Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: penyakit

Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Kenapa Kelenjar Kucing Bengkak (Lymphadenopathy)

Kenapa Kelenjar Kucing Bengkak (Lymphadenopathy)  | Cik en bukanlah doktor veterinar jadi banyak benda yang cik en masih perlu belajar. Hari ini cik en belajar satu kes yang mana semua kelenjar pada kucing bengkak atau bahasa veterinar Lymphadenopathy atau Lymph Node Inflammation. Macam manusia juga, mereka mempunya kelenjar yang mana fungsinya menapis sisa sisa atau bahan asing jahat seperti virus atau bakteria. Lymphatic Vessels akan menyediakan tapak untuk sel darah putih untuk melancarkan tindak balas imun. Bila terlalu banyak sisa dan bahan asing jahat ini yang tidak diserang oleh darah putih, ianya akan membengkak. So cik en akan check bahagian lymph node dulu kalau buat pemeriksaan atas kucing. Kalau bengkak cik en akan tahu yang kucing tu ada virus atau bakteria. Tapi entri Kenapa Kelenjar Kucing Bengkak (Lymphadenopathy) ini cik en buat research sendiri dan pertanyaan dari orang atas cik en. Kalau korang seorang doktor veterinar atau yang arif mengenai topik ini boleh perbetulkan di bahagian komen ye.

Kenapa Kelenjar Kucing Bengkak (Lymphadenopathy)
Kenapa Kelenjar Kucing Bengkak (Lymphadenopathy) 

Sebelum itu cik en nak beritahu Lymph Node (Kelenjar) pada kucing banyak tau. Cik en pun dapat gambar di bawah hasil google. Rupanya banyak juga Lymph Node (Kelenjar) pada kucing. Ada 8 tempat semuanya dan ianya memainkan peranan masing masing. Jangan tanya cik en peranan apa ye. Kena tanya yang lebih pakar. Cik en terang secara general untuk kita kita yang bukan level doktor.

Kenapa Kelenjar Kucing Bengkak (Lymphadenopathy)
Dalam gambar diatas, cik en selalu check no 1. Untuk kes yang terbaru tadi, cik en dapat rasa bengkak di bahagian 1 dan 5. Pemberian antibiotik dah diberi 2 minggu sebelum itu dan tiada kesan malah makin membengkak. Meh sini cik en nak kongsi gambar Lymph Node (Kelenjar) kucing bengkak yang cik en ambil di google


Besar kan? kalau manusia pula macamni


Bila kes sebegini berlaku, kemungkinan (diambil dari http://www.petmd.com)

  1. Lymphoid hyperplasia: when lymph nodes react to an infectious agent by producing an excess of white blood cells, but are not themselves infected
  2. Lymphadenitis: when the lymph nodes themselves are infected either primarily or secondarily
  3. Infectious agents:
    • Sporotrichosis: fungal infection of the skin, acquired from soil, hay, plants (most notably, garden roses); affects skin, lungs, bones, brain; this is the type that most frequently affects cats
  4. Bacterial:
    • Rickettsia: transmitted by ticks and fleas
    • Bartonella spp: transmitted by biting flies
    • Brucella canis: sexually transmitted; acquired during breeding
    • Pasteurella: transmitted through the respiratory system
    • Yersinia pestis : transmitted by fleas and possibly rodents; also known as the plague
    • Fusobacterium: infection of the mouth, chest, throat, lungs
    • Francisella tularensis: tularemia; transmitted by ticks, deer flies, and by the dispersion of gases from an infected animal carcass (frequently occurring during lawn-mowing)
    • Mycobacterial: transmitted by infected water supply
  5. Viral:
    • Feline Immunodeficiency Virus (FIV)
    • Feline Leukemia Virus (FeLV)
  6. Non-infectious agents:
    • Allergens: lymph glands respond to an allergic reaction in the body by producing more cells – usually occurs in the lymph nodes near the site of the reaction
    • Immune-mediated disease: the body’s immune system over-reacts to an invasion, or reacts inappropriately
    • Eosinophilic infiltration: multiplication of white blood cells responsible for controlling allergy response, or for fighting parasitic agents
    • Feline hypereosinophilic syndromes: excessive eosinophils, may be associated with leukemia, blood marrow infection, asthma, or allergy
Macamana kita nak tahu kucing kita dalam penyebab yang mana? Korang kena minta veterinar (selalunya swasta la, kerajaan kurang sikit kelengkapan) untuk buat full blood test (ujian penuh darah). Dari situ barulah dapat buat rawatan yang betul. Kalau tak buat ujian darah, susah nak beri antibiotik yang bersesuaian. Untuk kes cik en tadi, cik en pun minta customer untuk ke swasta untuk buat pemeriksaan lanjut. 

