Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: tempat menarik

Showing posts with label tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik. Show all posts

Apa Itu Make 11.11 Fly?

Apa Itu Make 11.11 Fly? | Sebut saja pasal fly, mesti korang membayangkan percutian atau travel kan? Mesti korang juga tak percaya yang cik en baru sekali menggunakan flight untuk travel. Kebanyakkan cik en banyak habiskan masa travel di seluruh semanjung Malaysia. Tapi kali ini, Cik en cuba sekali lagi merancang bercuti menggunakan flight. Gian nak naik flight kot. Untuk kali ini, cik en berhasrat untuk bercuti bersama adik cik en ke Lombok pula. Bila dengar kawan kawan yang pernah beritahu kecantikan Lombok, buatkan cik en rasa tak sabar nak ke sana. Cuma kali ini cik en nak gunakan tawaran Make 11.11 Fly untuk percutian kali ini. Apa Itu Make 11.11 Fly? Jom baca lebih lanjut

Apa Itu Make 11.11 Fly?
Apa Itu Make 11.11 Fly?

Apa Itu Make 11.11 Fly?


Make 11.11 Fly adalah kempen promosi jualan flight ticket yang dibuat oleh Traveloka yang berlansung selama tiga hari, 10, 11 dan 12 November. Korang boleh dapatkan harga flight yang tak masuk akal untuk pergi kemana mana saja minimum untuk 2 orang termasuk return ticket. Sebab itulah cik en pun nak grab masa murah macamni untuk merancang percutian atau travel. Ini adalah satu tips untuk dapatkan harga flight yang murah dan berbaloi. 

Tempat Tempat Menarik Di Lombok


Sebelum cik en tetapkan tempat untuk travel ini, cik en akan survey tempat tempat menarik yang berbaloi. Sebabnya kebanyakan tempat tempat menarik ini akan ambik masa beberapa jam untuk sampai. Kalau korang dah travel berjam jam tapi tempat biasa biasa je. Tak berbaloi la kan? Disebabakan cik en memilih ke Lombok, cik en perlu survey sedikit tempat tempat menarik yang selalu di kunjungi oleh pelancong. Lombok sememangnya banyak tempat tempat menarik. Antaranya adalah tempat terbaik untuk snorkeling. Semenjak balik dari Phuket, cik en dah jatuh hati dengan dunia snorkeling. Jadi di Lombok, cik en ada survey beberapa tempat untuk snorkeling, aktiviti pantai dan air terjun.

Kawasan Pantai dan Pulau di Lombok


1. Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno


Gili Trawangan, Gili air dan Gili Meno terletak bersebelahan di Kepulauan Gili. Sebab itu di setiap pulau akan diletak nama Gili. Antara 3 kepulauan ini, Gili Trawangan merupakan salah satu lonely planet di dunia. 


Antara aktiviti yang boleh dibuat di ketiga tiga pulau ini adalah :

  1. Berenang
  2. Water Sport (Banana boat, Water Ski, Kayak, Jet Ski dll)
  3. Snorkeling
  4. Diving
  5. Berbasikal mengelingi pulau
  6. Naik Cidimo ( Cidimo adalah andong yang ditarik oleh kuda)
  7. Berjalan jalan sepanjang persisiran pantai
  8. Bergambar 
  9. Berkuda
  10. Bersantai di tepi laut sampai menikmati pelbagai jenis makanan. Sebabnya di sepanjang persisiran pantai mempunyai banyak kedai makanan
  11. Bersantai di hotel sebabnya di hotel pun tak kurang cantiknya berbanding di tepi laut
  12. Gili Air Night Market
2. Pink Beach



Seperti nama tempat ini Pink Beach, kelainan yang dapat di tengok pada pasirnya yang berwarna pink atau merah jambu. Apa apa pun nama asal pantai ini aadalah Pantai Tangsi. Pantai ini merupakan salah satu dari tujuh pantai di dunia yang memiliki pasir pantai berwarna pink, dan satu dari dua pantai di Indonesia yang memiliki pasir pantai berwarna pink. Kenapa ianya berwarna pink? Ini disebabkan pasir yang bewarna putih bercampur dengan kerang bewarna merah muda. Disini korang boleh buat aktiviti snorkeling, memancing dan menyelam. 

