Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: maybank

Showing posts with label maybank. Show all posts
Showing posts with label maybank. Show all posts

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS | Pernah tak korang ada masalah untuk dapatkan no TAC untuk urusan perbankan online korang terutama Maybank? Kebiasaannya korang perlu tunggu sms dari pihak bank untuk dapatkan beberapa digit nombor untuk urusan pengesahan tranksaksi setelah korang request nombor tu dan ada beberapa ketika apabila pihak bank ada masalah korang kena tunggu lama untuk dapatkan atau ada masa korang tak dapat terus nombor itu. Mesti korang angin kan bila sebab sms no tac diterima, kerja korang tertangguh dan ada kes sampai barang korang nak beli selalu flash sale di shoppig online terlepas. Kali ini cik en nak jar sikit cara mudah yang mana korang boleh aktifkan secure2u untuk Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS
Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS


Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cik en sendiri pengguna tegar perbankan online untuk cik en bayar bil bil dan sewa rumah setiap bulan. Dulu cik en menggunakan apps Maybank yang lama. Banyak kelemahan antara kalau kita tak favourite nombor akaun seseorang, kita tak boleh nak transfer melalui apps. Kena guna web juga. Kalau tak silap cik en, hampir setahun Maybank buat satu apps terbaru yang lebih mesra pelanggan. Untuk apps baru korang boleh transfer duit walaupun akaun itu bukan akaun favourite. Begitu juga dengan bil bil. 

Selain itu, Maybank ikut jejak CIMB untuk aktifkan no TAC secara apps. So kalau korang duduk luar negara pun, korang tak perlu risau untuk dapatkan no TAC melalui sms. Asal ada internet, korang boleh buat sebarang urusan melalui Maybank banking online. Nak tahu caranya? Ikut step di bawah ini

1. Download Maybank Apps New (ada tulis new kat atas icon)


2. Buat register dengan masukkan butiran yang diperlukan.
3. Masa pendaftaran sila aktifkan secure2u ye. Masa ini masih memerlukan no tac untuk pengesahan dan selepas ini korang boleh gunakan secure2u tu. Macam cik en, cik en daftar sekali untuk model handphone cik en.
4. Cara nak gunakannya adalah paling senang, apabila korang gunakan perbankan online secara web (komputer) sampai untuk isikan no tac korang hanya masukkan maybank apps di handphone korang dan buka bahagian secure2u 


5. Kat situ akan ada digit digit yang valid dalam 30 saat kalau tak silap cik en. 


6. Masukkan digit itu kat bahagian tac dan ianya valid untuk buat transaksi.
7. Kalau korang gunakan Maybank Apps korang tak perlu nak masukkan apa apa no tac sebab ianya akan automatik update no tac itu. Tau tau settle je. 
8. Cuma cik en tak boleh nak screenshoot atau save bukti transaksi sebabnya lepas bayar melalui Maybank Apps, korang ada 2 pilihan, save as favourite atau send to email. Kalau nak bukti untuk hantar pada seller, korang boleh download di email yang korang hantar. 

Kalau korang pengguna CIMB, dorang pun guna konsep yang sama juga dulu..Boleh baca Cara Terbaru Dapatkan No Tac CIMB Tapi sekarang macam dah tak ada je selepas update yang terbaru. 
6

Kad Debit Maybank Yang Baru Dah Sampai


Kad Debit Maybank Yang Baru Dah Sampai!!! | Ingat lagi tak sebelum ini, cik en teruja dengan Debit Picture Card untuk Maybank. Cik en apply pada 27 Julai 2016 dan baru semalam 16 Ogos 2016 cik en pergi tuntut di Maybank yang dipilih sendiri semasa permohonan. Itu pun, mereka tak telefon ye.. mereka hanya hantar email sahaja. Teruja juga la walaupun cik en sendiri malas nak menjejak kaki di bank ini sebelum ini, sebabnya banyak masa habis menunggu je. Disebabkan tak sabar sangat, time rehat cik en pergi ke Maybank Sitiawan di Seri Manjung.

