Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: resepi

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020

10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020 | Tak sampai berapa hari lagi nak masuk tahun baru. Tahun 2020 banyak beri kenangan masam manis kepada seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh pelusuk dunia. Boleh dikatakan tahun yang merubah kehidupan seseorang. Sesiapa yang terlalu selesa dengan kehidupan sebelum ini merasai juga naik turun kehidupan. So bukan itu yang cik en nak kongsi dengan korang tapi cik en nak berkongsi Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020 oleh rakyat Malaysia. Cuba korang semak, kot kot resipi viral masa PKP ada termasuk sekali tak

1

Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala

Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala | Ingat tak cik en nak kongsi resepi Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala di entri Kepala Jadi Lembik Dan Berlekuk, Rupanya Cik En... Maaf sebab lambat sikit cik en kongsikan disebabkan kekangan cik en untuk kerja hakiki dan kerja part time cik en. Resepi Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala hanya gunakan bahan yang ada di dapur dan boleh didapati di pasar basah sekitar korang. Air jamu ini 100% bahan semulajadi dan segar. | Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala


1

Resepi Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En

Resepi Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En | Anyway cik en dah buat menu Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En beberapa hari lepas tapi biasalah, mai penyakit malas itu, tak berupdate cik en diblog ini. So malam ini cik en berkelapangan sedikit dan ada yang request Resepi Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En so cik en buat entri simple untuk kongsi cara cik en buat Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En ini. | Resepi Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En



Resepi Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En


Resepi Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En ini adalah citarasa cik en. Ada beberapa bahan yang tak ada masa cik en buat tempoh hari tapi cik en akan cerita satu persatu okey? Jom tengok Resepi Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik By Cik En ini

Nasi Daging



  • Daging segar - Cik en gunakan daging segar lebih kurang 1/2 kg. Di potong menipis dan direbus sehingga empuk
  • Beras Basmathi 
  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Daun Pandan
  • Serai
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Bunga Lawang
  • Kulit Kayu Manis
  • Buah Pelaga 
  • Bunga Cengkih
  • Sedikit Minyak
  • Minyak Sapi
  • Garam 
  • Serbuk Kurma
  • Susu Cair



Cara Memasak

  1. Beras dibersihkan dan direndam setengah jam kemudian ditoskan
  2. Panaskan kuali dan letakkan minyak sapi dan sedikit minyak
  3. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga naik bau
  4. Masukkan tomato, serbuk kurma, serai dan masak hingga pecah minyak
  5. Masukkan air rebusan daging dan biarkan ianya mendidih seketika
  6. Selesai, masukkan bahan ditumis tadi dalam periuk nasi bersama beras
  7. Jangan lupa letakkan garam dan daun pandan serta susu cair
  8. Tunggu hingga masak
  9. Selepas, masak, gaulkan nasi supaya nasi daging cantik seketul seketul


Air Asam Kersik



  • Cili Merah
  • Cili Padi
  • Belacan
  • Asam Jawa
  • Bawang Merah dipotong dadu atau slide
  • Kerisik 
  • Air Rebusan 


Cara buat


  1. Kisar/tumbuk cili merah, cili padi dan belacan
  2. Letak sedikit garam
  3. Masukkan air rebusan dan air asam jawa
  4. Masukkan kerisik dan bawang merah dan gaulkan sehingga rata
  5. Siap!

Ini cara cik en masak dan mungkin ianya berbeza bagi setiap orang. Apa apa pun, asal korang rasa sedap, macam mana korang masak atau apa korang masukkan adalah perkara subjektif. Masak ini senang je, Orang dulu dulu even tak mewah, susah nak cari bahan bahan tapi masakan mereka lagi sedap. Oh ya, cik en memang tak suka letak perasa tambahan dalam masakan cik en. Jadi kalau korang dha terbiasa, bolehlah add on perasa tambahan okey?

