Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: penang

Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Magic World Penang Boleh Buat Korang Jadi Ahli Silap Mata

Magic World Penang Boleh Buat Korang Jadi Ahli Silap Mata | Nak jadi silap mata handalan? Tak payah nak belajar bagai, datang je ke Magic World Penang, confirm gambar korang akan jadi macam ahli silap mata. Hahahhaha. Tak caya? Blogger Khaty dah berjaya bedah badan cik en tau dalam Magic World Penang ini. Hahahha Selain itu, di Magic World Penang ini juga ada live magic show just only in Penang. Anyway Magic World Penang ini dulu dikenali dengan nama Phantamania Penang dan telah dijenamakan semula dan ditambah beberapa interaktif yang menarik. Ini antara Fam Trip Magic World Penang dan Malayan Culture Magic ShowMagic World Penang Boleh Buat Korang Jadi Ahli Silap Mata

Magic World Penang
Magic World Penang

Magic World Penang Boleh Buat Korang Jadi Ahli Silap Mata


Sebelum itu, kalau siapa nak tahu review sebelum ini boleh baca di Phantamania Penang. Magic World ini yang famous adalah Mirror Maze, Ice Cafe, Body Ripper, Zig Zag Illusion dan AR Augmented Reality Expertience. Masuk sini dlu, cik en memang tak kreatif so banyak gambar tak jadi lagi lagi tak ada guide. Kali ini nasib ada guide walaupun cik en blur. Hahhahaha. Ini 1st gambar kami

Magic World Penang
Magic World Penang

So kebanyakan di sini, korang kena rotate gambar supaya nampak apa yang sebenarnya berlaku. Masa dulu tiada guide so macam berterabur gambar tu. Hahhaha. So far next gambar ini sama dengan gambar lama cuma orang saja berbeza rupa dan bentu. Hahahhaha


Untuk potong badan pula, ini 1st time cik en jadi model. Hahahahah. Bila tak tahu rasa takut tapi kalau dah tau teknik " eleeeehhh, cmni je" ahahahha


Jadi tak silap mata kami? Hahahaha. Laluan yang sama juga korang boleh snap gambar gambar lain seperti



Satu part cik en suka dari dulu lagi part ala ala macam lalu atas filem gitew. Yang ini



Xantik ka? Rasa macam wow sangat tiap kali lalu laluan ini. Kat sini korang boleh dapatkan gambar profesional. Gambar print dan sofcopy yang hantar ke email masing masing.

Next ini lebih kepada ilusion tanpa perlu rotate gambar



Yang paling popular bila masuk Magic World Penang adalah AR Augmented Reality Experience. Abaikan muka kami yang tak menjiwai watak. Hahahah


Anyway ada banyak lagi bahagian cik en tak dapat nak snap gambar sebab rushing untuk Live Magic Show seperti Zig Zag Illusion. Anyway tarikan baru di Magic World adalah Malayan Cultural Magic Show Live Magic Show. Susah nak tengok show magic show kan? Tapi di Magic World Penang korang boleh pergi anytime kecuali Rabu sebab tiada show pada hari Rabu.



So selain Ghost Museum Penang  yang pernah cik en cerita sebelum ini, korang boleh masuk dalam list Magic World Penang ini. For contact dan operation Hours boleh tengok detail di bawah

Magic World Penang

193, Lebuh Victoria, 10300 Georgetown Penang
04-2633193
info.magicworldpg@gmail.com
Dibuka : Setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 7.00 petang (last masuk pukul 6.30 petang)
Live Magic Show : Setiap hari kecuali Rabu (12.00 tengah hari, 2.30 petang dan 5.00 petang)
1

