Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: permotoran

Showing posts with label permotoran. Show all posts
Showing posts with label permotoran. Show all posts

Bukan Mudah Untuk Skuter User Bertukar ke Clutch User

Bukan Mudah Untuk Skuter User Bertukar ke Clutch User | Masih bercerita mengenai motosikal dan harap pembaca setia cik en tak muak la ye. Tengah dok ghairah dengan motosikal ini cik en akan banyak keluarkan entri mengenai pengalaman cik en dalam menunggang motosikal. Hahaha. Nama pun lifestyle blogger kan? Seperti yang korang tahu, cik en baru beli motosikal jenis clutch dan yang mana mungkin tak tahu, cik en dulu pakai motosikal jenis skuter atau automatik. Perbezaan yang banyak untuk buat cik en ambil masa nak serasi dengan motosikal jenis clutch ini. Bukan Mudah Untuk Skuter User Bertukar ke Clutch User tau! Banyak adegan memalukan di trafic light dan persimpangan jalan raya. Hahahaah


Bukan Mudah Untuk Skuter User Bertukar ke Clutch User


Dulu pakai skuter cik en hanya perlu pulas throttle dan motosikal akan berjalan terus. Nak berhenti hanya slow dan tarik brek tangan. Kali ini cik en dah pakai motosikal clutch, so banyak aspek yang cik en kena buat sebelum menunggang motosikal. 

Kalau dulu boleh main handphone (jangan tiru aksi ini), boleh berhenti mengejut, tak perlu fikir turunkan gear bila slow motosikal dan lain lain lagi tapi lani kena lebih bersiap sedia dengan keadaan sekeliling. 

Stanby turunkan gear bila sampai traffic light, kenderaan depan berhenti mengejut, persimpangan sehingga perlu berhenti. Kalau korang main macam skuter dulu, memang mati la enjin motosikal korang kat tengah tengah jalan tu. Hahaha. 

Lepaskan cluth dan pulaskan throttle perlahan lahan itu masih lagi cik en tak mahir. Kadang kadang terlebih pulas kadang kadang kurang sampai mati enjin. 

Satu lagi masalah cik en dengan RS150R (bukan salah motosikal tapi cik en sendiri) ini bila gear 1 tukar ke gear 2, kadang kala cik en terfree gear. Sebanya cungkil gear terlalu lembut sampai terfree. Hahaha. Ini kelakar la sampai kena gelak masa lampu hijau. Lepas tanya dengan geng RS baru la faham kenapa boleh terfree

Kalau cik en berhenti tapi masih ada gear 3 keatas, mesti cik en tak leh free gear. Jadi kena make sure sebelum berhenti gear 1 atau 2. Kalau gear atas tu nanti akan kelip kelip kat bahagian dashboard gear. 

Kalau bawa kereta RPM 3 boleh langkau sampai 80km/j ke 100km/j tapi cik en terkejut bila bawak motosikal ini 80km/j dan sampai RPM 7. Hahaha. Risau gak la takut de masalah tapi bila tanya pada group, rupanya benda tu normal. Hahahha. Sebabnya motosikal pakai 1 piston. Kereta 2 piston. Hahahha 

RPM terbaik masa start enjin untuk RS atau mana mana motosikal cluth 1.5 RPM. Kalau rendah senang mati enjin kalau tinggi nanti de masalah. 

Itu antara pengalaman cik en selama 2 minggu dengan motosikal jenis clutch ini. Cik en pun dah bawa balik si budak merah itu balik kampung tunjuk kat mak abah cik en. Hahaha. So far perjalanan jauh ini untuk running enjin baru dan bagi pengalaman cik en untuk menunggang motosikal clutch untuk jarak jauh. Tapi masih lagi ingat waktu "berpantang" beliau. 

Kalau dulu zaman merempit, memang cik en bawa skuter keliling Ipoh dan tak ada masalah la.. Skuter kan? 

Cuma dalam cik en belajar motosikal clutch ini jangan la kecam cik en kalau cik en tanya apa apa na.. Sebabnya cik en budak baru nak up dengan motosikal jenis ini. Hahahah
11

Kenapa Ada Waktu "Pantang" Pada Motosikal Atau Kereta Yang Baru Dibeli

Kenapa Ada Waktu  "Pantang" Pada Motosikal Atau Kereta Yang Baru Dibeli | Kerap pula cik en kongsi info pasal dunia permotoran ini kan? Semenjak cik en pakai Motosikal Honda RS150R ini cik en mula suka belajar mengenai dunia motor ini. Dan satu topik yang cik en tanya di facebook peribadi cik en adalah Kenapa Ada Waktu  "Pantang" Pada Motosikal Atau Kereta Yang Baru Dibeli . Masa cik en pakai Mr Barney cik en dulu, memang cik en ada pantang tak bawa laju laju. Tapi masa itu cik en tak menimbulkan apa apa persoalan pun. Mungkin masa itu tengah sibuk dengan masalah sendiri. 

