Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: shopping online

Showing posts with label shopping online. Show all posts
Showing posts with label shopping online. Show all posts

Pernah Try Shopping di PG Mall?

Pernah Try Shopping di PG Mall? | Korang pernah tak cuba shopping online selain daripada 2 platform yang terkenal di Malaysia? Mesti kebanyakkannya akan vote tak pernah. Tahukah korang ada lagi satu platform shopping online yang tak kurang hebatnya. Bukan ayat mempromosi tapi dari pengalaman cik en membeli 2 item memang tersangat puas hati. Customer services mereka yang terbaik cik en rasa sebab sentiasa follow up barangan dah sampai ke belum. 



0

Membeli Belah di PG Mall Sempena 12.12 Double Digit Sales

Membeli Belah di PG Mall Sempena 12.12 Double Digit Sales | Kejap sahaja dah masuk hujung tahun kan? Semestinya dihujung tahun ini, cik en menunggu sale untuk cik en rebut tawaran yang menarik untuk cik en sambar. Tahun ini cik en menunggu nunggu 12.12 Double Digit Sales dari PG Mall yang dikatakan banyak diskaun dan tawaran yang boleh mengugat iman. Apa itu PG Mall? Rugi la kalau korang tak tahu. Cik en pernah kelaurkan artikel mengenai PG Mall sebelum ini. Korang boleh baca di PG Mall Platform Membeli Belah Secara Atas Talian


1

PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik

PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik | Korang kaki shopping? lagi lagi shopping online atau membelah beli atas talian. Mesti banyak apps yang korang dah download kan? Korang ada download apps PG Mall ? Tak ada? Rugilah, sebabnya dengar cerita dah ramai yang gunakan PG Mall untuk shopping online. Cik en pun pada awalnya tak tahu juga. Hahahah. Apabila semua cerita pasal PG Mall ini, cik en terus google dan rupanya PG Mall ini platform untuk kita shopping online. | PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik


3

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop | Teruja nampaknya semua bila cik en muat naik gambar sofa bed yang baru sampai di media sosial. Sesungguhnya  keterujaan korang itu tak seterujanya cik en yang dah lama menunggu dengan penuh kesabaran dan ketenangan tanpa war warkan kepada korang. Lepas banyak kes order lain dapat lain sebelum ini, cik en jadi takut nak kongsikan apa yang cik en beli sebelum barangnya sampai. Tapi kali ini puas hati la, barang dalam gambar dan depan mata sama. Warna dia pun sama dan kebesarannya pun sama. So berbaloi la penantian hampir sebulan lebih akhirnya barang yang sampai memuaskan hati cik en. So dengan itu cik en nak kongsi dengan korang Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop dari pengalaman sendiri. 


Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop

Anyway bila masuk SGShop memang cik en jadi macam rambang mata, mana satu nak pilih. Pilihannya sangat banyak dan harganya yang macam tak masuk akal. Murah sangat. Cuma bahagian shipping nanti korang kena alert berat. Lagi berat lagi mahal shipping dia tapi cik en akan bagai tips untuk dapatkan diskaun pada shipping nanti. So lets go kepada Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop hasil dari pengalaman sendiri cik en. 

Sebelum itu cik en nak share sikit apa yang korang kena tahu mengenai shopping online SGShop ini.

Apa Itu SGShop


SGShop adalah shopping online yang memberi perkhidmatan pembelian di shopping online China. SGShop juga adalah Taobao Agent dan di Malaysia, SGShop Malaysia sebagai Taobao Malaysia. Cuma kalau pembelian terus korang kena tahu bahasa cina baru korang boleh beli disebabkan semua laman web ini berbahasa cina. 

Sgshop ini ada buat beberapa perkhidmatan iaitu Buy For Me, Ship For Me dan SmartShop. Ketiga ini ada perbezaannya. Cuma cik en ada pengalaman pada Buy For Me. Maknanya SgShop akan uruskan pembelian dan penghantaran kepada kita. Kalau Ship For Me, kita akan uruskan pembelian bayaran dan menggunakan SGShop untuk penghantaran ke Malaysia.

SGShop juga baru menaik taraf laman web mereka dengan reka bentuk web yang responsif bagi memudahkan korang untuk cuci mata atau buat pembelian. Ada tambahan Bahasa Melayu bagi memudahkan korang yang mungkin tidak mahir dalam English. So tiada masalah salah info atau salah pembelian. Dan korang boleh cari barangan dengan upload gambar. So tak ada masalah la kalau tak tahu apa nama barangan itu. Dan yang last ada Shiok Shipping Program. Yang ini cik en akan terangkan dihujung entri sebab ianya antara tips cik en nak kongsi dengan korang. So harap korang faham la sikit mengenai SGShop ini atau senang cakap Borang China sebelum cik en teruskan Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop ini. 

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop


Langkah 1 : Masuk ke laman web SGShop. Selain itu boleh download Apps SGShop di Google Play atau Apple Store


Langkah 2 : Semestinya kena buat sign up atau mana ada akaun boleh log in sahaja dan wajib letak nombor telefon sebab nanti SgShop akan hantar code yang perlu korang masukkan semasa pendaftaran.




Langkah 3 : Cari produk atau barangan dengan gambar, keyword atau link dari Taobao.com url. Macam sofa bed cik rn tu korang boleh klik Sofa Bed



Langkah 4 : Sebelum add cart pastikan saiz dan warna pilihan korang dan double check untuk mengelak dari salah order. 



