Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: melaka

Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

The Imperial Heritage Hotel Melaka

The Imperial Heritage Hotel Melaka  | Sepatutnya dah lama cik en nak keluarkan entri review The Imperial Heritage Hotel Melaka ini tapi sibuk menguasai buat cik en simpan je folder review The Imperial Heritage Hotel Melaka ini. Disebabkan dah sibuk dengan update blog dalam 3 minggu ini, cik en rasa sunyi dan bosan pula bila dah tak ada entri task review.(anyway ada tapi tak ada feel lagi) Huhuhu. Cik en ke Melaka kalau tak silap awal bulan April 2019 atas urusan Kesatuan sebab cik en adalah setiausaha agung kesatuan. Cik en perlu ke Johor dan Melaka untuk urusan kewangan dan pentadbiran. So Cik en bermalam di Melaka sebab esoknya ada urusan di JHEKS Melaka dan memilih The Imperial Heritage Hotel Melaka.

The Imperial Heritage Hotel Melaka
The Imperial Heritage Hotel Melaka 

The Imperial Heritage Hotel Melaka 


Anyway kalau korang ke Melaka try la menginap di The Imperial Heritage Hotel Melaka yang berada di tengah tengah bandar Melaka. Kalau korang nak jalan jalan sekitar Bandar DiHilir korang tak perlu nak keluarkan kereta just jalan tak sampai 5 minit. Tips nak bercuti kat Melaka ini senang sangat, cari hotel yang paling hampir dengan tempat menarik di Melaka contohnya berhampiran dengan Joker Walk atau Banda di hilir. Kat Melaka, memang pack dengan kenderaan dan parking akan sentiasa penuh so dengan adanya hotel berdekatan, memudahkan korang berjalan tak kira siang atau malam. 

The Imperial Heritage Hotel Melaka

Sebab cik en nak berjalan di bandar dihilir ini, cik en pun memilih The Imperial Heritage Hotel Melaka dan bila tengok harganya pun boleh tahan la berbaloi. Kalau tak silap RM150 macam itu. Bilik dia pun luas betul dan mengadap bandar melaka. 



Tempat yang penting bila masuk hotel adalah bilik air dia. Jom tengok.



Kira ok la, cik en lupa nak snap gambar permandangan dari tingkap. Tapi memang cantik la nampak lampu lampu bandar Melaka

Ok, sampai part mengomen, cik en dapat tuala yang dah kotor. Ada cop tapak kaki. So ini gambarnya


Dan lepas inform pada reception , dapat tukar tuala. not big issue but tak best la kan, nasib check dulu. Kalau tak check tak perasan pula. Anyway cik en bagi 4/5 bintang. So lepas ini, cik en akan repeat lagi hotel ini. Insyallah. Ini detail room bilik cik en ini

Imperial Deluxe The Imperial Heritage Hotel Melaka 


Specifies :
1 Double Bed or Twin Beds, with exceptional views of Melaka City.
224 - 236 sq ft floor plan
Maximum for 2 guests to stay

Accommodation include the following :
  • Air-conditioning
  • 32 inch flat-screen TV
  • Satellite channel (selected channel)
  • Complimentary bottled water
  • In-Room Safe
  • Telephone
  • In-Room Coffee/ Tea facilities
  • Hair dryer (upon request)
  • Marble bathroom with shower
  • Complimentary Wi-Fi
  • Complimentary access to Gym
  • Complimentary Parking
Anyway The Imperial Heritage Hotel Melaka  ini ada 6 jenis bilik untuk pilihan korang. 6 jenis bilik itu adalah 

1. Imperial Deluxe

Standard room furnished with contemporary furnishings with double bed or twin beds. The room is equipped with amenities you could possible need during your stay

2.Heritage Deluxe

With a warm and comfortable settings, feel relaxed in on a double bed or twin beds. The room comes with marble-finished bathroom with amenities for your stay.