1

Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En

Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En | Semenjak PKP ini, semua rahsia cik en terbongkar habis. Hahahha, anyway cik en jarang nak bercerita yang cik en suka memasak. Cik en suka masak dari umur 8 tahun lagi. Ingat lagi masa itu, cik en dengan adik cik en main macam ala permainan the sims. Pergi pejabat, makan kat cafe, dan lain lain lagi. Tapi sebelum itu, cik en akan siapkan nasi goreng ala sendiri. Mak cik en bekerja masa tu jadi masa ini cik en akan curi memasak. Dari situ, cik en akan cuba masak macam macam. Tapi apabila dah dewasa, jadi pemalas nak masak dan selalu cakap tak pandai masak untuk elak daripada memasak. hahahah. Disebabkan hari ini cik en buat nasi ayam jadi cik en nak kongsi dengan korang Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En


Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En


Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En ini sebenarnya banyak diolah dari resepi awal yang cik en belajar bersama rakan serumah dulu. Semuanya mengikut citarasa cik en yang tinggi. hahahah. Cik en seorang yang susah nak kata sedap. Even masakan sendiri. So bila kali ini cukup sempurna kejadiannya jadi cik en nak kongsi dengan korang. Tak ada video macam selalu cik en kongsi di instagram tapi tapi fefeling memasak lupa nak buat video. So jom ketahui Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En

Bahan Bahan


  • Ayam
  • Kiub Ayam
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Serai
  • Daun Pandan 
  • Daun Kunyit
  • Cili Besar
  • Cili Padi
  • Planta
  • Sos Tiram
  • Kicap Lemak Manis
  • Kicap Lemak Masin
  • Tomato
  • Salad 
  • Timun
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah


Cara Cara


  1. Ayam terpulang kepada korang nak guna 1 ekor terus atau dipotong kecil. 
  2. Rebuskan ayam dalam air yang banyak. Sebabnya korang akan gunakan stok ayam ini untuk buat nasi ayamstok perapan ayam, sup ayam, sos cili dan sos kicap.
  3. Rebuskanya bersama bawang putih, bawang merah, halia dan pati kiub ayam
  4. Letakkan sedikit garam dan lada sulah
  5. Tunggu sehingga separuh masak ayam itu dan boleh keluarkan ayam untuk perapan. 
  6. Ada 2 jenis iaitu 
    • Ayam goreng - Ambil stok ayam, letak halia, kicap manis, kicap masin, sos tiram. Perapkan selama 30 minit.
    • Ayam Lembut - Jika untuk orang tua tak ada gigi boleh buat ayam lembut ini. Biarkan dalam sup dan akan dimasukkan bersama nasi ayam nanti
  7. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih, serai, daun serai dan daun pandan bersama planta.
  8. Dah rasa siap tumis, masukkan dalam periuk yang berisi beras yang telah di basuh. 
  9. Gaulkan sehingga rata
  10. Masukkan stok ayam bersama ayam (untuk dibuat ayam lembut)
  11. Masak seperti biasa dan gaulkan selepas masak (dalam mod warm)
  12. Kuali yang korang buat tumis nasi ayam tadi, korang masukkan minyak dan setkan api kecil dan goreng ayam.Tak perlu lama, hanya untuk masakkan sepenuhnya. 
  13. Sos cili korang ambil cili besar dan cili padi beserta bawang putih untuk kisar. Airnya korang masukkan stok ayam. 
  14. Buangkan minyak goreng ayam dan bagi tinggal sikit je dan korang masakkan cili yang korang kisar tadi. 
  15. Lupa pula, untuk air perapan ayam itu jangan dibuang, air tu boleh dijadikan sos kicap. Korang boleh panaskan sekejap atas api selepas masakkan sos cili tadi. Pakai kuali yang sama. 
  16. Stok ayam itu, korang panaskan balik dan masukkan daun bawang untuk dijadikan sup ayam
  17. Sambil nak tunggu nasi masak, korang potonglah timun, salad dan tomato
  18. Dah siap nasi ayam korang dah boleh la korang bersantap. Cik en tak pakai susu cair tau sebab cara cik en ini cukup berlemak. 