Langkah 5 : Dah confirm semuanya boleh add to chart dan boleh checkout. Penting sangat part ini. Pembayaran checkout ini adalah pembayaran pertama untuk Buy For Me. Pembayaran ini untuk pembelian dari China Seller. Sg Care tu terpulang korang nak klik atau tak. SG Care ini lebih kurang macam jaminan. Berlaku apa apa pada barangan SG Care akan bertanggungjawab. Disebabkan produk ini besar so cik en decide untuk guna SG Care. Ada pembayaran sikit la tak sampai RM5. 



Langkah 6 : Lepas settle pembayaran pertama ini selesai, korang akan di update pasal barangan korang. Bila dah sampai ke China Warehouse korang kena stanby pula untuk pembayaran ke 2. Ini tanda barangan korang dah sampai ke China Warehouse



Langkah 7 : Setelah semuanya selesai masuk ke China Warehouse, SGShop akan keluarkan invoice untuk shipping ke Malaysia pula dan korang perlu buat pembayaran ke 2 sebelum naik kapal ke Malaysia. Ada beberapa jenis Shipping Method dan korang boleh pilih mana yang sesuai. Paling murah Sea Shipping.


Disebabkan barangan cik en ini berat 70kg dengan volumetric weight 181x24x98 so jangan terkejut kalau shippingnya hampir RM400. Sedangkan harga sofa bed dia RM190 (paling besar 180 meter dengan 2 bantal). Tapi korang boleh gunakan tips cik en dengan Subscribe Syiok. Syiok ini adalah 30% diskaun untuk shipping. So dalam pembayaran ke 2, cik en jimat dalam RM120 camtu. Berbaloi sangat bagi cik en. Lagi lagi barangan ini antara barangan yang cik en dah masuk dalam wishlist untuk masuk rumah baru nanti.

p/s : Rasa nak buat giveaway untuk korang sebab cik en ada beli beberapa item dari SGShop yang nampaknya cik en takleh guna.  So korang kena rajin follow media sosial cik en nanti. 
14

Sambut Raya Dengan Shopee

Sambut Raya Dengan Shopee | Tak sah kalau Shopee tak buat sale kaw kaw pada setiap perayaan di Malaysia. Macam tahun lepas cik en shake setiap time ditetapkan, siap buat reminder. Tahun ini Raya Dengan Shopee buat sale lagi banyak seperti Cashback, Shocking Sale, Goyang Shopee, Shopee Live dan Shoppe Quiz. Untuk info lanjut korang baca dibawah ini. | Sambut Raya Dengan Shopee

Sambut Raya Dengan Shopee
Sambut Raya Dengan Shopee

Sambut Raya Dengan Shopee

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2019 – Memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang, persediaan raya seperti membersih dan menghias rumah, memastikan kereta dalam keadaan terbaik dan keperluan harian mencukupi, dan sudah tentunya membeli baju Raya dengan fesyen terkini sudahpun bermula. Sesungguhnya Shopee mempunyai segala-galanya dari rumah dengan reka bentuk terkini, kereta dan motosikal baharu, dan barangan runcit mahupun perkakas rumah, telefon pintar, pakaian dengan label fesyen selebriti dan juga tawaran makan malam eksklusif dalam kempennya “Raya Dengan Shopee”. 



Sepanjang kempen yang berlangsung dari 25 April hingga 6 Jun 2019, pengguna boleh mendapat tawaran menarik dan diskaun sehingga 80% daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual, menjadikan persiapan Raya lebih menyenangkan, menyeronokkan, dan menjimatkan kos: 


● 200% pulangan tunai setiap hari pada Cashback Day dipertingkatkan setiap Isnin apabila baucar dikeluarkan pada waktu tertentu untuk membolehkan bayaran balik. 
● Shocking Sale setiap hari dengan tawaran serendah RM1 dengan kekerapan yang dinaikkan kepada lapan kali pada hari Rabu. 
● Goyang Shopee memberi ganjaran Shopee Coins, jumlah baucar dan hadiah bernilai sehingga RM5 juta seperti telefon Xiaomi, vakum robotik dan kamera dengan lebih banyak peluang pada hari Jumaat. 
● Shopee Live, platform pengaliran langsung untuk menawarkan pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan menghiburkan, dan juga untuk membolehkan jenama dan penjual memaparkan produk mereka. Shopee Live berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30pm dan 9.30pm, membawakan tokoh berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea, Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina. 
● Shopee Quiz pada hari Isnin hingga Jumaat jam 12pm; menguji pengetahuan anda dengan menjawab lapan soalan. Pemenang akan menerima hadiah daripada habuan sehingga dua juta Shopee Coins setiap sesi. 

Shopee Menyediakan Segala Keperluan Anda 


Dapatkan warna-warna lipstik terbaru daripada L'Oréal, produk rambut daripada Unilever, dan produk penjagaan kulit daripada NIVEA dan Eucerin. Anda juga boleh mendapatkan kasut yang selesa dan bergaya daripada jenama seperti XES Shoes dan B.U.M Equipment sambil membeli stok Enfagrow atau Sustagen serta lampin Drypers untuk anak-anak kecil sebelum perjalanan jauh balik ke kampung. Peralatan dapur boleh dinaik taraf kepada jenama paling laris seperti kuali tidak lekat klasik Tefal, dan rasmikan penggunaannya dengan bahan-bahan daripada Nestle untuk membuat kuih muih Raya yang lazat. Hadiahkan ahli keluarga tersayang dengan HONOR 20 Lite, telefon pintar terkini eksklusif di Shopee; naik tarafkan komputer ibu bapa anda dengan aksesori daripada TMT supaya mereka dapat berhubung dengan anda sentiasa; atau gantikan mentol lampu datuk nenek anda yang terbakar dengan perkakas dan aksesori MR DIY. 

