Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: tips

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Cara Mudah Sukat Air Untuk Masak Nasi


Cara Mudah Sukat Air Untuk Masak Nasi | Masak nasi sememangya menu paling mudah dan kalau korang tak pandai masak nasi, sememangnya korang tak boleh kahwin lagi tau terutama untuk anak anak gadis. Setiap orang masak nasi mengikut apa yang mereka suka makan. Macam cik en, cik en suka tekstur nasi yang tidak terlalu lembik. Kira seketul ketul nasi itu selepas masak. Jadi cik en nak kongsi sikit cara cik en dalam menyukat air untuk masak nasi. Terlalu banyak air akan menyebabkan nasi korang lembik, kalau terlalu sedikit, nasi korang akan kurang masak.



Untuk dapatkan nasi yang sebutir sebutir, korang boleh sukat melalui ruas jari. Contoh seperti diatas.


  1. Sukat ketinggian beras dari periuk
  2. Lepas itu, guna ketinggian yang sama sukat air. Bermula dari atas beras tau!

Kalau korang suka nasi lembik, boleh lebihkan air. Memudah kan? Senang saja masak nasi ini. Cuma kalau buat nasi ayam atau nasi lemak, cik en selalu failed sikit. sebab warna air tak lutsinar. Hahahha. Selamay mencuba!
6

Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan


Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan | Satu keadaan yang boleh merisaukan owner kucing ini apabila kucing korang tiada selera makan. Makanan yang korang letakkan dalam bekas makanan, tidak luak ataupun tidak habis seperti selalu. Selalunya kalau cik en bertugas di klinik, kebanyakkan owner kucing akan nyatakan tanda tanda kucing kurang selera makan. Selalunya satu bekas akan licin, tapi dalam beberapa hari ini, bekas makanan masih terisi dengan makanan mereka lagi. 

Disini cik en nak kongsikan sedikit Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan. Mungkin kerana makanan itu sendiri atau keadaan mereka yang kurang sihat.

Jika kucing korang masih aktif dan lincah, cuma makan makanan saja yang kurang, kemungkinan faktor pemakanan. 

  1. Makanan rosak atau masuk angin
  2. Ada serengga atau semut dalam makanan (hurung makanan mereka)
  3. Makanan yang baru
  4. Perisa atau bahan perasa yang tidak disukai
  5. Berkongsi bekas makanan ( selalunya apabila ada kucing baru )
  6. Bekas makanan bukan di tempat asalnya
  7. Kucing kenyang mungkin baru makan di rumah orang lain atau makan hasil buruannya
Kalau kesemua atas ini, korag check ok saja dan kucing korang pula TIDAK aktif dan lincah seperti sebelum ini, mungkin kucing korang 

  1. Selsema sehingga kucing tidak boleh menghidu
  2. Demam sehingga hilang selera makan
  3. Gigivitis yang teruk (masalah gusi atau ulser yang teruk)
  4. Muntah yang teruk
  5. Terlalu lemah untuk makan
  6. Tiada selera kerana serangan virus
Cara Memaksa Kucing Tidak Selera Makan

  1. Pilih makanan wet food atau makanan basah
  2. Panaskan menggunakan microwave
  3. Kalau kucing sakit dan terlelau lemah, pilihlah makanan anak kucing/ kitten wetfood
  4. Suapkan menggunakan picagari, sudu atau pun menggunakan tangan korang
  5. Air pula boleh beri air glukose, madu, air gula atau air kosong. Boleh gunakan picagari.
  6. Pujuklah dengan lembut kucing korang untuk makan dan minum ye..
  7. Kalau masih tidak berjaya, bawa ke Vet berhampiran ye..
Ini antara tips yang boleh cik en berikan. Korang boleh komen kalau korang ada cara yang lain.
10

5 Cara Tunjukkan Sayang Kepada Kucing Korang




5 Cara Tunjukkan Sayang Kepada Kucing Korang | Pernah tak korang tunjukkan sayang korang pada kucing kesayangan korang? Macam manusia juga, kucing memerlukan kasih sayang kita untuk memastikan kesihatan yang baik. Kalau penuh dengan kasih sayang, semestinya perhubungan antara korang dan kucing korang ibarat kekasih sehati sejiwa. Hahaha. Ok.. Ok, back pada tajuknya. cik en nak kongsi 5 cara yang boleh korang tunjukkan kasih sayang korang kepada kucing korang. Dengan kasih sayang ini, ianya akan menjadikan kucing korang seekor kucing yang mendengar kata dan sentiasa menjadi peneman korang yang setia. 

1. Selalulah Mengusap

5 Cara Tunjukkan Sayang Kepada Kucing Korang

Korang rajin rajinlah mengusap gusap kepala kucing korang. yang terbaik Nose-To-Tail Rubs. Dari hidung sampailah ke ekor. Ini tanda korang sayang sangat pada mereka. Mereka akan memahami tau!

2. Slow Blinks And Head Bonks

5 Cara Tunjukkan Sayang Kepada Kucing Korang

Yang ini, korang suakan muka korang pada muka atau kepala kucing. Main main menggunakan raut muka. Yang ini kalau manusia kira kiss kiss la.. Hahaha. Ini berikan aura yang baik pada kucing korang

3. Tidur Bersama



Yang ini semestinya kerap berlaku kan. Kalau korang tidur malam, mesti kucing korang pun tidur sekali. Kalau macam cik en, cik en akan baring di tempat kucing cik en baring. Contoh atas sofa, cik en pun menyelitkan badan tidur tepinya. Hahahha

4. Bermain Bersama


Yang ini, kalau kucing masih kecil atau remaja, memang sesuai. Kalau tua ini, malas sikit. Hahahha. Korang boleh bermain dengan apa yang ada di sekeliling korang. Kreatif sedikit. Boleh ambilkan kertas dan ramas ramas jadikan bola, atau ambil lidi dari penyapu lidi korang atau juga boleh ambilkan kotak kosong. Tak perlu keluarkan duit untuk belikan barangan di petshop kan?

