis adalah tip top walaupun kedai masih dalam pembinaan lagi. Nampaknya selepas viral, ramai yang beratur panjang sehinggakan ada yang kecewa kerana tidak dapat makan. Ini sumber melalui facebook disini. Jadi segala harga makanan dan menu boleh scrool di bawah ini.











Hanya belanja gambar sahaja untuk entry ini. 

2

Senarai Peserta Akademi Silat Pendekar Muda Al-Hijrah


Senarai Peserta Akademi Silat Pendekar Muda Al-Hijrah | Akademi Silat Pendekar Muda adalah anjuran TV AL-Hijrah yang akan ditayangkan setiap hari Rabu Jam 9 Malam mulai 9 Mac 2016. Ianya untuk menarik minat orang muda dalam mempelajari seni silat yang berteraskan Islam di samping mengekalkan budaya warisan bangsa. Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama.

Pengetua Akademi Silat Pendekar Muda ini adalah seorang pelakon veteren yang cik en sangat kagumi iaitu dipanggil sebagai Master Ruzaidi


  • Nama: Ruzaidi Bin Hj Abdul Rahman
  • Profesion: Jurulatih Seni Bela diri, Pengamal Perubatan Tradisional, Pengiring VIP, Aktor.
  • Aliran Seni Bela diri: Silat Cemandi, Silat Seni Gayong, Silat Pendekar Bertuah,Silat Abjad,Muay Thai,Boxing,
  • Pencapaian :
    1. Pingat Emas Sea Games 1986
    2. Pingat Emas Kejuaraan Dunia 1990 Holland
    3. Pingat Emas Merdeka Games 1990 Brunei
    4. Pingat Emas Terbuka Antarabangsa 1990 Kl
    5. Pingat Emas Kejuaraan Silat Kebangsaan 3 Kali (1988,1989,1990)
    6. 2005- Mendapat Anugerah The Best Martial Arts Instructor Of The Year Dari World Head Of Family Sokeship Council Di Florida
    7. Pernah Menjadi Jurulatih Kepada Penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor
Pengacara Akademi Silat Pendekar Muda ini pula adalah Jimmly Shanley


Peserta yang berjaya adalah seramai 10 orang anak muda dari pelbagai perkejaan dan negeri


Nama : Ahmad Syahmi Bin Shaari
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pekerjaan : Pereka Dalaman

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk membuktikan bahawa walaupun bekerjaya sebagai pereka dalaman, saya masih menyanjung silat sebagai warisan seni mempertahankan diri.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya menaruh harapan untuk menjadi juara dan semoga program Akademi Silat dapat menarik semula minat anak-anak muda kepada seni silat.


Nama : Mohamad Hafeez Nasri
Umur : 25 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Kerani

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengasah bakat saya supaya lebih mahir dalam seni silat dan dapat mengembangkan silat ke luar negara.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Untuk menjadi ikon silat dan contoh kepada anak-anak muda sekarang.


Nama : Mohammad Amirul Suffi Bin Abd. Rahim
Umur : 21 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Mekanik

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengembalikan semula kegemilangan ilmu persilatan Melayu di Malaysia

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Dapat lebih memahami dan memartabatkan semula seni silat Melayu di serata nusantara.



Nama : Mohammad Syahmi Azri Bin Zaini
Umur : 22 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Guru

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan seni warisan bangsa sendiri iaitu silat

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Berharap agar seni warisan bangsa ini akan terus berkembang di persada dunia.


Nama : Mohd. Syamil Bin Jamal
Umur : 23 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Bekerja sendiri

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengembangkan ilmu silat ke seluruh dunia

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Belajar silat bukan sekadar untuk dipamerkan dan pertahankan diri semata-mata, tetapi juga untuk mempertahankan bangsa dan negara.


Nama : Muhammad Adib Bin Jamaludin
Umur : 22 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Peniaga

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan semula budaya seni silat Melayu.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Semoga seni silat ini dapat dipopularkan semula dan diperluaskan hingga ke luar negara.


Nama : Muhammad Ridhuan Bin Jusof
Umur : 20 tahun
Asal : Pahang
Pekerjaan : Pelajar

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memperbaiki kekurangan, memperkemas serta meningkatkan teknik dan gerakan seni mempertahankan diri saya . Saya juga ingin menaikkan semula seni silat yang semakin pupus dan ditelan zaman.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya berharap agar dapat membantu anak-anak muda dalam menaikkan serta mempertahankan seni silat ini.


Nama : Muhammad Rusydi Bin Rodzaki
Umur : 24 tahun
Asal : Pulau Pinang
Pekerjaan : Peniaga

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memperjuangkan dan memartabatkan seni silat Melayu di Malaysia.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya berharap agar generasi muda dapat memupuk jati diri dalam diri dan mengenali asal usul mereka. Di samping itu, generasi ini juga perlu dipupuk untuk mempelajari seni silat sambil beriman kepada Allah SWT.


Nama : Muhammad Syahmi Bin Shamshuddin
Umur : 23 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Pelajar

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk meningkatkan mutu silat saya di samping memartabatkan seni warisan budaya Melayu ini.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Semoga program ini dapat melahirkan modal insan dan ikon kepada belia-belia dan generasi akan datang.


Nama : Nor Hisyam Bin Hassan
Umur : 20 tahun
Asal : Kedah

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan budaya seni silat melayu

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Berharap agar seni silat ini dapat diperkembangkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut bolehlah klik link di bawah ini

http://akademisilat.com/

https://www.facebook.com/akademisilat/


2