3. Kuta Beach 


Jangan keliru pulak ye, Kuta Beach ini ada 2 tempat. Satu di Bali dan satu lagi di Lombok. Seperti di Bali, Kuta Beach di Lombok pun mempunyai tempat yang menarik sama di Bali. Antara tips yang boleh korang gunakan datang kesini adalah

  1. Berjalan jalan di pantai kuta sebelum ke pantai pantai berdekatan yang lain
  2. Kalau korang ada sewa kereta, pastikan korang balik ke hotel sebelum pukul 6 untuk kelancaran trafik yang baik’
  3. Kalau nak sewa peralatan snorkeling, cuba untuk dapatkan diskaun, sebabnya mereka boleh berikan diskaun sehingga 30 %
  4. Disebabkan cuaca panas disini, pastikan korang pakai krim sun block, cermin mata dan topi
  5. Sila jaga kebersihan. Jangan suka hati membuang sampah ye
  6. Hotel yang berdekatan adalah Kutu Indah Hotel dan Kuta Paradise Lombok

4. Mawun Beach


Kalau korang tak sukakan ramai orang, katanya Mawun Beach ini kurang pelancong yang datang. Sampaikan tiada kedai makan atau warung yang menjual. So kalau datang sini kena sediakan makanan siap siap. Macam berkelah kan? Pastikan juga datang sini, pakai sunblock. Kat sini ada menjual barangan tenun dan antara tips yang cik en baca di internet, kalau dah tawar menawar dan korang berjaya dapatkan harga murah jangan pulak tak jadi beli. Katanya ada peniaga yang bertindak di luar kawalan. 

Kawasan Air Terjun di Lombok


1. Sendeng Gile dan Tiu Kelep Waterfall


Sendeng Gile dan Tiu Kelep Waterfall mengambil masa 1 jam 30 minit dari Gili Islands. Disini korang akan menyaksikan keindahan air terjun yang cantik. Ianya terletak di kaki Gunung Ranjini. Antara tips yang korang boleh ambil bila datang kesini adalah :

  1. Gunakan kasut bukan licin yang sesuai dengan medan yang agak curam.
  2. Lebih baik jangan melawat tempat ini pada musim hujan.
  3. Bawa pakaian pertukaran jika anda ingin mandi di air terjun.
  4. Elakkan berada di tempat di mana air jatuh (terutama di air terjun Tiu Kelep), kerana air terjun membentuk aliran putaran yang dapat menenggelamkan anda.
  5. Lindungi kamera anda dan barangan elektronik yang lain semasa anda berada di kawasan air terjun.
  6. Jangan merosakkan, mengeluarkan atau membawa pulang sebarang tumbuh-tumbuhan atau haiwan dari kawasan air terjun.
2. Gunung Ranjini


Gunung Ranjini adalah gunung berapi ke dua tertinggi di Indonesia.. Disini menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangan dia yang indah. Selain dari puncak gunung Ranjini, ada satu tempat yang dinamakan Segara Anakan mnjadi tarikan. Segara Anakan merupakan danau kawah yang cantik.

3. Air Terjun Benang Kelambu


Selain dari Seleng Gile dan Tiu Kelep Waterfall, Air Terjun Benang Kelambu adalah salah satu air terjun yang popular di Lombok. Disini berbeza di Tiu Kelep Waterfall, air terjun berbentuk tali dan seperti keluar daripada rimbunan pokok. Katanya memang cantik sangat suasana di sini. 

4. Air Terjun Gangga


Katanya di Air Terjun Gangga ini ada mitos Desa Bistari yang hilang. Ianya berlaku pada zaman penjajahan Belanda. Disebabkan risau desa ini menjadi mangsa, salah seorang tetua adat di Desa Besari berdoa pada Tuhan agar desanya dihilangkan dari pandangan orang luar. Jadi kawasan air terjun ini dulu ada perkampungan. Selain dari kisah mitos, tarikan utama pelancong disini adalah rumah pohon. Korang boleh naik dan bergambar di atas. Disebabkan bilangan pelancong yang bertambah, korang dah tak boleh naik rumah pohon beramai ramai. Korang perlu beratur untuk naik. 

Kesemua tempat tempat diatas, cik en akan cuba kunjungi dengan adik cik en tak lama lagi. Disebabkan Make 11.11 Fly akan berlansung tak lama lagi, cik en akan menunggu Make 11.11 Fly di Traveloka untuk mendapatkan tawaran terbaik. Jumpa di next entry di www.nurfuzie.com. da.....
7

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar | Cik en memang sangat suka mandi air terjun berbanding pantai. Mungkin kerana pantai ini lebih open, panas dan jauh dari kampung cik en. Air terjun ini kalau cik en mandi confirm berendam lebih dari 5 jam tanpa naik ke darat. Jangan ditanya "tak sejuk ke" "tak kecut ke kulit tu" sebabnya cik en sendiri tak tahu kenapa cik en boleh tahan kesejukan berendam daripada kesejukan angin. Hari minggu sebelum ini cik en ada bawa kawan cik en, Siti Mariam untuk jalan jalan ke Kuala Kangsar dan tempat pertama cik en bawa adalah Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini la. Niat nak mandi tapi sebab nampak diatas gunung nampak langit gelap je, cik en cancel untuk mandi. 