Kalau korang perasan, cik en tak gunakan air lain selain dari stok ayam. Kat situ, korang akan rasa setiap side menu korang terasa ayam. Lepas itu, cik en akan minimunkan guna kuali sebabnya setiap kali korang masak, rasa ayam itu dah melekat kat kuali. Itu la tips nak bagi masakan kita natural sedap tanpa perlu bahan perasa tambahan
3

Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap

Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap | Lamanya tak kongsi resepi dalam blog ini. Dah alang alang free ini, cik en nak kongsi dengan korang Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap. Sesuai la untuk korang tengah demam atau diet. Kaki ayam ini mempunyai kolagen yang tinggi, kurangkan risiko tulang rapuh, sembuhkan kecederaan, pencernaan yang sihat, baik untuk kuku dan gusi. Walaupun banyak khasiat ada juga yang geli nak makan sebab kaki ayam ini mencakar tanah dan sebagainya. Hahahha. Tapi bagi cik en, masa kecilm inilah menu paling cik en suka. Terpulang masing masing untuk makan ke tidak sebabnya tiada paksaan pun. huhuhu. | Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap

Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap
Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap


Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap


Resepi ini tersangatlah mudah, hanya campak campak je dan siap. Cik en beli kaki ayam di AEON sebab nampak fresh. So ini bahan bahannya

Bahan Bahan
  1. Kaki Ayam
  2. Bawang Putih
  3. Halia
  4. Lada Sulah
  5. Garam
  6. Daun Bawang

Cara Memasak  Sup Kaki Ayam Sedap

  1. Rebus kaki ayam. Air untuk dijadikan sup terpulang kepada korang nak banyak mana
  2. Ketuk bawang putih dan halia seterusnya campak dalam air rebusan kaki ayam itu
  3. Masukkan garam, lada sulah dan biarkan sehingga kaki ayam betul betul lembut
  4. Siap dan taburkan dengan daun bawang


Mudah kan? Kalau korang nak tambahkan kentang, lobak dan daun sederi pun boleh. Campak campak aje. Hahhahah. Kalau korang nak makanan diet yang lain tapi sedap boleh cuba buat Resepi Bubur Oat Homemade

3

Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap

Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap | Sebut tauhu, mesti cik en akan habiskan dan kalau ada lauk ada tauhu, memang cik en kutip habis tauhu yang ada. So masa viral Tauhu Bergedil, memang cik en akan selalu mencari siapa yang mampu buat tauhu bergedil daging yang paling sedap dan kena dengan selera cik en. Tapi kebanyakan sedang sedang saja. Kalau ada pun, mesti dah stop buat tempahan tauhu bergedil sebab kekangan masa, mengandung, bersalin dan lain lain. Cik en bukannya tak pandai buat tapi masa itu tak ada sangat. So kalau sempat buat pun masa cuti saja. So untuk korang yang nak tahu Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap boleh la baca entri ini sampai habis okey. Versi Cik en Gojes gitew.. ahhahaha

Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap
Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap


Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap


Bahan bahan utama semestinya tauhu, kentang dan daging. Cik en dah cuba beberapa jenis kentang dan daging cuma ada yang sedap ada yang kurang sedap. Kentang yang rasa sedap kentang kuning. Daging pula cik en prefer daging kisar berbanding daging burger. Tauhu pula semestinya tauhu goreng. 

