Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: smule

Showing posts with label smule. Show all posts
Showing posts with label smule. Show all posts

Eintan Nurfuzie Tengah Gila Ber "Smule"


Eintan Nurfuzie Tengah Gila Ber "Smule" | Sembang sahaja mengenai SMULE, rasanya dah ramai yang tahu dan mempunyai akaun Smule sendiri. Ada beberapa entri mengenai Smule cik en pernah publish. Dan akaun Smule cik en agak lama. Masa itu cik en join Smule bersama Kucing Happy BSN lagi. Dalam setahun lepas itu, barulah aplikasi ini menjadi Viral. 

Ada 2 pilihan bila kita guna aplikasi Smule ini. Suara atau video. Selama ini cik en banyak keluarkan duet suara sahaja, cuma lately ini cik en ada keluarkan video dan geng cik en iaitu Lyana Ishak dan Timbill join video berkenaan. Korang nak tengok ke video kitaorang? Jom... Apabila Blogger Bersmule




Ini antara yang join cik en. Tak sangka semuanya kawan blogger cik en sporting.. Video lagi itu. Berminat nak join cik en? Tapi korang kena ada akaun Smule yang korang download di Play Store korang. Lepas itu follow la cik en disini --- > https://www.smule.com/EintanNurfuzie atau cari saja nama EintanNurfuzie di search Smule korang erk.. Da.. nak sambung smule balik ini. 
3

Lagu Pertama Dipilih Masa Karaoke


Lagu Pertama Dipilih Masa Karaoke | Karaoke atau nama manjanya karok adalah satu aktiviti yang selalu dilakukan tidak kira atau tua. Karaoke adalah satu cara untuk melepaskan stress . Dan tempat karaoke ini tumbuh macam cendawan selepas hujan. Ada yang kenakan bayaran RM10 sejam dan setinggi RM 100 sejam bergantung kepada tempat dan layanan. Tapi carilah tempat yang bebas anasir anasir yang tidak elok. Selain bilik karaoke, ada cafe yang menyediakan open karaoke. Dan yang terbaru menggunakan smule. Lagi mudah sebabnya boleh berkaraoke di rumah sahaja. Suara jadi tak sedap kalau guna smule boleh rujuk entri Tips Buat Suara Best di SMULE. Jadi semalam cik en ada bertanya pada kawan kawan cik en di facebbok, lagu pertama apa yang sesuai dinyanyikan. Mari kita tengok .



Nampak tak komen blur diatas. Yang ini selalu berlaku pada cik en bila tiba tiba di ajak karaoke. Blur nak pilih lagu pe. Bagi cik en pula cik en akan nyanyikan lagu slow dulu seperti Rindu Serindu Rinduanya daripada Firman, Dealova dari Once, Rapuh dan Bila tiba dari Ungu. Selepas itu barulah cik en akan ambik lagu bernada tinggi. Untuk mengelakkan pancit dan hilang suara. Rugi tau bayar mahal mahal tapi awal awal dah pancit sakit tekak. Dan juga kalau ending dia panjang sangat cepat cepat next song sebabnya seminit sangat berharga. Hihihi. Bagi korang yang baca entri ini, apakah lagu pertama yang dipilih masa pergi karaoke. Hanya satu lagu sahaja ye..
6

Tips Buat Suara Best di SMULE


Tips Buat Suara Best di SMULE | Smule satu aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon canggih. Cik pernah keluarkan entri SMULE ini masa zaman Kucing Happy BSN lagi. Masa itu, aplikasi ini tidaklah sefamous kini. Sekarang ini Smule ini digunakan pakai oleh artis sendiri dan ramai yang mempamerkan kehebatan berkaraoke. Tapi ada yang cik en baca di facebook, suara yang dirakam jadi garau, sengau dan macam macam lagi la. Tak sama masa karaoke di pusat karaoke. Kali ini cik en nak kongsi tips buat suara jadi best dengan kajian selama sebulan (ewah..)

  1. Walaupun suara korang sedap didengar apabila karaoke di pusat karaoke tapi semestinya apabila guna SMULE segala cacat cela yang ada akan terkeluar. Sebabnya mikrofon earphone yang kita guna tak ada filter yang ada di dalam mikrofon di pusat karaoke. Suara yang akan dirakam adalah 100% original. 
  2. Jadi kalau rasa suara tidak perfect bolehlah adjust guna apa yang dibekalkan. Kalau nak ala ala studio, better ambik VIP. RM3.50 untuk sebulan.
  3. Sila kenali suara korang jenis lantang atau tidak. Kalau lantang sila jauhkan sikit mikrofon earphone korang semasa menyanyi. Kalau tidak, dekatkan dengan mulut kalau hal yang terlebih halus suara, korang boleh masukkan terus dalam mulut dan dekatkan dengan peti suara. Hahaha..
  4. Gunakan earphone dan mikrofon yang baik
  5. Kalau boleh, dengar lagu yang nak dinyanyikan berulang kali bagi korang masuk timing dengan betul. Walaupun ada lirik tapi tetap salah timing juga.
  6. Cari tempat yang sunyi macam kereta, bilik atau bilik air untuk dapatkan kualiti suara yang baik.
  7. Elakkan menyanyi depan kipas, sebab akan dapat backup suara yang tidak dikehendaki. hahaha
  8. Jika rasa suara masih tidak sedap, terimalah hakikat yang suara korang sebenarnya men"yumbang"kan turunnya hujan. Best juga sebab hujan sudi turun.. Hahaha
Bagi cik en, Smule ini bukanlah nak pamerkan kehebatan siapa suara paling sedap atau best, Tapi lebih kepada hiburan semata mata. Biarlah tak sedap mana pun, asal bila melalak hati kita gumbira. 

P/s: Ada yang create acc Smule hanya untuk dengar kawan kawan menyanyi je.. 
7