Kenapa Ada Waktu  "Pantang" Pada Motosikal Atau Kereta Yang Baru Dibeli

Kenapa Ada Waktu  "Pantang" Pada Motosikal Atau Kereta Yang Baru Dibeli


Hasil dari pertanyaan cik en Kenapa Ada Waktu  "Pantang" Pada Motosikal Atau Kereta Yang Baru Dibeli ini, ramai bagi feedback yang mana dapat menjawab persoalan cik en dari segi teknikal. 


Mohd Noriskandar Ssbab enjin masih baru...and possibly akan ada metal shavings hasil daripada geseran enjin yg masih "dara"...nak reduce friction disebabkan oleh itu and nak bagi bahagian2 dalam enjin mesra dengan movement

Hazelin Ismail Enjin baru kena bg dia run dulu sblm digasakkan hahahaha lama ni dok dlm kilang now on the road... mcm baby juga d merangkak, tatih dulu, then berdiri, dan jalan slow2 sebelum dia jadi tarzan hahahaha Eintan Nurfuzie

Hariz Anaknye Razali Barang ketat. Pelan2 kayuh.. Da lama2 baru lenjan.

Izzat Nazmi Bagi dia habis pantang dulu 1000km...lepas tu nak full throttle sampai 180km/j pun takpe....hehe

Firdaus Yusof Jgn menten 80 je. Sekali skala bwk dlm 100 pastu 80. Jgn lenjan selalu 100

Eny Yusnizar Abdullah Geseran enjin tu sebab minyak engune pun br masuk kan.. X semua kena minyak lagi.. Itu yg car srvice centre bgtau

Faiz Zakaria Cara yang betul pantang enjin ni bukan pada kelajuan, tapi pada RPM. bagi moto atau kereta yang ada meter RPM, better control rpm je. Sbb lain moto lain rpm dan lain speed.
Contoh mcm moto r25, pantang yang digalakkan pada rpm 9000rpm (max rpm 14000rpm) , yang kalau pada gear 6, 9000rpm tu boleh bawa sehingga 120km/j.
So, depend on gear berapa juga. Kalau kata pantang pada kelajuan 80km/j tapi pakai gear 2 je, memang cepat lingkop la enjin tu.
Lain moto lain rpm dan lain julat pantang kelajuan dia.

Cikgu Saya Eny Yusnizar Abdullah dh jwb ngan betul... Dan Faiz Zakaria mengesahkan dgn lebih detail...
Útk pengguna auto, 1000km pertama, lepas masuk gear D, jangan tekan minyak, biar kereta gerak sikit dulu br tekan minyak secara berperingkat-peringkat.
Kalau manual, elakkan tekan minyak mendadak teruk rpm 5-6, lek2, belai2, ringan2 je... Kalau nak pakai lama la...
Org kata bukan saya kata.

Dari kesemua ini cik en boleh simpulkan yang enjin masih baru atau orang kata masih dara giteww.. Jadi ambil masa untuk untuk minyak enjin untuk serasi enjin. Geseran mestilah smooth gitew.. Kalau minyak enjin masih belum serasi, takut akan ada effect pada enjin. 

Itu bahasa yang cik en rasa cik en faham. Cik en masih lagi belajar lagi bab moto. Insyallah kalau ada info lain cik en akan share. Nasib la blog cik en ini niche lifestyle so boleh masuk apa apa yang cik en suka related dengan kehidupan cik en . 


8

Honda RS150R Pilihan Hati Cik En

Honda RS150R Pilihan Hati Cik En | Alhamdulillah, setelah berteka teki mengenai motosikal mana yang cik en nak ambil, hari ini cik en nak buat pengumuman rasmi. Chewaah.. gaya retis je kan? Akhirnya cik en memilih motosikal Honda RS150R setelah menimba tara antara beberapa buah motosikal yang lain seperti Benelli RFS 150 i dan Yamaha y15zr. Dengan bantuan beberapa orang lebih berpengalaman sebenarnya banyak membantu cik en memilih Honda RS150R akhirnya. Terima kasih semua. 


Honda RS150R Pilihan Hati Cik En


Cik en bukanlah arif dalam dunia permotoran dan tak layak nak buat entri perbandingan sebabnya sebelum ini cik en naik skuter Yamaha Ego version pertama. Tapi apa yang cik en boleh kongsi dengan korang hasil menunggang Honda RS150R masa 2 hari ini mungkin boleh menjadikan modal cik en menambah info Honda RS150R pada pandangan cik en.