Bahan Bahan Tauhu Bergedil Daging 



  1. Tauhu Goreng
  2. Kentang Kuning
  3. Daging Kisar
  4. Bawang Merah India potong dadu
  5. Bawang Putih potong dadu
  6. Daun Bawang/Sup
  7. Lada Sulah
  8. Capsium dipotong dadu
  9. Telur
  10. Garam

Cara Penyediaan Tauhu Bergedil Daging 



  1. Tauhu Dipotong dan keluarkan isi tauhu. 
  2. Rebus Kentang dengan sedikit garam( ada juga goreng tapi cik en suka rebus sebab dia jadi lembut mentega)
  3. Goreng daging kisar dengan minima minyak
  4. Selesai rebus kentang, lenyekkan sampai halus
  5. Daging kisar goreng di campur dalam kentang dilenyek
  6. Masuk juga bawang, bawang putih, daun bawang, lada sulah dan capsium
  7. Gaulkan sampai sebati
  8. Campur sekali dengan isi tauhu
  9. Selesai masukkan campuran kentang tadi dalam tauhu. Kira sumbat la.
  10. Selesai pecahkan telur dan campur sedikit garam dan lada sulah
  11. Panaskan minyak
  12. Salutkan dengan telur dan terus goreng
  13. Jangan terlalu lama cukup untuk bagi masak telur disalut itu
  14. Selesai boleh hidangkan bersama cili atau sambal kicap. 
Cik en selalu makan Tauhu Bergedil ini tanpa sambal kicap. Cukup dengan cili dan gigit. Kalau nak resepi sambal kicap bergedil boleh refer entri Resepi Sambal Kicap Tauhu Bergedil. Dalam entri ini ada juga resepi Tauhu Bergedil tapi versi owner blog. Yang ini versi cik en dan mengikut rasa tekak cik en. Hihihi

update video terbaru cara cik en buat Tauhu Bergedil dengan bahan yang ada di rumah.



View this post on Instagram

Guess what hari ini cik en hanya berbuka dengan tauhu bergedil je. 12 biji buat habis 10 biji. So far, kentang pun antara makanan yang mengenyangkan selain nasi. So tak salah kalau hanya berbuka ini je. Sebabkan hari ini sabtu so sempat la nak setup cantik cantik buat video. Nak resepinya? Cik en hanya gunakan benda simple je 1. Tauhu Goreng dileluarkan isinya untuk dicampur dalam bergedil nanti 2. 6 biji kentang direbus 3. Daging digoreng bersama bawang putih. 4. Selepas kentang empuk lenyekkan. 5. Masuk sekali daging digoreng, bawang merah, daun bawang, garam dan lada sulah dan jadilah bergedil. 6. Sumbat bergedil dalam tauhu goreng 7. Gunakan telur dan lada serta garam untuk bahan gaul tauhu bergedil 8. Goreng dan toskan sebelum hidangkan. Buat sendiri boleh sumbat jadi gemok gedempol dan puas makan. Cik en jarang makan dengan kuah kicap cukup de cabai buat ratah je. #tauhubegedil #resepitauhubergedil #resepi #recipes #cikenmasak #nurfuziedotcom #menuberbukapuasa #ramadan2019
A post shared by Eintan Nurfuzie | BloggerPerak (@eintan_nurfuzie) on
2

Resepi Bubur Oat Homemade

Resepi Bubur Oat Homemade | Nak sihat ken makan makanan berkhasiat dan salah satunya adalah oat. Kalau korang beli yang instant siap itu kandungan gula tinggi. Dan dengan misi cik en untuk kurangkan gula dalam minuman dan pemakanan, cik en tak kan makan atau minum makanan dan minuman yang ada gula. Tu yang siapa siapa keluar makan dengan cik en, cik en akan memilih air kosong atau teo o suam kosong. Oat pun salah satu makanan harian cik en. Cik en tau mesti yang tak suka oat sebab rasanya yang kosong. So cik en nak kongsi Resepi Bubur Oat Homemade idea cik en ini. 