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar 

Mesti yang tertanya kenapa cik en nampak langit di atas gunung gelap cik en cancel mandi kan? Sebabnya kita tahu di atas gunung tu tengah hujan atau bakal hujan. Tak mau nanti "kepala air" datang kita tak sempat nak mengelak atau lari. Itu yang banyak kes lemas dibawa arus. Dan juga tengok kawasan pusar air. Kalau ada tak sesuai la untuk korang mandi manda. And last kalau korang pergi mandi air terjun musim hujan, berhati hati dengan kes Leptospirosis atau kencing tikus. Korang boleh baca artikel Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk


Back to Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini, dulu nak masuk free of charge je, sekrang berbayar la weh... Tapi cik en tak kisah asalll kebersihan dijaga sepenuhnya demi keselesaan pengunjung yang cerewat macam cik en. Hahhaha. Bayaran masuk adalah RM 2.00 untuk satu orang dan RM 2.00 untuk satu kenderaan. Untuk cik en kali ini kena bayar RM 6.00 untuk cik en, Mariam dan Mr Barney. Masuk je cik en terus tuju tempat favourite cik en tapi disebabkan cik en nak kongsi dengan korang semua cik en akan tunjuk dulu tempat main Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar dulu ye. Nanti baru cik en bawa ke tempat cik en tu.


Hutan Lipur Ulu Kenas ini dulu tak la secantik sekarang. Dulu tak ada replika dan pelan susur atur ini. Mungkin disebabkan kebersihan tak dijaga oleh pengunjung, pihak Jabatan Perhutanan take over dan renovate tempat ini jadi cantik. 


Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini betul betul dekat dengan Kem Bina Badan Negara Ulu Kenas. Cik en kursus melibatkan keselamatan pun dibuat disini tau. 


Tepi Kem Bina Badan ini ada tempat mandi manda yang sesuai untuk keluarga. Airnya cetek dan jernih dan tak banyak batu batu. Sesuai untuk lepaskan kanak kanak mandi bebas la.


Ditepi nya ada jambatan yang mana menuju ke chalet. Cik en cuba cari info pasal chalet tapi tak jumpa. Yang itu korang kena tanya Jabatan Perhutanan Perak atau terus ke Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini ye




Mesti ada yang bertanya tanya, kalau dah berbayar mesti ada tandas dan tempat jalan baju kan? Yup memang ada, cik en snap untuk korang ye.


Mesti ada yang tak sabar nak tau port cik en kat mana kan? Ha, tempatnya sebelum sampai tempat main Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar  ini. Tempat ini best sebab dalam dan ada port cantik untuk mandi manda. Meh nak belanja sikit tempatnya. Tempatnya ada jambatan tapi agak usang masa cik en datang.



Ini permandangan dari atas jambatan itu, Boleh la nak skodeng pasangan pasangan ber"mandi mada" kat hujung tu. Hahhahha




ini permandangan dari bawah pula



Port ini lebih sesuai untuk budak budak remaja je. Setiap kali la mai port ini, selalunya port ini kosong la. Dan cik en selalu berkelah ramai ramai dengan sepupu sepapan masa remaja dulu. Hahhaha. Sekarang dah dewasa. Hahahha. Kalau korang mai hari ahad sebelum datang Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar  ini korang boleh singgah Pasar Pagi Hari Minggu Kuala Kangsar. Boleh beli jajan nak makan masa mandi manda nanti
10

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar | Kuala Kangsar adalah tempat kelahiran cik en dan ianya satu satu tempat yang tersemat di hati walaupun cik en ini berpindah randah berpuluh puluh kali. Walaupun kecil je daerahnya tapi kami berbangga sebab hidup aman makmur di bandar di Raja ini. Kat Kuala Kangsar ini orang melayu, cina, india, orang asli dan lain lain hidup aman damai. Lagi lagi senior senior ini. mereka sangat ramah antara satu sama lain sampaikan mereka bercakap langsung tak ada pelat bangsa masing masing. Ada satu tempat menarik kalau korang datang ke Kuala Kangsar pada hari Ahad iaitu Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar


Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar 


Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini ada jual pelbagai jenis barangan dari makanan, barangan basah, barangan kering, pakaian dan lain lain lagi. Ada yang jual ikan ikan segar dari Sungai Perak, ulam ulaman sampai cik en sendiri tak tahu ulam apa. Kalau yang jual baju dan juga baju dalam wanita, mereka sangat ramah sambil belek belek muat ke tidak. Hahahah. Beza kalau beli di pasaraya yang kita sengsorang je dalam memilih kan? Cik en nak kongsi sikit suasana di Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar
Gerai baju sangat banyak. Murah murah pulak tu


Barangan dapur dan plastik juga di jual

Barangan rare macam duit lama pun ada dijual

Terompah yang menjadi kasut pilihan orang dulu dulu

Sayur sayuran segar

Ikan segar dan selalunya di ambil dari Pantai Remis Perak

Pelbagai jenis ikan laut

Ikan Sungai juga

Makanan fovourite cik en CAKOI

Pasar Pagi ini berhampiran dengan medan cendul dan laksa

Belanja gamba owner blog. hihihihi
Disebabkan susah nak dapat parking berdekatan dengan Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini, cik en parking berhampiran Taman Kanak Kanak Kuala Kangsar dan berjalan menaiki jambatan ke Pasar pagi itu. 

Taman Kanak Kanak Kuala Kangsar

Ambil masa 3 4 jam juga la kami pagi itu jalan jalan kat pasar pagi ini. Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini betul betul terletak di Pekan Kuala Kangsar berhampiran Lembah Kuala Kangsar dan dibuka Sabtu dan Ahad saja. Sabtu tu tak semeriah hari Ahad la. Ahad yang paling besar.Selain dari sini, korang boleh tengok tempat tempat menarik yang lain di Tempat Menarik Di Perak Utara. Ok la Insyallah untuk next entri cik en kongsi tempat menarik di Kuala Kangsar yang cik en pergi tempoh hari. XoXo
6

Trip Phuket Krabi | Elephant Tracking dan Hatyai Floating Market


Trip Phuket Krabi | Elephant Tracking dan Hatyai Floating Market | Sekejap saja dah sampai hari terakhir Trip Phuket Krabi yang cik en ambil dari Ayden Averroes Travel ini. Rasa macam baru bertolak dari Malaysia. Haha. Untuk aktiviti hari terakhir ini, kami akan pusing Krabi Town, Safari Elephant Trecking Krabi, makan aiskrim kelapa dan destinasi terakhir di Floating Market di Hatyai. Sebelum bergerak keluar dari Phu Panwa Resort, kami sempat tangkap gambar untuk dijadikan kenangan sebelum bergerak. 



Selesai saja, kami terus ke Safari Elephant Trecking Krabi. Perancangan awal untuk menaiki gajah, tapi sebab kami terlewat, trip gajah dah terlepas, jadi kami hanya sempat untuk berikan makanan pada gajah gajah ini.







Sebenarnya cik en tak lama disini. Entahlah, cik en rasa sayu tengok gajah diatas ini. Terus mengalirkan air mata. Walaupun di Thailand, gajah adalah kebanggaan mereka, tapi dari pandangan mata gajah ini seakan akan sayu dan mengalirkan air mata. 

Seterusnya awe pemandu trip kami bawa kami ke tempat aiskrim kelapa yang famous di area sana. First time cik en rasa aiskrim kelapa ini. Sedapnya tak boleh nak ceritakan. Sedap sangat.


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Hatyai sebelum pulang ke tanah air. Tempat terakhir adalah Floating Market. Kat sini cik en nak belanja je suasana di Floating Market ini. Floating Market ini dibuka Jumaat hingga Ahad saja. Makanan disini kebanyakkan makanan halal so tak la risau macam di Krabi Night Market. Boleh makan apa saja yang ada.











Sedap betul tau bubur disini. Walaupun hanya bubur, tapi rasanya sampai terindu rindu walaupun dah sampai Malaysia. Simple tapi sedap sangat. Lebih kurang pukul 5 petang kami bergerak ke sempadan. Habis dah trip Phuket Krabi kami. Dibawah ini adalah gambar terakhir kami. Sedih wooo.. Apa apa pun, kami tetap enjoy percutian budget ini.


Terima kasih pada team yang lain. Happy betul walaupun baru pertama kali berjumpa. Team KBBA9 sememangnya sporting dan havoc. Kalau korang nak percutian terbaik tapi budget, korang boleh dapatkan perkhidmatan dari 



Facebook 

Instagram 

Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja

WHATSAPP 0149445981 ( EJA ) 
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )

Sesiapa yang terlepas entri sebelum ini, boleh terjah 

3