Ghost Museum Penang Tempat Berkumpulnya Hantu Hantu Seluruh Dunia

Ghost Museum Penang Tempat Berkumpulnya Hantu Hantu Seluruh Dunia | Tajuk cik ennnn.. seram sangat kan? Hahahaha. Anyway Ghost Museum Penang tempat berkumpulnya info dan maklumat hantu di seluruh dunia. Jadi sedikit sebanyak korang akan dapat info hantu seluruh dunia yang mana hantu dalam ini mempunyai mitos yang tertulis. Mesti nak tanya "Seram tak cik en masuk? " Anyway cik en masuk untuk FAM Trip Magic World Penang dan Malayan Culture Magic Show dan masa itu ada ramai seperti Blogger Lia Hasty dan Khaty, Papa TeddyVille, wakil Air Asia dan beberapa wakil media dan travel agent. So tak la rasa seram sangat. So far tak semua bahagian korang akan rasa seram sebab kita hidup dalam pelbagai masyarakat. Bila part masyarakat Melayu, mungkin kita rasa seram sikit sebab dimomokkan dari kecil. Khas for my reader, cik en nak kongsi apa yang cik en sempat rakam masa masuk ke Ghost Museum Penang ini. | Ghost Museum Penang Tempat Berkumpulnya Hantu Hantu Seluruh Dunia

Ghost Museum Penang
Ghost Museum Penang 

Ghost Museum Penang Tempat Berkumpulnya Hantu Hantu Seluruh Dunia


Ghost Museum Penang ini ada 30 jenis hantu yang akan cuba mengantui korang. Hahahha. Ada 8 jenis masyarakat yang famous dengan cerita hantu. So far dalam Ghost Museum Penang ini korang akan boleh get real close dengan hantu yang ada, free photo opporrunities, free penerangan dari tour guide, boleh cuba customes dan prop yang ada dan juga korang akan melalui real scene punya keadaan. Macam di bahagian masyarkat Melayu, mereka bina scene di belakang rumah orang kampung. So korang akan rasa feel dulu dulu balik mengaji lalu belakang rumah di kampung. 


Bila korang masuk je Ghost Museum Penang ini 1st korang akan melalui perkampungan orang Melayu atau dalam flyer dia letak nama Malaysia. Kat sini korang akan jumpa pocong, toyol, langsuir, pontianak dan banyak lagi. Dengan sound dia, memang terasa juga la seram itu. 


Masuk bahagian no 2 di Ghost Museum Penang korang akan masuk dalam masyarakat orang cina atau China. Of course kat sini hantu paling famous hantu lompat lompat. Hahhaha. Cik en cuba customes hantu ni. Hahahhaha. 


Bahagian ke 3 pula, kita terbang ke padang pasir, Mesir atau Egypt. Masa ini tak ada gerun pun. hahaha mungkin disebabkan kita tak pernah dengar cerita hantu di padang pasir. Menurut Puan Mawar, tour guide kami merangkap Business Development Executive, kalau pelancong dari sebelah mesir atau sekitarnya, dorang memang percaya hantu mereka dan mereka akan seram di bahagian ini. 


Bahagian ke 4 pula kami dok naik tangga tingkat ats, kat sini kami semua kena serang dek Zombie. Dah macam masuk hospital yang kena jajah dengan zombie je. Mereka menggunakan ilustrasi bergerak di pintu dan juga tingkap. 

Gambar ini tak clear sebab snap dari video

Bahagian ke 5 pula, hantu pirate atau lanun. Tak seram sangat. Dah macam tengok cerita pirate of Carribean lakinan Jonny Deep je. Anyway sedikit sebanyak tahu juga info yang pirate ada hantu. 


Bahagian ke 6 pula, dari suasana gelap terus cerah dan kami memasuki hantu Drakula. Kat sini tak gerun tapi ada tangan putus la, organ dalaman la, so geli pulak pegang semua tu sebab rasa real macam tangan. Kat sini jangan lepaskan peluang tengok potret di bahagian tepi. Korang akan ambil masa untuk rasa sedikit seram. Nak tengok? Korang boleh tengok di Ghost Museum Penang


Masuk pula ke masyarakat Jepun di bahagian 7. So far hantu disini cik en kenal dari tengok cerita Doraemon. So sebelum tengok info tau la nama nama hantu ini. Hahahhaha. Seperti Kappaa, Ju on dan banyak lagi


And last, korang akan masuk bahagian hantu Halloween. Yang ini gelap balik sebab mereka menggunakan lampu lampu untuk nampakkan effect Holloween. 


Masa ini korang boleh masuk Witch House yang mana korang boleh beli cenderahati untuk dibawa balik. 