Resepi Bubur Oat Homemade
Resepi Bubur Oat Homemade

Resepi Bubur Oat Homemade


Bahan Bahan Bubur Oat Homemade

  1. Oat ( tak kisah la cook atau drink)
  2. Air
  3. Bawang Putih
  4. Halia
  5. Ikan Bilis (penganti garam)
  6. Sayur hijau 
  7. Lada Putih / Lada Hitam
Cara Memasak Bubur Oat Homemade

  1. Panaskan air
  2. Sambil itu boleh cincang halus bawang putih, halia dan ikan bilis. Kalau suka pedas boleh letak cabai cincang
  3. Masukkan bahan di cincang dan biarkan mendidih
  4. Potong sayur dan masukkan 
  5. Oat juga di masukkan
  6. Biarkan mendidih sekali la dan tutup api
  7. Hidangkan
Masak menu ini tak lama mana pun, 5 minit pun siap. Sesuai untuk yang sibuk. Macam cik en yang sibuk je memanjang. Kalau korang nak tau resepi kurus boleh baca entri Resepi Mudah Menu Untuk Kurus
2

Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes

Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes | Bila sebut potatoes atau kentang cik en akan anggap ianya adalah tinggi karbohidrat lebih daripada nasi. Jadi cik en akan elakkan sebabnya takut gemuk. Tapi selepas cik en diberi penerangan fakta mengenai kentang ini masa Event Healthy Delicious Dishes with US Potatoes di The Wembley A St Giles Hotel Penang, rupanya not bad juga kentang ini. Kandungan Vitamin C dan Pottasium yang tinggi rupanya. Dan juga banyak yang boleh dibuat Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes ini. Rasa happy sangat sebabnya diberi peluang untuk tahu apa menu menu yang boleh dibuat dengan US Potatoes ini.


Sebelum cik en share menu menu yang akan meliurkan korang, cik en nak story sikit apa info info penting masa cik en ikuti event ini. 

Fakta Mengenai U.S Potatoes



U.S Potatoes ini sangat bermutu tinggi kerana Amerika Syarikat merupakan negara yang menanam dan mengeluarkan kentang terbesar di Dunia kerana biji benihnya yang disahkan berkualiti mengikut piawaian ketat. Piawaian kualiti ini merangkumi saiz, bentuk dan kerosakan sebiji kentang. Kentang yang ditanam harus mengikuti aspek aspek pengurusan tanah, sumber air, teknik kutipan dan penyimpanan, persekitaran yang sesuai dan mempunyai pelbagai jenis. Selain dari itu, Amerika Syarikat satu satunya negara yang mewajibkan untuk standard kualiti dan saiz kentang sejuk beku.  


Antara Kebaikan U.S Potatoes 

  1. Pottasium yang lebih tinggi berbanding pisang - Pottasium ini bagus untuk boosts nerveous systemdan mantain kandungan gula dalam badan dan tekanan darah
  2. Kandungan vitamin C yang tinggi - Sebut vitamin C mesti korang dah tau ianya lebih kepada kecantikan kulit kan? Tak perlu nak beli supplemen vitamin C yang mahal mahal, hanya makan sebiji US Potatoes bersama kulit korang akan dapat 30% vitamin C dan 10 % vitamin B
  3. Satu kentang hanya mempunyai 110 kalori sahaja. 0% Fats, Kolestrop dan sodium. 

Jenis Jenis Kentang 

  1. Russet Potatoes
  2. Yellow Potatoes 
  3. Red Potatoes
  4. White Potatoes
  5. Purple Blue Potatoes
  6. Fingerling Potatoes
  7. Petite Potatoes 
Bentuk bentuk kentang sejuk beku yang di keluarkan oleh US Potatoes 

  1. Forzen Straight-cut fries
  2. Tater Drums
  3. Crinkle-Cut Fries
  4. Loop Or Curly Fries
  5. Frizen Wedges
  6. Lattice Or Basket Weave Cuts
  7. IQF Hash Brown Patties
Kentang ini akan jadi tidak sihat apabila banyak dicampur dengan bahan bahan perasa dan kandungan garam yang tinggi sebenarnya. Kalau tanpa bahan bahan tambahan tersebut, sememangnya US Potatoes ini mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan kita. Seperti yang cik en janjikan awal awal entri nanti, ada 4 menu yang diajar oleh Chef Audee Cheah yang merupakan President Penang Chef Association dengan menggunakan US Potatoes ini. Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes ini memberi idea untuk cik en buat di rumah nanti. 