5. Belajar menggunakan bahasa kucing



Ah.. sudah cik en ini, mana la faham. Hahhaha. Maksud cik en selalulah gunakan bahasa " meow" apabila bersembang dengan mereka. Atau sesiapa yang berikan nama kucing. Panggil la nama kucing korang dengan lembut. Sebab itu, kalau orang lain yang panggil nama kucing korang, kucing korang buat derk! je. Sebab kucing ini sangat sentitif dengan suara/voice tuan dia. 

So, ada korang buat pada kucing korang? Atau korang ada skill yang lebih menarik. Nak kongsi, tinggalkan sahaja komen atau jejak korang dan skill korang tu. Manatau lebih unik dan menarik. Ok, da semua.. Dan lastly XOXO pada kucing korang. 
Sumber : http://cattime.com/cat-facts/how-to/18459-5-ways-to-show-your-cats-love-that-they-can-understand
1

Cara Siang Dan Bersihkan Sotong Yang Betul


Cara Siang Dan Bersihkan Sotong Yang Betul | Siapa yang tak pandai siang atau bersihkan sotong? Mesti ada kan tapi malu nak ngaku, cik en sebenarnya tengah siang dan bersihkan sotong so terfikir untuk buat entri cara mudah siangkan dan bersihkan sotong cara yang betul. Sebenarny mudah sangat cuma kena tau apa yang wajib dibuang ye. 

Tak kisahlah korang pilih sotong kecil atau besar, caranya tetap sama ok? Untuk tutorial ini, cik en tunjukkan sedikit sotong yang menjadi model untuk entri ini. Maaf la kalau comot sebabnya sebelah tangan proses sotong sebelah lagi tangkap gambar. 


Pertama kali bila korang dapat sotong dan siangkan pastikan mata dibawah dibuang. Just picik dan buang mata tu saja ye. Jangan picit sampai hancur pulak. 


Kedua, korang boleh tarik kepala sotong atau belek belek kawasan tersebut untuk cari  yang macam dibawah ini. Inilah dakwat hitamnya. Buang ye. 


Yang terkahir, buang satu satunya tulang. Just tarik je. 



Ada sesetengah orang suka buang kulit sotong ini. ada yang tak kisah. So terpulang pada korang nak buang atau tidak ye. Kalau nak buang boleh tarik saja sebabnya ianya mudah ditarik. Mudah kan?

Selesai sahaja korang bersihkan sampai putih. Selepas itu, dah boleh reka menu sotong apa yang korang nak buat. Selamat mencuba
5

Punca dan Cara Menghilangkan Eye Bag Dengan Ameena


Punca dan Cara Menghilangkan Eye Bag | Eye Bag / Bags under eyes atau sembab , lingkaran gelap bawah mata atau lebam bawah mata adalah antara masalah yang kerap sangat berlaku kepada wanita-wanita yang bekerjaya (kerja tidak tentu masa), ibu yang mempunyai anak kecil (berjaga malam), pelajar (siapkan assigment hingga lewat malam), yang selalu memakai cermin mata (rabun) dan blogger seperti cik en (sentiasa menghadap laptop) tapi sukar untuk menghilangkannya. Bukan kata korang saja, kalau korang perhatikan artis artis tanpa make-up, semestinya lingkaran bawah mata diorang lagi teruk. Pernah sekali cik en tengok pelakon Faezah Elai, semua orang tau, dia mempunyai kulit yang sangat putih dan cantik tapi bila dia tak bermake-up, nampak sangatlah..  masalah lebam bawah mata dia. So, apakah sebenarnya punca eyebag ini terjadi?

Kawasan mata adalah sangat sensitif, jadi faktor kesihatan juga banyak memainkan peranan. Eyebag ini selalunya berpunca daripada seseorang terlalu penat dan kurang rehat. Selain itu, faktor faktor :

  1. Perubahan hormon (mengandung, monopouse atau datang haid)
  2. Alergik
  3. Infection/jangkitan
  4. Hormon tiriod yang tidak mencukupi
  5. Gangguan kulit
  6. Tidak cukup tidur
  7. Menangis
  8. Amalkan kehidupan tidak sihat seperti pengambilan alkohol atau merokok
  9. Diet
  10. Keturunan
  11. Kecederaan
  12. Usia
 Jadi korang boleh gunakan beberapa cara untuk menyelesaikan masalah bawah mata ini. Antaranya :

  1. Minum air kosong mencukupi
  2. Uncang Teh - uncang teh yang dah digunakan boleh diletakkan bahagian mata lebih kurang 20 minit - 30 minit
  3. Timun / Kentang - Letakkan hirisan timun atau kentang selama 30 minit
  4. Putih Telur - Sapukan putih telur di bawah mata selama 30 minit sebelum dibasuh
Argh... minimun 30 minit untuk korang ambik masa menggunakan tips yang cik en nyatakan di atas. Mana ada masa lah cik en. Sememangnya cik en sendiri pun tiada masa untuk 30 minit tu. So cik en nak kongsi cara cik en menyelesaikan masalah eye bag ini. Hanya penggunaan 2 minggu saja, cik en dah nampak kurangnya eyebag dan buatkan muka cik en semakin berseri. Semua ini disebabkan produk Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator. 