3. Executive Room

The room is decorated in a fresh business style chosen to blend with heritage side of Melaka. Comes with 1 king or twin beds, bedside bables, working desk and chair. It also offers and exceptional views of Melaka city.
4. Junior Suite

A suite that offers a perfect balance of comfort and leisure. Junior Suite features 2 rooms comprise of 1 queen bed and 1 single bed, living room with sofa bed and a marble-finished bathroom.
5. Deluxe Suite

Deluxe Suite is furnished with classic Balinese furnishings complete with high-speed Internet connection. The suite features 2 rooms, living room and a marble-finished bathroom.
6.Family Suite

Spacious and beautifully designed luxury suite with 2 rooms, living room and 2 marble-finished bathrooms promised to bring a refreshing and relaxing stay.

Untuk maklumat lanjut The Imperial Heritage Hotel Melaka korang boleh tengok di 

The Imperial Heritage Hotel Melaka 

No 1, Jalan Merdeka 1, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia
60 6 289 9000

p/s : Dah sampai Melaka itu jangan lupa melawat 10 Tempat Menarik di Melaka Yang Berbaloi Dikunjungi
1

Travel Melaka 1.1 | Light Sensation Melaka, Menara Taming Sari dan Beca Banda Hilir


Travel Melaka 1.1 | Light Sensation Melaka, Menara Taming Sari dan Beca Banda Hilir | Lamanya cik en pending untuk sambung Travel Melaka ini. Jika sebelum ini cik en menceritakan mengenai Syaz Meredien Hotel, Melaka Duck Truck dan Uptown Pahlawan Walk Bandar Hilir. Ini cik en nak sambung aktiviti akvtivi yang lain seperti tengok Light Sensation Melaka, menaiki Menara Taming Sari dan meronda menaiki Beca Banda Hilir pada hari pertama di Melaka. 

Selesai cuci mata di Uptown, kami meneruskan misi kami mencari Light Sensation di Dataran Pahlawan. Masa kami datang, hujan dah mula turun renyai renyai. Ini pintu masuk Light Sensation 



Disebabkan renyai renyai, kami diberitahu, kalau hujan lebat, lampu lampu akan ditutup dan tiada pembayaran balik. Untuk harga tiket RM20 untuk seorang. 



Cantiknya apabila kami melihat Light Sensation ini. Light Sensation ini mempunyai 25,000 lampu yang yang dibuat menjadi bunga mawar. Ada 2 lampu iaitu lampu biasa/putih dan lampu warna warni. Jom kita cuci mata. 




Susah juga cik en nak capture gambar yang menarik. Tapi akhirnya cik en berjaya juga. Berlatar belakangkan Menara Taming Sari yang kebetulannya tengah ada di aats. Disebelah padang ini terdapat replika yang bertemakan Love. Banyak gambar menarik yang korang boleh ambil. Seperti dibawah ini.




Disini pula gambar lanskap dataran ini. 


Replika love ini tempat yang paling mendapat perhatian. Semestinya yang bercinta, takkan lepaskan peluang untuk bergambar dengan love gergasi ini. 



Ini pula gambar dekat lampu mawar ini. Malam baru nampak ianya macam mawar atau ros yang berlampu. 


Banyakkan wayar wayar dan kena hati hati sebabnya voltan disini tinggi jadi mereka letakkan pagar untuk elakkan kita sentuh ros tersebut.


Yang bawah ini untuk ros bewarna warni. Tak sebanyak ros putih. tapi ianya tetap cantik yang diletakkan dengan bentuk love.







Cantik cantik bukan. Awalnya cik en sendiri tak pandai nak ambil gambar, sebabnya rasa tak cantik. Bila malam, baru ianya nampak lebih jelas dan cantik.

Settle di Light Sensation, cik en dan ija nak menaiki Menara Taming Sari. Kat sini cik en nak share harga harga untuk naik Taming Sari ini.

