Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: tutorial

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS | Pernah tak korang ada masalah untuk dapatkan no TAC untuk urusan perbankan online korang terutama Maybank? Kebiasaannya korang perlu tunggu sms dari pihak bank untuk dapatkan beberapa digit nombor untuk urusan pengesahan tranksaksi setelah korang request nombor tu dan ada beberapa ketika apabila pihak bank ada masalah korang kena tunggu lama untuk dapatkan atau ada masa korang tak dapat terus nombor itu. Mesti korang angin kan bila sebab sms no tac diterima, kerja korang tertangguh dan ada kes sampai barang korang nak beli selalu flash sale di shoppig online terlepas. Kali ini cik en nak jar sikit cara mudah yang mana korang boleh aktifkan secure2u untuk Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS
Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS


Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cik en sendiri pengguna tegar perbankan online untuk cik en bayar bil bil dan sewa rumah setiap bulan. Dulu cik en menggunakan apps Maybank yang lama. Banyak kelemahan antara kalau kita tak favourite nombor akaun seseorang, kita tak boleh nak transfer melalui apps. Kena guna web juga. Kalau tak silap cik en, hampir setahun Maybank buat satu apps terbaru yang lebih mesra pelanggan. Untuk apps baru korang boleh transfer duit walaupun akaun itu bukan akaun favourite. Begitu juga dengan bil bil. 

Selain itu, Maybank ikut jejak CIMB untuk aktifkan no TAC secara apps. So kalau korang duduk luar negara pun, korang tak perlu risau untuk dapatkan no TAC melalui sms. Asal ada internet, korang boleh buat sebarang urusan melalui Maybank banking online. Nak tahu caranya? Ikut step di bawah ini

1. Download Maybank Apps New (ada tulis new kat atas icon)


2. Buat register dengan masukkan butiran yang diperlukan.
3. Masa pendaftaran sila aktifkan secure2u ye. Masa ini masih memerlukan no tac untuk pengesahan dan selepas ini korang boleh gunakan secure2u tu. Macam cik en, cik en daftar sekali untuk model handphone cik en.
4. Cara nak gunakannya adalah paling senang, apabila korang gunakan perbankan online secara web (komputer) sampai untuk isikan no tac korang hanya masukkan maybank apps di handphone korang dan buka bahagian secure2u 


5. Kat situ akan ada digit digit yang valid dalam 30 saat kalau tak silap cik en. 


6. Masukkan digit itu kat bahagian tac dan ianya valid untuk buat transaksi.
7. Kalau korang gunakan Maybank Apps korang tak perlu nak masukkan apa apa no tac sebab ianya akan automatik update no tac itu. Tau tau settle je. 
8. Cuma cik en tak boleh nak screenshoot atau save bukti transaksi sebabnya lepas bayar melalui Maybank Apps, korang ada 2 pilihan, save as favourite atau send to email. Kalau nak bukti untuk hantar pada seller, korang boleh download di email yang korang hantar. 

Kalau korang pengguna CIMB, dorang pun guna konsep yang sama juga dulu..Boleh baca Cara Terbaru Dapatkan No Tac CIMB Tapi sekarang macam dah tak ada je selepas update yang terbaru. 
6

Mudahnya Shopping Di Ezbuy


Mudahnya Shopping Di Ezbuy.my | Pernah dengar Ezbuy.my? Ezbuy.my adalah satu Online Shopping yang dah wujud semenjak 2010 lagi. Ezbuy.my mempunyai pelbagai kategori shopping termasuklah Beauty And Health yang menjadi kegilaan perempuan apabila shopping. Lagipun trend shopping online ini menjadi trend remaja, wanita bekerjaya malahan wanita surirumah juga. Shopping di Ezbuy.my memang mudah dan ada tawaran Prime. Apa itu Prime? Kena baca sampai habis okey.

Cik en usha usha Ezbuy di Ezbuy.my  dan terberkenan dengan satu eyeliner ini. Bob Eyeliner


So cik en nak ajar bagaimana cik en order barangan ini melalui online dan juga menggunakan tawaran Prime.