Apa itu Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator



Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator adalah gabungan formula negara Jepun dan Malaysia dan betaraf antarabangsa. Kandungan bahan unik dan berkualiri serta semulajadi ini mengabungkan ramuan sesuai untuk setiap golongan wanita mahupun lelaki. Keistimewaan bagi dalaman dan luaran khas untuk kulit di bawah mata yang sensitif. Ianya menjadikan urat pembuluh darah saliran kulit bawah mata kembali aktif , tona sekata, sihat, lembab, cerah. bersih, gebu serta berseri

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator ini senang digunakan kerana :


  • Jenis Aqua Waterbase
  • Sejuk dan cepat meresap
  • Senang dibawa kemana saja
  • Tidak melekat atau berminyak
  • Terlalu mudah digunakan
  • Tiada Kesan Sampingan

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator berfungsi :


  1. Menghilangkan lebam di bawah mata
  2. Menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata
  3. Menghilangkan garis garis halus dibawah mata
  4. Menghilangkan sel kulit mati di bawah mata
  5. Melancarkan peredaran darah di bawah mata
  6. Memberi kulit bawah mata lebih sihat
  7. Memperbaiki sel sel bawah mata

Cara Penggunaa Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator :


  1. Hanya picitkan di tapak tangan dan apply di bawah mata
  2. Digunakan pagi sebelum makeup dan malam sebelum tidur.
  3. Boleh juga di gunakan sekerap yang boleh



Kalau camtu, tak sampai seminit korang apply Ameena, dah boleh terus tidur atau makeup. Memudahkan dan menjimatkan masa kan? Dari korang nak tunggu 30 minit itu kan Ameena memudahkan merawat masalah dan menghilangkan lebam di bawah mata korang.

Testimoni Eintan Nurfuzie sendiri Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator


Masa mula mula dapat, cik en suka sangat guna sebabnya ianya macam air je, just letak je bawah mata selepas cik en letak toner. Mudah meresap dan rasa sejuk saja dibahagian bawah mata ini. Kalau terkena mata pun, ianya tak pedih langsung. Dan dalam masa 2 minggu dah nampa sangat kesan kesanya. Tak caya? Cuba scrool kat bawah ini

Sebelum penggunaan Ameena

2 minggu penggunaan Ameena


Nampak kan bukti bergambar ini. Sebab itu la cik en story dengan korang produk ini. Memang produk ini berkesan pada cik en, Insyallah dengan korang pun akan berkesan juga. Sekarang tak perlu nak touch up bahagian bawah mata untuk hilangkan eyebag dan garis halus dah. Kalau korang nak cuba boleh aja hubungi :

WhatsApp Kod > " AMEENA promo LEBAM " 
Eyda 019-5081433
Info lengkap dan Harga promo 
Setiap Hari Terhad kepada 50 orang Terawal dalam WhatApps sahaja

No. Kelulusan : NOT KKM 15120 5676 K

Untuk maklumat penuh yang lain boleh layari 
4

Sama Perkataan Tapi Membawa Maksud Berbeza Dan Menyebabkan Ada Yang Terguris Perasaan


Sama Perkataan Tapi Membawa Maksud Berbeza Sehingga Menyebabkan Ada Yang Terguris Perasaan | Pernah tak korang alami masalah bila chat melalui dunia maya seperti whatsapp, wechat, facebook dan sebagainya. Korang maksudkan lain, tapi si pembaca fahamnya lain. Pernah tak? Cik en banyak kali. Lagi lagi masa ada boyfriend dulu. Cik en cakap elok elok dan bergurau tapi si dia pulak boleh fikir sebaliknya. Bila dah jadi macam itu, perang besar la kami. Hahaha. Tapi itu kenangan lama.

Semenjak dari situ, cik en banyak menggunakan beberapa "tanda melembutkan ayat" jika nampak gurauan itu kasar. Berbeza dengan bercakap atau lisan, kita boleh melenggokkan nada perkataan tersebut sehingga kawan yang dengar memahami yang kita ini bergurau. Tapi masalah nak lengok lengokkan nada dalam penulisan atau menaip mesti tak boleh kan? Sebab itu akan ada masalah misunderstanding atau salah faham sehingga ada yang terasa hati dan merajuk. So kalau korang tengah bergaduh dengan boyfriend ke, kawan ke, family ke atau bos tempat keje, jalan yang terbaik adalah call terus. Jangan dipanjangkan melalui text . 

Macam cik en, cik en selalu menggunakan beberapa "tanda melembutkan ayat" dalam chat. Selalunya siapa yang sama sama ada dalam group whatsapp cik en, mereka akan tahu "tanda melembutkan ayat" cik en guna. Perkataan yang cik en akan guna adalah " na....." Contoh ayat

Bukannya cik en tak tau nak buat. Cik en tau la.. Nanti cik en buat na...

Selain itu cik en akan selitkan beberapa titik selepas perkataan na... tu. Itu pun akan buat ayat kita lebih lembut di baca. So tak ada la menguris hati kawan kawan yang super sentitif. Kalau yang dah biasa dengan kita may be tak ada masalah untuk memahami yang kita "bergurau" tapi kalau yang kawan kawan dalam group whatsapp ini kurang rapat better sebelum menaip, fikir dahulu ayat yang lebih lembut tapi mereka faham apa yang korang nak maksudkan dan selepas taip, baca balik ayat korang taip tadi. Baru enter atau publish. Hokey! ✌

Pesanan Khidmat Masyarakat ini di bawa khas dari www.nurfuzie.com . Hahahahha
5

Cara Melentikkan Bulu Mata


Cara Melentikkan Bulu Mata | Memiliki bulu mata yang panjang, lebat dan lentik menjadi idaman setiap wanita. Ada beberapa cara untuk melentikkan bulu mata korang tanpa menggunakan mascara, bulu mata palsu dan sebagainya. Cara ini juga sebenarnya sangat mudah, murah dan bertahan lebih lama.  

