Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: taiping

Showing posts with label taiping. Show all posts
Showing posts with label taiping. Show all posts

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan | Uiks, cepatnya cawangan baru MBH Medispa ini dibuka? Kalau sebelum ini, kira kira 3 minggu lepas, cik en hadiri grand opening MBH Medispa Manjung yang cik en story di MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka, kini MBH Medispa buka cawangan ke 21 di Taiping. Memilih Taiping sebagai lokasi terbaik, MBH Medispa Taping memberi peluang kepada penduduk Taiping yang mempunyai masalah kulit wajah berjerawat, berparut, kulit kusam dan jeragat untuk kembali cantik dan berseri. Tak perlu nak pergi jauh semata mata untuk dapatkan rawatan ini. | MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan

MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan


MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping

MBH Medispa Taiping ini merupakan cawangan ke 3 di Perak dan kerana permintaan yang tinggi sebelum ini dan rungutan pelanggan perlu travel jauh untuk rawatan kulit, Puan Yaya pengasas MBH Medispa telah memudahkan penduduk di Taiping dengan pembukaan cawangannya di sini. MBH Medispa Taiping dirasmikan oleh penyanyi Kanda Khairul yang pupular dengan lagu "Atikah Songket" yang merupakan salah seorang pelanggan setia MBH Medispa. Seperti yang cik en sharing sebelum ini, MBH Medispa telah melakarkan nama dalam bidang estetik selama 11 tahun sejak tahun 2008 dan setakat ini telah memenangi dua anugerah iaitu Top Brand Excellence Service Asia Pasific 2017-2019 serta Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018. Sebabkan award ini menjadikan MBH Medispa sebagai spa estetik paling dipercayai dalam kalangan pelanggan yang mempunyai masalah kulit muka. 

Rawatan yang paling mendapat sambutan adalah Skin Growth Factor (SGF) dan mempunyai beribu ribu testimoni. "Kalau nak cantik datang ke MBH" kata Puan Yaya memberi inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai keyakinan kurang dan malu kerana kesan daripada kulit wajah bermasalah. Beliau juga berkata " Taiping bukanlah cawangan terakhir MBH Medispa tetapi akan menyusul cawangan terbaru MBH di Kinrara, Punchong, Nilai dan juga Melaka menjelang Ogos dan September ini. Wow! Lagi kukuhlah MBH Medispa di Malaysia ini. 

Sedikit info untuk korang, MBH ini bukan sahaja untuk muka, tapi ada MBH Body Theory untuk rawatan perlangsingan badan yang baru mempunyai 2 cawangan di Johor Bharu dan Melaka. Cik en harap Puan Yaya akan buka satu MBH Body Therapy di sebelah Utara sebab cik en nak buat rawatan kuruskan badan yang semakin lama semakin membesar. Hahahhaha. 

Kalau korang ada masalah rambut, MBH juga ada cawangan MBH Haircare. MBH Haircare ini hanya tertumpu pada rawatan rambut dan estetik yang mempunyai rawatan berunsur moden dan tradisional. Produk digunakan adalah produk daripada kilang sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan. Yang ini pun hanya ada di cawanagn Johor Bharu dan Kajang saja. Hope ada jugalah cawangan di sebelah Utara ini. Mesti ramai yang menunggu cawangan di sini. 

MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping


Selain daripada spa, rawatan badan dan rambut, MBH sebenarnya mempunyai produk penjagaan kulit sendiri yang berasaskan bahan bahan semulajadi yang dipanggil Dermaklair. Dermaklair adalah produk yang menjadi produk utama untuk rawatan kulit di semua MBH Medispa di Malaysia. Produk ini juga digunakan oleh spa spa bukan dibawah MBH kerana kesan produk ini sangat bagus untuk kulit. So far masa grand opening MBH Medispa Taiping tempoh hari, cik en tertarik dengan sunscreen mereka. So cik en terus grab sebabnya masa itu dapat diskaun. Yang itu nanti cik en story di entry yang lain okey? 

Kalau korang nak dapatkan rawatan MBH Medispa Taiping ini , korang boleh baca detail di bawah 

MBH MEDISPA TAIPING 
31, Jalan Ciku, 34000 Taiping, Negeri Perak
Instagram : MBH Medispa Taiping
1

DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping

DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping | Siapa tak kenal dengan DOLI Kuey teow goreng kan? Datang ke Taiping mesti port ini akan masuk dalam list untuk korang cuba. Anyway walaupun cik en orang Perak tapi cik en belum pernah merasa DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping ini. Sebab cik en jarang ke Taiping, cuma bila ada tugas memeriksa ladang itik untuk perlesenan unggas di Perak cik en dapat ladang di daerah Taiping cik en dapatlah nak mencuba DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping ini. 

DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping
DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping

DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping


Entri ini adalah sambungan entri Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak. DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping terkenal dengan menu kuey teow goreng. Selain itu ada mee/kuey teow kari, sup ayam, nasi ayam  dan mee/kuey teow rebus. Cik en yang memang peminat kuey teow goreng semestinya order kuey teow goreng special dorang. 


Cik en suka sebab dia tak terlalu lembab dan berminyak. Ini cik en bagi 1 bintang. Udang dia siap kopek dan cik en memang tak suka (anyway malas) nak mengopek udang ini. So cik en bagi 1 bintang lagi sebab serve udang siap kopek dorang. Kuey teow pula jenis kecik dan cik en suka jenis camni. Lagi 1 bintang cik en bagi. Cuma taugeh dia tak banyak pula. Cik en suka style chinese. taugeh banyak.. hahahaha. Untuk tekak cik en ini cik en suka la dengan kuey teow goreng special ini. 

Kawan cik en Ila, order kuey teow rebus. Rupanya di bawah ini


Agak tawar mungkin kuey teow kan rasa kosong. Kalau mee mungkin ada sedikit masinnya. Kuah dia terbaikkkk!!! Pekat Likatttt.. hahahahah. Ila tambah ayam dan ayam dia sedap la. Tapi kuah dia cepat meresap la. Mungkin dia letak lebih awal dan kuey teow mengembang atau dia letak kuah sikit ataupun memang kuah dia pekat sangat. Anyway cik en suka juga menu kuah rebus ini. 

Cik en tak berkesempatan nak merasa yang lain tapi kalau korang yang tak pernah cuba patut kena cuba la. Mungkin korang akan suka. Cik en ada juga tengok komen di page facebook Doli Kuey Teow Goreng ini. Katanya ramai sampai lambat sampai makanan. Tapi tadi cepat je. Mungkin tak seramai mana sebab waktu bekerja kan. Kedai pun lenggang je. Kira nasib cik en datang masa itu tak ramai. Hahahhaha


DOLI Kuey teow goreng
No. 5, Regat Tupai, 34000 Taiping, Perak
34000 Taipeng, Perak, Malaysia

Waze : Doli Kuey Teow Goreng 
3

Tempat Tempat Menarik Di Perak Utara


Tempat Tempat Menarik Di Perak Utara | Ingin berkunjung ke Perak Darul Ridzuan? Tapi tempat apa yang menarik terutama di sebelah Perak Utara ( Kuala Kangsar, Taiping, Grik dan Kerian). Cik en war warkan di blog cik en ini sebabnya cik en sendiri masih belum lagi pergi ke tempat tempat menarik ini. Jom kita tengok apa yang best

  1. Kuala Kangsar
  2. Malay College Kuala Kangsar
  3. Stesen Keretapi Kuala Kangsar
  4. The Shop Hotel, Kuala Kangsar
  5. Resort Safari Sungai Perak
  6. Teratak Warisan Kampung Kuala Kangsar
  7. Masjid Ubudiah
  8. Masjid Ridzwaniah
  9. Laksa Pokok Limau
  10. Pasembor E Ketek
  11. Kuala Kangsar Hospital
  12. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
  13. Galeri Sultan Azlan Shah
  14. Dewan Jubli Perak
  15. Kuala Gula Sanctuary Resort
  16. Mee Ketam Parit 30
  17. Klinik Desa Beluru
  18. Sk Beluru
  19. Syed Maruku
  20. Buntar Barangan Kemboja
  21. Non Pak Ali Station
  22. Omaq Char Koey Teow
  23. Bulatan Jam Besar Parit Buntar
  24. Pasar Malam Taman Kerian Permai
  25. Lata Damak
  26. Lata Rambung
  27. Lata Tebing Tinggi
  28. Pasar Jumaat Sungai Bayor
  29. Ban Pecah
  30. Zoo Taiping & Night Safari
  31. YONG TAU FOO BOMBA
  32. ATV ADVENTURES PARK LARUT
  33. MH Sentral Sg. Siput
  34. Ladang Infoternak Sungai Siput (U
  35. Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
  36. Taiping Equine Park
Dimana terletaknya kesemua tempat diatas ini? Boleh rujuk peta yang telah disediakan oleh Page Menarik Di Perak Utara. Dan korang boleh lihat lagi banyak tempat makan, menarik di sekitar Perak Utara dengan like page tersebut. Bukan sahaja guide untuk penduduk luar perak malah penduduk perak yang masih belum sampai ke semua tempat best ini.



Kena jelajah semua tempat ini. yang di Kuala Kangsar pun, cik en belum jelajah habis lagi. Hahha

p/s: Jika map tidak appear. Boleh rujuk sini 
6