Saingan terdekat Honda RS150R adalah Yamaha 15zr sebabnya ianya dalam katogeri 150 cc dan masing masing ada sistem EFI (Sistem Suntikan Bahan Api).

Cik en sendiri tak pernah cuba Yamaha y15zr lagi dan masih menunggu kawan cik en beli dan baruu nak test bawa. Jadi kalau korang nak tahu perbandingan boleh rujuk entri Bro ini Honda RS150R vs Yamaha y15zr



Cuma apa yang cik en nak kongsi Honda RS150R ini tinggi dan semestinya berat la. Berbeza dengan Yamaha Ego cik en yang lama. Disebabkan biasa pakai skuter, cik en akui susah untuk cik en handle kali pertama Honda RS150R ini yang mempunya clutch. Cik en ambil masa dalam sehari untuk mahir dengan bawa keliling taman rumah sewa cik en. Sampai mati enjin la di kawasan kawasan berhenti.

Tapi dah masuk hari kedua ini, cik en dah mula mahir dan Insyallah seminggu lagi cik en lebih confident nak bawa. Lepas ini akan wujud la hastag #travelrempitciken .. hahahaha.

Selain itu cik en tak suka sesungut depan dan belakang. Apa sesungut yang cik en maksudkan erk? Sesungut lampu signal kiri kanan. Cik en nampak Honda memang dah siapkan lampu signal kanan kiri tapi mungkin undang undang di Malaysia wajib letak sesungut tu kot. Kalau dah de sesungut tu, lampu signal original tak menyala. Mungkin juga wiring dari lampu asal di masuk pada lampu sesungut tu. Eh.. korang faham tak eh?

Selain dari itu ada perbezaan lain. Cik en ambil info ini dari https://pandulaju.com.my/yamaha-y15zr-atau-honda-rs150r-kami-ada-jawapannya/


Apa apa pun cik en harap Honda RS150R akan serasi dengan cik en. So dengan ini cik en dengan rasminya juga berikan nama Honda RS150R cik en ini Mr Incredible atau adik Incredible . Yang sulung nama Akak Ego, Kedua Mr Barney, ketiga Mr Incredible dan Insyallah awal tahun depan akan ada baby lagi. Walaupun baby paling bongsu tapi dia adalah "taiko" antara ketiga adik beradik dia yang lain. 

Oklah, jumpa nanti di next entry di www.nurfuzie.com
8

BMW Mydin Viral Di Facebook


BMW Mydin Viral Di Facebook | Bermula pada seorang lelaki yang upload gambar resit MYDIN dengan stereng BMW, ianya menjadi viral di facebook dengan masing masing memuat naik stereng kereta masing masing dan caption mydin. Jom tengok gambar di bawah 










Dan juga ada gambar yang dimuat naik menjadi bahan lawak dan jenaka seperti di bawah ini 




Dan cik en pun hendak sertai dengan caption mydin dan gambar stereng kereta cik en. 



Tidak sangka ianya menjadi viral dalam sehari dua ini. 





9

Tips Tanggalkan Road Tax Tanpa Kesan


Tips Tanggalkan Road Tax Tanpa Kesan | Entri ini wujud kerana ianya menjadi trending di Facebook. Selepas JPJ memperkenalkan roadtax atau cukai jalan yang ada tanda hologram ini, ianya menjadi satu masalah kepada pemilik kereta kerana ianya akan meninggalkan kesan apabila ingin menanggal dan menampal roadtax kereta yang baru. Ini antara langkah untuk tanggalkan roadtax tanpa kesan di cermin depan kereta

  1. Rendam kain dengan air panas.
  2. Letakkan kain diluar cermin kereta, betul-betul di hadapan road tax yang nak ditanggalkan.
  3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam cair.
  4. Selepas 5-10 minit, tanggalkan road tax perlahan-lahan.
Atau anda boleh liminate roadtax anda di kedai tinted seperti ini


Jangan pula hantar di kedai liminate buku pula iye, di kawasan cik en, cik en memang akan hantar ke kedai tinted kereta kerana mereka akan membuka dan liminate dengan kemas seperti diatas. Hologram JPJ pun tidak terkoyak atau tercalar. Semenjak pakai kereta, cik en akan liminate sahaja dan tiada masalah roadtax melekat dan menjadi comot di cermin depan kereta. Cik en baru sahaja menukar roadtax 13 Februari yang lalu. Jadi setiap tahun akan sambut hari Valentine dengan Mr Barney cik en ini la. 
1