Cara melentikkan bulu mata adalah seperti berikut

  1. Minyak Zaiton / Olive Oil - Titiskan minyak zaiton di atas bulu mascara yang lama (telah dibersihkan) dan pakaikan pada mata (seperti memakai mascara). Setelah kering boleh bersihkan menggunakan span berserta air suam.
  2. Minyak Jarak - Sebelum tidur, oles atau sapukan pada bulu mata arah keatas. Keesokan paginya bersihkan menggunakan span beserta air suam
  3. Madu - Pakai Minyak Zaiton atau minyak jarak, biarkan kering dalam 30 minit kemudian bersihkan
  4. Susu Tanpa Gula / Susu Ibu - Dipakai selepas mandi. Susu ibu digunakan pada bayi. Buat setiap kali bayi tidur.
  5. Telur Udang (Untuk dewasa sahaja) - Ambil telur udang dan pecahkan dan sapu sambil usap bulu mata. Biarkan 30 minit dan bilas
Tahukah korang, bulu mata boleh dilentikkan dan dilebatkan bermula dari bayi lagi. Setiap kali anak tidur, ambil masa beberapa minit untuk sapukan atau oleskan pada bulu mata ke atas dengan menggunakan jari. Insyallah bayi akan melentik bulu matanya sehingga dewasa. 
4

Tips Awet Muda Yang Boleh Diamalkan Setiap Pagi


Tips Awet Muda Yang Boleh Diamalkan Setiap Pagi | Assalamualikum dan selamat pagi semua. Semangat cik en hari ini untuk bekerja walaupun setiap hari isnin, mood akan swing sedikit. Disebabkan bangun terlebih awal hari ini, cik en nak kongsi sedikit tips yang cik en amalkan daripada muda (muda la sangat) sehingga nak masuk 30 an ini. Tak perlu keluarkan modal pun, cukup dengan amalan ini dibuat setiap pagi.

  1. Bangun sahaja dari tidur, jangan terus berjalan ke bilik air, duduk dahulu dalam beberapa minit. Cara ini untuk tidak mengejutkan tubuh badan dari rest ke aktiviti lain
  2. Amalkan minum segelas air kosong (sebelum berus gigi dan mandi)
  3. Jangan cuci muka dengan sabun pencuci. Cuma cuci menggunakan sponge muka yang dibasahkan. Sebabnya, minyak yang keluar semasa tidur adalah minyak yang baik buat kulit
  4. Mandi pula, jangan la terus jirus dari atas ke bawah. Mulakan dengan bahagian kaki, badan dan seterusnya kepala. Bagus untuk orang selalu magrain
  5. Sebelum mula mengambil air sembahyang, keringkan badan dahulu
  6. Apabila mengambil air sembahyang (part membasuh muka) habiskan dengan meraut kulit muka dari bawah ke atas untuk menjadikan muka 'tidak jatuh' atau berkedut apabila berusia kelak.
  7. Dan jangan di lap air sembahyang yang diambil biarkan ianya meresap pada tubuh badan dan muka. Inilah seri orang selalu bersembahyang.
  8. Jika dapat embun di kawasan kampung (yang bersih belum dicemari) bolehlah di amalkan beberapa kali dalam seminggu
Ini antara tips yang cik en buat setiap pagi sebelum dan selepas mandi. Harap boleh jadikan panduan kepada wanita dna gadis diluar sana. 
3

7 Tips Elakkan "Pokai" Sebelum Gaji


Tips Elakkan "Pokai" Sebelum Gaji | Tips ini memang cik en amalkan setiap kali ada perayaan, percutian dan sebagainya. Biasalah, bila gaji je, mulalah nak membeli itu ini dan seminggu dua sebelum gaji dah mula pokai. 

  1. Selitkan sekeping dua duit di dalam celah celah kad dalam beg duit korang dan buat buat lupa
  2. Dapat gaji terus pecahkan duit ke dalam bank bank sekurang kurangnya 3 bank
  3. Bagi pinjam pada kawan-kawan dan (yang akan bayar balik bukan yang tak ingat hutang)
  4. Bayar dulu makan kawan kawan tapi pastikan diorang bayar balik seminggu dua selepas itu atau boleh guna beli barang pejabat dulu dan resit disimpan dan tunggu duit "patty cash" dibayar. Selalunya seminggu sebelum gaji. 
  5. Dapat gaji terus masuk tabung dan pastikan tabung tu tersorok
  6. Setiap kali berbelanja gunakan duit bernilai besar sahaja. Bila nampak duit bernilai besar makin berkurang, jadi korang tiba tiba akan jadi berhemah berbelanja. Jadi nilai kecil ini stok untuk hujung bulan.
  7. Bersedekah itu akan ada rezeki yang lain
Ini antara tips yang cik en buat selama beberapa tahun ini. Menjadi.. Tapi kena ada kawan kawan yang jenis bayar balik. Bukan pinjam dan buat krik krik krik. Mungkin ada cara korang lain dari cik en, boleh komen pula tips komen korang di ruangan komen. 
6

Wujud Ke Lelaki Yang Memilih Hati Dari Rupa?