Untuk merayakan pelancaran kedai rasmi Isetan di Shopee, gedung Jepun ini akan membawakan pelbagai produk daripada jenama terkenal kepada pengguna Shopee termasuk Naraya, Note Cosmetics, dan Jean Perry. Seramai 500 pengguna pertama akan mendapat potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mereka menggunakan kod ISETANRY. 

Memudahkan Iftar Pada Bulan Puasa ini: 

● Coffee Bean & Tea Leaf: Potongan harga sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking Sale dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019. Baucar hanya boleh digunakan di Lembah Klang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
● Kenny Rogers Roasters: Diskaun sehingga 40% untuk Creamy i-Yam set makanan keluarga dari 6 Mei 2019. 
● Tawaran Bufet: Diskaun 30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, diskaun 20% di The Boulevard Hotel Kuala Lumpur dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban. 

Rumahku Syurgaku 

Ceriakan Raya anda dengan rumah baharu yang dibina oleh pemaju hartanah terkenal S P Setia. Dengan harga yang bermula dari RM262,000 ke atas, S P Setia menawarkan pangsapuri, rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami di Shopee. Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM688 untuk rumah kediaman pilihan mereka sebelum mengunjungi galeri jualan untuk menyempurnakan proses pembelian. Dengan pembayaran yuran tempahan ini, pelanggan dijamin bahawa unit yang ditempah mereka akan diperuntukkan di bawah nama mereka. Lapan pelanggan pertama yang berjaya membeli rumah dari kedai rasmi S P Setia di Shopee berpeluang untuk menerima rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888, dan juga kit rumah bernilai RM5,000. 

Shopee Jual Kereta & Motosikal 

Tempah sebuah kereta Honda, Toyota, BMW, Ford, Hyundai, Mazda atau Mitsubishi, dan juga motosikal dari Shopee AutoMall. Shopee AutoMall membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal daripada superbike hingga kereta hibrid dan kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk keluarga. Pengguna akan mendapat tawaran eksklusif hanya daripada Shopee, termasuk yuran tempahan serendah RM1, kadar faedah lebih rendah 1.81% setiap tahun, rebat, hadiah percuma dan aksesori tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal apabila membeli kenderaan melalui Shopee AutoMall. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, cari ‘AutoMall’ di Shopee. 

Bergaya Dengan Baju Raya Jenama Selebriti 

Rasai keseronokan menarik perhatian orang ramai apabila anda mengenakan mekap, memakai baju Raya yang cantik atau memperlihatkan wajah yang berseri dengan keanggunan produk menggunakan label selebriti nama-nama terkenal seperti Datin Hajah Fouziah Gous, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Tyra Kamaruzzaman dan Dayang Areeda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee Celebrity Squad untuk menikmati tawaran promosi Raya yang ditawarkan. 

Manfaat Rakan Kerjasama 



● Maybank: Pengguna Kad Maybank Visa Signature akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee Coins apabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen Raya. 
● Visa (Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu. 
● Muslim Pro: 200 pelanggan yang pertama akan mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 untuk hanya RM1. 
● MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Tukar mata wang melalui talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee. 
● Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM20 dengan DHL (sekarang hingga 24 Mei) dan J&T Express Malaysia (hari ini hingga 9 Mei). 

Kempen “Raya Dengan Shopee” disokong oleh iPay88, penyedia Gerbang Pembayaran Rasmi.
3

Mudah Shopping Dengan Watson Apps

Mudah Shopping Dengan Watson Apps | Cik en dengan Watsons memang tak boleh dipisahkan. Setiap bulan memang Watsons Sitiawan itu la tempat cik en habiskan masa untuk releks tension dan buat window shopping walaupun barangan yang sama saja. Hahaha. Cuma ada beberapa outlet yang tidak stok barang yang cik en perlukan. Selalunya cik en akan ke Watsons Aeon Seri Manjung. Cuma kali ini kedua dua Watsons di Manjung tiada stok yang cik en perlukan so cik en terpaksa gunakan Watsons Apps untuk shopping. | Mudah Shopping Dengan Watson Apps 

Mudah Shopping Dengan Watson Apps
Mudah Shopping Dengan Watson Apps 


Mudah Shopping Dengan Watson Apps


Jika sebelum ini cik en hanya gunakan Lazada dan Shopee tapi kali ini cik en kena tambah Watsons Apps dalam list shopping online kegemaran cik en. Untuk dapatkan postage percuma cik en perlu berbelanja RM150 keatas dan ianya sememang mudah untuk cik en. hahahaha. So untuk shopping ini cik en belanja hampir RM200 dan sememangnya ianya layak untuk cik en terima free postage. Barang apa yang sampai semua Watsons disini tak ada? Kena tunggu next entri. Semestinya ianya Beauty Entry. 
2

7 in 1 Cannis App is the Hit Now and Going to be listed on NASDAQ IN 2021!

7 in 1 Cannis App is the Hit Now and Going to be listed on NASDAQ IN 2021! | “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq ~ Cannis”. Cannis mobile APP accumulated hundred thousand of users in less than two months time, forming a new APP trend, and is bound to become the upcoming greatest star in Nasdaq, United States.

7 in 1 Cannis App is the Hit Now and Going to be listed on NASDAQ IN 2021!

Cannis continuously invests in the most popular industries since early 2018, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines, latest technology farming etc.. With the corporation with their strategic partners, Cannis have well extended their markets in many South East Asia countries rapidly, and expected to soon be listing on Nasdaq.


Chief Executive Officer Dato’ Ching Eu Boon also stated during Cannis’s 3000 pax conference “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq” that Cannis’s partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, preventive medicines and beauty industries.

“We are very much looking forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.”

App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record, Cannis is born in the best era

The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record. 