Mula mula sekali korang kena register di Ezbuy.my


Kemudian isi butiran atau korang boleh buatkan link terus ke facebook korang. Dan untuk pengesahan, korang perlu berikan no telefon untuk mereka berikan OTP kod.



Selesai register, cik en terus ke produk tadi dan add to cart


Selepas itu, produk yang cik en pilih tadi akan di masukkan di dalam shopping cart


Selesai je shopping, klik check out. Akan keluar summary


Kat sini korang akan tau total keseluruhan dan korang boleh pilih shipping fee dan jangan risau disitu ada tulis bila tarikh barangan akan sampai ke Malaysia (rumah korang). Dan ada berita baik, kalau korang daftar di Ezbuy.my korang akan dapat voucher RM15 tau. Kena klik bawah ini


Kalau korang dah pernah daftar korang tetap juga dapat diskaun 15% cas penghantaran dengan masukkan kod ezfriend15


Tapi kalau korang rasa nak beli dalam kuantiti yang banyak dan berat sampai beratus ratus kilogram dan boleh mencecah ribuan ringgit untuk shipping sahaja korang boleh daftar Prime dan dapat harga shipping yang tak musabah. Nak tahu apa itu Prime?

Prime adalah semua caj yang dikenakan untuk shipping barangan kita. Ini kerana kebanyak produk di dalam Ezbuy.my adalah produk luar negara dan memerlukan Interational Ship. Tapi di Ezbuy.my menawarkan Prime untuk barangan terpilih dengan caj sebanyak RM8.80 untuk shipping dan juga tidak mengira besar atau kecil barangan yang korang pilih itu. Untung kan? Itulah kelebihannya shopping di Ezbuy.my . Tapi... korang kena isi detail korang di SINI tapi terhad untuk 100 orang terawal sahaja tau!

Okey, semuanya dah settle, cik en menunggu untuk barangan ini sampai sahaja! Yey.. tak sabarnya... 
1

Kad Debit Maybank Yang Baru Dah Sampai


Kad Debit Maybank Yang Baru Dah Sampai!!! | Ingat lagi tak sebelum ini, cik en teruja dengan Debit Picture Card untuk Maybank. Cik en apply pada 27 Julai 2016 dan baru semalam 16 Ogos 2016 cik en pergi tuntut di Maybank yang dipilih sendiri semasa permohonan. Itu pun, mereka tak telefon ye.. mereka hanya hantar email sahaja. Teruja juga la walaupun cik en sendiri malas nak menjejak kaki di bank ini sebelum ini, sebabnya banyak masa habis menunggu je. Disebabkan tak sabar sangat, time rehat cik en pergi ke Maybank Sitiawan di Seri Manjung.

Cik en terus mencari Puan Hasnida Ayu di Maybank Seri Manjung ( staf yang menghantar email), nasib la masih ada sebabnya waktu itu, Puan Hasnida dah rehat. Sempatlah dia uruskan separuh urusan. Separuh lagi perlu diuruskan di bahagian lain. Sebelum Puan Hasnida pergi rehat sempat juga cik en bertanya, "lama tak saya perlu tunggu puan?" Puan Hasnida kata tidak lama sebabnya kad debit sudah sedia cuma perlu menukarkan dari kad lama ke kad baru sahaja.

Tapi... 30 minit cik en menunggu, nama cik en tak dipanggil panggil, mulalah angin sepoi sepoi bahasa datang. Asal lambat sangat ni, semua dah lengkap tapi cik en perlu menunggu sama macam permohonan pertukaran kad debit di kaunter. Lebih baik cik en apply di kaunter bank daripada online. Lagipun, cik en bayar lebih kot sebabkan Debit Picture Card ini. Dah tak tahan menunggu lama, cik en pergi la ke bahagian yang berkenaan dan bertanya. Dan boleh dijawab " kena tunggu giliran". Tunggu giliran? Cik en sememangnya tidak ambil nombor giliran sebab dah di email oleh pihak Maybank untuk ambil. 