Wujud Ke Lelaki Yang Memilih Hati Dari Rupa? | Wujud ke lelaki yang memilih hati, sopan santun dan memiliki ciri ciri wanita ala ala melayu terakhir? Sebagai pengalaman cik en sendiri, tidak kisah lelaki atau wanita, gambaran pertama yang menjadi keutamaan pada mula perkenalan adalah fizikal dan raut wajah. Jika tidak menarik langsung, semestinya tak akan ada langkah seterusnya untuk berkenalan. Kalau ada pun mungkin kerana urusan atau alasan yang tidak dapat dielakkan. Terpaksa berurusan dan berkenalan.

Selepas itu, barulah kita boleh menilai hati dan perwatakan baik atau tidak. Cik en dikalangan ladies yang tidak mempunyai rupa ala ala model dan menarik, agak brutal dan jenis serba ringkas, tidak pandai mengikuti fesyen fesyen terkini, tudung pun jenis pakai sarung saja. Sesekali la memakai shawl atau selendang. Baju yang ada pun kebanyakan T-shirt, kemaja boleh la dibilang. Dan seluar lebih kepada jeans dan slack sebab pakai bekerja. Dan sepanjang cik en keluar hangout dengan rakan rakan yang lebih berstyle dan pandai berhias, cik en bukanlah jadi pilihan mereka mengorat. Haha, jadi penampilan sangat penting dalam menarik minat orang tertarik dengan kita. 

Tapi atas apa yang berlaku sebelum ini, cik en rasa bersyukur juga, sebabnya cik en bukan dalam golongan yang dapat menarik perhatian lelaki. Dan buat cik en rasa dilindungi dari sebarang anasir anasir yang tidak baik. Jadi, jika korang seorang yang gemuk, tidak cantik, gelap dan tidak mempunyai raut ala ala model, jangan merendah diri. Isikan dengan spirit, confident dan percaya diri kita ini permata di antara pasir laut yang ada. Tengok Sherry Al Hadad, walaupun badan berisi, tapi kita suka tengok dia, sebab kadar keyakinan dia yang tinggi 
11

10 Tips Mudah Untuk Tidak Tinggalkan Sahur


10 Tips Mudah Untuk Tidak Tinggalkan Sahur | Setiap kali bulan puasa, semestinya semangat bersahur akan berkobar kobar seminggu awal, masuk minggu seterusnya, mulalah semangat bersahur berkurang. Lagi lagi bujang kan? Sama la dengan cik en, dan selalu skip bersahur sedangkan bersahur adalah amalan sunat yang mudah dilakukan walaupun segelas air masak. Kali ini cik en kongsikan cara mudah untuk sediakan juadah tanpa ada adegan hangus atau tak sempat memasak disebabkan lambat terkejut sahur. 

  1. Jika masih bujang, boleh sediakan stok makanan segera yang berkhasiat di dapur. Contoh oat, Instant Milo/Horlick/Nescafe dan kurma
  2. Beli thermos dan letakkan air panas sebelum tido, senang untuk bancuh oat segera atau Instant Drink. Tidaklah tertidur balik sementara tunggu air masak kan? 
  3. Jangan bancuh oat atau Instant Drink dengan 100% air panas, letakkan air biasa juga untuk mengelakkan kepanasan dan perlu tunggu untuk sejuk. Takut tertidur balik. hihihi..
  4. Untuk yang wajib makan makanan berkarbohidrat seperti nasi,mee atau sebagainya, bolehlah masakkan nasi dan lauk pauk sebelum tidur atau siap siap goreng mee sebelum tidur.Boleh simpan dalam peti ais atau biarkan dalam kuali dan tutupkan saja dengan penutup Jangan terlalu awal, takut nanti basi. Sebelum makan, panaskan semula.
  5. Jika tidak suka menu panas semula, boleh sediakan stok telur dan sardin banyak banyak. Sebabnya goreng telur dan sardin adalah satu makanan yang senang di masak.
  6. Kisar bahan tumis seperti cili kisar, bawang putih, bawang merah. Nanti nak masak, lebih mudah.
  7. Boleh sediakan stok makanan sejuk beku (tidak digalakkan makan)
  8. Bangun tidur terus mandi, inilah cara segarkan mata dan badan. S
  9. Bangun 30 minit sebelum habis bersahur. Sahur terbaik adalah 15 minit sebelum masuk Imsak
  10. Jika masih tidak boleh, bolehlah bersahur tengah malam sebelum tidur dan bangun sebelum masuk Imsak dengan minum air sahaja.

Diharap tips ini boleh memberi idea atau membantu sesiapa yang selalu terlepas bersahur. Sedangkan bersahur ini adalah membezakan antara penganut agama lain dengan agama Islam. Dan untuk pengetahuan pembaca cik en, waktu sahur adalah waktu mustajab untuk berdoa tau. 
4

10 Amalan Sunat Di Bulan Puasa


10 Amalan Sunat Di Bulan Puasa | Bulan Ramadan tidak lama lagi. Bulan mulia ini, ramai yang berlumba lumba membuat amal jariah dan perkara sunat. Untuk tahun ini, jom kita tanamkan azam membuat amalan sunat untuk menambah pahala. Jom cik en kongsikan beberapa amalan sunat yang boleh kita lakukan sepanjang bulan puasa ini.