Cik en terus mencari Puan Hasnida Ayu di Maybank Seri Manjung ( staf yang menghantar email), nasib la masih ada sebabnya waktu itu, Puan Hasnida dah rehat. Sempatlah dia uruskan separuh urusan. Separuh lagi perlu diuruskan di bahagian lain. Sebelum Puan Hasnida pergi rehat sempat juga cik en bertanya, "lama tak saya perlu tunggu puan?" Puan Hasnida kata tidak lama sebabnya kad debit sudah sedia cuma perlu menukarkan dari kad lama ke kad baru sahaja.

Tapi... 30 minit cik en menunggu, nama cik en tak dipanggil panggil, mulalah angin sepoi sepoi bahasa datang. Asal lambat sangat ni, semua dah lengkap tapi cik en perlu menunggu sama macam permohonan pertukaran kad debit di kaunter. Lebih baik cik en apply di kaunter bank daripada online. Lagipun, cik en bayar lebih kot sebabkan Debit Picture Card ini. Dah tak tahan menunggu lama, cik en pergi la ke bahagian yang berkenaan dan bertanya. Dan boleh dijawab " kena tunggu giliran". Tunggu giliran? Cik en sememangnya tidak ambil nombor giliran sebab dah di email oleh pihak Maybank untuk ambil. 

Mula la mulut cik en ni laju bercakap " Puan, kalau saya menunggu sama macam yang lain, apa guna saya apply melalui online? Dah la online, perlu ambil masa 20 hari untuk di panggil ambil kad dan sekarang sampai di Maybank perlu ke tunggu lagi? " Biasalah staf tersebut mula tarik muka, try tengok dia nak melawan balik ke tidak, memang kena sound la kalau menjawab. Tapi nasiblah dia diam kan diri. Dan tangan dia buat juga urusan cik en itu. So kejap je, tak smapai 5 minit selesai urusan cik en. Kan mudah, selesaikan dulu mana yang patut di selesaikan.

Selesai urusan, terus teruja tengok kad cik en. Meh nak kasi tayang sikit


Cik en memilih gambar semasa hiking di Bukit Vale. Di mana Bukit Vale, boleh rujuk entri Pusat Ekologi Vale, Lumut Perak. Tapi cik en rasa kad debit ini nipis sedikit.


Perbandingan kad debit picture dengan kad debit paywave yang biasa
Tapi cik en tak boleh nak tunjuk, sebab kad debit lama di ambil balik oleh maybank. Yang diatas adalah perbandingan kad debit yang baru sahaja. Dari kualiti gambar, nampak ok, tapi rasa tak cantik sikit mungkin kualiti gambar itu sendiri. 

Ada yang kata, kad debit di hantar terus ke rumah. Tapi kes cik en ini, cik en tidak sertakan alamat rumah tapi di beri pilihan untuk tuntut di mana mana Maybank terdekat. Jadi sesiapa yang rasa nak cuba letak gambar sendiri di kad debit terbaru ini, boleh rujuk entri Cara Letakkan Gambar Sendiri Di Kad Debit Terbaru Maybank. Selamat mencuba!
11

Cara Letakkan Gambar Sendiri Di Kad Maybank


Cara Letakkan Gambar Sendiri Di Kad Maybank | Kecoh 2 hari ini di facebook cik en mengenai kad debit maybank yang boleh menggunakan gambar sendiri. Disebabkan tercabar dengan kad yang cun melecun rakan blogger yang lain, cik en pun nak tempek gambar cik en di kad maybank yang terbaru ini. Setelah cik en bengang dengan layanan di maybank. Boleh rujuk ceriti di SINI. Terima kasih pada lisa yang menyabarkan cik en supaya jangan buat lagi masa itu. Rupanya Maybank ada buat aplikasi yang membolehkan pelanggan design sendiri kad debit mereka. Dan cik en sendiri mengikuti tutorial dari beliau.