Mula la mulut cik en ni laju bercakap " Puan, kalau saya menunggu sama macam yang lain, apa guna saya apply melalui online? Dah la online, perlu ambil masa 20 hari untuk di panggil ambil kad dan sekarang sampai di Maybank perlu ke tunggu lagi? " Biasalah staf tersebut mula tarik muka, try tengok dia nak melawan balik ke tidak, memang kena sound la kalau menjawab. Tapi nasiblah dia diam kan diri. Dan tangan dia buat juga urusan cik en itu. So kejap je, tak smapai 5 minit selesai urusan cik en. Kan mudah, selesaikan dulu mana yang patut di selesaikan.

Selesai urusan, terus teruja tengok kad cik en. Meh nak kasi tayang sikit


Cik en memilih gambar semasa hiking di Bukit Vale. Di mana Bukit Vale, boleh rujuk entri Pusat Ekologi Vale, Lumut Perak. Tapi cik en rasa kad debit ini nipis sedikit.


Perbandingan kad debit picture dengan kad debit paywave yang biasa
Tapi cik en tak boleh nak tunjuk, sebab kad debit lama di ambil balik oleh maybank. Yang diatas adalah perbandingan kad debit yang baru sahaja. Dari kualiti gambar, nampak ok, tapi rasa tak cantik sikit mungkin kualiti gambar itu sendiri. 

Ada yang kata, kad debit di hantar terus ke rumah. Tapi kes cik en ini, cik en tidak sertakan alamat rumah tapi di beri pilihan untuk tuntut di mana mana Maybank terdekat. Jadi sesiapa yang rasa nak cuba letak gambar sendiri di kad debit terbaru ini, boleh rujuk entri Cara Letakkan Gambar Sendiri Di Kad Debit Terbaru Maybank. Selamat mencuba!
11

Cara Letakkan Gambar Sendiri Di Kad Maybank


Cara Letakkan Gambar Sendiri Di Kad Maybank | Kecoh 2 hari ini di facebook cik en mengenai kad debit maybank yang boleh menggunakan gambar sendiri. Disebabkan tercabar dengan kad yang cun melecun rakan blogger yang lain, cik en pun nak tempek gambar cik en di kad maybank yang terbaru ini. Setelah cik en bengang dengan layanan di maybank. Boleh rujuk ceriti di SINI. Terima kasih pada lisa yang menyabarkan cik en supaya jangan buat lagi masa itu. Rupanya Maybank ada buat aplikasi yang membolehkan pelanggan design sendiri kad debit mereka. Dan cik en sendiri mengikuti tutorial dari beliau.

Disebabkan ada yang bertanya, cik en kongsi tutorialnya pula di blog ini dan dikreditkan ke blog lisa. 
  • Masuk link SINI
  • Tengok bahagian How To Apply dan klik Click here (tulisan bewarna biru) to apply for Debit  Picture Card. 
  • Akan keluar terms and Conditions, baca dan accept
  • Akan keluar sepeti dibawah ini
  • Klik Use Custom Image
  • Pilih gambar yang berkenan di hati tapi pilih gambar yang                                                 
    • Optimal image resolution: 1036 x 664 pixels @ 300 dpi
    • Do not leave any white space. Picture must cover the whole card face.
    • Format: jpg, png, gif
    • Max file size: 10 MB
  • Contoh seperti dibawah


  • Klik finalize dan seterusnya bagi email dan maklumat yang diperlukan termasuk tempat kad akan diambil
  • Bayaran RM26.50 (termasuk GST) dikenakan dan korang perlu bayar masa ini juga tau. Disablekan popup. Kalau tak bayar kira masih belum submit
  • Kad akan siap dalam masa 7 hari bekerja
Jadi tunggulah email yang akan dihantar. Cik en masih belum dapat kad debit ini lagi. Kalau ada cik en akan upload di instagram. Jadi follow IG cik en di sini @eintan_nurfuzie ye. Rujuk line sini -->  http://www.nurfuzie.com/2016/08/kad-debit-maybank-yang-baru-dah-sampai.html
10