  1. Melambatkan sahur tapi tidak terlalu lambat
  2. Bersahurlah walaupuns seteguk air
  3. Menyegerakan berbuka
  4. Bermuka dengan rutob (kurma basah) dengan angka ganjil, kalau tiada boleh dnegan kurma kering atau bend amanis yang tidak disentuh api(dimasak atau dipanaskan)
  5. Bersolat Terawih
  6. Membaca ayat AL-Quran walaupun sepotog (Boleh habiskan satu Al-Quran sepanjang bulan puasa dan juga lupa memhami maksudnya sekali)
  7. Memperbanyakkan solat sunat seperti solat Dhuha
  8. Memperbanyakkan sedekah tanpa ada perasaan riak atau menunjuk nunjuk
  9. Menjaga tutur bicara
  10. Jauhkan diri dari sifat membazir
Dan sebenarnya banyak lagi amalam sunat yang boleh dibuat. Ini sebahagian untuk menjadi garis panduan kepada semua pembaca blog nurfuzie.com
3

Post Mortem Haiwan


Post Mortem Haiwan | Post Mortem atau bedah siasat bukan sahaja di buat pada manusia. Tapi terhadap haiwan juga. Sama juga seperti manusia, postmortem atau PM ini di buat untuk mengetahui punca punca kematian. Macam jabatan cik en, kami melakukan PM ini untuk haiwan ternakan dan unggas (ayam,itik,puyuh). Tapi ada juga yang kami hantar terus ke makmal untuk dibuat PM lebih lanjut. Makmal yang berdekatan dengan pejabat cik en adalah Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh

Seperti kami, kami akan memeriksa keadaan fizikal luaran dan dalaman. Dan selalunya kami akan ambil 5 organ untuk dihantar ke makmal. 5 organ itu adalah
  1. Jantung
  2. Peparu
  3. Limpa
  4. Buah Pinggang
  5. Hati
Dan jika ada kes kes keracunan, sampel dalam perut akan di ambil. Ada borang yang perlu diisi dan dihantar bersama sampel/organ ke makmal. Selalunya akan ambil masa 1-2 minggu untuk mendapatkan keputusan makmal ini. Jadi kalau ada pembaca cik en ini ada membela ternakan atau akan bela ternakan, apabila berlaku kematian tanpa sebab boleh hubungi pejabat perkhidmatan veterinar daerah masing masing untuk mendapatkan khidmat nasihat. 
1

Kenapa Cik EN Tidak Setuju Artikel 7 Sebab Kenapa Anda Perlu Balik Kerja On Time!


Mungkin ada yang telah baca kenyataan di atas ini dan kongsi di Facebook tapi cik en ada pendapat yang tersendiri untuk tidak menyokong artikel ini 100%.  Mungkin ada yang mempunyai pendapat yang tersendiri tapi better baca entri ini sampai habis sebelum kecam cik en ye..

  1. Kerja tidak pernah habis! - Iya, di akui kerja tidak pernah habis tapi jika kita tidak habiskan kerja yang sepatutnya mengikut masa yang yang ditetap sememangnya kerja akan bertimbun timbun dan masa bekerja akan lebih banyak. Jadi habiskan kerja mengikut dateline yang ditetapkan. 
  2. Keluarga lebih penting daripada kerja! - Yang ini pun cik en setuju tapi kita kena ingat, gaji kita RM1000 jadi buat kerja dengan nilai itu, jika lebih Allah akan berikan imbal balas dengan anak anak dan isteri yang dengar kata atau soleh solehah. Jika kita kerja gaji RM1000 nilai kerja hanya RM500, Allah imbal balas juga tapi mungkin kedegilan anak anak atau keluarga yang tidak harmoni. So buat kerja mengikut nilai gaji atau lebih ye..
  3. Kalau korang susah bukan bos akan tolong pun kan? - Kalau bos korang itu, yang beri gaji pada korang, rasanya bos tak tolong ke? Ada yang minta advance, ada yang minta naik gaji, ada yang minta belanja dan ada bos yang sanggup datang malam malam ke rumah kalau ada kecemasan. Kecuali kalau hubungan korang dengan bos dingin, suka melawan atau pun bos korang berlagak dan sombong. Kalau korang pekerja yang baik, kerja tip top, bos mana yang tak akan jaga korang kan? Lain lah kerajaan, mungkin akan ada tapi kelebihan kerja kerajaan, ada persatuan pekerja yang boleh korang mengadu.
  4. Manusia hidup bukan untuk bekerja, tapi bekerja untuk hidup - yang ini memang tak boleh disangkal. Tanpa kerja korang pun tidak boleh nak hidup sebab tak dapat gaji. Bila tiada gaji tiada duit, bila tiada duit nak makan apa kan?
  5. Manusia yang jenis suka duduk pejabat, makanya anda ini forever alone - Siapa kata? Kalau ada keseronokan bekerja tempat kerja itu dah mula ada komuniti tersendiri. Pejabat sekarang boleh buat makan makan, boleh solat berjemaah bersama dengan adanya surau dan di tempat cik en, siap ada geng karaoke lagi. So forever alone ke?
  6. Korang adalah seorang manusia dan bukan sebuah mesin - Memang la, manusia bukan mesin dan mesin bukan manusia. Mesin dikawal oleh manusia. So... rancanglah masa korang. Masa bekerja tumpukan sepenuhnya. So jadi bijak untuk buat pengurusan masa.
  7. Pesanan terakhir, kalau bos korang minta untuk bekerja lebih masa, berikan artikel ini kepadanya! - Persoalannya, berani ke korang bagi artikel ini pada bos korang? Berani ke hendak diberhentikan kerja? Berani ke menerima risiko risiko yang lain? Kalau diberhentikan, macamana anak isteri? nak suap apa pada anak kecil? susu? nak beli susu perlu ada duit, mana nak dapatkan duit? kena berkerja. Bukan mudah hendak mencari kerja sekarang ini.
Kita sendiri tengok diri sendiri. Jika kita sendiri masuk kerja pukul 10.00 pagi sedangkan 8.00 pagi mula bekerja, datang kerja hanya melepak tanpa buat tugas hakiki, abaikan tanggungjawab kepada anak buah atau orang atasan ataupun kita sendiri tidak jalankan tugas kita dengan betul dan balik kerja lebih awal, rasanya 100% artikel diatas ini tidak sesuai untuk korang. 