Disebabkan ada yang bertanya, cik en kongsi tutorialnya pula di blog ini dan dikreditkan ke blog lisa. 
  • Masuk link SINI
  • Tengok bahagian How To Apply dan klik Click here (tulisan bewarna biru) to apply for Debit  Picture Card. 
  • Akan keluar terms and Conditions, baca dan accept
  • Akan keluar sepeti dibawah ini
  • Klik Use Custom Image
  • Pilih gambar yang berkenan di hati tapi pilih gambar yang                                                 
    • Optimal image resolution: 1036 x 664 pixels @ 300 dpi
    • Do not leave any white space. Picture must cover the whole card face.
    • Format: jpg, png, gif
    • Max file size: 10 MB
  • Contoh seperti dibawah


  • Klik finalize dan seterusnya bagi email dan maklumat yang diperlukan termasuk tempat kad akan diambil
  • Bayaran RM26.50 (termasuk GST) dikenakan dan korang perlu bayar masa ini juga tau. Disablekan popup. Kalau tak bayar kira masih belum submit
  • Kad akan siap dalam masa 7 hari bekerja
Jadi tunggulah email yang akan dihantar. Cik en masih belum dapat kad debit ini lagi. Kalau ada cik en akan upload di instagram. Jadi follow IG cik en di sini @eintan_nurfuzie ye. Rujuk line sini -->  http://www.nurfuzie.com/2016/08/kad-debit-maybank-yang-baru-dah-sampai.html
10

Maybank Buat Loqlaq Pulak!


Maybank Buat Loqlaq Pulak! | Kisah panas dari facebook cik en hari ini. Kisah penukaran kad maybank kepada Kad Debit Pay Wave terbaru yang diarahkan oleh Bank Negara bagi memastikan keselamatan pengguna Debit Card. Sebagai seorang pengguna tegar Kad Debit ini dalam urusniaga dan shopping, semestinya cik en akan alert lebih. Sebab cik en seorang yang tidak suka bawa wang tunai kecuali ke pasar malam. Hahaha. Cik en lebih suka menggunakan kad debit ini. Mudah dan selamat. 

Kisahnya bermula begini, cik en bukan dapat sms, whatsaap untuk membuat pertukaran kad ini tapi official dari maybank melalui sms. Tapi cik en terdelete sms tersebut semasa menukar telefon. 2 kali cik en dapat dan cik en tiada bukti nak kongsi disini. Cik en dapat melalui 5 nombor yang selalui diberi bila request no TAC untuk urusan Maybank Online. Jadi trusted la kan? Malah bukan hanya Maybank sahaja, CIMB Bank, Ambank dan BSN juga ada hantar surat meminta pelanggan menukarkan kad tersebut. Apabila sampai, cik en beritahu bahagian customer service yang nak tukar kad baru. Boleh pula di tanya untuk apa? Cik en jawab sebab dapat sms untuk tukar pasal debit wave tu. Korang tau dia boleh jawab apa? Kan atas kad itu dah tulis sampai 2018, jadi boleh pakai sampai 2018 (sambil gelak sinis). Eh? Cik en dah panas cik en keluar terus. Teruslah buat aduan di Facebook Maybank. 

Bermula denga review dan pihak admin maybank minta private massage mereka untuk penerangan lebih jelas. Jadi inilah perbualan kami






Akhirnya selesai masalah cik en. Memang Maybank Buat Loqlaq pulak hari ini. Sedangkan cik en dah selesai menukar kad BSN, Ambank dan CIMB. Tersangkut hari ini untuk Maybank. Kalau tak, selesai sudah tak perlu cik en nak tangguh tangguh lagi mengenai hal remeh ini. Untuk pengguna bank di luar sana. Boleh tonton youtube dibawah ini untuk kenali kad baru ini


Jadi bermula sekarang, korang boleh mula ke bank untuk membuat pertukaran sehingga 31 Disember 2016. Bermula 1 Januari 2017, segala urusan debit akan menggunakan kad PIN baharu ini. 
9