MeterON | Aplikasi Wajib Pengguna Pengangkutan Awam


MeterON : Aplikasi Untuk Pengguna Teksi | Berita baik buat pengguna teksi dan bas. Dengan satu aplikasi yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar untuk memudahkan anda mengetahui Maklumat Pemandu, Menjejaki Perjalanan, Anggaran Tambang, Penilaian perkhimatan, Menghantar Isyarat Kecemasan (SOS) dan Membuat Maklum Balas sebelum memulakan perjalanan. Dengan hanya memasukkan No Pendaftaran teksi atau bas. dan anda boleh dapatkan semua maklumat lengkap seperti dinyatakan di atas. Aplikasi ini merangkumi data yang menyeluruh mengenai pemandu teksi/bas termasuk kereta sewa dan teksi lapangan terbang diseluruh Malaysia. Aplikasi ini dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
1

Ron 97 Euro 4 Petronas

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam cik en tengok berita di AWANI mengenai Ron 97 menggunakan Euro 4 berbanding sebelum ini menggunakan Euro 2. Ini menarik minat cik en kerana cik en pengguna ron97 Petronas

euro4 ron 97

Apa Itu Euro 4

1

(Tips) Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto


Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.



Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.


Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1

happy anniversary abang barney


salam semua!
alhamdullah, kebzan cik en mula berkurang
semalam cik en dah sambung review blog cik en
hari ini cik en nak update entry khas untuk kekasih hati cik en
abg BARNEY
sapa abg barney cik en ni...
nak tau? ke ada yag dah tau?
ok la inilah abg barney cik en





encem?
iya... memang abg barney encem kacak, montet, dan bergaya
alhamdullah hari ini genap setahun per"cintaan" kami
pelbagai dugaan, suka duka kami tempoh..
dari utara, ke selatan kemudian ke pantai timur abg barney dah melancong
banyak kisah berlaku pada abg barney seperti diceritakan di entry ini
dan di entry ini
banyak kenangan cik en dan abg barney kan..
walaupun baru je usia percintaan kita setahun
jadi cik en harap, selepas ini cik en akan jaga abg barney baik baik dan ada yang telah berjanji dengan cik en akan menjaga abg barney bersama sama..ammiiinnn
diharap semuanya berjalan lancar..
p/s : ada apa apa suggestion tuk cik en bagi hadiah untuk abg barney x?
ehheheheh
5

Kenapa nama kereta itu barney dan pengu


salam semua..
merujuk entry ini
cik en ada tanye kenapa la cik en nak letak nama kereta kesayangan cik en BARNEY dan kereta en botak PENGU
ok.. sekrang cik en terangkan mengenai BARNEY dulu ok


BARNEY
ramai gak yang tak tahu siapa barney
barney adalah kartun old school gak la..
dalam rancangan
BARNEY AND FRIENDS
masa zaman cik en kecik kecik cerita ini top gak.. tapi bila di tanya bebudak zaman sekarang ramai yang tak tahu.. so inilah barney



kalau nak tahu cerita dia camne..
kornag taip je kat youtube barney and friends so korang boleh la tengok.
kenapa cik en kasi nama barney?
sebab kaler dan saiz
Barney gemuk dan bewarna ungu..
sama dengan alza cik en yang bewarna ungu dan besar..
so ada kan persamaannya?


PENGU

nama sebenarnya PINGU
semua orang tahu kan kartun yang mana
3

Poooooonnnnn!





Cik en mula pakai kereta semenjak dapat lesen.. tak lama pun.. cik en ambik lesen dah lewat..
sekarang masih P lagi..
tapi cik en xde la nak cete bab P ni tetapi penggunaan HON
jujur cik en cakap.. semenjak cik en ada motosikal dulu, hon amatlah cik en kurang gunakan 
bila pakai kereta pun amatlah jarang..
tak tahu la kenapa..
mybe bila hon, mengejutkan orang kot..
tapi jumaat lepas cik en banyak gunakan hon.. heheh.. sebab lembu dan kambing melintas..
ehheh..pe pe pun cik en takmo gunakan hon kalau tak penting..
sebb leh buat orang terkejut malah sampai boleh jatuh moto. x ke gitu? heheh
5

Barney Cik En dan kemik!!! :(


salam n gud morning...
apa khabar?
semalam hari malang bagi cik en...
dah la barney cik en berbau durian dan cik en dah cerita dlaam entry ini
pastu petang tu pulak..
terkena batu dari lori..
nasib x kena cermin..cik en pun xempat ngelak..klu x arwah la cik en..
tapi sian barney cik en...
dah kemik..wa...malangnye nasib..hukhuk



4