Kerja itu adalah satu keperluan untuk kita dapatkan sumber kewangan untuk kehidupan kita hari hari. Hasil rezeki untuk anak isteri kita di rumah perlulah dari sumber dan hasil yang halal. Jika kita sendiri tidak dapat beri komitmen pada kerja, bagaimana hasil yang kita dapat itu. Mungkin bukan tugas kita untuk menilai kerana Allah lebih mengetahui tapi kita tanya pada diri kita sendiri, ikhlaskah aku bekerja, adakah aku jalankan tanggjawab aku sepenuh pada kerja, dimana janji ingin berkhidmat sebaik mungkin masa ditemuduga dulu dan lain lain. Istiqomah itu penting. 

Tapi janganlah sampai abaikan keluarga kerana bekerja. Jika kita bekerja dengan ikhlas dan penuh komitmen, sesekali bercutilah dan spend time with family . Akan rasa kebahagian dan kepuasan tersendiri.  Bukannya hanya merungut itu ini. Jika ada bos yang berlagak dan menindas kita, kita kena yakin Allah itu ada. Allah tidak pernah tidak adil dengan kita. So renung renungkan dan selamat beramal.

p/s : entry diatas hanya contoh untuk cik en bercerita mengenai tanggungjawab bekerja. Jadi jangan pula jadikan ia bahan kecaman untuk cik en ye... 

11

Cara Terbaru Dapatkan TAC On Mobile CIMB Click


Cara Terbaru Dapatkan TAC On Mobile CIMB Click | Nampaknya CIMB Bank telah menerapkan elemen baru kepada perbankan online mereka demi menjagi kerahsiaan terutama urusan dalam talian. Cik en pada mulanya tidak tahu tetapi apabila membaca keterangan barulah tahu. Entri ini untuk panduna penggunaan CIMB Click yang menjalankan urusan pembayaran, penerimaan atau sebagainya.

Untuk kes ini cik en ambik contoh prepaid topup.

Login CIMB Click dan pergi ke menu seperti biasa iaitu 
Top Up > Preapid Reload
Isikan butiran yang diperlukan

 Selesai sahaja submitkan. dan akan masuk ke paparan seperti dibawah ini


Tiada lagi send TAC ke mobile sms tetapi anda boleh tukar setting ke mobile sms. Jika keluar yang ini sahaja, anda boleh download aplikasi CIMB Clicks di Google Play dan klik di TAC on Mobile seperti dibawah ini


Apabila anda klik disitu akan keluar paparan di bawah dan diberi no TAC dan masukkan ke dalam urusniaga kita di dalam CIMB Click


Dan urusan anda boleh diselesaikan serta merta. Urusan ini hanya untuk urusan CIMB Click melalui Desktop sahaja.
5

Anda Terkena Sporo?


Anda Terkena Sporo? | Anda mempunyai kucing yang luka dan tidak baik baik? Kemungkinan kucing anda terkena sporo. Boleh semak tanda tanda sporo di entry ini Rawatan Kes Sporo Kucing dan Sporotrichosis. Dan paling menakutkan, anda sendiri boleh terkena sporo ini dan akan menjadi parut yang tidak akan hilang. Jadi perhatikan kucing anda dan pastikan tanda tanda sporo tiada pada mereka. Jika ada, anda mungkin boleh berjangkit dan sila ambil langkah langkah untuk mengelakkan daripada menjadi kronik.

Jika kucing anda ada tanda sporo, sila bawa ke klinik veterinar yang berdekatan dan dapatkan nasihat vet. Atau ikuti langkah langkah di bawah ini
  1. Jika kucing positif sporo, elakkan bersentuh dengan luka kucing secara terus /direct. Gunakan sarung tangan atau glove setiap kali membuat rawatan
  2. Asingkan kucing yag sporo di dalam sangkar dan selalu bersihkan sangkar. Sekurang kurangnya sehari sekali.
  3. Jika dicakar atau tersentuh luka, cari iodin, dettol atau antiseptik dan cuci di tempat terkena
  4. Jika ada tanda gatal gatal, bengkak atau tidak normal, silalah ke klinik secepat mungkin.
  5. Jika lambat ianya tidak membawa kematian tapi kulit anda akan mempunyai parut yang memburukkan.
Jangan ambil mudah sakit sporo ini. Walaupun bukan wabak atau virus, penyakit fungas ini boleh buat kucing anda mati dan berjangkit serta anda akan berparut. Harap, dengan penerangan ini, jangan ambil mudah kebersihan diri selepas bermain dengan kucing anda. 
6

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak


Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak | Telur Setengah Masak atau Telur separuh masak adalah menu yang paling ringkas tetapi mampu memberi tenaga yang maksima untuk badan. Mungkin ianya telah dikeluarkan di blog lain atau ada sudah arif membuat tapi cik en hendak kongsi cara yang paling mudah untuk pengemar telur setengah / separuh masak ini. 

Tapi cik en menggunakan bekas dibawah ini yang mana boleh didapati di mana mana kedai plastik. Harganya bawah dari RM10.



Mula mula letakkan telur yang telah dicuci. Maksimum satu bekas hanya boleh guna 4 biji ke bawah sahaja


Masukkan air yang betul betul panas dan sukat menggunakan berapa banyak biji telur yang kita masukkan tadi.