Menu Sihat Dan Sedap Dengan US Potatoes



1. U.S Potato And Prawn Kerabu



2. Curry Chicken Stuffed U.S Potatoes


3. Kimchi Seaweed U.s Lattice Cut Fries


4. Chili Flavoured U.S Potato Wedges in Lettuce Cups


Dan kami dijamu dengan produk produk US Potatoes ini selepas selesai domenstrasi masakan dari chef


Masakan chef Audee Cheah simple tapi sedap sangat. Beliau sendiri beritahu, beliau memilih resepi ini sebabnya ianya boleh dibuat di rumah. Cik en paling suka dengan Kimchi Seaweed U.s Lattice Cut Fries. Bertambah cik en dengan menu tu. Menu ini menggunakan U.S Lattice Cut Frozen Potatoes. Masih terasa tekak cik en makanan ini. 

US Potatoes ini korang boleh didapati di pasaraya pasaraya di kawasan korang. Mudah saja sebenarnya nak cari. Antara brand yang popular adalah Lambweston dan Simplot. Atau korang boleh tengok ada nama US Potatoes pada plastik pembungkus. Jadi pilihlah US Potatoes menjadi kentang pilihan korang tidak kiralah sejuk beku atau fresh. Maklumat lanjut korang boleh layari http://potatoesusa-malaysia.com/

Jumpa next entri di www.nurfuzie.com. XoXo semua!
6

Resepi Menu Berbuka : SAMBAL TUMIS KERANG

Resepi Menu Berbuka : SAMBAL TUMIS KERANG | Sesekali pekena kerang ok juga kan? Tapi menu kerang apa yang best kan? Apa kata cuba masak sambal tumis kerang. Lagipun banyak khasiat kerang ini. Antaranya penambah darah. So apa kata buat SAMBAL TUMIS KERANG untuk resepi menu berbuka hari ni. 


Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

sumber gambar dari google
3

Resepi Menu Berbuka : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Resepi Menu Berbuka : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT | Anyway cik en tak suka makan siput sedut ini..eh.. bukan tak suka tapi tak pernah langsung makan.. ahahha sebab takut tersangkut bibir dengan lidah. Hahahha. Tapi cik en nak kongsi resepi menu berbuka ini untuk sesiapa yang suka MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT ini.

MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT



Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

sumber gambar dari google
2053
6

Resepi Menu Berbuka : TOM YAM THAI

Resepi Menu Berbuka : TOM YAM THAI | Sedap gak kena tomyan dan nasi panas panas ini kan untuk berbuka. Tambah pula ada telur dadar gebus tu. Mesti kenyang perut. So kali ini cik en nak share  TOM YAM THAI untuk Resepi Menu Berbuka.

TOM YAM THAI



Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang


sumber gambar google
2

Resepi Menu Berbuka : DAGING MASAK BLACK PEPPER

Resepi Menu Berbuka : DAGING MASAK BLACK PEPPER | Sedap juga dapat makan menu black pepper ini. Walaupun boleh buat ayam black peper tapi cik en suka kombiansi black pepper dengan daging. Rasa umph. Hari ini cik en nak kongsi resepi menu berbuka Daging Masak Black Pepper


Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. 
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

sumber gambar google
1

Resepi Menu Berbuka : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

Resepi Menu Berbuka : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS | Bukan hari biasa je menu ini dapat pilihan, tapi masa berbuka pun teringin pulak nak makan stim stim ini. So kali ini nak kongsi resepi menu berbuka menu Siakap Stim Limau Nipis. 


Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

sumber gambar google
4

Resepi Menu Berbuka : IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

Resepi Menu Berbuka : IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI | Teringin pula nak makan petai. Selalu buat udang dengan petai tapi kali ini nak try ikan dengan petai. Sebab itu cik en nak kongsi cara memasak dan bahan bahan IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI untuk resepi menu berbuka hari ini


Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

gambar dari google
6

Resepi Menu Berbuka : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Resepi Menu Berbuka : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN | Baru dapat telur masin, hurmmm apa menu nak buat ye. Kat rumah ada udang. Ha!! nak try UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN la untuk resepi Menu Berbuka hari ini. Korang pun nak buat juga ke? Meh sini cik en nak kongsi bahan bahan dan cara memasak UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN.



Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

gambar sumber dari google
2

Resepi Menu Berbuka : TELUR BUNGKUS

Resepi Menu Berbuka : TELUR BUNGKUS | Sesekali nak ubah selera tak ada kan salahnya. Kali ini terliur pula tengok Telur Bungkus. Sedap juga kan berbuka dengan telur bungkus ni. Cik en nak share bahan bahan dan cara memasak Telur Bungkus untuk Resepi Menu Berbuka Hari ini. 


Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

Sumber gambar dari google
4

Resepi Menu Berbuka : AYAM PERCIK BAKAR

Resepi Menu Berbuka : AYAM PERCIK BAKAR | Terliur air liur ini bila tengok ayam percik semalam di bazar ramadan. Pergh nampak menyelerakan tapi ada sesetengah orang itu lebih suka masak sendiri. Kalau masak sendiri ini kita boleh lebihkan apa bahan bahan penyedapnya dan boleh dapat banyak. Lagi berbaloi kan? So hari ini cik en nak kongsi cara membuat Ayam Percik Bakar untuk Resepi Menu Berbuka hari ini.

Resepi Menu Berbuka : AYAM PERCIK BAKAR


Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar) 
- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping 


Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.


sumber gambar dari google
2

Resepi Menu Berbuka : PARI ASAM PEDAS

Resepi Menu Berbuka : PARI ASAM PEDAS | Sedapnya kalau dapat makan asam pedas kan? Cik en rasa paling sedap makan asam pedas ini di melaka. Tapi cik en alah dengan Pari. So kalau nak makan selalunya ambil ikan kembung je. Yang penting asam pedas ini pada kuahnya. Kalau de ummp, confirm bertambah tambah pinggan. Alahai manala nak kurus kan? Walaupun cik en alah pada pari cik en kongsi juga cara memasak Pari Asam Pedas untuk Resepi Menu Berbuka hari ini. Kalau sesiapa nak tukarkan ke ikan yang lain pun tak ada masalah.

Resepi Menu Berbuka : PARI ASAM PEDAS


Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam 


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api. 
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

sumber gambar dari google
2

Resepi Menu Berbuka : KARI AYAM NYONYA

Resepi Menu Berbuka : KARI AYAM NYONYA | Asyik asyik kari mamak dan kari melayu je. Apa kata ubah sikit style ke kari cina pula. Hahaha. sesekali variasikan masakan kari tak salah kan? kari kita kali ini gunakan ayam. Jom tengok macamana nak buat kari ayam nyonya untuk Resepi Menu Berbuka hari ini. 

Resepi Menu Berbuka : KARI AYAM NYONYA




Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

gambar sumber : che mat gebu
1

Resepi Menu Berbuka : SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Resepi Menu Berbuka : SOTONG MASAK LEMAK PADANG | Tekak ini terasa nak makan sotong pulak. Tekak orang berpuasa ini memang mengada ngada kan? Kali ini cik en nak kongsi resepi makanan laut atau seafood juga walaupun sebelum ini sup ikan merah. So jom tengok bahan bahan dan cara memasak SOTONG MASAK LEMAK PADANG untuk Resepi Menu Berbuka

Resepi Menu Berbuka : SOTONG MASAK LEMAK PADANG


Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong . rujuk cara siang sotong dengan betul
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.

sumber gambar dari google
1