Analysing the App categories under increments of downloads, games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.

Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential.

Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function. 

A perfect Virtual-Reality combined O2O Mode



Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also selectively invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streaming efficiently, and back-end goods delivery services become smoother.

In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.

The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. Mohammad Mustaqim Bin Abdullah stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.

Cannis Strategic Partners

Strategic partners present on the day include EMPRO’s Dr. Coco Alex; Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of (凯优影视控股有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Bhd.’s Mr Chis Yen; Weber PDT Cancer Treatment Health Centre’s Prof. Madaya Dr. Martin E. Roberts; CEO of (名资股份有限公司), Mr. (蔡逸群) and Dr. DNA Mr Jannings Lee. 

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri One Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable. 

Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings, social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand Cannis from South East Asia to the rest of the world. 

For more information, please visit http://cannis.app.
5

Apa Itu Cannis App?

Apa Itu Cannis App? | Cannis App bakal mencetuskan fenomena baru di Malaysia. Tipulah kalau korang tak ada gadjet dan social media kan? Nak membeli barangan sekarang ini pun dah banyak menggunaakan pembelian dalam talian atau online. Di akui pembelian secara online sangat menjimatkan dan lebih banyak pilihan yang ada. Di sebabkan itu Pengerusi Cannis Group adalah Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, yang telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpengalaman dan Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif ialah Datuk Dr. Azman Chin telah menubuhkan Cannis App ini.


Apa Itu Cannis App?

App Cannin ini adalah menggabungkan e-dagang, membeli-belah dalam talian, penyiaran secara langsung dan blockchain, APP CANNIS meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian  dan merangsang model perniagaan dan memacu gelombang baru APP.

Cannis yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, dan mengadakan persidangan pelancaran global di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SCCC) pada 18 Ogos 2018. Ia mempunyai beberapa pejabat di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan kumpulan pasukan teknikal di Hangzhou. Ianya  adalah APP yang paling menjanjikan kejayaan pada tahun 2018.

Ong Tee Keat berkata pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara, dan kebangkitan blokchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan Internet adalah antara tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan.


"Siaran langsung telah memulakan rangkaian sosialnya pada 2016. Skala siaran langsung dalam talian China hampir 58 bilion yuan. Analisa domestik China menjangka industri siaran langsung akan melebihi 100 bilion yuan pada 2018. Hari ini siaran langsung menjadi fenomena sosial, dan produk komersial juga. " Kata Naib Pengerusi.

Beliau percaya bahawa ekonomi siaran langsung, belanja dalam talian, dan blokchain yang dianggap sebagai teknologi baru yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa, pasti akan merangsang gelombang baru model perniagaan, dan Cannis akan menjadi era baru pengguna Internet , aplikasi wajib dalam telefon pintar.

"Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat. "

Sejak Mac tahun ini, Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar, dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, dan keselamatan sistem

Azman Chin berkata bahawa Cannis adalah platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Pada masa kini tidak perlu memuat turun berbilang aplikasi, selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memenuhi semua keperluan peminat.

Beliau merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis mengenai "anda fikir, kami membinanya", membina media sosial dengan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh, dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat, dan mengumpulkan pangkalan data pengguna global bersama-sama.

"Cannis APP menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam. "

Beliau berkata bahawa Cannis bukan hanya pentas untuk bakat, cita-cita dan mimpi untuk orang biasa, sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.


"Di China, nilai pasaran penjualan kedai dan pendapatan pengiklanan pemasaran yang dikendalikan oleh penyiaran secara langsung telah melampaui industri filem. Laporan tanah besar bahkan lebih menegaskan: pengaruh yang lebih berharga daripada bintang filem. "

Banyak usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain telah menghadiri persidangan besar pelancaran Cannis APP
Para tetamu utama yang menghadiri persidangan itu termasuk industri teknologi, internet dan industri blockchain, serta pemimpin dari kalangan politik dan perniagaan, persatuan industri yang relevan di China, agensi kerajaan dan organisasi yang berkaitan. Mereka menantikan potensi pembangunan masa depan Cannis APP.

Para tetamu utama termasuk pengasas, pengerusi dan kapitalis Aaron Tsai, yang merupakan seorang kapitalis profesional dalam membantu syarikat-syarikat Cina untuk menyenaraikan Bursa Saham New York, Nasdaq dan GEM, dan presiden Persatuan Blockchain Korea dan World Blockchain South Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jason H, Guangdong, Pengerusi Foshan Presidium dan Foshan CPPCC Dr. Su Zuyao, pengasas bersama pelukis dan perniagaan Indonesia Robbie Fen Geshu, dan ketua eksekutif CryptoOcean GmbH dan pengasas Yuri, dan Pani Kumar, pengasas bersama Global Blockchain Foundation dari India.


Cannis App ini available in Google Play dan masih belum ada untuk pengguna Apple. Tapi jangan risau untuk pengguna Apple sebabnya kornag boleh muat turun di http://api.ickapay.com/dowload/index.html dan ikut arahan seterusnya di situ
Untuk maklumat lanjut mengenai Cannis App korang boleh rujuk



1

Allyoung.my Pilihan Shopping Online Cik En

Allyoung.my Pilihan Shopping Online Cik En | Pernah dengar platform shopping online kecantikan Allyoung.my ? Allyoung.com merupakan salah satu pilihan shopping online cik en untuk membeli barangan kecantikan yang dipercayai. Produk yang cik en percayai dari Allyoung.my ini adalah produk jenama Swissvita. Selain itu ada beberapa jenama lain seperti Elle Skincare, Aeveop, City Color dan Suddenbe. Dan sempena raya ini cik en dah siap siap shopping kat allyoung.com untuk kekal menawan di pagi raya nanti. Hhahahah. 