Air akan menitis dan apabila tiada lagi air didalam bekas tandanya telur setengah atau separuh masak anda siap dihidang. Boleh sahaja gunakan di pejabat kan? 

Tiada bekas diatas? boleh rujuk bacaan minit di bawah ini

Berapa minit untuk rendam telur separuh masak / setengah masak :
  1. 2-3 minit untuk suku masak
  2. 4-5 minit putih separuh masak (kuning masih cair)
  3. 6-7 minit putih 3/4 masak 
  4. 8-10 minit telur dah mula masak
13

Tips Tanggalkan Road Tax Tanpa Kesan


Tips Tanggalkan Road Tax Tanpa Kesan | Entri ini wujud kerana ianya menjadi trending di Facebook. Selepas JPJ memperkenalkan roadtax atau cukai jalan yang ada tanda hologram ini, ianya menjadi satu masalah kepada pemilik kereta kerana ianya akan meninggalkan kesan apabila ingin menanggal dan menampal roadtax kereta yang baru. Ini antara langkah untuk tanggalkan roadtax tanpa kesan di cermin depan kereta

  1. Rendam kain dengan air panas.
  2. Letakkan kain diluar cermin kereta, betul-betul di hadapan road tax yang nak ditanggalkan.
  3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam cair.
  4. Selepas 5-10 minit, tanggalkan road tax perlahan-lahan.
Atau anda boleh liminate roadtax anda di kedai tinted seperti ini


Jangan pula hantar di kedai liminate buku pula iye, di kawasan cik en, cik en memang akan hantar ke kedai tinted kereta kerana mereka akan membuka dan liminate dengan kemas seperti diatas. Hologram JPJ pun tidak terkoyak atau tercalar. Semenjak pakai kereta, cik en akan liminate sahaja dan tiada masalah roadtax melekat dan menjadi comot di cermin depan kereta. Cik en baru sahaja menukar roadtax 13 Februari yang lalu. Jadi setiap tahun akan sambut hari Valentine dengan Mr Barney cik en ini la. 
1

Cara Sejukkan Diri Di Musim Panas


Cara Sejukkan Diri Di Musim Panas | Musim Panas di Malaysia dijangka akan berlanjutan sehingga Mac 2016. Jadi perbanyakkan minum air dan kurangkan aktiviti dibawah terik matahari. Yang ini salah satu untuk sejukkan diri di musim panas.

Apa apa keraplah minum air masak dan mandi ye kawan kawan.
7

Berbaloi Ke Guna Widget Dari Google+ Di Blog Kita?



Berbaloi Ke Guna Widget Dari Google+ Di Blog Kita?  | Idea entri kali ini cik en dapat dari hasil Blogwalking kawan kawan cik en. Menjadi satu kewajipan kepada cik en untuk terjah semula dan mencari entri menarik untuk cik en komen apabila korang datang terjah blog cik en. Kadang kadang awaiting comment mencecah ratusan tapi cik en tetap tidak akan approved selagi cik en tidak terjah blog korang. Gagahkan diri untuk melawat walaupun sebagai silent reader. Jika blog korang menarik, cik en akan follow blog korang dengan tiada syarat untuk follow balik cik en atau tidak. Follower tidak menjaminkan yang mereka akan menjadi pembaca tetap blog kita tapi yang patut kita cari silent reader yang tidak jemu jemu membaca blog kita. 

Tapi ada beberapa masalah yang cik en hadapi terutama yang menggunakan Google Plus untuk
  1. Link Profile terus ke Google+ Profile
  2. Menggunakan Widget Komen Google+
Google+ Profile adalah satu tapak yang mempunyai SEO lengkap untuk menjadikan blog kita antara yang teratas dalam carian Google. Jadi gunakan medium itu, untuk korang naikkan pageviews blog korang. Jangan kejarkan income dari mana mana laman web syarikat pengiklanan sampai blog sendiri tidak ada pengunjung. Setiap kali cik en terjah dan cari blog korang di Google+, cik en terpaksa mencari yang mana satu blog korang. Kebanyakannya dari link sharestory atau komen korang di blog orang lain. Bukankah menjadi satu kerugian kepada korang? Blog orang lain pula mendapat pageview. Rugi dan sangat rugi! Taktik ini dibuat dalam korang tidak sedar. 

Widget Komen Google+ pula bagi cik en rugi juga untuk korang dapatkan return visit ke blog korang. Sebabnya bila korang membalas komen, komen korang terus dinotificationkan terus ke Google Plus. Jika korang memang pengguna Google Plus seprti Facebook, its fine, tapi jika tidak, korang susah untuk dapatkan balik return visit itu. Dan juga, loading untuk komen terlalu perlahan walaupun cik en menggunakan streamxy no limit. 

Jika ingin berblog, janganlah apabila tengok tutorial yang menarik korang terus follow, kaji dulu baik buruk gunakan widget atau apa apa tutorial itu. Kesan kepada pageviews dan loading blog itu penting. Sebab itu banyak blog ada content yang sangat menarik tapi kurang mendapat sambutan. Untuk mendapatkan carian google tertinggi mungkin kita tidak mampu, tapi dengan mengambil tahu hal hal seperti cik en nyatakan dalam entri ini, mampu membawa pembaca yang korang blogwalking kembali semula ke blog korang dan akhirnya menjadi follower korang seterusnya engaged dengan entri korang

p/s: Google Plus itu sangat berguna untuk blog kita tapi jangan sia siakannya. Bak kata cik en " Dapat basikal bermotor tapi masih menggunakan kayuhan normal. Merugikan!! "


7