Gambar diatas diambil dari google untuk penerangan lebih jelas
7

Vaksin Rabies Untuk Anjing Dan Kucing

Vaksin Rabies Untuk Anjing Dan Kucing | Di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak mewajibkan pada anjing atau kucing mendapatkan suntikan Rabies. Lain la di negara yang pernah darurat untuk kes rabies seperti di India. Jika korang ke India dan membela kucing atau anjing, korang perlu mendapatkan pelbagai jenis vaksin termasuklah vaksin Rabies. Vaksin Rabies ini berbentuk tunggal. Maksudnya 1 botol vaksin hanya ada vaksin Rabies, Berbanding dengan vaksin yang lain yang boleh combine 4, 6 atau 9 vaksin dalam 1 suntikan. Jujur cik en cakap, cik en tak buat suntikan vaksin rabies di klinik tapi dari pengalaman customer yang pernah vaksin rabies di luar negara atau klinik swasta buat cik en ada research sedikit info pasal vaksin ini. 



Pemberian vaksin rabies berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Ada yang vaksin diberi pada anjing berumur seawal 12 minggu hingga 20 minggu . Dan booster (ulangan) setahun setahun atau 3 tahun sekali mengikut undang undang negara masing masing. Tapi di Malaysia, penyakit rabies tidaklah banyak dan terpencil so anjing akan mula vaksin kali pertama pada umur 3 bulan dan 4 bulan dengan vaksin Canine Distmper-Adenovirus Type 2-Paraininfluenza-Parvovirus Vaccine. Bulan ke 5 barulah vaksin Rabies disuntik. 


Jika anjing atau kucing korang yang nak bawa masuk ke Malaysia dari negara yang tidak bebas Rabies lain pula, ada prosedur yang ditetapkan oleh DVS termasuklah jadual pemberian vaksin Rabies. Prosedurnya seperti di bawah ini

  1. Tiada tanda klinikal rabies dalam masa 48 jam sebelum penghantaran; DAN 
  2. Mempunyai tanda pengenalan yang kekal seperti mikrocip dan nombornya mesti lah tecatat dan sama seperti di dalam Sijil Kesihatan Veterinarnya; 
  3. Telah diberikan suntikan vaksin rabies: 
    • Suntikan pertama vaksin rabies telah diberikan ketika kucing atau anjing itu berusia sekurang-kurangnya 3 bulan, 
    • (Suntikan pertama) Vaksinasi dilakukan tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh penghantaran; 
    • (Suntikan Booster) Vaksinasi telah dilakukan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh penghantaran;
  4. Telah dilakukan ujian antibodi dengan keputusan positif (paras Equivalent tidak kurang 0.5IU/ml), keputusan ini diterima pakai tidak kurang 3 bulan dan tidak lebih 1 tahun dari tarikh penghantaran; ATAU 
  5. Sekiranya syarat-syarat b, c dan d tidak dipatuhi maka kucing dan anjing yang ingin dibawa masuk perlu dikuarantinkan selama 6 bulan.

Sama juga Vaksin Rabies Pada Kucing. Pemberian yang sama seperti anjing juga cuma tidak semua klinik veterinar mempunyai stok vaksin rabies untuk kucing. Kalau di Perak, klinik yang pernah di cik en tanya adalah Klinik Veterinar di Ipoh, berhampiran dengan Hospital Fatimah. Cik en lupa nama klinik itu. Untuk kes di Kuala Sepetang, kesemua kucing dan anjing bertuan sahaja di sekitar 10km radius dari kawasan wabak akan diberi vaksin oleh DVS.

So kalau korang nak tahu tanda tanda fizikal bagi anjing yang positif rabies bolehlah baca entri cik en sebelum ini atau klik Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu. Sekali lagi cik en kongsi apa itu rabies dengan gambarajah dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah


Sumber info dan gambar dari 
APTVM Penyakit Rabies DVS Malaysia
Kementerian Kesihatan
Google
3

Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Putih Antara Mata


Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Mata Yang Ketiga | Sindrom mata abnormal ini dipanggil Haws Syndrome. Dan ianya kerap berlaku pada kucing dan anjing. Korang akan perasaan di kelopak mata kucing korang akan ketengah mata sehingga ada menutup 3/4 mata kucing korang. Ianya akan terjadi tiba tiba. Adakah ianya merbahaya? Untuk memastikannya, korang kena diagnosis sendiri dirumah mengikut panduan yang cik en akan kongsi dalam entri ini.