Cara Mudah Simpan Mesej Penting Dalam Group WhatsApp


Cara Mudah Simpan Mesej Penting Dalam Group WhatsApp | Setiap orang akan mempunyai lebih daripada 10 Group WhatsApp. Ada yang sampai hang . Kebanyakkan group adalah penting seperti group tempat kerja, keluarga , keluarga sebelah ayah, keluarga sebelah ibu, keluarga sebelah suami, rakan sekolah rendah, rakan sekolah menengah, univerisiti, BFF dan lain lain lagi. Untuk mengelakkan hang , kita akan clear all setelah baca. Tapi ada dalam perbualan dalam group penting dan akan delete juga apabila clear all. Kat sini cik en nak kongsi cara cik en simpan perbualan yang penting dalam Group WhatsApp. 

Ikuti langkah di bawah ini 

  • Klik lama perbualan / conservation sehingga menjadi biru. 


  • Nampak tak tanda bintang di atas. Itu adalah starred messages. Itulah fungsi untuk kita mark dan simpan serta tidak akan terdelete apabila clear all kecuali kita delete group


Jadi tidaklah perlu scroll panjang panjang untuk cari perbualan penting. Hanya cari di starred messages dan kita akan tengok balik mana perbualan penting yang ditandakan tadi.


Diharap ianya dapat membantu memudahkan pengguna WhatsApp tanpa perlu left daripada group. Clear All kan apabila sudah baca dan starred perbualan yang penting. Selamat Berjaya
6

Cara Install Whatsupp Version Baru Bagi Android


Cara Install Version Baru Untuk Whatsupp Bagi Android | Ramai yang sudah menetahui update terbaru dari whatsupp mengenai version terbaru yang membolehkan pengguna membuat Bold, Italic, strikethrough di chat. Dan dikatakan hanya Iphone sahaja yang telah menerima update terbaru.  Tapi ada geng Iphone yang sahaja memanaskan keadaan di group whatsupp kan? hahaha.. Jadi kalau sesiapa terbakar bolehlah gunakan step di bawah untuk seiring dengan geng Iphone tersebut. Jika sesiapa yang tidak kisah boleh menunggu sehingga pihak whatsupp beri official update


Hanya installed Update for Whastapp diatas di Google Play. Setelah install update dan pastikan off dulu segala security yang ada, Selepas itu ikut step yang diarahkan. Setelah selesai boleh test la ye.. 
update : dan juga segala function seperti archived dan kamera dan beberapa fungsi akan berubah juga mengikut version terbaru.. lagi coooolll
kredit to zumal
8

Cara Cari Top Referral Untuk Giveaway Tanpa Ada Unsur Penipuan


Cara Cari Top Referral Untuk Giveaway Tanpa Ada Unsur Penipuan | Tutorial ini untuk sesiapa yang menganjurkan Giveaway, contest atau segmen yang menawarkan hadiah utama untuk top referral. Top Referral ini merupakan blog yang banyak mebawa backlink kepada blog sendiri. Mungkin ada yang lebih lengkap tapi cik en ajar ini adalah link yang masuk ke dalam blog traffic kita dan bukan terus ke entry giveaway tersebut. Kalau melalui web nuffnang tidaklah dapat selengkapnya seperti menggunakan google analytic. Dan boleh mengesan unsur unsur penipuan seperti klik link dari blog sendiri untuk naikkan sessions. Tapi blog wajib masukkan coding Google Analytic ye. (jika tiada boleh google tutorial ye, cik en masih belum buat lagi tutorial itu)

Jika semuanya sudah lengkap bolehlah ikuti langkah di bawah ini
  • Pergi ke dashboard Google Analytic
  • Setkan Date Range (mengikut tarikh bermula giveaway hingga tamat giveaway)