For information, untuk sesiapa yang nak ke Ghost Museum Penang ini korang boleh baca detail dibawah


10 minit berjalan dari Komtar
20 minit dari Terminal feri
Located in the heart of Georgetown Heritage

Address
Ghost Museum Penang
57, Lebuh Melayu 10100 Georgetown Pulau Pinang

No Phone
04 2612352

Facebook

Operating Hour
10 pagi hingga 7 malam (last admission 6.30 petang)

Harga 
Dewasa (mycard) : RM18
Kanak Kanak (Mycard) RM 10
Dewasa : RM 28
Kanak Kanak : RM18

For fully video, boleh tengok di channel youtube cik en di Video Ghost Museum Penang
3

Hotel Sentral Seaview Penang

Hotel Sentral Seaview PenangHotel Sentral Seaview Penang ini adalah hotel yang cik en pilih bulan lepas selepas dapat banyak job di Penang. Simple hotel but sesuai la dengan cik en hanya stay untuk tidur. Anyway niat nak juga ke swimming pool atau apa apa lagi yang best dalam Hotel Sentral Seaview Penang ini tapi kekangan masa dan keletihan. Anyway dah alang alang check in hotel, cik en just nak tambah story dalam blog cik en ini dan mungkin korang berminat untuk stay di Hotel Sentral Seaview Penang ini. | Hotel Sentral Seaview Penang

Hotel Sentral Seaview Penang
Hotel Sentral Seaview Penang


Hotel Sentral Seaview Penang


Tak banyak gambar yang cik en snap sebab rushing untuk next program iaitu Durian Fiesta Lexis Penang. Tapi korang boleh tengok sendiri di laman web akan cik en bagi di hujung entri ini. So far harga dia hampir RM200 juga la tapi sebab booking awal dapat around RM150 macam tu. Hotel Sentral Seaview Penang ini terletak di Tanjung Tokong. Kiranya dari Georgtown ke Batu Feringgi akan jumpa Hotel Sentral Seaview Penang ini. Rasanya macam dah tempah seaview tapi dapat sipi je seaview itu. Hahahahah


Masa ini cik en stay dengan Lia Hasty, blogger Penang yang famous di sini. Saja je check in dah releks badan dan ambik aura. Orang kata aura hotel ini boleh releks tension. Kami ambil Superior Room yang sesuai untuk 2 orang. 


Ini room facilities untuk Superior

  • Mini Fridge
  • Hairdryer
  • In-room Safe Box
  • Bathroom with Shower
  • Bathroom Amenities
  • LCD Flat Screen TV with Selected Astro Channels
  • Individually Controlled Air-Conditioning
  • Wake-Up Call Service
  • Iron & Board (on request)
  • Free Wifi Internet Connection
  • Complimentary Coffee/Tea Making Facilities
  • Hot & Cold Water Dispenser at Corridor
  • Work Desk
  • IDD Telephone Service
    1. Room Size : 20 square metres
    2. Bed(s) : 2 Single Bed, 1 King Size Bed
    3. Maximum of 2 adults and 1 child
    4. Each unit has a unique combination of modern and warm setting, suitable for both business travellers and leisure seekers.


Kat sini ada 5 jenis bilik iaitu 
  1. Superior Room
  2. Deluxe Room
  3. Deluxe Suite King
  4. Deluxe Suite Triple
  5. Family Suite
Untuk Dining, kat sini ada cafe Horizon Cafe & Seaview Lounge. Selain itu ada facilities lain yang cik en dan Lia tak sempat nak terjah sebab sibuk

  1. Swimming Pool
  2. Business Centre
  3. Non smoking floor
  4. Room service
  5. Laundry & dry cleaning
  6. 24 hours security
  7. Tour desk services
  8. Car park
  9. Postal service
  10. Convenience store
  11. Extra bed
  12. Baby cot
  13. Conference room
Untuk maklumat lanjut lain boleh hubungi detail di bawah 

Hotel Sentral Seaview Penang

Address: No.555, Jalan CM Hashim Tanjung Tokong, 11200 Pulau Pinang, Malaysia
Tel No: +604-890-9300
Fax No: +604-890-8600
11

Koleksi Gambar Menarik TeddyVille Museum Penang

Koleksi Gambar Menarik TeddyVille Museum Penang  | Siapa tahu yang di Malaysia ini ada Muzium Patung Beruang? Of course dalam itu banyak patung beruang atau sinonim dengan kita panggilan teddy bear yang mungkin akan buat korang teruja. Kat situ, ada teddy bear yang lebih tinggi dari cik en dan ada yang kecil dan comel. Ada yang berusia beratus tahun dan ada yang masih baru dibuat. Ini merupakan kunjungan kedua cik en ke TeddyVille Museum Penang selepas cik en pernah pergi pada September 2016 bersama team Blogger Utara. Cuma kunjungan kali ini cik en lebih berminat untuk ambil gambar yang super awesome untuk media sosial cik en. | Koleksi Gambar Menarik TeddyVille Museum Penang 