Allyoung.my Pilihan Shopping Online Cik En


Jika sebelum ini cik en mencuba produk dari Swissvita iaitu Swissvita 3D All Use Eye Cream dan Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream , kali ini cik en ingin mencuba produk produk lain yang ada di laman web Allyoung.my. So cik en nak kongsi dengan korang macam mana cik en shopping online hingga terbeli lebih dari 5 barang yang ada di laman web Allyoung.my ini. hihihi.

Cara Shopping Online di Laman Web Allyoung.my


1. First step, korang buka pc, laptop atau chrome di handphone korang dan taip Allyoung.my atau www.allyoung.my 

2. Korang akan nampak beberapa pilihan di atas web seperti Beauty, Health dan lain lain lagi. Dari situ korang boleh pilih yang mana korang berkenan.

3. Macam cik en, cik en pilih

  • Shimmer
  • Lipstick
  • Mascara
  • Lip Balm
  • Mask


4. Lepas dah decide nak shopping yang mana korang boleh pilih kuantiti dan 'add to cart'


5. Best nya shopping di Allyoung.my, setiap pembelian korang (lepas add to chart) korang boleh pilih barangan lain yang telah diberi diskaun dan pilihan barangan itu automatik keluar seperti di bawah ini.


6. Selesai shopping korang boleh klik gambar troli kecil disebelah kanan atas untuk tengok kesemua list korang pilih beserta jumlah semua pembelian korang. Kalau rasa dah cukup shopping korang itu korang boleh checkout


7. Selepas checkout korang boleh buat pembayaran. Sebelum itu kalau ada kad diskaun korang boleh gunakan dan lepas itu korang boleh gunakan perbankan online untuk pembayaran. Selesai pembayaran akan ada pengesahan dan nombor order untuk rujukan nanti.


8. Untuk semak balik, korang boleh pergi ke My Account dan tengok semua rekod seperti nombor order, payment status dan lain lain lagi macam di bawah ini.


Cik en dapat barangan ini dalam masa kurang dari seminggu je tau.. tengok cepat ke tak dorang proses. Terbaik la customer services dorang ni! Dan ini yang cik en shopping kat Allyoung.my ini


Untuk review produk ini nanti cik en akan buat entry yang lain na.. So kalau korang nak try usha shopping online Allyoung.my ini boleh la klik Allyoung.my ini. 
5

Lazada Online Revolution Akan Bermula 11.11 hingga 14.12

Lazada Online Revolution Akan Bermula 11.11 hingga 14.12  | Cik en agak lambat juga sebenarnya nak mempercayai shoppig online ini. Apatah lagi ada yang bercerita pernah ditipu. Tapi disebabkan barang cik en nak beli tiada di kawasan cik en ini, ianya menjadi salah satu faktor cik en mula menggunakan shopping online. Dalam banyak banyak shopping online yang boleh cik en percayai adalah Lazada. Kalau ditanya barangan apa yang mula cik en beli, rasanya cik en tak boleh nak ingat dah. Tapi salah satu barangan terawal yang cik en boleh ingat adalah pembelian makanan kucing jenama Cutiez Catz Cat Food. Makanan kucing jenama ini memang tak banyak di jual di tempat cik en. Kebetulan pulak, kucing cik en nak makan jenama ini je. So terpaksa la cik en cari. Bila dah cari ianya ada di Lazada so cik en beranikan juga membeli. Barangan yang cik en prefer untuk beli online selain makanan kucing adalah barangan makeup. Sebabnya pembelian secara online sangat murah berbanding beli di kedai kedai ini. Pembelian secara online ini sebenarnya menjimatkan sebabnya korang boleh dapatkan harga borong walaupun beli 1 saja dan korang tak perlu nak bersusah payah nak ke setiap kedai untuk berbandingkan harga. Semuanya terletak di hujung jari korang je. Order dan buat pembayaran dan tunggu sampai barang korang sampai. Untuk pengetahuan semua, seperti tahun tahun sebelum ini, tahun ini akan ada Lazada Online Revolution Akan Bermula 11.11 hingga 14.12 ini.



Lazada akan buat big sale pada 11.11 nanti dan cik en dah siap masukkan barangan yang cik en nak ke wishlist. Ini memudahkan sebabnya sampai saja 11.11 korang hanya check di bahagian wishlist saja. Tak perlu korang nak cari satu persatu. Dan dalam dalam banyak barangan yang ada di Lazada, cik en dah masukkan 1 barangan yang lama cik en nak iaitu


Dah lama cik en idamkan brust kit jenama MAC ini. Harga sekarang RM328.00 dan cik en akan jangka ianya ada diskaun menjelang 11.11 nanti. Kalau dapat bawah RM300 semestinya cik en akan cuba grab. Cik en pernah mencuba berus yang ada di pasaran tapi tak dapat selembut produk MAC ini. 