Harga Tiket Menara Taming Sari 


Dewasa : RM23.00 / RM17.00
Kanak Kanak (2-12 tahun) : RM15.00 / RM11.00
Warga Emas (55 tahun ke atas) : RM18.00 / RM 9.00
Orang Kurang Upaya (OKU) : RM 8.00 / RM 8.00

* Warna merah untuk yang mempunyai kad pengenalan


Sementara tunggu giliran


Dibawa antara permandangan bandar melaka diwaktu malam. Sangat cantik. Boleh nampak tempat menarik dari atas ini.




Diakui, cik en seorang yang takut dengan ketinggian, so sepanjang beberapa minit di atas Taming Sari itu, cik en lebih banyak diamkan diri. Hahahah. Gayat wei.. 

Dari atas lagi, cik en dah nampak beca berlampu mengikut tema ini dan dah pasang niat untuk naik bila selamat turun ke bawah nanti. Sampai je bawah, kami terus mendapatkan beca dan beca pilihan kami adalah Minnie Mouse. Harga untuk 1 beca RM25.00 rasanya. Lupa pulak. 




Ini aktiviti terakhir kami malam pertama di Melaka. Semestinya kami kepenatan sangat sangat sebabnya kami berjalan kaki saja dari hotel. Lagipun dekat dekat saja tempat menarik di Melaka ini. Jadi tips yang korang kena ingat kalau ke Melaka, carilah hotel berdekatan dengan Banda Hilir. Sebabnya disini selalu kesesakan. Rugi kalau bawa kereta. Nak tahu hotel mana yang berdekatan, sesuai dengan budget korang dan yang penting komen jujur dari pelanggan, korang boleh compare all the travel top sites di HotelsCombined. HotelsCombined ini bukannya booking site tapi ianya untuk korang bandingkan hotel mana yang bersesuaian dengan korang. So tak perlulah korang nak banyak download apps dan buka satu persatu apps untuk compare. Just gunakan HotelsCombined saja. Mudah dan cepat.

Untuk next entri cik en nak story mengenai kuih keria gula melaka, coconut shake, pantai klebang dan tempat terbaik korang nak makan assam pedas legend di Melaka. Bye! XOXO.
1

Travel Melaka 1 | Syaz Meridien Hotel, Melaka Duck Tours dan Uptown Pahlawan Walk Banda Hilir


Percutian 3 Hari 2 Malam di Melaka | Cik en memilih negeri Melaka sebagai destinasi terakhir bagi tahun 2016. Bermula dengan perancangan 3 orang beberapa minggu sebelum pergi tapi yang pergi hanya berdua saja. Ada masalah yang tidak dapat dielakkan dalam masa 24 jam sebelum pergi. Jadi sebelum korang memilih kawan bercuti, travel atau apa apa perancangan, elakkan cari kawan yang pentingkan diri. Sebabnya sifat itu yang buat korang akan ada masalah nanti. Mungkin tidak sebelum pergi tapi masa travel nanti. Nak diceritakan nanti menyakitkan hati cik en so biarlah ianya menjadi pengajaran pada cik en. Jangan terlalu percayakan orang walaupun kawan rapat sendiri. Sedangkan adik beradik pun boleh jadi masalah apatah lagi orang luar kan? Sebelum deal, better mintak deposit awal awal. Hahahah.

Panjang pulak mukadimah cik en kali ini, lets go ke cerita percutian cik en kali ini. Cik en ke melaka pada 24 sehingga 26 Disember 2016. Percutian 3 hari 2 malam ini merangkumi aktiviti malam di Bandar Hilir, Coconut Shake Batu Berendam, Kuih Keria Batu Berendam, Pantai Klebang, Asam Pedas Pasar Borong dan shopping di area Muzium Samudera. Anyway cik en ada melawat sahabat lama cik en di Kerubong dan terus cari sekolah lama cik en disana. Tak apa, nanti cik en akan story nanti.