TeddyVille Museum Penang
TeddyVille Museum Penang

Kunjungan Kedua ke TeddyVille Museum Penang 


Seperti pernah kongsi di entri sebelum ini, TeddyVille Museum Penang mempunyai 2 seksyen atau 2 bahagian. Bahagian pertama iaitu laluan pertama semasa memasuki TeddyVille adalah Paw of Story atau sejarah patung beruang. Sekadar ringkasan, patung beruang pertama dibuat pada tahun 1902. Kisahnya bermula Presiden US yang bernama Theodore Roosevelt atau dipanggil Teddy pergi memburu beruang tapi tak berjaya. Beliau ditemani oleh Hunt Guide dan disebabkan asyik tak berjaya memburu, Hunt Guide menangkap seekor beruang tua dan diikat pada pokok untuk memudahkan Teddy menembak. Tapi Teddy tak sampai hati dan melepaskannya dan kisah itu disaksikan oleh wartawan dan kisah itu disebarkan di surat khabar seluruh US. Kisah itu menarik minat seorang penjual gula gula di Brooklyn. Morris Michtom untuk hasilkan patung beruang. Bersempena nama Teddy, anak patung pertama ini diberi nama Teddy. Untuk pengetahuan korang, masa Teddy Bear ini dicipta, rupanya sedih dan tak sama macam teddy bear yang ada kini. 

TeddyVille Museum Penang

Bila teddy bear baru ada muka senyum? Pada tahun 1925 barulah teddy bear pertama dengan muka senyum keluar dan teddy bear ini ada di TeddyVille Museum Penang ini untuk tontonan umum. Tapi tula, walaupun senyum tetap nampak menakutkan. Hahahah. Dan teddy bear yang bernama Gebruder Susseguth Peter Bear ini adalah teddy bear paling mahal di dunia iaitu RM21,500. Untuk kisah lain korang boleh baca di TeddyVille Perkenalkan Penang Melalui Patung Beruang

TeddyVille Museum Penang

Masuk ke bahagian kedua TeddyVille Museum Penang, korang akan belajar mengenai asal usul, masyarakat dan lain lain lagi di Penang. Jika sebelum ini, gambar entri cik en nampak bishe bishe. Kali ini cik en ak share gambar yang ditangkap melalui Iphone X yang ada mode potrait di kamera dia. 

TeddyVille Museum Penang



TeddyVille Museum Penang




TeddyVille Museum Penang


















Cantik kan? Anyway cik en nak ucapkan terima kasih pada staf TeddyVille Museum Penang. Lupa pula nak tanya nama.Tapi Indian Guys yang sangat suka sharing teknik ambil gambar sampaikan boleh dikira betapa sikitnya gambar cik en selfie atau muka cik en. Sebabnya teknik dia ajar itu buat cik en rasa gambar teddy bear comel ini jadi hidup dan cantik. So untuk entri ini, cik en kurangkan nak letak gambar selfie la ye. Hahaah.. Lagipun entri sebelum ini penuh gambar sendiri. 

Selain dari teddy bear yang comel ini, ada teddy bear yang boleh dipeluk dan dicium sebab besar. 








Kalau korang berminat nak ke TeddyVille Museum Penang, ini harga tiketnya dan detailnya.

Harga tiket TeddyVille Museum 
Dewasa RM36 (Tanpa MyKad) RM 27 (Dengan Mykad)
Pelajar RM29 (Tanpa MyKad) RM 22 (Dengan Mykad)
Kanak Kanak RM25 (Tanpa MyKid) RM 15 (Dengan Mykid)

Alamat TeddyVille Museum Penang
Ground Floor (Inside The Building)
DoubleTree Resort by Hilton Penang
56, Jalan Low Yat
Batu Feringgi
11100 Penang

Masa 
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Laman web

FB Page

Waze
TeddyVille Penang

Contact
beary@teddyvillemuseum.com

No telefon 
Tel: 016-550 5949
10