  • Tekan apply dan klik Acquisition - All Traffic - Referrals 


  • Bila selesai klik akan keluar satu data. Rujuk gambar di atas, sessions (kotak ungu) adalah backlink yang masuk ke blog kita dan untuk mengelakkan penipuan seperti klik link dari blog sendiri boleh rujuk new users (kotak biru) 
  • Contohnya jika sessions 13 tapi tengok kepada new users ada 1 sahaja jadi hanya ada satu blog baru sahaja yang gunakan link di blog tersebut untuk masuk ke blog kita.
  • Rasanya lebih adil ambik pemenang melalui 9 sesions dan 9 new users kan? 
Ini adalah hasil godek godek cik en tapi cik en tidak pasti adakah ada lagi yang lebih mudah. Jadi untuk Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 cik en menggunakan kaedah ini untuk mencari pemenang utama yang bakal mendapat RM100.00 tunai. Giveaway ini berlangsung selama 2 minggu bermula 1 April 2016 hingga 14 April 2016. 
9

Cara Terbaru Dapatkan TAC On Mobile CIMB Click


Cara Terbaru Dapatkan TAC On Mobile CIMB Click | Nampaknya CIMB Bank telah menerapkan elemen baru kepada perbankan online mereka demi menjagi kerahsiaan terutama urusan dalam talian. Cik en pada mulanya tidak tahu tetapi apabila membaca keterangan barulah tahu. Entri ini untuk panduna penggunaan CIMB Click yang menjalankan urusan pembayaran, penerimaan atau sebagainya.

Untuk kes ini cik en ambik contoh prepaid topup.

Login CIMB Click dan pergi ke menu seperti biasa iaitu 
Top Up > Preapid Reload
Isikan butiran yang diperlukan

 Selesai sahaja submitkan. dan akan masuk ke paparan seperti dibawah ini


Tiada lagi send TAC ke mobile sms tetapi anda boleh tukar setting ke mobile sms. Jika keluar yang ini sahaja, anda boleh download aplikasi CIMB Clicks di Google Play dan klik di TAC on Mobile seperti dibawah ini


Apabila anda klik disitu akan keluar paparan di bawah dan diberi no TAC dan masukkan ke dalam urusniaga kita di dalam CIMB Click


Dan urusan anda boleh diselesaikan serta merta. Urusan ini hanya untuk urusan CIMB Click melalui Desktop sahaja.
5

Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf)


Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) | Niat Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) dan panduan rakaat 



0

Cara Membuka Akaun Paypal Terkini


Cara Membuka Akaun PaypalTerkini | Paypal merupakan satu cara yang sangat mudah untuk membuat transaksi untuk jual, beli, bayaran online dan bisnes yang menggunakan pelbagai jenis matawang seperti Dollar, Pound, Koruna, Krone, Forint, Shekel, Yen, Peso, Zloty, Ruble, Franc, Bart dan Ringgit Malaysia. Ianya mudah kerana dengan hanya menggunakan email dan kata laluan sahaja, anda boleh akses akaun paypal ini. Tidak perlu untuk menghafal nombor akuan yang panjang apabila disuruh sertakan butiran untuk pembayaran atau penerimaan tapi hanya menggunakan alamat email. Disini mari cik en ajar cara untuk membuka akaun paypal yang sangat mudah ini.

1. Mula sekali masuk ke laman web Paypal
2. Klik yang bertanda merah di bawah ini
3. Isikan email di ruangan yang disertakan
4. Isikan butiran yang diperlukan dan tunggu pengesahan di alamat email yang didaftarkan. 
5. Selepas email diterima, sahkan dan anda sudah mempunyai akaun paypal anda sendiri 
6. Apabila diminta butiran pembayaran, anda hanya berikan alamat email anda yang anda daftar untuk pembukaan akaun Paypal ini.
7. Jika pembayaran dibuat, email akan dihantar dan anda perlu accept didalam email tersebut dan barulah penghantaran wang akan berjaya masuk ke akaun paypal anda. 