So korang yang ada teringin nak membeli barangan dengan diskaun menarik boleh lah layari Lazada yang bakal bermula 11 november ini sehingga 14 disember. 
3

8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo

8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo | Chilindo satu satu web yang buat cik en gian dan terpengaruh. Cik en bukan kaki shopping pun tapi bila dah terjebak rasa macam susah kot nak tinggal. Semua kerja cik en tak menjadi. So ada yang tanya macam ni ko boleh menang intan? Cik en ini bukannya pandai sangat tapi dah boleh baca style bid ini kalau nak menang. Lagipun korang boleh dapat harga semurah RM1 untuk dapatkan barang barang dalam Chilindo ini. So kat sini cik en nak kongsi 8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo


Tips Menang Bid Dalam Chilindo

  1. Yang penting adalah tahap kesabaran korang tinggi, semangat bid tu mesti berkobar kobar macam obor Sukan SEA dan tahan dari segi mental dan emosi. Hahahhaha
  2. Pilih barangan berbaloi dengan harga yang korang bid tu. Kena rajin survey kat shopping online lain terutama di Lazada dan 11Street. Sebabnya dari situ korang akan tau harga paling rendah yang ada di pasaran. Kalau harga monopod di Lazada RM10.00 so dalam Chilindo ini korang kena dapatkan bid lagi murah dari tu. 
  3. Andailah kata barang korang bid melebihi dari harga paling rendah yang ada di pasaran atau kalah bid, korang jangan kecewa, stay je kat barang itu sebab selagi ada stok, Chilindo akan repeat saja barangan itu untuk bid. 
  4. Bid pula di saat saat akhir tau. Cik en suka bid 10 saat terakhir. Huhuhu. 
  5. Pastikan internet korang laju berdesuppp.. sebab ia melibatkan bid online. Kalau line ciput cam kura kura mabuk memang kalah la korang. Hang terus page itu nanti. 
  6. Masa yang sesuai untuk bid ini semestinya masa orang tak ramai online. Bagi cik en masa yang paling sesuai adalah 
    • 7 pagi - 8 pagi (orang sibuk pergi kerja dan uruskan anak anak) 
    • 5 petang - 7 petang (orang sibuk balik kerja dan ambil anak anak) 
    • 2 pagi hingga 5 pagi (sebab orang dah tidur) 
  7. Pastikan tak ada gangguan masa bid ini macam orang call la, tengok movie ke sebabnya benda itu akan buat korang terleka. 
  8. Kalau korang nak jimat dari kos penghantaran, silalah bid beberapa barang lagi. Chilindo ini bukan macam Lazada yang lain lain kos penghantaranya. 

Sampai disini tips dari cik en. Mungkin korang yang dah ketagih Bid ada yang nak menambah tips tips lain bolehlah komen di entri ini ye.. Insyallah nanti cik en nak kongsi barang apa cik en terbid dan termenang yang dah sampai kat tangan cik en ye. Ok la. Jumpe next entri di www. nurfuzie.com
12

Hasil Kemenangan Bid Di Chilindo

Hasil Kemenangan Bid Di Chilindo | Kegilaan dan ketagihan bid di Chilindo buat cik en rasa lama web Chilindo ini berpuaka dan berhantu. Cik en tak boleh nak lupa pasal chilindo ini setiap hari. Anyway sekrang dah ok sikit la ketagihan itu.  Sebab boleh update blog 2 3 entri ini. So saja nak kongsi barang apa cik en menang bid ini. Jom tengok Hasil Kemenangan Bid Di Chilindo



Hasil Kemenangan Bid Di Chilindo


Cik en mula terjebak dengan Chalindo pada 1 Ogos 2017 walaupun dah pernah dengar pasal ini dari sepupu cik en Along Yati. Masa itu cik en malas nak ambik port sampai la terpengaruh dengan Granny Ayuni Rafilah pula sebab dia asyik tayang kotak Chilindo tu. Dan cik en masuk dah try bid. Dan 2 barang pertama yang cik en bid bernilai dibawah RM10 iaitu Flexible Octopus Tripod For Mobile Phone : Blue / Red ( RM 3.20) dan Phone Holder for Car Steering Wheel (RM1.20) dan ditambah cas penghantaran RM8.00. 


2nd cik en terbid tanpa sedar. Hahahha. dan menang Sports Cam bawah ini dengan nilai RM70 sajeee. 



Tapi "Go Pro" ini bukan cik en punya sebab dah dibook oleh kawan cik en. Jadi cik en mampu tengok dan berhu hu hu je la. Tapi cik en yakin, cik en boleh pinjam balik ini. Hahhaha. Jahat tak. 

So total semuanya 3 barang ini bawah RM100 la. Lani saat entri ini ditaip masih de 5 barang dalm cart cik en tu. Hahha. Anyway untuk next entri cik en nak kongsi tips menang bid di chilindo yang mana cik en da shedule untuk next entri di www.nurfuzie.com
20

Jom Shopping di ezbuy Malaysia Sempena 65eDay Global Super Sales Event

Jom Shopping di ezbuy Malaysia Sempena 65eDay Global Super Sales Event  | ezbuy Malaysia adalah tempat terbaik untuk korang shopping online dari peniaga - peniaga di Malaysia, China, USA dan Taiwan. Terdapat lebih 20 juta produk yang dijual di ezbuy malaysia ini termasuklah pakaian lelaki dan wanita dengan fesyen terkini, aksesori, kasut, beg, barangan sukan, barangan kecantikan dan kesihatan, gadjet dan macam macam lagi la. Pendek kata, barangan rutin harian ada di ezbuy malaysia. Dan semuanya Direct from Factory Sale. Wholesales PriceSyok kan shopping online di satu web yang ada semuanya ada. Mudah dan cepat! 



