Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: perbankan

Showing posts with label perbankan. Show all posts
Showing posts with label perbankan. Show all posts

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS | Pernah tak korang ada masalah untuk dapatkan no TAC untuk urusan perbankan online korang terutama Maybank? Kebiasaannya korang perlu tunggu sms dari pihak bank untuk dapatkan beberapa digit nombor untuk urusan pengesahan tranksaksi setelah korang request nombor tu dan ada beberapa ketika apabila pihak bank ada masalah korang kena tunggu lama untuk dapatkan atau ada masa korang tak dapat terus nombor itu. Mesti korang angin kan bila sebab sms no tac diterima, kerja korang tertangguh dan ada kes sampai barang korang nak beli selalu flash sale di shoppig online terlepas. Kali ini cik en nak jar sikit cara mudah yang mana korang boleh aktifkan secure2u untuk Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS
Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS


Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cik en sendiri pengguna tegar perbankan online untuk cik en bayar bil bil dan sewa rumah setiap bulan. Dulu cik en menggunakan apps Maybank yang lama. Banyak kelemahan antara kalau kita tak favourite nombor akaun seseorang, kita tak boleh nak transfer melalui apps. Kena guna web juga. Kalau tak silap cik en, hampir setahun Maybank buat satu apps terbaru yang lebih mesra pelanggan. Untuk apps baru korang boleh transfer duit walaupun akaun itu bukan akaun favourite. Begitu juga dengan bil bil. 

Selain itu, Maybank ikut jejak CIMB untuk aktifkan no TAC secara apps. So kalau korang duduk luar negara pun, korang tak perlu risau untuk dapatkan no TAC melalui sms. Asal ada internet, korang boleh buat sebarang urusan melalui Maybank banking online. Nak tahu caranya? Ikut step di bawah ini

1. Download Maybank Apps New (ada tulis new kat atas icon)


2. Buat register dengan masukkan butiran yang diperlukan.
3. Masa pendaftaran sila aktifkan secure2u ye. Masa ini masih memerlukan no tac untuk pengesahan dan selepas ini korang boleh gunakan secure2u tu. Macam cik en, cik en daftar sekali untuk model handphone cik en.
4. Cara nak gunakannya adalah paling senang, apabila korang gunakan perbankan online secara web (komputer) sampai untuk isikan no tac korang hanya masukkan maybank apps di handphone korang dan buka bahagian secure2u 


5. Kat situ akan ada digit digit yang valid dalam 30 saat kalau tak silap cik en. 


6. Masukkan digit itu kat bahagian tac dan ianya valid untuk buat transaksi.
7. Kalau korang gunakan Maybank Apps korang tak perlu nak masukkan apa apa no tac sebab ianya akan automatik update no tac itu. Tau tau settle je. 
8. Cuma cik en tak boleh nak screenshoot atau save bukti transaksi sebabnya lepas bayar melalui Maybank Apps, korang ada 2 pilihan, save as favourite atau send to email. Kalau nak bukti untuk hantar pada seller, korang boleh download di email yang korang hantar. 

Kalau korang pengguna CIMB, dorang pun guna konsep yang sama juga dulu..Boleh baca Cara Terbaru Dapatkan No Tac CIMB Tapi sekarang macam dah tak ada je selepas update yang terbaru. 
6

Maybank Buat Loqlaq Pulak!


Maybank Buat Loqlaq Pulak! | Kisah panas dari facebook cik en hari ini. Kisah penukaran kad maybank kepada Kad Debit Pay Wave terbaru yang diarahkan oleh Bank Negara bagi memastikan keselamatan pengguna Debit Card. Sebagai seorang pengguna tegar Kad Debit ini dalam urusniaga dan shopping, semestinya cik en akan alert lebih. Sebab cik en seorang yang tidak suka bawa wang tunai kecuali ke pasar malam. Hahaha. Cik en lebih suka menggunakan kad debit ini. Mudah dan selamat. 

Kisahnya bermula begini, cik en bukan dapat sms, whatsaap untuk membuat pertukaran kad ini tapi official dari maybank melalui sms. Tapi cik en terdelete sms tersebut semasa menukar telefon. 2 kali cik en dapat dan cik en tiada bukti nak kongsi disini. Cik en dapat melalui 5 nombor yang selalui diberi bila request no TAC untuk urusan Maybank Online. Jadi trusted la kan? Malah bukan hanya Maybank sahaja, CIMB Bank, Ambank dan BSN juga ada hantar surat meminta pelanggan menukarkan kad tersebut. Apabila sampai, cik en beritahu bahagian customer service yang nak tukar kad baru. Boleh pula di tanya untuk apa? Cik en jawab sebab dapat sms untuk tukar pasal debit wave tu. Korang tau dia boleh jawab apa? Kan atas kad itu dah tulis sampai 2018, jadi boleh pakai sampai 2018 (sambil gelak sinis). Eh? Cik en dah panas cik en keluar terus. Teruslah buat aduan di Facebook Maybank. 

Bermula denga review dan pihak admin maybank minta private massage mereka untuk penerangan lebih jelas. Jadi inilah perbualan kami






Akhirnya selesai masalah cik en. Memang Maybank Buat Loqlaq pulak hari ini. Sedangkan cik en dah selesai menukar kad BSN, Ambank dan CIMB. Tersangkut hari ini untuk Maybank. Kalau tak, selesai sudah tak perlu cik en nak tangguh tangguh lagi mengenai hal remeh ini. Untuk pengguna bank di luar sana. Boleh tonton youtube dibawah ini untuk kenali kad baru ini


Jadi bermula sekarang, korang boleh mula ke bank untuk membuat pertukaran sehingga 31 Disember 2016. Bermula 1 Januari 2017, segala urusan debit akan menggunakan kad PIN baharu ini. 
9

Duit Yang Dipenuhi Dengan Dakwat Adalah Duit Rompakan


Duit Yang Dipenuhi Dengan Dakwat Adalah Duit Rompakan | Untuk pengetahuan semua, jika kita menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti dalam gambar ini tak kiralah di kedai atau dmana-mana harap kita jangan menerimanya, kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM. Semua ATM diseluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut, apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya ia akan secara automatik akan mengeluarkan dakwat ink wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya. Harap semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil.

5

Cara Terbaru Dapatkan TAC On Mobile CIMB Click


Cara Terbaru Dapatkan TAC On Mobile CIMB Click | Nampaknya CIMB Bank telah menerapkan elemen baru kepada perbankan online mereka demi menjagi kerahsiaan terutama urusan dalam talian. Cik en pada mulanya tidak tahu tetapi apabila membaca keterangan barulah tahu. Entri ini untuk panduna penggunaan CIMB Click yang menjalankan urusan pembayaran, penerimaan atau sebagainya.

Untuk kes ini cik en ambik contoh prepaid topup.

Login CIMB Click dan pergi ke menu seperti biasa iaitu 
Top Up > Preapid Reload
Isikan butiran yang diperlukan

 Selesai sahaja submitkan. dan akan masuk ke paparan seperti dibawah ini


Tiada lagi send TAC ke mobile sms tetapi anda boleh tukar setting ke mobile sms. Jika keluar yang ini sahaja, anda boleh download aplikasi CIMB Clicks di Google Play dan klik di TAC on Mobile seperti dibawah ini


Apabila anda klik disitu akan keluar paparan di bawah dan diberi no TAC dan masukkan ke dalam urusniaga kita di dalam CIMB Click


Dan urusan anda boleh diselesaikan serta merta. Urusan ini hanya untuk urusan CIMB Click melalui Desktop sahaja.
5