Perjalanan dari Manjung ke Melaka hampir 8 jam. Cik en bertolak jam 7.30 pagi dan mengikuti jalan Sitiawan - Air Tawar - Bota - Tanjung Tualang - Kampar - Tapah untuk mengambil kawan cik en , Ija. Dari Tapah, cik en singgah makan Mee Kari yang famous di Bidor sebelum menaiki Lebuhraya Utara Selatan. Perjalanan alhamdullilah sangat lancar tapi selepas Kuala Lumpur hingga ke Seremban ada sedikit lalu lintas. Kami masuk Tol Ayer Keroh lebih kurang jam 3 petang dan sampai di hotel pukul 3.45 petang. Kami memilih Syaz Meridien Hotel. 


Untuk hotel, jujurnya cik en tak suggestkan hotel ini untuk korang. Cik en bagi rate 2/5. Parking yang terhad, customer services yang cik en rasa tak profesional dan tak banyak membantu, bilik air yang berbau walaupun dibiarkan beberapa jam, tombol pintu boleh pulak tercabut dan telefon yang tak berfungsi dengan baik. Jenuh Ija ke reception untuk minta seterika. Itupun lambat dihantar. Ok, ini komen jujur cik en ye. Tak tahulah kalau korang ada menetap di sana dan servisnya ok. 

Selesai mandi dan rehat, kami mulakan aktiviti malam ke Bandar Hilir. Tempat pertama cik en dan ija terjah di Light Sensation di Dataran Pahlawan. Kami memilih untuk berjalan kaki sebabnya tak jauh pun kawasan kawasan menarik yang kami nak pergi malam itu. Meh cik en tunjukkan sikit gambaran tempat menarik di kawasan hotel cik en ini. So tips nak memilih hotel pun, pastikan ianya di tempat tumpuan dan kawasan menarik. Melaka sangat sesak dengan kereta so buat pilihan bijak dengan berjalan kaki. Kalau penat sangat boleh gunakan Uber atau Grab tapi masih kena bersesak dengan kereta lain juga.



 Sepanjang perjalanan cik en jumpa Amfibia ini. Melaka Duck Tours. 


Amfibia ini boleh jalan di atas jalan raya dan air. Korang boleh rujuk bawah ini untuk perjalanan Amfibia ini.



Harga tiket pula terbahagi kepada 2, pelancong asing dan warganegara. So stanbykan kad pengenalan korang ye. Di bawah adalah harga tiket bermula 1 Disember 2016

Tiket Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan)
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas) RM 42
Kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) RM 25
Warga Emas (55 tahun dan ke atas) RM 30

Pelancong Asing
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas) RM 48
Kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) RM 30


Dimana korang boleh beli tiket? Tiket boleh didapati di kaunter tiket yang terletak di Menara Taming Sari di sebelah Melaka Menara Berputar (9 pagi hingga 6 petang) .Pra-Tempahan untuk kumpulan 10 orang atau lebih (campuran dewasa atau kanak-kanak yang berumur 2 tahun) korang boleh buat  tempahan di 06- 292 5595. Masa operasi bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan bergantung pada cuaca dan musim cuti. 

Back to our journey, kami melalui jalan shortcut dan kebetulan itu melalui Uptown Pahlawan Walk Banda Hilir dan cik en dan ija beli buah buahan. Agak mahal. 1 cawan RM3.00


Cik en beli buah jambu jeruk warna hijau tu dan ija jambu madu. Selesai berjalan area pasar malam, cik en ke pusat kraftangan disebelah untuk window shopping dahulu barangan. Iyelah, takkan nak beli awal awal, jenuh la nk bawa nanti.


Selesai cuci mata, kami teruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan, Sempat la juga masuk ke dalam Dataran Pahlawan untuk snap gambar dibawah ini



Besar kan? Sememangnya cik en teruja juga pada mula mula tengok.. Selesai bergambar, cik en terus ke Light Sensation yang tek berjauhan dari mall ini. Disebabkan line internet tak memuaskan. Cik en akan story Light Sensation di entry seterusnya.. Boleh? Hihi.
4