Anyway cik en nak beritahu satu rahsia ini. pst!! meh rapat rapat sini. ezbuy malaysia tengah buat beberapa promosi dan sale tau sekarang ini. Penghantaran percuma dan tiada syarat minimum purchase. Confirm ianya mesti berita gembira terutama untuk kaki kaki shopping online di luar sana. Pantang dengar ada promosi atau sale, mesti korang tertarik kan? Promosi yang tengah hot di ezbuy malaysia bersempena 65eDay Global Super Sales Event bermula 31 Mei sehingga 5 June 2017 nanti ialah

  • Discount sehingga 90% untuk barangan terpilih 
  • Fashion Specials
  • Lifestyle Essentials
  • ezbuy’s Best Sellers
  • Exclusive Flash Deals di Great Discounts
  • Deal of the Day Section, Great Daily Deals for Everyone
  • Friends Deal, Share & Shop with Love Ones and enjoy Wholesale Prices lebih 300 Items together (dikemaskini setiap hari)
  • Product Selection : 2017 Spring Summer Women’s Fashion, Men’s Fashion, Accessories, & others in-trend collection starting from RM8. Eg:https://ezbuy.my/product/7425552.html
  • 2 June onwards (Free Shipping Zone)
  • Cash Off Voucher Up To 40% Off
  • Total Cash Off Voucher Up to RM660
  • Product Selection From:
    • Most Stylish Fashion Items Up To 40% Off
    • New Season Shoes,Bags & ACC Up To 40% Off
    • Must-Have Beauty Makeup Up To 40% Off

ezbuy Malaysia 

So mesti korang tertanya tanya kan apa barangan yang paling banyak diberi potongan diskaun di ezbuy malaysia masa itu kan? Antaranya adalah barangan jenama Pineng, Casio, Tefal, Sony, Canon, Casio, Daniel Wellington, Omron, Western Digital, Samsung, Viewsonic, Sonicgear, Olivia Burton, kellogs dan banyak lagi. Kalau korang tak baru tahu ezbuy malaysia ini, korang boleh dapat free voucher bernilai RM15 kalau download apps ezbuy di google play atau apple store. Cuma scan bar dan nikmati voucher tersebut. 


klik sini untuk sign up


Macamna nak buat pembelian di ezbuy malaysia ini? sebelum ini cik en pernah story macamana mudahnya membuat pembelian online di ezbuy. So mana yang terlepas nak membaca boleh la terjah entri Mudahnya shopping di ezbuy  ini untuk tengok macamana cik en buat pembelian sebelum ini. so apa tunggu lagi, jom kita ramai ramai terjah ezbuy malaysia untuk usha dulu apa yang best dan mulalah shopping bermula 31 Mei ini. Jangan lupe reminder kat kalender smartphone korang. Takut nanti terlepas pulak. Dengan ezbuy malaysia pembelian jadi mudah, murah dan cepat dannnnnn free shopping!
1

Pengalaman Pertama Cash Out Shopback


Pengalaman Pertama Cash Out Shopback | Shopback merupakan laman web yang mana memberi pulangan tunai kepada member apabila shopping di gedung online popular di Malaysia seperti Agoda, Lazada, My Booking, hotels.com dan sebagainya. Cik en sendiri pernah review sebelum ini mengenai ShopBack dan cik en sendiri telah mencuba dengan menggunakan web tersebut untuk shopping di Lazada dan Booking.com semasa percutian ke Melaka tahun lepas. 


Diatas adalah screenshot akaun cik en yang mana dah masuk ke akaun bank cik en. Yey! Walaupun sedikit tapi cik en sendiri membuktikan artikel cik en memperkenalkan Shopback boleh dipercayai dari pengalaman sendiri. Tapi walaubagaimana pun, Shopback perlu menambahbaik beberapa aspek untuk kebaikan Shopback. Pengalaman menggunakan Shopback lebih kurang 4 bulan setengah bermula 1 Disember 2016 sehingga 17 Mac 2017. Ianya pendapat peribadi cik en dan harap pihak Shopback boleh ambil mana yang baik untuk improved lebih baik.


  • Laman web yang dikemaskini perlu cepat dan pantas

Cik en mengalami masalah untuk login Shopback beberapa minggu yang lepas. Bukan sehari tapi beberapa hari. Sebabnya cik en nak semak berapa hari lagi cik en boleh reddem cash cik en melalui PC. Tapi button login tak ada! Cik en cuba menggunakan beberapa PC yang lain dan browser yang berbeza. Tapi still tak boleh cari button login. Kemungkinan web Shopback sedang di kemaskini. Cuma kenapa ambil masa yang agak lama. Tak pastilah kalau masalah itu, hanya cik en saja alami. Apa apa pun, make your web mesra dengan semua browser dan pelanggan. Sebabnya time nak shopping ini bukan kira masa kan? Ataupun boleh emailkan kepada pengguna yang laman web sedang dikemaskini. 


  • Masa redeem yang lama

Yang ini diakui sendiri oleh cik en sebabnya ianya mengambil masa yang agak lama 30 ke 45 hari. Tapi ianya standard sebabnya payment review oleh cik en pun mengambil masa sebegitu. Jika pelanggan Shpback adalah seorang blogger, kemungkinan besar, mereka memahami tapi kalau bukan blogger, ianya agak kurang diminati oleh mereka. Oleh itu, Shopback kena lebih variasikan untuk membantu pelanggan sabar menanti jangkamasa yang panjang itu. Apabila lama sangat ini, ada yang sampai terlupa dan ada yang kurang berminat. Mungkin shopback boleh buat contest atau promosi yang lebih kerap untuk memberi kesetiaan pelanggan kepada shopback. Sebabnya Shopback ini best so kena lebih kreatif untuk tarik ramai pelanggan. 


  • Pengiklanan / Banner

Yang ini cik en cuma nak kongsi pengalaman cik en dengan shopping online yang lain. Shopping online yang lain mempunyai banner sendiri yang mana kita boleh copy dan paste di blog masing masing untuk pengiklanan. Atleast ianya dapat mempromosikan Shopback melalui blogger yang rasa ianya membawa kebaikan kepada pembaca. Kiranya seperti affiliate. Cik en sendiri dah godek web shopback tapi cik en tak jumpa bahagian tersebut. Kalau ada, boleh la share link tersebut ye. 