Diagnosis mata kucing atau anjing korang

  1. Mata kucing korang akan ada kelopak putih atau membrane yang keluar menutup separuh daripada mata kucing
  2. Cuba tengok, ada kesan kesan luka atau kemerahan tak? Kalau ADA korang boleh rujuk jawapan A di bawah ini
  3. Kalau kucing korang tiada masalah kemerahan atau luka boleh rujuk jawapan B dibawah ini
Jawapan A

Jika ada kemerahan atau bengkak, kemungkinanan mata kucing korang ada jangkitan atau luka di bahagia mata, Untuk kes sebegini korang boleh bagi eye drop bagi kurangkan radangan dan antibiotik untuk jangkitan. Jadi jika korang dah bagi eye drop tapi masih tak baik baik, better rujuk pada vet berhampiran

Jawapan B

Jika TIADA kemerahan atau radang, kemungkinan kes 
  1. Cirit birit yang teruk sehingga kekurangan air dalam badan - Berikan ubat cirit birit dan bagi kucing korang minum secukupnya bagi topup balik air yang dah hilang akibat cirit
  2. Kecacingan - semak balik jadual deworming kucing korang. Kalau rasa dah lama tak bagi, better la bagi ye.
  3. Virus - Yang ini korang tak boleh nak rawat atau didiagnosis sendiri. Kena bawa ke vet untuk ujian darah
Selain daripada kes diatas ini, masalah masalah yang kerap menyerang mata kucing korang adalah 

  • Konjunktivitis: Satu atau kedua-dua mata kucing korang akan kelihatan merah dan bengkak


  • Keratitis: Jika kornea kucing anda menjadi radang, mata akan kelihatan sayu dan berair.

  • Katarak: Selaput ini pada mata sering berlaku pada kucing tua dan kencing manis.

  • Glaucoma: Kornea menjadi pudar dan mata membesar disebabkan oleh tekanan dalam biji mata.

  • Bulging eye : boleh berlaku kerana kemalangan atau trauma atau tumor mata.

  • Penyakit Retina: kehilangan penglihatan separa atau sepenuhnya boleh berlaku apabila sel-sel peka cahaya di belakang merosot mata.

  • Mata berair: Bulu di sekitar mata kucing anda boleh berlumuran dengan air mata disebabkan saluran air tersumbat atau kelebihan pengeluaran air mata.

Ini adalah info asas, korang perlu rujuk pada vet untuk maklumat lanjut juga tau. Janganlah bagi alasan kewangan tak stabil atau vet yang jauh. Sebabnya kalau korang sayang kucing korang, better mencegah dari merawat. Kalau nampak kucing tidak sihat atau berubah prilaku, cepat cepat ke vet ye..

info dan gambar : google 
9

Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk


Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk | Leptospirosis bukan sahaja berlaku kepada manusia tapi pada haiwan juga. Cik en kerap kali hantar sampel serum darah ke makmal untuk buat ujian leptospirosis ini. Kalau di kalangan kita, leptospirosis atau lepto ini dipanggil kencing tikus. Jika diperhatikan ianya bukannya muncul setiap masa hanya berlaku pada waktu waktu tertentu sahaja. Terutama cuaca lembab memang bakteria akan cergas secergasnya. 

Kenapa cik en kata jangan mandi dikawasan air terjun, ini sebabnya bakteria ini hidup dalam air dan tanah dalam masa bermingu minggu dan boleh sampai berbulan bulan tau!. Dan tempat yang paling mudah didapati di kawasan air terjun. Dan sebenarnya kawasan paling senang terkena dalah di kawasan bertakung atau lebih senang cik en katakan di kawasan yang tidak mendapat terus cahaya matahari. Contoh air di sebalik batu batu, dibawah rimbunan pohon atau kawasan takungan. 


Banyak lagi cara lain yang boleh berjangkit. Cuma cik en hanya nasihatkan bagi sesiapa yang ingin mandi di kawasan terjun sekarang ini. Cuaca dah mula sejuk jadi lebih baik ambik langkah berjaga jaga dalam menjaga diri. 


p/s : Jangan lupa alert dengan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Elakkan jadi mangsa kencing tikus yang boleh bawa maut ini. Kena kencing dengan kawan boleh lagi hidup. Hahahah

sumber
8

Apa itu Freeze Branding?


Apa itu Freeze Branding? | Nampak saja gambar di atas mesti pelbagai andaian dtafsirkan. Inilah Liquid Nitrogen untuk cik en atau pihak veterinar branding di haiwan ternakan. Branding yang bertanda dicop di bahagian punggung ternakan untuk memberi tanda pengenalan. Untuk kes diatas, cik en branding B+ ditanda pada kerbau kerana keputusan serologi darah yang positif bagi penyakit Brucellosis Abartos. Penyakit apa? Penyakit ini adalah penyakit zoonotik yang mana boleh berjangkit pada manusia. Jadi kerbau yang telah dibranding B+ perlulah di culling (sembelih) di rumah sembelih berhampiran untuk melayakkan mereka mendapat pampasan. Video dibawah hanyalah proses merendam besi sahaja kerana tiada proses selengkapnya cik en rakam


Selain freeze branding terdapat juga hot branding yang menggunakan besi panas. Freeze branding pula semestinya besi sejuk. hahahaha. Insyallah jika di beri kesempatan untuk merakam seluruh proses, cik en akan rakam ye. 
3