Ini cara membuka akaun paypal. Dan cik en akan ajar untuk transfer wang berkenaan ke akaun bank kita di Malaysia selepas ini
4

Cara Memindahkan Wang Dari Paypal Ke Akaun Peribadi


Cara Memindahkan Wang Dari Paypal Ke Akaun Peribadi | Jika sebelum ini cik en kongsi artikel Cara Membuka Akaun Paypal Terkini, kali ini cik en hendak ajar cara untuk memindahkan wang yang ada dalam akaun Paypal ke akaun peribadi anda di bank anda sendiri. Bank yang boleh adalah

Jadi mari ikuti cara memindahkan wang tersebut

1. Mula mula cari menu withdraw.
2. Selepas itu paparan di bawah akan keluar dan klik yang bertanda merah itu


3. Selepas itu akan keluar paparan seperti dibawah ini


4. Masukkan amount dan to ke bank yang anda ada. 
5. Klik continue
6. Dan akan keluar paparan di bawah
7. Klik submit jika semuanya betul
8. Selalunya mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk di masukkan ke dalam akaun kita

Sebelum kita keluarkan wang kita ada beberapa syarat yang perlu kita tengok seperti limit untuk pengeluaran. Limit seperti di bawah
Selesai semuanya, anda tunggu sahaja wang dimasukkan ke akaun anda dan boleh semak secara online selepas itu.
5

TUTORIAL : Blog Mempunyai SiteLink di Carian Google

TUTORIAL : Blog Mempunyai SiteLink di Carian Google | Blog yang mempunyai SiteLink di Carian Google adalah blog yang akan membuat pengunjung yakin dengan blog kita. Diakui terlalu lama cik en mencari tutorial mengenai SiteLink. Pada mulanya cik en langsung tidak tahu nama bagi keadaan carian google untuk blog  seperti di bawah ini.

TUTORIAL : Blog Mempunyai Site Link di Carian Google

Pelbagai nama yang cik en taip di google seperti subtitle di carian google, subtitle web di google dan banyak lagi, alhamdulillah cik en tahu juga apa nama bagi keadaan itu. Ianya adalah SITELINK. Setelah itu, barulah cik en mencari perkataan SiteLink di Google. Diakui di Malaysia, jarang atau mungkin tiada yang membuat tutorial sebegini. Kalau ada pun, mungkin tidak mendapat carian teratas di Google Search. Kali ini cik en nak kongsi, tutorial untuk menjadikan blog korang apabila di cari di google mempunyai SiteLink sendiri. Tapi diingatkan, ianya akan keluar pada carian tertentu sahaja. 

Ikut Tutorial di bawah
  1. Pastikan blog korang mempunyai Google Webmaster
  2. Sebelum itu pastikan blog korang mempunyai Site Map
  3. Link Site Map korang perlulah di Sitemaps di Google Webmaster
Tutorial Site Map. 
Ada 2 cara, satu menggunakan HTML dan satu lagi menggunakan generator Sitemaps

Untuk penggunakan HTML, 
  • korang boleh copy paste HTML di bawah dan diletakkan di NEW PAGE bukannya, New Gadjet dan save
<script src="http://me-sitemap.googlecode.com/files/mysitemap.js" type="text/javascript"></script> <script src="http://www.nurfuzie.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>

  • Tukar http://www.nurfuzie.com dengan url blog korang
  • Publish dan ambik url page sitemap korang dan submit di Google Webmaster
Untuk menggunakan Generator Sitemaps 
  • Masuk ke Generator Sitemaps
  • Masukkan url dan details yang lain seterusnya tunggu.
  • Nanti bila sudah dapat url seperti ini : http://www.nurfuzie.com/sitemap.xml bolehlah menggunakannya untuk submit di Google Webmaster
  • Abaikan Step 1 Download the sitemap file here and upload it into the domain root folder of your site(http://www.nurfuzie.com/).
Selesai dan ianya selalu berfungsi bila ada domain sendiri dan selalu update blog korang. Boleh cuba kalau rasa tidak berjaya, boleh tengok tutorial yang lain di Google Search. 

Update : Sila semak blog anda disini dan pastikan tiada yang error juga sebelum site link korang keluar di carian google






5

Berbaloi Ke Guna Widget Dari Google+ Di Blog Kita?