  • Pelbagaikan lagi shopping online di bawah Shopback

Shoppe tak ada dalam Shopback. 11street juga pun tak ada. So kalau boleh tambahkan lah shopping online dari semasa ke semasa mengikut pilihan kaki shopping online. Shopback boleh buat survey mengenai pilihan web shopping online untuk bantu Shopback mengetahui trend terkini web shopping online. 

Fuuh.. bila menaip ini tak sedar banyak pula yang ditaip. Rasanya sikit je dalam kepala otak ini untuk komen. Hahahha.. Anyway, i love Shopback cuma Shopback kena improved untuk bersaing dengan yang lain. I think, Shopback tak la bersaing sangat cuma memberi kebaikan kepada kaki shopping untuk save duit mereka. Jadi ianya dikira keuntangan kepada kaki shopping right?

Entri ini bukan saja nak share pengalaman cash out shopback tapi untuk join competition yang dianjurkan oleh iPrice. Competition ini membantu improve Online Shopping di Malaysia. Kalau korang blogger dan korang rasa korang nak beri komen membina pada online shopping korang, boleh la sama sama dengan cik en untuk join di iPrice Blogger Competition. Manatahu kalau sampai rezeki korang tu, korang boleh menang RM750 cash! Kalau tak pun dapat membantu kaki shopping diluar sana untuk dapatkan perkhidmatan yang lebih baik.
5

Lebih Jimat Menggunakan Shopback.my Untuk Pembelian Online


Lebih Jimat Menggunakan Shopback.my Untuk Pembelian Online | Korang suka shopping online macam Lazada, Zalora ataupun suka travel atau melancong dan menggunakan aplikasi Agoda.com , Hotels.com dan booking.com? Atau juga korang suka shopping di Sephora, Althea dan juga Samsung. Semestinya kalau melibatkan barangan elektronik (gadjet, smartphone, laptop) , Fesyen (Baju, aksesori, kosmetik) dan travel ( tiket kapal terbang dan hotel) korang mesti nak shopping dengan harga berbaloi baloi. Tapi kali ini cik en nak kongsi cara korang dapatkan cashback kembali selepas korang shopping.



Shopback merupakan satu laman web yang menyelamatkan kaki shopping online mendapat cashback atau pulangan tunai yang mana ianya akan menjimatkan perbelanjaan online korang. Shopback ini menawarkan lebih penjimatan lebih daripada 1000 shopping online yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Fhilipine, Taiwan dan India. Kategori yang ditawarkan adalah :

  1. Automotive & Gadgets
  2. Dining
  3. Electronics
  4. Fashion
  5. General
  6. Groceries
  7. Health & Beauty
  8. Home & Living
  9. Kids, Babies & Mothers
  10. Lifestyle
  11. Sports & Outdoors
  12. Travel
  13. Internet Plans
Mereka mampu memberi cashback sehingga 30%! wow!!! Macamana dorang boleh bagi 30 % cashback kepada korang? Meh cik en nak story sedikit. Setiap barangan yang dijual oleh shopback ini akan diberi komisen oleh penjual (seller). Jadi dari komisyen ini, shopback ini memberi ganjaran kepada pembeli yang melalui shopback.my ini. So kira macam diskaun juga la bagi korang. Cuma ianya dibayar cash semula selepas korang shopping online. 

Ha.. camne? tertarik? Sebelum itu, cik en nak buat sedikit tutorial bagaimana nak shopping menggunakan shopback.my ini


  1. Memula korang masuk laman web Shopback
  2. Daftar / sign up dulu. Memudahkan saja kalau korang sign up guna facebook sahaja. Kalau tak, korang boleh masukkan email dan password
  3. Kemudiam korang boleh pilih lebih daripada 500 tempat shopping online yang merangkumi Fesyen, Pelancongan, Makanan & Minuman, elektronik, gaya hidup dan lain-lain.
  4. Bila korang klik je link shopping online dan korang start shopping gila gila dan buat pembayaran
  5. Selesai saja, korang akan automatik korang akan dapat cashback tersebut di dalam akaun shopback korang itu dalam beberapa hari. Once bila dah ada, korang boleh keluarkan cash di akaun bank korang. Mudah kan?
  6. Kalau korang rasa masih blur blur korang boleh rujuk video dibawah ini

Ha.. kacang je kan gunakan shopback.my ini. Just korang gunakan laman web Shopback ini untuk korang masuk shopping online pilihan korang dan shopping shopping and last dapat pulak cashback. Sapa yang tak mahu kan? 

Anyway, baru jap jap ini, ada kawan cik en ajak nak bercuti di Melaka pada cuti Christmas nanti,  So semestinyalah cik en akan menggunakan Shopback untuk usha usha dan booking hotel di Booking.com atau Agoda Malaysia nanti. Ingat nak booking sekarang ini. tapi kawan cik en masih nak buka offer kawan kawan yang nak join kami. Untuk kedua dua aplikasi untuk booking hotel ini cik en boleh dapat 8.0 % cashback dan cashback ini akan masuk dalam akaun shopback korang dalam masa 2 hari saja. Sempat la nak buat backup belanja nanti.

Oh ye, korang mesti ada baca trip cik en ke Phuket Krabi dan Hatyai. Masa di Krabi, cik en diberi kesempatan untuk snorkelling dan guess what, cik en dah jatuh hati dengan aktiviti itu. Dan untuk trip travel tahun depan, cik en dah merancang nak bercuti ke Bali sebab nak snorkelling puas puas. So cik en akan gunakan perkhidmatan Air Asia untuk booking tiket flight nanti. Dan semestinya akan melalui Shopback untuk penjimatan tunai yang terbaik. Yey!
5