Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: nasihat

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wujud Ke Lelaki Yang Memilih Hati Dari Rupa?


Wujud Ke Lelaki Yang Memilih Hati Dari Rupa? | Wujud ke lelaki yang memilih hati, sopan santun dan memiliki ciri ciri wanita ala ala melayu terakhir? Sebagai pengalaman cik en sendiri, tidak kisah lelaki atau wanita, gambaran pertama yang menjadi keutamaan pada mula perkenalan adalah fizikal dan raut wajah. Jika tidak menarik langsung, semestinya tak akan ada langkah seterusnya untuk berkenalan. Kalau ada pun mungkin kerana urusan atau alasan yang tidak dapat dielakkan. Terpaksa berurusan dan berkenalan.

Selepas itu, barulah kita boleh menilai hati dan perwatakan baik atau tidak. Cik en dikalangan ladies yang tidak mempunyai rupa ala ala model dan menarik, agak brutal dan jenis serba ringkas, tidak pandai mengikuti fesyen fesyen terkini, tudung pun jenis pakai sarung saja. Sesekali la memakai shawl atau selendang. Baju yang ada pun kebanyakan T-shirt, kemaja boleh la dibilang. Dan seluar lebih kepada jeans dan slack sebab pakai bekerja. Dan sepanjang cik en keluar hangout dengan rakan rakan yang lebih berstyle dan pandai berhias, cik en bukanlah jadi pilihan mereka mengorat. Haha, jadi penampilan sangat penting dalam menarik minat orang tertarik dengan kita. 

Tapi atas apa yang berlaku sebelum ini, cik en rasa bersyukur juga, sebabnya cik en bukan dalam golongan yang dapat menarik perhatian lelaki. Dan buat cik en rasa dilindungi dari sebarang anasir anasir yang tidak baik. Jadi, jika korang seorang yang gemuk, tidak cantik, gelap dan tidak mempunyai raut ala ala model, jangan merendah diri. Isikan dengan spirit, confident dan percaya diri kita ini permata di antara pasir laut yang ada. Tengok Sherry Al Hadad, walaupun badan berisi, tapi kita suka tengok dia, sebab kadar keyakinan dia yang tinggi 
11