Berbaloi Ke Guna Widget Dari Google+ Di Blog Kita?  | Idea entri kali ini cik en dapat dari hasil Blogwalking kawan kawan cik en. Menjadi satu kewajipan kepada cik en untuk terjah semula dan mencari entri menarik untuk cik en komen apabila korang datang terjah blog cik en. Kadang kadang awaiting comment mencecah ratusan tapi cik en tetap tidak akan approved selagi cik en tidak terjah blog korang. Gagahkan diri untuk melawat walaupun sebagai silent reader. Jika blog korang menarik, cik en akan follow blog korang dengan tiada syarat untuk follow balik cik en atau tidak. Follower tidak menjaminkan yang mereka akan menjadi pembaca tetap blog kita tapi yang patut kita cari silent reader yang tidak jemu jemu membaca blog kita. 

Tapi ada beberapa masalah yang cik en hadapi terutama yang menggunakan Google Plus untuk
  1. Link Profile terus ke Google+ Profile
  2. Menggunakan Widget Komen Google+
Google+ Profile adalah satu tapak yang mempunyai SEO lengkap untuk menjadikan blog kita antara yang teratas dalam carian Google. Jadi gunakan medium itu, untuk korang naikkan pageviews blog korang. Jangan kejarkan income dari mana mana laman web syarikat pengiklanan sampai blog sendiri tidak ada pengunjung. Setiap kali cik en terjah dan cari blog korang di Google+, cik en terpaksa mencari yang mana satu blog korang. Kebanyakannya dari link sharestory atau komen korang di blog orang lain. Bukankah menjadi satu kerugian kepada korang? Blog orang lain pula mendapat pageview. Rugi dan sangat rugi! Taktik ini dibuat dalam korang tidak sedar. 

Widget Komen Google+ pula bagi cik en rugi juga untuk korang dapatkan return visit ke blog korang. Sebabnya bila korang membalas komen, komen korang terus dinotificationkan terus ke Google Plus. Jika korang memang pengguna Google Plus seprti Facebook, its fine, tapi jika tidak, korang susah untuk dapatkan balik return visit itu. Dan juga, loading untuk komen terlalu perlahan walaupun cik en menggunakan streamxy no limit. 

Jika ingin berblog, janganlah apabila tengok tutorial yang menarik korang terus follow, kaji dulu baik buruk gunakan widget atau apa apa tutorial itu. Kesan kepada pageviews dan loading blog itu penting. Sebab itu banyak blog ada content yang sangat menarik tapi kurang mendapat sambutan. Untuk mendapatkan carian google tertinggi mungkin kita tidak mampu, tapi dengan mengambil tahu hal hal seperti cik en nyatakan dalam entri ini, mampu membawa pembaca yang korang blogwalking kembali semula ke blog korang dan akhirnya menjadi follower korang seterusnya engaged dengan entri korang

p/s: Google Plus itu sangat berguna untuk blog kita tapi jangan sia siakannya. Bak kata cik en " Dapat basikal bermotor tapi masih menggunakan kayuhan normal. Merugikan!! "


7

Iklan Nuffnang Versi Mobile

Iklan Nuffnang Versi Mobile

Iklan Nuffnang Versi Mobile | Nuffnang adalah "Blog Advertising Community" yang mana menjadi pilihan blogger blogger di Malaysia menjana pendapatan sampingan. Seiring dengan penggunaan Gadjet, nampaknya Nuffnang menaik taraf pengiklanan mereka untuk lebih mesra mobile. Korang boleh mendapatkan coding terbaru dari Nuffnang seperti step di bawah ini

nuffnang

  • Copy Code yang disediakan

iklan versi mobile
  • Dan letakkan di bawah </head> <body id='wrappernbt'>

  • Preview dan kalau ok, boelh save template
Boleh lah cuba menggunakan mobile korang untuk tengok menjadi atau tidak. Blog cik en masih tiada iklan mungkin kerana baru meletakkannya. Good Luck!

8